Selasa, Oktober 28, 2008

Sedut Kepakaran Kedua Orang Tua


Martha Stewart Raih Pendapatan RM2 Billion

Martha Setewart membuktikan kongkongan ayahnya langsung tidak merugikan.


Dorongan si ayah agar dia mempunyai tujuan hidup yang ada potensi sejak kecil dengan mengajarnya teknik-teknik berkebun dan memasak serta menjahit daripada ibunya, jelas bukan untuk kegunaan sendiri tetapi pulangan yang benar-benar menguntungkan.

Siapa sangka anak seorang jurujual dan guru sekolah ini tampil sebagai bilionair hasil dari kepakaran yang diperolehi dari kedua orang tuanya.

Ilmu dan kepakaran yang dipelajarinya hanya di sekitar rumah bersama keluarganya. Tetapi peluang dan ruang yang dicari meletakkan Martha kaya dengan hasl kerjatangan yang sebelum ini dianggap remeh dan tidak menguntungkan oleh sesetengah orang. Kini kejayaan di tangan Martha membuatkan semua orang mula buka mata.

Pada tahun 1976, Martha menubuhkan bisnes catering di ruang bawah tanah kediamannya di Turkey Hill, Westport, Connecticut. Sejak itu juga kehidupannya makin sukses. Kemudian dia membuka sebuah kedai berhampiran kediamannya dengan menjual makanan dan barang-barang keperluan lain.

Hartawan

Strategi memasang iklan pada majalah-majalah tempatan dan menggunakan pemasaran dari mulut ke mulut, usahanya mula mendatangkan hasil. Dalam tempoh sepuluh tahun usahanya telah berkembang menjadi bisnes yang bernilai 1 juta dolar.

Beralih daripada kejayaan itu, Martha perlahan-lahan mula memasuki bisnes penerbitan. Dia juga menulis artikel untuk New York Times dan menjadi editor di House Beautiful.

Martha juga bersetuju menjadi co-author buku mengenai catering bersama pakar fesyen terkenal, Elizabeth Hawes yang telah membawanya kepada kejayaan lebih bresar lagi. Nama Martha Stewart dilihat cepat tersebar dan tersohor dalam bidang homemaking semsasa penampilan rutinnya dalam acara The Today Show.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk jadi terkenal dan menciptakan ruangnya sendiri. Keadaan tersebut mengubah semangatnya bukan cuma membawa bisnes yang menguntungkan, tetapi juga menjadi sebuah empayar perniagaan bernilai jutaan dolar.

Pada tahun 1987, Martah menandatangani kontrak pengiklananan dan penasihat berharga 5 juta dolar dengan Kmart dan menjadi jururunding di bahagian home department Kmart.

Martha Stewart atau nama penuhnya Martha Helen Kostyra dilahirkan pada 3 Ogos 1941 juga adalah seorang hartawan Amerika. Dia juga adalah bekas broker saham dan peragawati fesyen. Dua dekad kebelakangan ini, Martha telah memegang kedudukan penting dalam perusahaan penerbitan orang Amerika. Pada tahun 2001, Martha dipilh sebagai wanita yang berpengaruh di Amerika oleh Ladies Home Journal.

Walaupun pernah dipenjarakan selama lima tahun dengan sabit kesalahan berbohong kepada penyelkidik, tetapi itu bukanlah penamat kedudukannya sebagai wanita berjaya. Selepas keluar penjara, dia tekad menyelamatkan empayarnya. Dia memfookuskan tenaga dan tumpuannya kepada majalah Martha Stewart Living dan menyambung kontraknya dengan Kmart, bekerjasama dengan Sears dan memulakan kembali kehadirannya di kaca televisyen.

Kesabaran

Langka kejayaanya kemudian bertapak dalam bidang hartanah apabila Martha melancarkan deretan rumah di seluruh AS berasaskan kepada rumahnya di New York dan Masine. Rumah-rumah yang diinpirasikan oleh Martha telah disiapkan pada tahun 2006. 650 buah rumah dirancang dengan harga-harga dari RM640,000 hingga RM1.3 juta. Pada September 2007, dia melancarkan homewares untuk Macy’s. Malah perasmian tersebut adalah perasmian jenama terbesar dalam sejarah Macy sehingga tercetusnya idea perdagangan dalam talian. Martha telah mereka lebih daripada 2,000 buah artikel secara eksklusif untuk Macy’s. Jualan dalam talian termasuk alas meja, set mandian, cook ware dan set makan.

Dia juga kembali menjadi hos untuk acara radio seminggu sekali di radio satelit yang juga sebahagiannya dimiliki oleh Martha Stewart Living Omnimedia (MSLO). Ketika ini juga hampir semua media sudah digugat oleh wanita tabah ini.

Menurut Martha, tanpa kesabaran pekerjaan hanyalah sebagai rutin harian. Kerana itu dia menganggap kesabaran adalah asas utama dan paling penting untuk merancang dan memulakan sebuah perniagaan. Martha sudah mengetahui minatnya ini sejak kecil dan merasa benar-benar teruja ketika melakukan aktivitidi dapur bersama ibunya atau berkebun dengan ayahnya di belakang rumah.

Kalau dulu masak di dapur dan berkebun di rumah sebagai hobi, kini bidang yang dicintainya itu menjadi bidang pekerjaan yang amat lumayan dan pernah mempunyai pekerja seramai 650orang dan mampu menghasilkan pendapatan tidak kurang dari 200 juta dolar.

Dia juga antara pakar masak yang diminati ramai diseluruh dunia dengan resipi yang diolah mengikut kreativitinya yang turut menyumbang pendapatannya sehingga RM2 billion.


Sabtu, Oktober 18, 2008

Idea ‘gila-gila’ hasilkan makanan sendiri

Oleh LAUPA JUNUS
....
Agak sukar membayangkan bagaimana agaknya apabila belakang rumah yang bukan kawasan bendang tetapi dipenuhi dengan tanaman padi.
...
Lebih menarik, jika tanaman padi tersebut yang jaraknya hanya beberapa meter di belakang rumah menjadi sumber beras untuk makanan harian.
..
Lazimnya, bagi penduduk kampung, ternakan ayam, itik, telur dan tanaman sayur-sayuran diusahakan di belakang rumah untuk sajian harian tetapi beras terpaksa juga dibeli di kedai.
...
:: TANAMAN padi di belakang rumah Ismail Payamin yang menunggu masa untuk di tuai. ::
...
Namun, bagi seorang bekas guru, Ismali Payamin, 50, beliau cuba untuk mengubah kelaziman itu dengan menanam dan menternak sendiri sumber-sumber bahan asas keperluan dapur itu.

....
Caranya ialah dengan memanfaatkan kawasan sekeliling rumahnya di Kampung Sungai Kembung Hilir, Bangi, Selangor dengan diusahakan pelbagai aktiviti pertanian termasuk tanaman padi.
....
Tanaman padi diusahakan tanpa menggunakan air yang banyak memandangkan tanah di sekeliling rumah tersebut bukan kawasan semula jadi sawah yang boleh menyimpan air.
...
Di kawasan itu juga, Ismail menternak ayam yang digelarnya sebagai ayam katan bermaksud kacukan ayam kampung dan hutan.
....
Di satu sudut lain, dia membuka kawasan kecil untuk menternak ikan keli, juga dalam proses kajian untuk menjadikannya lebih sedap.
....
Segala usahanya itu yang boleh mencetuskan hasil ‘serba mungkin’ sebenarnya lahir daripada sikapnya yang ‘gila-gila’ dengan penyelidikan.
...
Ismail bersara daripada perkhidmatan perguruan pada 1995 selepas memulakan khidmat pada 1980.
...
Sepanjang perkhidmatannya, beliau yang berasal dari Cheras, berkelulusan teknikal dari Maktab Perguruan Ilmu Khas , Kuala Lumpur mengajar dalam bidang kemahiran hidup.
...
Selepas bersara atas pilihan sendiri, dia pada mulanya membuka pusat memancing ikan air tawar di Bandar Baru Bangi.
...
Selepas tidak lagi meneruskan tersebut, Ismail memulakan usaha dengan menjalankan teknik pembiakan ikan keli dengan mengacukkan mana-mana spesies.
....
“Saya mencubanya untuk mencari kelainan rasa keli yang lebih sedap,’’ ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Bangi, baru-baru ini.
...
Malah, Ismail boleh berbangga kerana telah berjaya menemui apa yang dinamakan varieti baru hasil kacukan dua spesies keli tahun lepas.
....
Ismail juga bersedia membimbing mana-mana individu yang berminat mempelajari teknik aruhan itu di rumahnya jika ada kelapangan dan mengikut permintaan.
...
Pada masa sama, beliau turut mencuba menjalankan kajian mengenai pembenihan cendawan tetapi dihentikan buat sementara kerana banyak masalah.
...
Selepas usaha-usaha ‘penyelidikan tersebut’, Ismail akhirnya mencuba tanaman padi di belakang rumahnya.
...
Sebelum itu, beliau berkunjung ke Sumatera, Indonesia untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan tanaman padi di negeri berkenaan.
...
“Saya mencuba tanaman padi dengan benih yang dihasilkan oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) iaitu MR219,’’ katanya.
...
Dia mencuba tanaman padi bagi mengurangkan beban perbelanjaan ekoran harga beras yang terlalu mahal pada masa ini.
....
Katanya, ramai mendakwa hanya padi huma atau padi bukit sahaja yang mampu bertahan tanpa air untuk tumbuh dengan baik tetapi, padi yang ditanamnya membuktikan sebaliknya.
...
Ismail menjelaskan, kawasan yang ditanam padi itu berkeluasan 4,000 kaki persegi dengan jarak antara pokok kira-kira enam inci.
...
Antara kelainan tanaman padi yang diusahakannya ialah tidak mempunyai kemudahan tali air dan hanya menggunakan baja organik.
....
Dia memulakan penanaman pada 15 Mei menggunakan dua kilogram benih padi dan sebelum menanamnya, tanah digembur dan dicampurkan dengan baja organik.
...
Selepas itu, dia menaburkan benih dan membiarkannya tumbuh sebelum disusun semula mengikut jarak yang sesuai.
....
Jika keadaan terlalu kering, dia hanya menggunakan sumber air di kawasan penanaman menggunakan alat perenjis air (sprinkler).
...
Pada masa sama, dia menyemburkan larutan mikrogranisma berkesan (EM) kepada tanaman tetapi tidak terlalu kerap atau kira-kira sebulan selepas penanaman.
...
Seperti benih padi lain juga, dia boleh menuai dalam tempoh antara 110 dan 120 hari penanaman.
....
“Saya telah mengira kos penanaman padi ‘bukit’ ini yang mana jika diambil kira semua termasuk penanaman sendiri, (manual) rawatan EM untuk keluasan 4,000 kaki persegi, maka jumlahnya kira-kira RM120.
...
“Kos itu tidak termasuk upah menuai dan dan menggunakan mesin untuk menukarkannya kepada beras,’’ ujarnya.
...
Bagaimanapun katanya, kos tersebut dapat dikurangkan sekiranya kawasan penanaman diperluaskan.
...
Katanya, sejumlah 300 kilogram beras dapat dihasilkan untuk kawasan seluas itu yang mampu digunakan selama setahun untuk sebuah keluarga yang mengandung tujuh atau lapan orang.
...
Tanaman padi tersebut bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk mencari varieti tangkai yang lebih padat dengan padi.
...
Malah, dia juga sedang mencuba menanam padi tersebut di pasu bagi melihat ketahanannya.
...
Bagaimanapun, Ismail berharap kerajaan memberi peluang kepada pengusaha sepertinya supaya tidak terlalu ketat dalam kawalan jual beli padi.
...
Ini kerana, undang-undang tidak membenarkan hasil padi dijual kepada individu sebaliknya perlu ke kilang padi dan seterusnya dalam rantaian bekalan sedia ada.
...
Selepas lebih sedekad mencuba bermacam-macam kajian yang mungkin gila kepada sesetengah orang, Ismail berkata, beliau belum letih untuk terus mencuba.
...
Malah dengan kata-kata pegangan Alam Sebagai Guru, beliau akan terus mencuba menghasilkan sesuatu yang menarik kerana pada akhirnya ia untuk kebaikan.
...
Beliau juga akan sedang memikirkan untuk mengkomersialkan mana-mana produk yang dihasilkan itu untuk dikomersialkan bagi menjana keuntungan.
...
Utusan Online

Pengertian Perniagaan Francais

Saya yakin anda sering mendengar perkataan "Francais" atau "Perniagaan Francais," tetapi mungkin ada di antara anda yang belum mengenali lebih dekat apakah yang dinamakan perniagaan francais. Untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai konsep perniagaan ini, kita ambil contoh satu jenis perniagaan iaitu perniagaan Percetakan Cepat Metro.
..
Katakan anda mempunyai satu perniagaan yang bernama Percetakan Cepat Metro iaitu perniagaan yang boleh mencetak bahan percetakan seperti kad perniagaan, kepala surat, buku resit dan lain-lain lagi dengan cepat. Anda telah menjalankan perniagaan tersebut dengan jayanya selama 5 tahun. Ini bermakna selama 5 tahun anda telah mendapat keuntungan yang banyak hasil daripada perniagaan tersebut dan anda juga telah mempunyai kemahiran atau kepakaran yang mendalam tentang perniagaan tersebut.
Oleh kerana anda rasakan sudah mempunyai kemahiran atau kepakaran di dalam perniagaan Percetakan Cepat Metro, maka anda berhajat untuk menawarkan kepakaran perniagaan tersebut kepada sesiapa yang ingin meniru kejayaan anda. Ini bermakna sesiapa yang ingin membuka perniagaan percetakan cepat, mereka tidak perlu mempunyai kemahiran di dalam perniagaan terseut, yang perlu ada hanya menyediakan modal.

Ini bermakna mereka akan menggunakan nama perniagaan anda iaitu Percetakan Cepat Metro serta mengeluarkan modal untuk membeli peralatan percetakan, menyediakan tempat operasi dan lain-lain lagi. Tugas anda pula mengajar atau memindahkan teknologi percetakan cepat kepada mereka.

Anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk komisyen daripada keuntungan yang dijalankan oleh mereka. Banyaknya keuntungan tersebut bergantung kepada sesebuah syarikat. Contoh konsep perniagaan seperti ini ialah Restoran Mc Donald's, Restoran Kentucky Fried Chicken, 1901, Bonia dan lain-lain lagi.

Konsep perniagaan seperti tersebut dipanggil perniagaan Francais. Anda yang memberi segala tunjuk ajar serta kepakaran di dalam perniagaan tersebut dikatakan sebagai memberi Francais atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Franchisor. Orang yang menerima dan meniru kepakaran, menggunakan nama syarikat atau jenama produk anda serta mengeluarkan modal dikatakan sebagai Pemegang Francais atau dipanggil Francahisee.

Khamis, Oktober 16, 2008

Prinsip Kekayaan

1. Pendapatan anda boleh berkembang hanya kepada usaha yang anda lakukan!
....
2. Jika anda ingin menukar buahnya, anda perlu terlebih dahulu menukar akarnya. Jika anda ingin menukar apa yang dilihat, anda mesti menukar apa yang tidak dapat dilihat.
...
3. Wang merupakan satu hasil, kekayaaan merupakan satu hasil, kesihatan merupakan satu hasil, penyakit merupakan satu hasil, berat anda merupakan satu hasil. Kita hidup di dalam dunia sebab dan akibat.
....
4. Berikan saya lima minit, dan saya boleh meramalkan masa depan kewangan seluruh hidup anda.
...
5. Pemikiran membawa kepada perasaan. Perasaan membawa kepada tindakan. Tindakan membawa kepada hasil.
...
6. Apabila mida separa sedar perlu memilih antara emosi sanubari dan logik, emosi akan selalunya berjaya.
....
7. Jika motivasi anda untuk memperolehi wang atau kejayaan dating daripada sebab yang tidak membantu seperti ketakutan, marah, atau perlu ”membuktikan” diri sendiri, wang anda tidak akan sama sekali memberikan anda kebahagiaan.
....
8. Satu-satunya cara untuk menukar secara tetap suhu di dalm bilik dengan menetapkan semula pengukur suhu. Dengan cara yang sama, satu-satunya cara menukar dengan ”tetap” tahap kejayaan kewangan anda ialah menetapkan semula jangka suhu kewangan anda.
...
9. Kesedaran ialah memerhatikan pemikiran dan tindakan anda supaya anda boleh menjalani kehidupan daripada pilihan yang dibuat pada masa kini berbanding dijalankan melalui program yang berjalan daripada masa lepas.
....
10. Anda boleh memilih untuk berfikir dengan cara yang akan menyokong anda di dalam kebahagiaan dan kejayaan anda berbanding cara yang sebaliknya.
...
11. Wang adalah tersangat penting di dalam bidang yang mana ia berfungsi, dan sangat tidak penting di dalam bidang yang sebaliknya.
....
12. Apabila anda mengadu, anda menjadi seorang yang dianggap “sisa magnet” yang hidup.
.....
13. Tidak ada sama sekali keadaan yang dianggap sebagai mangsa orang kaya!

14. Jika matlamat anda ialah untuk mendapat hidup yang selesa, peluangnya ialah anda tidak akan menjadi kaya. Tetapi, jika matlamat anda ialah untuk menjadi kaya, peluangnya ialah anda akan memperolehi keselesaan hidup.

....

15. Sebab utama kebanyakan orang tidak mendapat apa yang mereka mahu ialah kerana mereka tidak tahu apa yang mereka mahu.

.....
16. Jika anda tidak sesungguhnya, sepenuhnya dan sebenar-benarnya komited untuk mencipta kekayaan, peluangnya ialah anda tidak akan memperolehinya.
.....
17. Hukum Pendapatan: Anda akan dibayar dalam kadar yang bersamaan terhadap nilai yang anda berikan kepada pasaran.
....
18. “Keberkatan yang anda mahukan”.
.....
19. Seorang pemimpin selalunya memperolehi wang yang banyak berbanding seorang pengikut.

Why Does It Get So Crazy?

...

There is no question that the biggest opportunities in business lie on the right side of my friend Robert's CashFlow quadrant. Those who are able to navigate from employee, to self-employed, to business owner and investor will also know that it is a game in which some days you are winning and other days you are learning!!!
...
In my own quest to build bigger and better businesses, it has become clear why some make it and some do not. We all know that your number one skill is your ability to sell and to raise capital. You also have to learn to assemble and lead a team.
...
Yet the real barrier between S and B has to do with a simple, but little known formula from the world of geometry. It goes like this:

...

x²- x = R
2

...

X = the number of events (or in the case of business... people) and
R = the number of relationships between and among those people

...

So if there are 2 people in a group, there is one relationship...
3 people = 3 relationships... no big deal. A few more people shouldn't matter... should it???? But check this out:

...
4 people = 6 relationships
5 people = 10 relationships
6 people = 15 relationships
10 people = 45 relationships !!!!!!
....
So you can see that the number of possible relationships accelerates faster than the number of people. That is why most people stay self employed, because they cannot manage or control multiple relationships. No wonder most small business folks fail as they try to grow. Once you move to 5 plus employees, the nature of the game changes.
...
Have you ever noticed how much crazier it gets when more people enter your team, business or life? How about family reunions?????
...
As a true business owner, the more relationships you can successfully establish, maintain, maximize and keep in harmony, the bigger your business. From those relationships come capital, sales, resources, expertise, markets, income, ideas and reach.
...
I always ask the question..."How big is your game?" Yet the real answer is not simply how big you can dream, (which is good!) It is actually how many teams, groups, individuals, partners and allies can you be in working relationship with.
....
That is why sales and leadership are truly your most important skills. Most people have a tough time just working on their own (no relationships), let alone managing partnerships and alliances around the world.
...
By the way... the relationships I am talking about are not just with people. Your health, your family, your teams, your community, your environment, all the 'stuff' in your world like your car, house, clothes, paperwork, appliances, etc. These are all relationships that you have to keep moving together at similar speeds and harmony otherwise one or more of them will trip you up.
...
For example, if you have a high performance car, but you neglect to keep it serviced (relationships with your car), and you try to fly down the road in it, it will burn up.
...
Learning to be good at handling relationships is not easy, but the rewards are huge. So the question is not how big is your game... it's how many good relationships do you have and how good are you at nurturing them.
...
Another way of looking at this has to do with the amount of space you command. The larger a space you can hold, the more power you have. Microsoft, Google and YouTube command incredible amounts of space in their markets. The larger the space, the more room for more money, relationships and opportunity.
...
Yet since most people can only manage a very small space, very little can get into that space. There may be great opportunities and millions of dollars nearby, but they cannot be assimilated because there is no room for them in the typical person's contracted space.
...
Many organizations attempt to manage the complexity of multiple relationships by 'breaking them down' into manageable groups and end up creating isolated 'silos'. That is industrial age thinking!!!! The truth is you cannot manage all those relationships!!
...
What you CAN do however, is manage the 'context' that surrounds all those relationships. A clear and strong Mission, Code of Honor leadership team is enough to steer the whole conglomeration of free-wheeling relationships in the right direction. If you can manage the 'whole,' the 'parts' will take care of themselves!
...
The better you are at creating and growing relationships, the more space you will create and the more opportunity will be able to come in. Another way of putting this is... the size of your space, your game and your world is a reflection of your ability to build and maintain great relationships.
....
How good are your relationships in your market, with your team, at home or with yourself?
...
If you are not a good people person, if you do not know how to lead, negotiate, sell or communicate well with people, you are at a severe handicap. This is something you can learn and master with lots of practice and good coaching.
...
Those who embrace it, learn it and apply it... win!

..
Blair Singer

SalesDogs

Rabu, Oktober 08, 2008

Role of Government

Traditionally, the role of government has been to manage the economy through taxation, economic and monetary policy and ensure a fair society by the state provision of welfare and benefits to those who meet certain criteria, whilst leaving business relatively free to determine to address the challenges and opportunities that arise.
....
Governments can use a variety of policies when attempting to reduce the impact of fluctuations in economic activity. Collectively, these measures are known as stabilisation policies and are categorised under the broad headings of fiscal policy and monetary policy.
..
Rather than following one or other type of policy, most governments now adopt a pragmatic approach to controlling the level of economic activity through a combination of fiscal and monetary policy.
...
In an increasingly integrated world, however, controlling the level of activity in an openeconomy in isolation is difficult as financial markets, rather than individual governments and centralbanks, tend to dictate economic policy.
..
......
Impact of Globalisation
...
In an era of increasing globalisation, governments have a much wider role to address than used tobe the case. The global economy is in the midst of a radical transformation, with far-reaching andfundamental changes for the pattern of economic activity.
..
These changes pose challenges andopportunities for all economies and the financial services sector has a central role to play inaddressing these challenges, and will be key to increasing the flexibility and dynamism of businessand the wider economy.
..
..
Role of Central Banks
...
Central banks operate at the very centre of a nation’s financial system. They are public bodies but, increasingly, they are operating independently of government control or political interference andusually have the following responsibilities:
.....
• Acting as banker to the banking system by accepting deposits from, and lending to, commercialbanks.
....
• Acting as banker to the government.
...
• Managing the national debt.
....
• Regulating the domestic banking system.
...
• Acting as lender of last resort to the banking system in financial crises to prevent the systemiccollapse of the banking system.
...
• Setting the official short-term rate of interest.
...
• Controlling the money supply.
...
• Issuing notes and coins.
...
• Holding the nation’s gold and foreign currency reserves.
...
• Influencing the value of a nation’s currency through activities such as intervention in the currencymarkets.
...
• Providing a depositors’ protection scheme for bank deposits.





Selasa, Oktober 07, 2008

Definisi Pemasaran Berperingkat (MLM)


Multi-Level Marketing atau network marketing iaitu pemasaran berperingkat merupakan satu sistem di mana satu syarikat induk mengedarkan produk dan perkhidmatannya melalui satu jaringan ahli perniagaan yang berdikari, bukan sahaja di negara ini tetapi ke seluruh dunia....

Ahli perniagaan berdikari atau usahawan ini kemudian menaja orang lain untuk membantu mereka mengedar produk atau perkhidmatan. Proses orang membantu orang lain ini mungkin diteruskan melalui satu atau lebih tahap pendapatan....

Sebagai seorang ‘networker,’ anda akan memperolehi wang dalam dua cara:...

1. Anda mengedar produk atau perkhidmatan yang anda uruskan kepada rakan dan pelanggan yang dirujuk kepada anda.....

2. Anda mengajak rakan-rakan dan orang lain yang anda temui untuk meneroka satu peluang untuk sama-sama mengedar produk atau perkhidmatan anda. Tahap di mana anda melibatkan diri adalah samada salah satu ataupun kedua-dua aktiviti ini bergantung sepenuhnya kepada kehendak peribadi....

Sesetengah orang menumpukan kepada mengedarkan produk dan perkhidmatan mereka ini semata-mata. Ia hanya terhad kepada usaha mereka seorang sahaja.

...

....

Terdapat juga orang lain yang bukan sahaja memasarkan produk MLM, tetapi juga belajar bagaimana untuk menaja dan membina satu organisasi yang besar . Orang yang tetap dengan menaja berupaya “mengganda” dalam diri sendiri dengan banyak dengan cara membantu orang lain berjaya.....

Kesan penggandaan inilah merupakan keajaiban MLM. Sehari ada 24 jam tetapi dengan mempelajari bagaiman untuk menaja orang lain, anda boleh menyalin usaha anda dan pada masa yang sama menambah ke atas pendapatan anda, namun anda tidak perlu membayar gaji pekerja. Malahan anda boleh memperolehi pendapatan semasa anda tidur!






Sabtu, Oktober 04, 2008

Strategi Jutawan Multilevel Marketing (MLM)

Network Marketing atau Pemasaran Berperingkat merupakan satu lagi bisnes yang boleh dipertimbangkan oleh bakal usahawan sebagai platform mencapai taraf jutawan. Jika anda mencari-cari peluang bisnes dalam bidang MLM (Pemasaran Berperingkat), berikut saya senaraikan lapan kunci utama yang perlu dipertimbangkan.
...
Pertama Dapatkan bisnes MLM yang mempunyai produk berkualiti dengan reputasi yang baik. Jangan sekali-kali membazirkan masa cuba menjual sesuatu yang tidak mempunyai kriteria ini. Produk berkualiti merupakan permulaan awal untuk kejayaan bisnes anda. Tiada bisnes yang berjaya dibina hanya dengan menawarkan kualiti produk yang biasa-biasa sahaja.
...
Kedua Dapatkan syarikat yang menawarkan harga yang berpatutan berbanding dengan pesaingnya. Ingat, tiada siapa yang mahu membayar lebih terhadap produk atau perkhidmatan kalau mereka boleh dapatkan sesuatu yang lebih baik atau sama di tempat lain dengan lebih murah. Jadi, bandingkan harga dengan sebaiknya.
....
Ketiga Minta Jaminan Wang Dikembalikan. Perkara ketiga ialah mendapatkan 100 peratus jaminan wang dikembalikan tanpa syarat. Dengan lain perkataan, produk tersebut mestilah terlalu bagus dan pihak syarikat mesti menyokong yang mereka sanggup untuk memberikan 100 peratus pulangan semula wang ke atas apa sahaja yang mereka jual terutama apabila pelanggan tidak berpuas hati.
...
Itu juga merupakan permulaan yang baik untuk memulakan dan mengembangkan sebarang bisnes.
....
Keempat Menyimpan Inventortori atau Stok Yang Minimum. Carilah peluang bisnes MLM yang memerlukan simpanan stok yang minima atau tiada langsung dalam penyimpanan stok mereka. Anda patut mampu mulakan bisnes MLM dengan modal yang paling minima. Biasanya tidak lebih daripada RM100.
........
Kelima Rekod Simpanan Yang Baik Merupakan kriteria yang kelima di mana pihak syarikat mestilah menyediakan penghantaran yang cekap dan simpanan rekod kewangan yang teratur. Satu bisenes MLM yang baik ialah berupaya menghantar produk dalam masa 24 atau 48 jam kepada untuk dijual, atau kepada para pelanggan. Mereka juga mengambil berat rekod-rekod dan memberikan penyata kewangan yang tepat setiap bulan kepada ahlinya.
...
Keenam Dapatkan Sokongan Padu Daripada Organisasi. Ini merupakan perkara yang paling penting, jika pun mungkin yang terpenting berbanding perkara lain. Carilah sokongan daripada pihak syarikat yang boleh menawarkan latihan, yang akan memberikan anda seminar terhadap pengetahuan produk, yang boleh memberi motivasi dan juga mampu memberi anda peluang untuk membangunkan personaliti dan pembangunan bisnes anda.
...
Ramai orang yang memulakan syarikat MLM menjadi sangat berjaya memlalui bisnes mereka kerana latihan yang diperolehi daripada syarikat induk. Jika syarikat tidak mempunyai sistem latihan, cari syarikat yang ada.
...
Ketujuh Kejujuran Adalah Polisi Terbaik. Pastikan syarikat induk mempunyai reputasi yang cemerlang di dalam pasaran. Ingat, ia adalah syarikat yang boleh anda banggakan. Anda tidak patutnya membuat alasan atau mengelak daripada memperkenalkan syarikat yang diwakili.
...
Kelapan Produk Mesti Mudah Dibeli. Membawa kepada langganan semula dan bisnes ulangan. Anda patut cuba menjual produk kepada orang ramai yang boleh digunakan dengan kerap, jadi jika mereka puas hati dengannya, mereka akan terus memesannya lagi dan lagi dan lagi. Sekali anda telah mendapat seorang pelanggan, kadang-kala ia bertahan sehingga bertahun lamanya.
...
Untuk Praktis: Pertama, carilah produk yang anda benar-benar sukakan, gunakan dan berpuas hati secara peribadi. Anda boleh jual kepada orang lain jika anda benar-benar suakakannya. Malahan anda akan benar-benar suka menjualnya tanpa paksaan.
....
Kedua, cari produk yang mempunyai sesuatu yang yang baru atau isteimewa yang menjadikan ia berbeza dan lebih baik daripada apa yang telah sedia ada di pasaran. Sebab utama kenapa produk gagal ialah kerana ia tidak cukup hebat dan berbeza daripada persaingnya.
... Seorang pelanggan yang berpuas hati adalah 10x lebih mudah untuk menjual sesuatu berbanding kepada seorang pelanggan yang baru. Satu rujukan daripada pelanggan yang berpuas hati adalah 15x lebih senang untuk dijual berbanding melakukan satu 'cold call'.




Rabu, Oktober 01, 2008

Kisah Jutawan Muda Hollywood

Mereka muda, popular dan paling utama, kaya. Bukan kerana mewarisi kekayaan keluarga tetapi bintang-bintang remaja Hollywood ini terkenal kerana melibatkan diri dalam industri hiburan pada usia muda.
...
Ada yang bergelar bayi jutawan dan ramai juga memiliki pendapatan berjuta-juta pada usia remaja. Mungkin mereka bertuah kerana muncul pada masa yang tepat tetapi bintang-bintang muda Hollywood ini sebenarnya turut banyak berkorban.
..
Menghabiskan zaman remaja dengan lakonan dan nyanyian, ramai di antara mereka juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia glamor sehingga menimbulkan pelbagai skandal hitam.
..
Selebriti remaja seperti Miley Cyrus, Dakota Fanning, Emma Watson, Hayden Panettiere, Lindsay Lohan, Daniel Radcliffe, Hilary Duff dan Ashlee Simpson adalah antara bintang yang sedang diperhatikan dunia.
...
Ada yang mampu mengawal diri dalam arus populariti dan ada pula yang terkandas dengan kekayaan pada usia muda. Berikut adalah beberapa kisah artis muda dengan kekayaan mereka.
..


Miley Bilionair Televisyen
Drama terbitan Disney, Hannah Montana telah menjadikan Miley Cyrus pelakon remaja paling kaya dalam sekelip mata. Baru berusia 15 tahun, dia bakal bergelar bilionair menjelang hujung tahun ini.

..
Gadis ini memiliki kekayaan sebanyak AS$18 juta (RM56 juta) pada 2007. Namun, penyanyi dan aktres ini akan menjadi bilionair kerana siri francais yang dilakonkannya, Hannah Montana dianggarkan bernilai AS$1 bilion (RM3.16 bilion).
..

“Pada mulanya, tiada siapa yang menjangkakan populariti Miley. Dia adalah pujaan remaja dan kanak-kanak,” kata jurucakap Disney. Bukan itu sahaja, Miley yang kini dilanda kontroversi gambar seksinya juga baru sahaja menandatangani kontak bersama Disney Book Group untuk menerbitkan buku autobiografi yang dikatakan bernilai jutaan dolar.

...
“Pendapatan anak saya itu akan disalurkan kepada dana pelaburan. Dia (Miley) hanya boleh menggunakan wang selepas usianya mencecah 18 tahun,” kata ibunya, Leticia.

...
Kembar Kaya Sejak Bayi
Dalam ramai-ramai selebriti remaja, rasanya pasangan kembar Olsen, Mary-Kate dan Ashley adalah pelakon termuda bergelar jutawan. Mula berlakon pada usia sembilan bulan, pasangan ini popular menerusi drama Full House.

..
Menambahkan koleksi kekayaan melalui pengeluaran produk jenama sendiri dengan menubuhkan syarikat Dualstar, barangan kembar ini dijual menerusi lebih 5,300 kedai seluruh dunia.

....
“Nama mereka kukuh dalam industri hiburan dan juga fesyen. Produk jenama mereka merangkumi pakaian, buku, minyak wangi, majalah, poster dan patung fesyen dengan kerjasama Mattel menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja,” ujar sumber kepada Contactmusic.

...
Pada usia 21 tahun, pendapatan keseluruhan Mary-Kate dan Ashley yang memiliki firma yang dikenali sebagai Tween - yang menguruskan bisnes dan karier mereka, mencecah 300 juta paun sterling (RM2.1 bilion).

....
Sungguhpun selalu dikecam kerana mempromosikan bentuk badan kurus, memakai fesyen pelik dan mereka koleksi pakaian daripada bulu haiwan, pasangan kembar ini masih menjadi idola pujaan remaja Amerika Syarikat.

...
Daniel Bernilai RM113 Juta
Tiada siapa yang pernah menyangka filem Harry Potter akan menjadikan aktor muda, Daniel Radcliffe sebagai remaja paling kaya di Britian pada tahun 2006 dengan anggaran kekayaan 14 juta paun sterling (RM93 juta).

...
Dia muncul sekali lagi sebagai remaja terkaya pada tahun 2007 di Britian dengan jumlah kekayaan 17 juta paun sterling (RM113 juta). Dia juga dilaporkan menerima bayaran sebanyak 250,000 paun sterling (RM16.7 juta) untuk filem Harry Potter pertama dan sekitar 5.6 juta paun sterling (RM37.5 juta) untuk filem keempat. Selepas itu, dia menerima bayaran sebanyak 8 juta paun sterling (RM53.6 juta) untuk Order of the Phoenix.

..
Menerusi Contactmusic, satu sumber berkata, “Wang akan terus mengalir ke dalam tabungnya. Sebahagian besar adalah royalti setiap kali filem itu ditayangkan semula di kaca televisyen.”

...
Pendapatan Radcliffe disalurkan ke Gilmore Jacobs, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuknya oleh kedua ibu bapanya. Sungguhpun kaya, Radcliffe, 18, memberitahu dia tidak mempunyai cita rasa ‘mahal’ dan tidak mempunyai masalah menguruskan kekayaannya.

..
“Saya tidak bercadang untuk menjadi seperti mereka yang membeli kereta mewah atau barangan mahal sebaik sahaja berusia 18 tahun. Benda yang saya suka adalah buku, cakera padat dan cakera video digital,” tegasnya yang suka membaca.

...
Radcliffe juga merupakan penyokong beberapa badan amal termasuk Demelza House Children’s Hospice di Sittingbourne, Kent - yang mana dia menyuruh peminatnya menderma sebagai hadiah hari jadinya. Pada Februari 2005, Radcliffe juga menandatangan kemeja-T untuk bidaan dan hasilnya disalurkan kepada mangsa tsunami iaitu Badan Kebajikan Rebuilding Sri Lanka.

...
Lindsay Kini Menganggur
Bekerja keras pada tahun 2004 dan 2005, Lindsay Lohan berdepan dengan tekanan kerja dan berehat seketika. Kembali selepas berehat, Lohan memperolehi pendapatan sebanyak AS$11 juta (RM35.2 juta) untuk filem Herbie Fully Loaded (2005).

...
“Herbie Fully Loaded membenarkan saya memilih kepelbagaian filem serta transisi kepada watak lebih matang.

....
“Filem saya sebelum ini kebanyakan menunjukkan usia di sekolah tinggi. Dan dalam filem ini, saya sudah menghabiskan pengajian kolej,” ulas Lohan mengenai filem yang berjaya meraih kutipan AS$144.2 juta (RM441.5 juta).

...
Terlibat dalam beberapa filem selepas itu seperti Just My Luck, A Prairie Home Companion, Bobby dan Chapter 27, kesemua filem itu menerima kritikan pelbagai tetapi masih laris di pasaran.

..
Dengan kekayaan itu, dia merupakan antara aktres remaja terkaya di Amerika Syarikat. Namun, kedudukannya sedikit terancam berikutan kontroversi yang dilakukannya sepanjang 2006, terutamanya sikap tidak profesionalnya di lokasi pengambaran filem, Georgia Rule.

....
Filem ini bagaimanapun berjaya meraih kutipan hanya AS$22 juta (RM70.4 juta). Dan tahun 2007 juga tidak begitu cerah bagi aktres bermasalah ini. Menurut sumber, Lindsay menjayakan watak penari bogel dalam filem I Know Who Killed Me.

..
“Karya ini satu kegagalan dan dia dicalonkan sebagai aktres terburuk pada majlis Golden Raspberry Awards. Kariernya telah lama tamat sebelum semua masalah yang timbul.”

...
Sudah menganggur selama 18 bulan, ramai yang berpendapat dia sudah tersalah langkah tetapi masih boleh diselamatkan. Namun, dengan sikap yang suka membeli-belah, Lohan juga dikatakan akan muflis tidak lama lagi. Tidak kira sama ada dia boleh diselamatkan, Lohan kini bercadang untuk melanjutkan pelajaran selepas proses pemulihan alkohol.
...
Sumber : Kosmo

Peluang bisnes yang tidak harus dilepaskan

STG..?? APA ITU STG..???  😍 😍 Kami team Smart Tycoon Group (STG). Team terbesar yg bernaung di bawah salah satu syarikat yg pa...