Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

17 Tabiat Jutawan Ciptaan Sendiri

Imej
Para jutawan berfikir dan melihat dunia ini dengan cara yang berbeza.
.... Jika anda memiliki minda jutawan, anda akan menjadi jutawan ciptaan sendiri suatu hari nanti...atau mungkin anda telah pun menjadi seorang jutawan ciptaan sendiri. Berikut adalah senarai tabiat-tabiat tersebut. ....
Tabiat #1:Mereka mencipta takdir mereka sendiri. Mereka tidak pernah menyalahkan sesiapa, membenarkan dan mengkritik seperti kebanyakan orang. Mereka tahu bahawa apabila mereka menyalahkan dan mengkritik, mereka akan menjadi mangsa. ....
Tabiat #2:Orang kaya bermain permainan wang (biasanya melabur) untuk MENANG tetapi kebanyakan orang bermain wang untuk TIDAK KALAH. Apakah perbezaan antara keduanya? ....
Orang kaya bermain permainan wang untuk MENANG banyak wang manakala kebanyakan orang bermain permainan wang hanya untuk mendapatkan wang yang secukupnya bagi diri mereka sendiri. ....
Tabiat #3:Orang kaya adalah 100% komited untuk menjadi kaya. Cuba saya tanya anda satu soalan...Adakah anda ingin menjad…

Gaya Pembelajaran Individu

Imej
Tiga gaya pembelajaran utama seseorang dan pembahagiannya ialah:... ....
Visual : 60-65%
Auditori : 30-35%
Kinestetik : 5-10% .....
Ringkasan sifat-sifat setiap gaya pembelajaran adalah seperti berikut:
...
Visual
Belajar lebih baik dengan melihat Bercakap cepat Menggemari seni Lebih suka kartun daripada lawak jenaka Perhatian boleh terganggu disebabkan pergerakan ....
Auditori Belajar lebih baik dengan mendengar Bercakap dengan kelajuan sederhana Menggemari muzik Lebih suka lawak jenaka daripada kartun Perhatian boleh terganggu disebabkan bunyi
...
Kinestetik Belajar lebih baik dengan menyentuh atau merasa Bercakap perlahan Gemar aktiviti fizikal Lebih suka bermain permainan Sukar untuk duduk diam bagi jangka masa yang lama

Dua Faktor Utama Kejayaan Bisnes

Imej
Ya, sebenarnya dua sahaja perkara yang perlu diberikan perhatian oleh usahawan iaitu pengaruh dan bukti. Tidak kira apa jua jenis bisnes anda sama ada berskala kecil, sederhana atau besar, dua faktor ini memainkan peranan penting dan paling utama di peringkat permulaan pembinaan bisnes. ...
Pertama,Pengaruh. Anda amat bertuah dan berpotensi untuk berjaya sekiranya anda sendiri merupakan seorang yang berpengaruh. Kata orang, ‘somebody.’ Maksudnya, anda dikenali dan disegani oleh orang ramai dan mempunyai ramai kenalan, rakan-rakan dan juga dipandang tinggi oleh masyarakat umum. ... Dengan pengaruh yang ada, anda dengan mudah dapat bercerita dan melakukan promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kerja yang dianggap sukar pada peringkat permulaan bisnes telah anda langkau kerana anda sendiri seorang yang berpengaruh. Setiap patah cakap anda didengari dan ditunggu-tunggu. Contohnya, ahli politik, pemimpin masyarakat, ketua pertubuhan dan sebagainya. ...
Kedua,Bukti. …

Proses Penetapan Matlamat

Imej
Matlamat boleh dikatakan sebagai satu destinasi kepada seseorang dan ia sering digambarkan dengan kejayaan sekiranya ia berjaya dicapai. Ramai pakar motivasi dan tokoh usahawan yang berjaya sering menekankan kepada penetapan matlamat yang baik dan sesuai akan menentukan kejayaan seseorang. ... Terdapat juga sesetengah berpendapat, matlamat ialah "Impian yang mempunyai tempoh masa tertentu.” .. Tapi matlamat yang bagaimana kerana biasanya ia berbentuk subjektif kerana setiap individu mempunyai matlamat yang berlainan. Sebenarnya, yang sering digunakan ialah dipanggil SMART. ...
Specific– Jelas dan mudah dilakukan mengikut keupayaan anda sendiri
Measurable – Boleh diukur dari masa ke semasa
Attainable– Boleh dicapai
Realistic– Tidak mustahil dicapai
Trackable– Mempunyai tempoh yang khusus ..
Tanpa matlamat yang jelas, sukarlah untuk anda berjaya dalam bisnes.

3 Kunci Utama Memulakan Blog Bisnes

Imej
....
Anda pun patut memulakan satu blog. Blogging bukannya satu strategi bisnes semata-mata tetapi juga satu aktiviti yang sangat menyeronokkan! ..
Keindahan blogging ialah anda boleh selaraskan dengan jadual harian anda. Malahan anda boleh lakukan semasa dalam perjalanan. Tetapi apakah yang diperlukan untuk menjadi blogger yang benar-benar berjaya? ...
PertamaKandungan Yang Hebat: Jika kandungan blog anda tidak menarik dan relevan dengan dengan sasaran pasaran anda, blog anda tidak akan menjadi. Ia semudah itu saja. Kadang kala anda akan terkejut, betapa mudah sebenarnya untuk mencari perkara-perkara untuk dituliskan jika anda benar-benar membuka minda untuknya. Ia mungkin berita-berita tentang industri anda, perkembangan produk, temu ramah, pandangan peribadi kepada topik yang penting untuk pengunjung anda dan banyak lagi. ... ..
KeduaKemas Kini Selalu: Saya tak menipu, betul: Ada hari-hari yang mana sukar untuk saya mencari masa untuk poskan artikel. Tetapi jika saya tak poskan, tiada …

Ciri-Ciri Usahawan Cemerlang

Imej
....
Untuk menjadi seorang usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah mempastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi.
...
Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilhan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. .. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut: .. ...
Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.Maklumat pasaran yang disasarkan.Maklumat mengenai persaingan.Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.Kelakuan-kelakuan tertentu dalam …

Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan

Imej
Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. ... Kajian menunjukkan terdapat beberapa factor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:
.. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi Keinginan yang kuat untuk berjaya Berdisiplin dalam menguruskan perniagaanMemberi tumpuan dalam perniagaanMempunyai pasukan pengurusan yang cekapMembentuk jaringan perniagaan yang luas
...
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenal pasti adalah: Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi Terlalu cepat mempelbagaikan pern…

Pencarian Mentor Jutawan Berakhir

Imej
..Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DANSATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Saya yakin ramai di antara anda telah maklum iaitu matlamat saya ialah untuk menjadi jutawan pada tahun 2012 seperti yang dipaparkan sebelum ini.

Untuk jadi jutawan…


Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….
Atau apa sahaj…

Bagaimana Mencari Satu Idea Bisnes Baru

Imej
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana anda mencari produk atau perkhidmatan, menyedari peluang bahawa 80 peratus atau lebih akan menjadi produk baru dalam masa lima tahun? ...
Berikut adalah siri idea-idea berkenaan.
Idea 1Mulakan dengan diri sendiri. Mula dengan tabiat anda, kemahiran anda, hobi anda, pengalaman anda, pendidikan dan sebagainya. Lihat dengan mendalam pada pekerjaan anda sekarang atau perniagaan anda sekarang, kedudukan anda atau produk dan perkhidmatan anda sekarang. Carilah apa yang dipanggil "Your Own Acres of Diamond." Lihat di bawah kaki anda sendiri.
...
Lihat Ke Dalam Diri Anda Sendiri. Inilah persoalannya. Tanyakan, apakah kualiti dan faktor penyumbang kepada kejayaan terbesar anda dalam kehidupan anda setakat ini?
Apakah kualiti dan keupayaan peribadi yang membawa anda kepada kedudukan anda sekarang? ...
Dan bagaimana boleh anda aplikasikan kualiti-kualiti dan keupayaan-keupayaan berkenaan untuk memulakan dan membina satu perniagaan baru? ..
Jika anda telah p…

Laksa Ke Pasaran Komersil

Imej
Dubai, China & Australia Intai Laksa Shack ..
Laksa yang lebih sinonim untuk sajian di rumah meraikan tetamu atau di warung dengan harga sekitar RM2, kini berubah di tangan pemilik rangkaian restoran Laksa Shack, Anita Ali yang juga Pengarah Urusan Syarikat Sierra Cycle Sdn Bhd. Seawal 10 pagi hingga 10 malam siapa sahaja boleh menjamah laksa. ..
Bukan satu menu laksa tetapi menyediakan sembilan jenis laksa dalam mangkuk besar yang setiap satunyya berharga RM9.90. Dengan konsep dekorasi, cara penyediaan, pelayan restoran yang memuaskan, pasti ramai yang mengandaikan pemiliknya bukan Melayu. .. Setelah berjaya dan membuka mata pihak pengurusan pasar raya dengan outlet ke sepuluhnya, Laksa Shack hari ini bersedia untuk melebarkan empayar perniagaan kedai makannya. Kali ini bukan sahaja aneka laksa tetapi juga masakan kampung atau opah bakal dijual di pusat membeli belah ternama. Kejayaan dalam perniagaan aneka laksa, Anita yakin potensi makanan melayu juga boleh laris seperti masakan ru…

Rahsia Komunikasi Yang Baik

Imej
Sering kali saya ditanya oleh beberapa orang rakan, bagaimana caranya memiliki komunikasi yang baik khususnya di hadapan khalayak? ..
Soalan ini sebenarnya memerlukan satu jawapan yang agak fleksibel bergantung kepada keadaan dan minat seseorang dalam mendalami seni komunikasi. .. Tambahan pula, saya bukanlah orang yang terbaik untuk bercerita tentang teknik komunikasi, namun setidak-tidaknya saya mempunyai pengalaman yang harus dikongsi bersama. Bagi saya sendiri, apa yang telah dicapai di dalam hidup saya bukanlah yang terbaik yang boleh dicapai oleh seseorang, anda rasanya mampu mencapai lebih dari ini sekiranya anda mahu!
.. Komunikasi Adalah Seni
Adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi yang baik ialah satu perkara yang perlu ada kepada setiap individu yang ingin muncul sebagai da’ie. Namun, hakikat yang perlu diakui ialah Allah SWT tidak menjadikan semua individu mempunyai kebolehan semulajadi untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea secara spontan di hadapan…

Empat Strategi Mencari Bisnes Baru

Imej
Terdapat empat strategi yang boleh anda gunakan untuk mencari produk atau perkhidmatan baru untuk dimulakan atau membina perniagaan anda sendiri.
.......
Langkah 1Cari Bidang Anda Sendiri Strategi pertama ialah dengan mencari produk atau perkhidmatan di bidang atau kemahiran anda sendiri. Anda mungkin mempunyai satu idea bernilai sejuta ringgit di dalam fikiran anda. Ramai orang mempunyai pengalaman di mana mempunyai idea untuk sesuatu produk atau perkhidmatan muncul pada mereka lagi dan lagi. Dan anda terus tidak mempedulikan atau cuba membuangnya jauh-jauh. .. Sesetengah orang berpendapat purata seseorang mempunyai empat idea setahun semasa memandu pergi dan balik kerja, salah satu daripadanya boleh menjadikan mereka seorang jutawan jika mereka boleh menurut sahaja idea tersebut dan laksanakannya. Jadi lihat kepada bidang anda atau kemahiran anda sendiri. Lihat kepada fikiran anda sendiri. Lihat kepada idea anda sendiri. ...
Langkah 2Pastikan Anda Peka Dengan Keadaan Sekeliling .. Strategi …

Sebelum Anda Terjun Ke Dalam Bidang Keusahawanan

Imej
Kita semua akan dapat merasa keadaan tidak selesa untuk meninggalkan pekerjaan sekarang dan melakukan sesuatu yang gila dan seronok serta berisiko dalam hidup kita. "Sesuatu yang gila" itu sering ditafsirkan sebagai menceburi bidang keusahawanan. ..
Saya akan berikan tip yang berguna melalui senarai perlu dibuat untuk anda yang telah mengambil keputusan nekad untuk mengikuti jalan ini. ..
1Nilaikan berapa banyak simpanan yang anda ada. Memandangkan kebanyakan sumber modal pemilik perniagaan ialah daripada simpanan peribadi mereka, kita andaikan anda juga begitu. Duduk dan tuliskan berapa banyak wang simpanan yang anda ada. Lihat bukan sahaja terhadap akaun simpanan anda di bank tetapi juga pegangan di dalam amanah saham atau mungkin saham-saham yang dimiliki. Adakah semua ini cukup untuk bahagian anda sebahagian modal permulaan bisnes anda. .. Jika tidak, mungkin anda fikir yang anda akan memperolehi pendapatan daripada perniagaan apabila beroperasi kelak dan seterusnya boleh m…