Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Sebelum Anda Melabur...

Imej
Langkah Pertama sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk : ....
- Membeli kereta
- Membeli rumah
- Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
- Pergi bercuti
- Merancang persaraan yang selesa untuk masa hadapan

Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk:
- Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
- Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
- Meningkatkan nilai asset bersih anda
- Gabungan mana-mana daripada yang di atas ....
Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai. Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.

Langkah Dua : Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur ....
Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panja…

Adakah Anda Berjaya Sebagai Usahawan?

Imej
Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan? ..
Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut.
..
Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.
Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggung jawab di dalam segala yang dilak…

Pasukan Anda Dalam Perniagaan

Imej
Pasukan dalam perniagaan selalu juga disebut dalam banyak artikel dan ceramah tentang perniagan, kejayaan perniagaan anda bergantung kepada keberkesanan pasukan yang anda pimpin. Namun apa sebenarnya yang dikatakan “Pasukan dalam perniagaan?"
.. ..
Di sini saya beri contoh, dalam bisnes, untuk berjaya anda tidak boleh melakukan semua perkara seorang diri, maksudnya, ‘one man show’ sebab adalah mustahil dan amat berisiko sekiranya dilakukan juga kerana memang sifat semula jadi manusia, tiada yang sempurna dan tidak ada sorangpun yang tahu semua perkara. ....
Jadi, pembahagian tugas perlu dilakukan dan anda sebagai pemimpin bisnes anda, tumpukan kepada satu tugas sahaja, yang lain serahkan kepada yang lebih berkelayakan, lantik pakar atau cari partner. Misalnya, jika anda mahir dalam jualan atau pemasaran (kriteria No.1 sebagai seorang usahawan), tumpukan kepada tugas tersebut, cari orang lain untuk uruskan pentadbiran, operasi, kewangan dan lain2 fungsi yang penting.
.. Katalah pada pe…

Warren Buffett Berkata...

Imej
"Wall Street adalah tempat di mana seseorang yang menaiki Rolls Royce mendapat nasihat pelaburan daripada orang yang menaiki subway (keretapi bawah tanah).”
..
Sebab itu, perlunya seseorang yang ingin melabur mendapat pengetahuan dan tahu selok-belok tentang maklumat pelaburan supaya menjadi seorang pelabur yang bijak dan mendapat pulangan lumayan daripada hasil palaburannya. Mendapat nasihat pelaburan adalah perlu tetapi harus berhati-hati dan pandai dalam memilih mereka yang berkelayakan.