Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Jutawan

Imej
Salam sejahtera. Topik hari ini ialah "Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan" dengan menyenaraikan tujuh peraturan yang diikuti dan diamalkan oleh seseorang yang telah menjadi jutawan. ..
1Menjadikan wang yang diperolehi sebagai sesuatu yang perlu disimpan dan dilaburkan. Sebaik sahaja anda menerima gaji ataupun 'durian runtuh' (misalnya harta peninggalan atau bonus), fikirkan berapa banyak yang boleh anda kesampingkan sebagai simpanan. ..
2Pertimbang sesetengah risko apabila melabur. Apabila anda bermain selamat dalam pelaburan, anda akan selamat (tetapi rendah) juga pulangannya. Para jutawan telah keluar dari zon selesa dengan memulakan perniagaan yang mana mereka harap boleh memberikan hasil - dengan tiada jaminan. Tetapi hanya dengan mengambil risiko yang terkiralah telah memberikan pulangan yang lumayan kemudiannya. ..
3Gaya hidup ringkas. Sesetengah para jutawan menetap di dalam rumah yang sama yang mereka miliki bagi tempoh 30-40 tahun yang lalu. Atau …

Kisah Jutawan Muda Irfan Khairi

Imej
Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500, Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun, sudah pun bergelar jutawan.
..
MELIHAT dari segi luarannya, penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan.
..
Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire, Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd.
..
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet, dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain. ....
Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut. Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999. Perniagaan itulah yang membawanya menjadi se…

Robert Kuok Kekal Terkaya

Imej
AHLI perniagaan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru Forbes Asia.
..
Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara gergasi minyak sawit Wilmar, meningkatkan nilai bersihnya daripada RM7.7 bilion tahun lalu untuk mencecah RM32 bilion.
..
Senarai terbaru itu turut menyaksikan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp menyertai kelab bilionair Malaysia yang mempunyai 10 bilionair tahun ini, kata Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini.
..
Tan yang naik dari tangga ke-14 ke tempat kesembilan, mempunyai nilai bersih RM4.2 bilion, menambah hampir RM3.2 bilion berbanding tahun lalu. Forbes Asia berkata, syarikat Tan, Berjaya Corporation, menongkah arus dengan harga sahamnya mengembang hampir tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu.
..
Tan menguasai lebih RM12.8 bilion - dengan jualan yang digabungkan - rangkaian perusahaan memb…

Ebook Percuma 6 Modul Adsense

Imej
Adakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense? Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.

Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk "6 Modul Adsense Terbaik - Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul" .

Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :

Apa itu Program Google Adsense
Keyword Research
Keyword Brainstorming
Memohon Akaun Google Adsense
Membina Blog Adsense
Meletakkan kod Ads…

Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan

Imej
Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini. Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan. Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi diberikan di sini panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri. ..
Langkah 1Libatkan seluruh ahli keluarga. Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
..
Langkah 2Buat matlamat yang S.M.A.R.T. Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.
..
Langkah 3Senaraikan keutamaan matlamat anda. Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempo…

Kisah Anak Unta dan Ibunya

Imej
Pada suatu hari yang redup, seekor anak unta yang tidak tidak boleh lagi menahan diri daripada memikirkan kemusykilan, akhirnya bertanya kepada ibunya.
..
Anak unta: Mak, kenapa kita ada bonggol di belakang? ..
Ibu unta: (Dengan penuh bangga) Oh...itulah keistimewaaan unta berbanding binatang lain. Bonggol ni gunanya untuk menyimpan makanan dan minuman dalam badan kita. Walaupun berhari-hari dan berminggu kita tak makan serta minum pun masih boleh hidup. ..
Anak unta: Wah..hebanya. Mak, kenapa bulu mata kita tebal dan lebat? ..
Ibu unta: Bulu mata kita tebal dan lebat gunanya untuk melindungi mata kita semasa ribut pasir. Jadi, terlindunglah kita dan mudah untuk kita berjalan dan cari tempat berteduh nanti. ....
..
Anak: Lagi mak, kenapa tapak kaki kita besar dan lebar? ..
Ibu unta: Itulah kelebihan unta sebab tapak kaki yang lebar dan besar ni memudahkan kita berjalan di atas padang pasir. ..
Anak unta: Banyak betul keistimewaan dan kelebihan unta, ye mak? Adik sendiri pun tak perasan. Tapi mak...k…

Mengira Nilai Bersih Aset Anda

Imej
Hari ini saya akan terangkan cara-cara mengenal pasti nilai bersih aset anda. Untuk mengiranya, anda perlu memahami dua komponen penting dalam pengiraan nilai bersih iaitu aset dan liabiliti:
..
Apakah itu aset dan liabiliti? ..
Secara ringkasnya, aset ialah sesuatu yang anda miliki, sementara liabiliti pula ialah sesuatu yang anda tanggung. ..
Memahami Aset
Aset boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu aset pelaburan dan aset bukan pelaburan. Aset pelaburan ialah aset-aset yang menjana aliran tunai seperti dividen, keuntungan modal, sewaan dan pendapatan. Contoh-contoh aset pelaburan termasuklah akaun simpanan, simpanan tetap, saham, unit amanah, KWSP, pelaburan hartanah dan juga perniagaan anda. ..
Aset bukan pelaburan pula ialah aset yang tidak menjana aliran tunai. Contoh-contoh aset dalam kategori ini termasuklah rumah yang yang anda duduki, rumah percutian dan juga kereta anda. Walaupun aset-aset ini ‘perlu-dimiliki’ oleh setiap keluarga, malangnya ia tidak membantu menjana wang atau…

Menetapkan Matlamat Kewangan Yang S.M.A.R.T

Imej
Dalam merancang kewangan, perkara paling penting yang perlu dibuat ialah menetapkan matlamat kewangan.
..
Contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan supaya dapat melangsaikan pinjaman pelajaran atau membeli rumah dan kereta. .. Tidak kira apa matlamat kewangan anda, pastikan ianya khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh masa tertentu. Anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai. ......
Matlamat kewangan yang hendak dibuat bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda. Contoh matlamat kewangan:.
.. Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan. Membayar hutang. Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan. Membeli rumah. Membeli kereta. Simpanan untuk persaraan. Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal. Pergi bercuti; dan sebagainya. ....
Apa itu matlamat yang S.M.A.R.T?
.. Contoh:
Matlamat kewangan Joh…

Lima Mitos Pasaran Saham

Imej
Andaian salah paling umum mengenai pasaran saham yang tidak usah anda hiraukan. .. Pasaran saham ialah kasino!
Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah.
..
Hanya untuk orang kaya
Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.
..
Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”
Ketika pasaran bul atau ketika pasaran s…

Tugas Seorang Usahawan

Imej
Semakin ramai yang merancang dan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya namun tahukah anda apakah tugas utama seorang usahawan? .. Pada pendapat sayasendiri dan dari pengalaman yang dilalui setakat ini, tugas paling utama seorang usahawan ialah untuk meningkatkan modal syarikat yang baru ditubuhkan. Banyak cara sebenarnya yang boleh digunakan dan ia bergantung kepada kaedah mana yang difikirkan paling sesuai kepada seseorang usahawan tersebut. .. Sebab itu, bolehlah saya katakan antara tugas yang paling penting seorang usahawan bermula sebelum adanya sesuatu perniagaan atau para pekerja lagi. .. Ok, berikut adalah senarai penting tugas seorang usahawan sebagai panduan untuk anda yang baru menceburi bidang ini: .. 1 Membina satu bisnes yang boleh berkembang maju. 2Mengambil ramai pekerja. 3 Menambah nilai ke atas pelanggannya. 4 Menjadi seorang warga korporat yang bertanggung jawab.. 5Membawa kemakmuran kepada orang yang bekerja dengan bisnes berkenaan dan pada masa yang sama …

100 Ribu Poko Strawberi Dengan Keluasan 1 Hektar

Imej
Melayu Pegang Rekod Dunia
..
Kawasan beriklim sejuk di Cameron Highlads menjadi lubuk rezeki kalangan usahawan tani tempatan. Tumbuhan yang hidup subur di negara empat musim berpeluang ditanam di Tanah Rata, sekali gus menyenaraikan Malaysia menghasilkan tanaman strawberinya sendiri.
..
KHM Straberries & Jam antara senarai lokasi pengusaha ladang strawberi tumpuan pelancong dan peminat strawberi. Kemampuan syarikat ini bukan sahaja untuk menghasilkan tanaman, tetapi juga membekalkan strawberi berkualiti tinggi dan memiliki kilang memproses jus serta jemnya sendiri.
..
Haji Khairani Mohamad, satu-satunya Bumiputera yang berani mengusahakan tanaman strawberi yang sebelum ini banyak dimonopoli oleh bangsa asing di kawasan Tanah Rata.
..
Kegigihan anak kelahiran Pahang ini, berjaya menghasilkan tujuh jenis produk hasil daripada buah starwberi yang diusahakannya dan mengurangkan pergantungan produk strawberi import. Antara produk berasaskan Khairani ialah Strawberry Kordial, Strawberry Topping…

Mengatur Strategi Pemasaran Berkesan

Imej
Apakah itu pemasaran ?
..
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
..
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
....
1 Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
..
2 Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
..
3 Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
..
4 Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
..
5 Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
..
6 Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
..
7 Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.

..
Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan…

Wanita Paling Kaya Di Dunia Dengan Kekayaan RM72.5 billion

Imej
Kalau ditanyakan kepada ramai wanita tentang produk kecantikan jenama L’Oreal pasti ramai yang mengetahuinya dengan penampilan produk baru yang ditampilkan bersama model atau selebriti tersohor dunia seperti Gong Li dan Datuk Michelle Yeoh.

Siapa pemiliknya? ..
Dialah wanita terkaya dunia, Liliane Bettencourt dengan kekayaan RM72.5 billion. Pemilik syarikat kosmetik L’Oreal dari Perancis, Liliane turut disenaraikan sebagai wanita terkaya Perancis dan kedua di belakang billionaire, Bernad Arnault.
..
Dilahirkan sebagai satu-satunya anak kepada pengasas L’Oreal, Liliane Bettencort, menjadi calon paling layak bagi menerajui empayar perniagaan kecantikan bapanya bernilai puluhan billion.
..
Liliane pernah mengalami detik hitam dalam hidup apabila ibu kesayangannya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun. Sejak tu, bapanya , Eugene Schueller, menjaga Liliane dan menatangnya bagai minyak yang penuh.
..
Liline mengahwini ahli politik terkenal Perancis, Andre Bettencourt dan dikurniakan seorang…

Bagaimana Usahawan Menukarkan Nasib Malang Kepada Nasib Yang Baik

Imej
Memandangkan seorang usahawan yang baru selalunya mencipta sesuatu daripada tidak ada apa-apa, adalah jelas di sini banyak kesilapan akan dibuat.
.. Dengan itu, untuk berjaya, seorang usahawan yang baru perlu komited untuk melalui langkah-langkah berikut secepat mungkin.
.. ..
1Mulakan bisnes.
2Gagal dan belajar daripadanya.
3 Dapatkan seorang mentor.
4Gagal dan belajar darinya.
5 Hadiri banyak kursus berkaitan.
6Teruskan gagal dan belajar.
7Berhenti apabila berjaya.
8Raikan.
9Kira wang dan pendapatan anda, untung atau rugi.
10Ulangi proses.

8 Tabiat Jutawan Terhadap Wang

Imej
Dalam usaha untuk membina satu minda jutawan, adalah penting untuk memahami tabiat para jutawan dan anda cuma perlu tiru sahaja tabiat-tabiat tersebut. .. Jadi, cuba kita lihat kepada sifat dan tabiat yang sepunya di kalangan para jutawan ini. Apakah peraturan penting yang menjadikan sebahagian besar para jutawan ini memperolehi pendapatannya?
... Dan bagaimana anda membina tabiat jutawan bagi menjadi salah seorang daripadanya:

.. .. 1Pendapatan Untuk Dilaburkan, Bukan Untuk Dibelanja Sedihnya adalah sebahagian besar orang bekerja kuat untuk membayar hutang kad kredit dan menampung gaya hidup mereka. Golongan yang kaya memahami bahawa wang mereka lebih baik diberi peranan bekerja untuk menghasilakan lebih banyak wang dan meningkatkan nilai bersih mereka.
..
2Mempunyai Rancangan dan Melaksanakan Rancangan Jutawan biasanya tidak menjadi kaya secara tidak sengaja. Mereka didorong untuk menjadi kaya dan merumuskan satu rancangan untuk membawa mereka ke sana melalui keseluruhan hidup dengan melabur …

Kisah Hidup Bill Gates

Imej
William (Bill) H. Gates is chairman of Microsoft Corporation, the worldwide leader in software, services and solutions that help people and businesses realize their full potential. Microsoft had revenues of US$51.12 billion for the fiscal year ending June 2007, and employs more than 78,000 people in 105 countries and regions.
....
On June 15, 2006, Microsoft announced that effective July 2008 Gates will transition out of a day-to-day role in the company to spend more time on his global health and education work at the Bill & Melinda Gates Foundation.
After July 2008 Gates will continue to serve as Microsoft’s chairman and an advisor on key development projects. The two-year transition process is to ensure that there is a smooth and orderly transfer of Gates’ daily responsibilities. Effective June 2006, Ray Ozzie has assumed Gates’ previous title as chief software architect and is working side by side with Gates on all technical architecture and product oversight responsibilities at…

Konsep Penting Kejayaan Dalam Bisnes

Imej
Jika ditanya kepada para usahawan ke manakah mereka mahu menjualkan produk dan hasil pengeluaran mereka, mereka akan katakan bahawa mereka akan menjualnya sama ada di pasar, di pekan, di kawasan perumahan, di pasar malam, di tepi jalan, di rumah sendiri, atau menjaja dari rumah ke rumah dengan van atau motosikal. ..
Ada juga yang mengatakan mereka akan menjual melalui agen, pemborong, pembekal atau penjual lain atau menjual sendiri. Jawapan-jawapan di atas merangkumi kepada tiga aspek penting : pasar, pasaran dan pengedaran.
..
Sebagai usahawan, mereka perlu memahami perbezaan di antara pasar (pembeli), pasaran (permintaan, pembelian) dan pengedaran (bagaimana produk itu sampai ke tempat pembeli untuk memudahkan urusan perdagangan).Dalam pendekatan pemasaran, konsep pasar dimaksudkan dengan adanya golongan pembeli atau potensi pembeli yang ingin dan sanggup membeli (berbelanja) sesuatu produk yang ingin mereka guna atau pakai.
..
Maksud “pasar” ini ada kaitan dengan aspek permintaan, iaitu …

Sebab Peribadi Anda Memulakan Bisnes

Imej
Adalah penting untuk memahami faktor yang memotivasikan anda berkehendakkan kepada membina bisnes sendiri. Memanglah senang untuk menyatakannya kepada sesiapa sahaja termasuk keluarga dan rakan-rakan, tujuan murni anda itu tetapi sebagai panduan dan untuk lebih jelas lagi, tanya diri anda sendiri soalan-soalan berikut :
..Kenapa aku ingin memiliki satu bisnes sendiri?Seteruk manakah aku ingin memiliki satu perniagaan sendiri?Pada tahap manakah aku ingin mainkan peranan?Pada tahap manakah aku sanggup mengembangkan diri untuk bermain dengannya?Adakah aku sanggup meluangkan masa mempelajari tentang kejayaan usahawan lain dan bisnes mereka?Adakah aku takut gagal?Bolehkah aku tukarkan perasaan takutkan kegagalan kepada satu kekuatan yang membantu dan mendorong kejayaan bisnes ini nanti?Bolehkah aku belajar daripada kesilapan?Bolehkah aku membina satu pasukan atau adakah aku suka bekerja sendirian?Sanggupkah aku membayar harganya?Sanggupkah aku menunggu untuk mendapat ganjaran kemudian?Sangg…

Potensi Minda Separa Sedar

Imej
Ini ialah rupa neuron iaitu unit sel-sel otak dianggarkan terdapat sebanyak 100 billion neuron yang membentuk otak! .. Bayangkan jika kita fully optimize neuron sebanyak itu. Pakar-pakar pengkaji otak menyatakan manusia hanya menggunakan tidak lebih dari 2% daripada keupayaan otak yang dimiliki. Mana hilangnya lagi 98%?? .. Ya! kita mensia-siakan anugerah yang Tuhan berikan.

..
Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Sebahagian daripada akal dipanggil MINDA. Apa itu minda? .. Minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain. Minda terbahagi kepada 3 iaitu minda sedar (concious mind), minda separa sedar (subconcious mind) dan minda super (superconcious mind). Kita akan tumpukan pada minda sedar dan minda separa sedar dahulu. .. .. Minda sedar - berfungsi dalam alam fizikal (nyata) dimana pancaindera memainkan peranan. Minda kita dibatasi ruang dan masa. Minda sedar juga dapat berfikir dan mengeluarkan pendapat. Pemikiran ini menghasilkan buah fikiran (thoug…

Kisah Si Helang dan Si Tiram

Imej
Pada zaman dahulu, ada dua biji telur berbincang sesama sendiri mengenai masa depan iaitu apa yang mereka ingin jadi apabila menetas nanti. Telur pertama berkata, "Aku mahu menjadi seekor tiram apabila menetas nanti. Seekor tiram cuma perlu baring sahaja di dalam air dan tidak perlu sama sekali bertanggung jawab membuat sebarang keputusan. .. Arus daripada laut yang menggerakkannya, jadi dia tidak perlu merancang. Air laut yang lalu akan membawa makanan kepadanya. Apa sahaja yang laut sediakan adalah apa yang Si Tiram terima, tidak lebih, tidak kurang." ..
Telur pertama menyambung, "Itulah kehidupan bagiku. Ia mungkin terhad tetapi tiada keutusan yang perlu dibuat dan tiada tangggung jawab yang banyak. Jaminan kehidupan wujud dan dikawal oleh laut sahaja. ..
Telur kedua berkata, "Itu bukan kehidupan bagiku. Aku meminta agar menjadi seekor Helang. Si Helang bebas pergi ke mana sahaja ia mahu dan melakukan apa yang diingini. Sudah tentu ia bertanggung jawab untuk memburu…