Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Formula Bagaimana Untuk Keluar Daripada Beban Hutang

Imej
Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang. Saya yakin anda telah membaca dan mendengar banyak statistik dan cerita mengenainya di media massa dan sebagainya. Salah satu kunci kepada kebebasan kewangan ialah dengan menghapuskan hutang tidak baik (bad debt) anda dan mendapatkan hutang baik (good debt).
..
Hutang tidak baik ialah hutang yang menjadikan anda miskin, seperti hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan – ini semua adalah dipanggil hutang pengguna. Anda perlu keluarkan wang dari poket / pendapatan anda untuk membayarnya. Hutang baik ialah hutang yang anda perolehi di mana sebenarnya ia bekerja untuk anda. Contoh terbaik ialah pinjaman perumahan bagi hartanah yang anda sewakan di mana ia memberikan aliran tunai positif setiap bulan. Hutang baik ialah wang yang anda pinjam untuk membeli asset yang boleh memasukkan wang ke dalam poket anda. ..
Tetap Dengan Formula
Ini adalah formula terbaik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang anda. Anda ak…

Ciri-ciri Usahawan Yang Berjaya

Imej
Ramai yang bersetuju untuk menjadi usahawan yang berjaya memerlukan ciri-ciri yang disebutkan seperti berikut: .. 1. Inisiatif dan Bertanggung jawab
Kebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu opeasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
.. 2. Komitmen Yang Tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan ..
3. Orientasi Peluang (kesempatan)
Fokus usahawan dan mula merebut pelu…

Success = (S+K) x A

Imej
Formula di atas bagi saya adalah yang paling penting untuk berjaya di dalam perniagaan, di mana S (Skill), K (Knowledge) dan A (Attitude). Bayangkan A = 0, hasilnya 0. Dengan itu maka jelaslah di sini, kejayaan sesuatu perniagaan adalah amat bergantung kepada sikap seseorang kerana walau sebanyak mana pengetahuan dan skil yang ada pada seseorang usahawan tapi jika sikapnya tidak bersungguh-sungguh atau mudah berputus asa maka dia tidak akan berjaya. .. Contoh yang paling biasa diketengahkan ialah pengasas KFC iaitu Kolonel Saunders yang pada peringkat awalnya cuba menjual idea perniagaan ayam goreng kepada lebih 1000 restoran tetapi mendapat penolakan. Bayangkan kalau beliau berputus asa dan tidak meneruskan usahanya itu. ..
Begitu juga adik-beradik Wright yang mencipta kapal terbang. Jika mereka mendengar pandangan orang lain yang usahanya tidak berjaya serta ditambah dengan banyak kegagalan dalam percubaannya, nescaya kita tidak akan dapat melihat kapal terbang sehingga kini.

Berbanding Membeli Produk..Beli Sahamnya

Imej
Tip # 5 daripada 9 :

....
Seseorang dan ramai lagi pernah bertanya kepada saya kenapa mereka tidak pernah kaya. Mereka selalu merasakan bahawa telah memperuntukkan sejumlah wang untuk simpanan namun tidak pernah maju ke hadapan dari segi kewangan. Jawapannya adalah mudah. Saya beritahu kepada mereka untuk berhenti membeli produk yang dijual syarikat berkenaan dan mula memebeli syarikat itu sendiri! ....
Soal selidik terbaru mendedahkan bahawa 27-30% pendapatan yang diperolehi oleh orang-orang kaya pergi ke dalam akaun pelaburan dan simpanan. Itu bukannya hasil daripada menjadi kaya, itu adalah kenapa mereka menjadi kaya.
Ia juga memerlukan komitmen dan pengorbanan daripada diri anda sebenarnya. .. Apabila keazaman dan kesungguhansakitan untuk keluar daripada ikatan daripada perhambaan kewangan adalah lebih kuat daripada kesakitan untuk menugbah tabiat berbelanja anda, anda akan menjadi seorang yang kaya kelak. Samada berubah atau kekal hidup sebagimana sekarang.

Kaji Dan Kagumi Kejayaan Seseorang Yang Telah Mencapainya...Kemudian Tandinginya

Tip #6 daripada 9 : ..
Seseorang pelabur yang amat bijak dan berjaya pernah berkata, “Untuk berjaya, anda perlu memilih sifat-sifat yang anda kagumi dan paling tidak disukai tentang hero anda.” Kemudian melakukan apa saja di dalam kekuasaan anda untuk membina sifat-sifat yang anda suka dan menolak apa yang anda tidak ingini tersebut. Bentuk diri sendiri menjadi siapa yang anda inginkan. .. Anda akan dapati bahawa dengan melabur ke atas diri sendiri terlebih dahulu, wang akan mula mengalir dalam kehidupan anda. Kejayaan dan kekayaan melahirkan lebih banyak kejayaan dan kejayaan. Anda perlu membeli cara anda ke dalam pusingan tersebut, dan anda melakukannya dengan membina angkatan tentera seorang askar pada satu masa dan meletakkan wang anda bekerja untuk anda. Dapatkan seorang mentor atau role model anda sekarang!

Bergelar Jutawan Di Usia Muda

Imej
Bayangkan anda yang baru lepasan graduan atau berusia sekitar awal dua puluhan telah pun berstatus seorang jutawan. Tentunya menarik, bukan? ......
Kenyataannya ia boleh direalisasikan sekiranya seseorang itu mempunyai tekad dan matlamat yang jelas di samping sikap yang positif untuk berani mencuba. Bagi generasi muda, mereka mempunyai peluang yang luas jika mereka mampu menguasai pelbagai bidang dengan mempunyai daya kreativiti tinggi untuk mencipta beberapa perkhidmatan dan produk untuk orang ramai.
..
Di barat ada usahawan yang muda bermula dalam usia 9 tahun bekerja sendiri dan akhirnya mereka memperolehi pendapatan sehingga tujuh angka. Mereka senantiasa berfikir sekalipun idea yang difikirkan merupakan idea biasa tetapi ia akhirnya menjadi realiti. ....
Sebagai contoh berlaku perubahan pada Freser Doherty yang hanya menjalankan usaha cara lama. Pada tahun 2002 pada usia 14 tahun dia mula membuat jem dari resipi neneknya, di rumah keluarganya di Edinburgh, Scotland. Jem tersebut men…

Anda Bertanggung Jawab Menentukan Arah Hidup

Imej
Tip 4 Daripada 9 : Bagaimana untuk Menjadi Jutawan
.. #4 : Anda Bertanggung Jawab Menentukan Arah Hidup ....
Beberapa tahun lalu, seorang rakan beritahu saya yang dia tidak mahu melabur dalam saham kerana dia tidak mahu menunggu sehingga sepuluh tahun untuk menjadi kaya…Dia lebih suka menikmati wangnya sekarang. Kurang matangnya dari segi kewangan dengan aliran pemikiran ini yang ganjilnya ialah, anda tetap akan hidup dalam masa sepuluh tahun yang akan datang (jika dipanjang umur, insyaallah). ..
Persoalan di sini ialah samada ia atau tidak anda akan lebih baik dari segi kedudukan kewangan apabila tiba masanya kelak. Di mana anda sekarang adalah jumlah keseluruhan keputusan-keputusan yang anda telah buat pada masa lepas dan sekrarang. Kenapa tidak menetapkan satu pentas indah dengan kebebasan kewangan untuk hidup anda di masa depan pada masa sekarang? ..
Masa depan anda bermula dengan perancangan dan tindakan anda pada masa kini, hiduplah dan manfaatkan sebaiknya.