Jumaat, Januari 30, 2009

Rahsia Chocolate House Azizi

Oleh HANIZA HASSAN
KOTA TINGGI 29 Jan. - Apabila bercerita mengenai coklat, baik lelaki atau wanita, pasti terbayang tentang keenakan dan aroma makanan kegemaran ramai itu.
..
Malah, terasa enak tatkala coklat cair di dalam mulut ditambah pula dengan campuran kepingan badam, kismis dan pelbagai jenis bahan tambahan.
..
Kini, coklat bukanlah satu 'makanan mahal' seperti yang pernah 'berlegar' dalam minda penggemarnya suatu ketika dahulu kerana ia merupakan makanan yang cukup digemari segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia.
..
Mengimbau kenangan dahulu, coklat hanya dihidangkan ketika majlis-majlis tertentu seperti jamuan makan malam korporat atau majlis perkahwinan, itu pun hanya diberikan sebagai hantaran kepada pasangan masing-masing.
.
Namun kini, pendekatan tersebut telah mengalami sedikit perubahan apabila coklat mula dihidangkan kepada umum tidak kira majlis malah ada yang menjadikannya sebagai makanan ringan.
..
Lebih mengujakan, coklat turut dilihat mampu untuk menceriakan hati pasangan masing-masing apabila dijadikan hadiah untuk hari bahagia. Tetapi, jarang sekali kita mendengar terdapat coklat buatan Malaysia terutama 'buah tangan' anak Melayu berada di pasaran.
..
Tercabar untuk merealisasikan impian itu, Mohd. Hairul Azizi Amat Tokimin, 29, merasa terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan pemerosesan makanan berasaskan coklat.
.
Bernaung di bawah syarikat Brely's Secret, jejaka yang lebih selesa dipanggil Azizi itu mempertaruhkan resipi rahsia coklatnya untuk dinikmati oleh penggemar coklat. Mungkin jenama coklat seperti Dark Chocolate, Marble Chocolate, Milk Chocolate dan Mix Chocolate agak asing kepada penggemar coklat di Malaysia, namun bagi Azizi itulah cabaran yang paling besar harus ditempuhinya bagi memastikan coklat jenamanya itu mampu bersaing dengan coklat jenama luar negara yang lain.
..
Bercerita berkenaan syarikatnya, kata Azizi, Brely's Secret telah ditubuhkan pada 31 Januari 2008 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Brely's Secret merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan khususnya dalam bidang pemakanan yang berasaskan coklat.
..
Syarikat tersebut turut menawarkan perkhidmatan pembungkusan produk makanan ringan dan cenderamata untuk majlis eksklusif.
..
"Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah pembungkusan makanan untuk majlis perkahwinan dan makanan ringan daripada usahawan dan peniaga setempat," katanya.
..
Biarpun hanya berusia 'setahun jagung', Brely's Secret mampu berbangga apabila syarikat tersebut berjaya menghasilkan pelbagai produk coklat sehingga 60 jenis.
Misi bagi menjayakan perniagaannya dimulakan dengan membuka sebuah bilik pameran yang dinamakan sebagai Chocolate House di Bandar Penawar, di sini awal bulan ini.
..
Biarpun 'rumah coklat' itu hanya berusia tidak sampai sebulan, mereka tidak 'sunyi' apabila saban hari menerima kunjungan daripada pelancong dan masyarakat setempat.
..
"Boleh dikatakan setiap hari kami akan menerima kunjungan yang kebanyakan adalah pelancong. Mengikut rekod yang kami buat sehingga kini lebih 20 buah bas membawa pelancong datang melawat ke Chocolate House kami," katanya.
..
Ditanya mengenai resipi coklatnya, beliau hanya tersenyum sambil menjawab: "Itu rahsia. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan resipi tersendiri. Itu sebabnya nama syarikat saya dan juga jenama produk ada perkataan secret (rahsia).
..
"Semua coklat dibuat di sebuah kilang di Bandar Tenggara dengan jumlah pekerja seramai empat orang. Bahan mentah utama yang digunakan adalah koko yang diperoleh dari Sabah," katanya sambil memberitahu bahawa produk coklatnya dijual antara 80 sen sehingga RM290.

Rabu, Januari 28, 2009

3 Langkah Mudah Menghasilkan ebook tanpa menulis

Oleh : Irfan Khairi
..
Hari ini saya berikan tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa... atau... tak pandai menulis :)
..
"Ebook short cut!"
..
Bagaimana caranya?
..
Langkah 1:
..
Pilih satu subjek atau topik mengikut kepakaran anda... atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat
..
Langkah 2:
..
Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.

Langkah 3:
..
Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!
..
Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:
..
1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
..
Ya, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK
(http://www.irfankhairi.com/mentor) menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga.
..
Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda. Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.
..
Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya... perlu bayarkah mereka yang anda interview tu? Adakah perlu membayar royalti kepada mereka?
..
Jawapan: Biasanya tidak perlu. Memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan :)
..
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut (dan juga lagi banyak short cut - short cut) bagaimana hendak menghasilkan ebook yang berpermintaan tinggi, Workshop Mini "Terhangat di Pasaran" akan diadakan pada hari Sabtu ini 31hb Januari 2009. Workshop separuh hari sahaja (So, murah sikit dari full workshop :)
..
). Lawati http://www.rahsiainternet.com/terhangat

Selasa, Januari 20, 2009

Perniagaan Internet membantu perniagaan tradisional anda

..
Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
..
Jawapan saya, sudah tentunya YA!
..
Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
..
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:
..
Laman web
....
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa?
..
Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.
..
Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
..
Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
..
BLOG
..
Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/), kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.
..
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya di
http://www.irfankhairi.com/ di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
..
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog
http://www.irfankhairi.com/ pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.
..
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
..
YOUTUBE
..
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.
..
Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi "Broadcast Yourself!"
..
Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.
..
Gunakan kreativiti anda!
..
FACEBOOK
..
Facebook.com adalah rangkaian kenalan social di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubung teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web facebook.
..
Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana perniagaan adalah hubungan antara pengguna dan perniagaan, friendster juga boleh digunakan dalam mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda.
..
Apabila anda memulakan perniagaan, sudah pasti, anda perlu mengumumkan kepada semua kenalan anda mengenai perniagaan anda. Melalui facebook, anda dapat memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan anda, dan juga, kenalan kepada kenalan anda!
..
Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan sedunia.
..
Sebagai contoh, lawati
http://www.halalgelatine.com/. Pemiliknya memiliki sebuah kedai kecil di bahagian basement KB Mall, Kelantan. Dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia!
..
Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?




Jumaat, Januari 16, 2009

Ternak tongsan dalam lombong

Oleh ANGELINA SINYANG
..
APABILA disebut sahaja Lembah Kinta di Perak, perkara pertama terlintas di kepala ialah aktiviti perlombongan bijih timah yang pernah menjadi sumber ekonomi utama di negeri itu suatu ketika dahulu.
..
Meskipun era kegemilangan industri bijih timah sudah berakhir di Lembah Kinta pada tahun 1980-an tetapi kesannya boleh dilihat sampai ke hari ini seperti peninggalan kapal korek dan beratus-ratus bekas lombong.
..
Selain dimajukan sebagai pusat rekreasi dan ditebus guna untuk projek pembangunan, bekas lombong juga sesuai digunakan untuk menternak ikan air tawar.
..
Industri penternakan ikan air tawar didapati amat menguntungkan kerana ia tidak memerlukan modal dan perbelanjaan tinggi untuk mengusahakannya berbanding ternakan ikan dalam sangkar atau kolam.
..
Kelebihan ini diakui oleh Pengarah Kemahang Progresif Sdn. Bhd. (Kemahang Progresif), Che Mohd. Azril Che Azmi, 26, yang memiliki syarikat mengusahakan ternakan ikan air tawar dalam lombong di Kampung Timah dan Kampung Sungai Galah di Tanjung Tualang, Perak.
..
Menurut Che Mohd. Azril, menternak ikan dalam lombong lebih menjimatkan kerana tidak perlu mengeluarkan wang untuk menyediakan sangkar, membeli makanan dan mengawal rapi ternakan.
..
''Kita hanya mengeluarkan modal membeli benih ikan dan mengupah pekerja menangkap ikan-ikan yang cukup matang untuk dijual.
..
''Ikan-ikan lombong tidak perlu diberi makan kerana ia mendapat bekalan makanan daripada 'plankton' yang hidup subur dalam air.
..
''Ia juga juga tidak perlu penjagaan rapi kerana habitatnya sesuai dengan air lombong dan tidak mudah dijangkiti penyakit," katanya ketika ditemui di Tanjung Tualang, baru-baru ini.
..
Bagi menggalakkan pertumbuhan 'plankton', pengusaha ikan lombong digalakkan menternak itik dalam kawasan yang sama kerana tahi itik berperanan sebagai baja menyuburkan tumbuhan tersebut.
..
Che Mohd. Azril memberitahu, itik yang diternak juga menyumbang kepada sumber pendapatan kerana daging haiwan ini turut dieksport ke Singapura.
..
Bercerita lanjut tentang ikan lombong, Che Mohd. Azril memberitahu, bidang ternakan ikan air tawar menggunakan teknik tersebut telah diceburi oleh bapanya, Che Azmi Che Mahmood pada tahun 2005.
..
Sebelum menceburkan diri dalam dunia pertanian dan penternakan, Che Azmi bekerja sebagai pegawai polis tetapi nekad mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang tersebut.
..
Pada peringkat awal, Che Azmi hanya menumpukan perhatian dalam bidang tanaman mangga kerana buah-buahan itu mendapat permintaan baik di pasaran.
..
''Selepas lima tahun mengusahakan tanaman mangga, ayah terfikir mahu menternak ikan air tawar kerana sayang melihat bekas lombong yang ada dalam kawasan ladang terbiar begitu sahaja.
..
''Ayah kemudian mengambil kursus ternakan ikan air tawar dengan Jabatan Pertanian dan memberanikan diri menternak ikan di lapan buah lombong di Kampung Timah dan Kampung Sungai Galah membabitkan keluasan 92 hektar," katanya.
..
Apabila ladang mangga dan perusahaan menternak ikan semakin maju, Che Azmi bertambah sibuk menguruskan perniagaan lalu mengajak Che Mohd. Azril membantunya.
..
Menurut Che Mohd. Azril, beliau baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila diminta oleh bapanya untuk membantu menguruskan ladang mangga dan ternakan ikan mereka.
..
''Mulanya saya tidak minat tetapi ayah tetap memaksa dengan menghantar saya mengikuti beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian, malah saya juga dihantar ke Indonesia dan Thailand untuk menimba ilmu dalam bidang ternakan ikan serta udang.
..
''Hasil pendedahan melalui kursus tersebut, saya akhirnya 'jatuh cinta' dengan bidang pertanian dan ternakan sehinggalah ke hari ini, malah tidak pernah menyesal mengorbankan usia remaja dengan bekerja dalam bidang tersebut," kata anak sulung daripada tiga beradik ini.
..
Selain mengusahakan ladang mangga dan ternakan ikan lombong di Tanjung Tualang, Kemahang Progresif juga dalam perancangan membuka kolam ternakan ikan kelisa emas dan ikan kelah di Gua Musang, Kelantan dalam tempoh terdekat ini.
..
Mengenai lombong ternakan ikan di Kampung Timah dan Kampung Sungai Galah, Che Mohd. Azril berkata, terdapat enam spesies ikan diternak di situ tetapi tumpuan diberikan kepada ikan tongsan dan tilapia hitam.
..
''Ikan paling banyak diternak ialah ikan tongsan dan ikan tilapia hitam sebab ikan ini mendapat permintaan tinggi di pasaran terutama Singapura dan Indonesia.
..
''Selain itu, kami juga menternak ikan-ikan lain seperti belida, lampam, kap rumput dan kaloi," katanya. Che Mohd. Azril memberitahu, ikan tongsan yang paling digemari oleh masyarakat Cina dijual pada harga RM2.10 sekilogram manakala ikan tilapia hitam berharga RM1.50 sekilogram.
..
Ikan tongsan boleh dijual apabila mencapai berat tiga kilogram (kg) dan ia boleh mencecah berat antara 15 hingga 20 kg selepas 12 bulan diternak menyebabkan proses pemasarannya hanya boleh dilakukan sekali setahun.
..
Dalam setahun, Kemahang Progresif mampu mengeluarkan 300,000 tan metrik ikan tongsan dan 180 tan metrik ikan tilapia.
..
Ikan tongsan keluaran syarikat itu dikhususkan untuk pasaran tempatan dan Singapura manakala ikan tilapia dieksport ke Indonesia.
..




Selasa, Januari 13, 2009

5 Tip Perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

Oleh Irfan Khairi
..
Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni...
..
Here's 5 tips from me:
..
* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+
..
* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.
..
* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.
..
* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik .
..
* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom :)
Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.
..
Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.
..
All the best dalam perniagaan 2009!





Isnin, Januari 12, 2009

Money, Money, Money: Bulgarian Millionaires

Monday, 12 January 2009
..
With so much doom and gloom about global recessions it’s hard to focus on the fact that some people are actually still making money and that some of these people are in Bulgaria.
.,
In fact, next time someone tells you that you will never sell your Bulgarian property to a rich Bulgarian because they don’t exist, think again – Bulgaria now has around 10 thousand millionaires and some say this is a conservative estimate.
...
Millionaires the World
OverAcross the globe there are somewhere in the region of 10 million millionaires who account for 40 trillion 700 billion dollars. Rather surprisingly, a survey of wealth by investment bankers Merrill Lynch highlighted the three regions with the greatest number of millionaires as being Latin America, the Middle East and Eastern Europe.
..
Half of those individuals on The Times Rich List made their money through property investment and this area accounts for much of those millions made legitimately in Bulgaria.
..
Bulgarian Millionaires
real estate millionaires are plentyWithin Eastern Europe, Poland, the Czech
Republic and Slovakia take the top three slots in the millionaire rankings followed in fourth place by Bulgaria.
..
However it is in first place in terms of the number of multi-millionaires and billionaires in Eastern Europe. Alexander Bozhkov, the co-chairman of the Center for Economic Development says that there are no official statistics to measure the number of millionaires in the country in the way that the USA uses ratings from the likes of Forbes Magazine, and it is also difficult to define the term “millionaire.”
..
When measuring the number of millionaires, simply looking at the amount of assets held is not enough and it is necessary to take into account the amount of money owed as well; a millionaire may own property valued at 50 million euro, but at the same time he may also owe the bank 50 million.
..
Looking at assets only in terms of real estate holdings, some maintain that everyone who owns property in the centre of Sofia will be a millionaire. Likewise anyone who owns agricultural land around the capital that can be regulated and sold to industrial or recreation developers is also a millionaire.
...
In terms of millions in the bank however, these people are few and far between; most have reinvested their fortunes to generate more wealth. Bojidar Danev, Chairman of the Bulgarian Chamber of Industry states that, “A million is not all that much and I think that 70% of the owners of construction companies in Bulgaria are millionaires as well as a large part of businessmen involved in the tourism sector.”
..
Dirty Money

A common saying in Bulgaria is that “all countries have a mafia, but in Bulgaria the mafia has a country!” With the fall of communism, a lot of public money was looted and transferred overseas.
..
Journalist Grigor Lilov researched the notion of Bulgarian millionaires and where their money came from and found that whilst Spain has only one billionaire, Bulgaria has five and that 80% of Bulgarian millionaires have strong associations with organised crime.
...
Bojidar Danev maintains that there are really no more than 1,000 to 1,100 genuine millionaires in Bulgaria if you exclude those who have debts to negate their fortune and eliminate those who make their money from illegal means.
..
Millionaire Profile
boys toys private jetsTop of Bulgaria’s rich list is Vassil Bozhkov who owns
several private businesses across the country as well as owning the largest and most expensive collection of antiques in Bulgaria. His actual wealth is estimated at approximately 760 million euro.
..
Georgi Angelov an economic analyst has divided Bulgarian millionaires into two groups; those who were fortunate enough to inherit land from their grandparents located in a desirable area where prices are now at a premium and those speculative millionaires who have made shrewd investments in sectors which have seen high economic growth over several years.
..
Most Bulgarian millionaires are men with a growing number of thirty year olds fitting the bill. The majority owns their own business and most have made their money in the real estate sector – today properties and land selling for 6 million euro is no longer a rarity in Bulgaria.
..
Most Bulgarian millionaires do not come into the public spotlight preferring instead to keep out of the limelight. They love expensive watches, own their own aircraft, drive cars worth 440 thousand euro and sail yachts costing 10 million. They holiday on islands in the Maldives – whole islands that they rent to ensure their privacy.
..
Source: Questbg

Sabtu, Januari 10, 2009

Bisnes Terbaik Untuk Anda Mulakan

Anda akhirnya telah putuskan yang anda bersedia untuk mengambil langkah besar dan menjadikan impian menjadi kenyataan dengan memulakan satu bisnes sendiri.
...
Sekarang apa yang anda perlu tahu ialah bisnes terbaik untuk dimulakan bagi menjadikan anda seorang jutawan. Apa yang akan anda dengar ini mungkin tidak akan menggembirakan dan juga mungkin juga bukannya jawapan yang anda cari selama ini.
.....
Tiada satu pun bisnes terbaik untuk dimulakan dan sangat sedikit kaitan dan persamaan antara banyak bisnes yang dimiliki oleh para jutawan.
..
Ia Tidak Penting Kerana:
....
Jika ada pun “bisnes terbaik yang boleh dimulakan hari ini,” ia akan berubah. Pasaran baru akan dicipta, pusingan pasaran menaik dan menurun sentiasa muncul dan persaingan akan datang dan pergi.
..
Para jutawan sebenarnya bukanlah jutawan daripada bisnes yang tertentu sahaja. Bisnes mereka hanyalah sebagai alat. Sangat sedikit kaitannya dengan industri dan ia sebenarnya amat berkaitan dengan kebolehan fundamental pemilik bisnes itu untuk menjalankan sebuah syarikat yang boeh menjana keuntungan.
..
Banyak bisnes dengan margin keuntungan yang tinggi wujud, tetapi ini akan menjana lebih banyak persaingan, di mana yang teruk, kotor, kurang menarik serta syarikat-syarikat dengan margin keuntungan yang lebih rendah akan memperolehi landskap persaingan yang rendah dan seterusnya hilang dalam perlumbaan.
..
Para jutawan yang telah membina bisnes yang amat berjaya kebanyakannya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada berjaya. Mereka melaburkan kesemua wang mereka dan dikehendaki menjadikan bisnes berjalan dengan baik untuk meneruskan kelangsungan hidup.
..
Apa Yang Diambil Kira:
..
Kaji selidik ke atas jutawan mendapati bahawa mereka berkongsi satu elemen yang sama – keghairahan. Lakukan apa yang anda sukai dan wang akan secara automatik ikut bersama. Keghairahan (Passion) anda akan membawa anda mengatasi kesukaran, persaingan, waktu kerja yang panjang dan membantu syarikat anda berkembang akhirnya.
..
Ia bergantung kepada situasi dan pilihan anda.
  • Adakah anda bersedia untuk bergerak sentiasa atau anda memerlukan satu bisnes di rumah?
  • Berapa jam seminggu yang anda sanggup luangkan?
  • Di mana pengalaman anda, latar belakang dan kebolehan anda?
  • Berapa banyak wang dan modal yang boleh anda keluarkan untuk pelaburan awal dan berapa lama yang anda boleh bertahan tanpa gaji yang tetap?
  • Apakah bisnes yang boleh dan anda ingin lakukan?
  • Runcit, borong, industri perkhidmatan?
  • Adakah anda perlu satu bentuk francais atau anda ingin memulakannya pada 100% sendirian dan menjadi pemilik tunggal?
  • Adakah anda ingin menjalankannya dengan bekerja di kedai setiap hari atau bekerja di kedai menghadap mesin ataupun hanya di rumah?
    ..

Tabiat Jutawan: Ramai jutawan lahir daripada usaha sendiri berkongsi persamaan iaitu mereka membina banyak bisnes berjaya untuk memperolehi pendapatannya.

Bisnes yang spesifik tidak begitu penting. Ia adalah kebolehan, keinginan dan keghairahan terhadap satu industri atau produk yang menjadikan seseorang itu berjaya menjadi jutawan daripada bisnes yang diciptanya.





Khamis, Januari 08, 2009

Cara Membuang Tabiat "Buang Masa"

..
Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya".
..
Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24 jam seharinya.
...
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.
...
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:
...
"Matlamat dikecilkan"
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!
...
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan.
...
"Tingkatkan kekuatan tenaga"
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dantubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
...
Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
..
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan harinya.
..
Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
..
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.
...
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka dibarat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
...
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar - ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
...
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
...
"Suara positif"
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini. Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya.
...
Gantikannya dengan suara suara positif - saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan.
..
Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda. Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!
...
Mereka yang optimis akan...
..
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada masalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.
..
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering bercerita tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
...
"Prinsip 80-20"
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
..
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
..
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?
...
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut.
...
Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
..
Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!
..
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.
...
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
...
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!




Millionaires Say Advisers Failed Them in Crisis, Survey Shows

By Christopher Condon

Jan. 6 (Bloomberg) -- Nearly two-thirds of U.S. millionaires say their investment advisers have failed them during the global recession, a survey showed.

Thirty-six percent of respondents said their advisers performed well last year, according to a November poll of 750 U.S. households with more than $1 million in net assets by Spectrem Group. Fourteen percent said they’ll increase their use of financial advisers, the Chicago-based consulting firm said in a statement today.

“While they blame the government and Wall Street directly for the situation, many millionaires are not happy with their advisers’ performance,” Catherine McBreen, a managing director for Spectrum, said in the statement.

U.S. millionaires lost an average 30 percent of their assets last year, with 17 percent of respondents saying their assets declined by 40 percent or more, Spectrem said. The Standard & Poor’s 500 Index dropped 38 percent last year, its worst since 1937, and global stock markets surrendered $28.7 trillion of their value, or 47 percent.

Those polled believe the crisis will last another 22 months, and 55 percent said they worry they won’t have enough assets to maintain their lifestyles, Spectrem said.

To contact the reporter on this story: Christopher Condon in Boston at ccondon4@bloomberg.net

Last Updated: January 6, 2009 09:56 EST

Selasa, Januari 06, 2009

Cari duit di internet

KETIKA banyak pihak bimbang dengan gejala perkongsian fail di internet yang mengakibatkan penggiat muzik sukar 'mencari makan', Hardesh Singh, 31, melihatnya sebagai peluang 'membuat duit'.
...
Mungkin kerana Hardesh pernah berkecimpung dalam bidang muzik sebagai penerbit dan pencipta lagu, beliau tentunya lebih memahami masalah industri muzik dan kaedah terbaik menanganinya. Sikap inovatif dan kepekaan diri melayakkan Hardesh bergelar usahawan dalam bidang muzik.
...
Hardesh adalah pengasas Popfolio.net iaitu sebuah laman web yang menjadi platform memperkenalkan muzik dan pengedaran widget (kod boleh-alih yang boleh dipasang dan dimainkan dalam mana-mana laman web oleh pengguna tanpa memerlukan kompilasi tambahan).
...
Laman ini tampil berlainan dalam sektor muzik online seluruh dunia kerana menggunakan mekanisme paparan iklan di mana keuntungan yang diperoleh daripada pengiklanan, dinikmati artis setiap kali lagu mereka dimainkan pengguna.
...
"Sebagai usahawan muzik, saya sudah mengikuti pembangunan dalam industri muzik sejak beberapa tahun lalu. Saya sedar cabaran yang wujud dengan kemunculan teknologi dan juga kepayahan syarikat rakaman memastikan mereka terus relevan dalam dunia yang pantas berubah. "
...
"Tanpa mempedulikan tindakan undang-undang terhadap perkongsian fail secara tidak sah, kebanyakan golongan muda terus mendapatkan muzik dengan cara yang paling mudah. Cara itu (perkongsian fail) bagaimanapun tidak memberi keuntungan kepada pengkarya," kata Hardesh.
...
Namun, ujar Hardesh, bukan tindakan perkongsian fail yang patut dipersalahkan jika keuntungan berkurangan.
...
"Puncanya adalah kelemahan penyelesaian teknologi untuk menjana potensi kewangan menerusi pengedaran secara digital.
..
"Di Popfolio, kami menyediakan platform membenarkan pengguna memperoleh lagu kegemaran dan pada masa yang sama, menyalurkan keuntungan kepada pemilik karya," katanya.
...
Sebagai Ketua Produk dan Inovasi Popfolio Sdn Bhd, Hardesh bertanggungjawab membangunkan penyelesaian inovatif dalam menangani beberapa masalah membabitkan penggunaan muzik secara online. Selain Popfolio.net, syarikat yang diterajuinya ini turut menghasilkan program televisyen internet yang antara lain menjadi landasan memasarkan karya hiburan.
...
Bagaimana Hardesh menjayakan semua ini?
Ketahui rahsianya menerusi temu bual Tanya Pakar kali ini.
..
Bagaimana anda mula membangunkan Popfolio?
..
Secara global, peluang mewujudkan pengedaran muzik seperti ini sudah lama wujud kerana kebanyakan negara maju sudah lama mempraktikkan pengedaran muzik secara sah menerusi internet. Namun, di Asia, teknologi ini tidak begitu meluas kerana tidak ramai orang muda memiliki kad kredit ataupun mahir dalam pembayaran menerusi internet.
...
Kewujudan teknologi perkongsian fail secara haram menggagalkan lagi usaha menjadikan pengedaran muzik secara online memberi manfaat kepada pihak yang menghasilkan karya. Sehubungan itu, Popfolio ditubuh sebagai penyelesaian masalah ini.
...
Ditubuhkan hampir dua tahun lalu, Popfolio.net berfungsi sebagai platform bagi pengkarya seni - tidak hanya terhad kepada muzik semata-mata tetapi juga jenis hiburan lain untuk mempromosikan karya kreatif mereka dan memperoleh pendapatan.
..
Bagaimana laman Popfolio.net ini beroperasi?
..
Artis berdaftar menyumbangkan lagu mereka pada sistem kami. Ini kemudian boleh dimuat turun pengendali laman web dan blog untuk memainkannya di laman mereka. Popfolio.net menyediakan aplikasi widget yang dapat memainkan lagu dan boleh dipaparkan di mana-mana laman seperti laman web, jaringan sosial ataupun blog.
..
Semakin banyak sesebuah lagu daripada artis berkenaan dimainkan pengguna internet, semakin banyak pendapatan yang diperoleh artis melalui pecahan keuntungan pengiklanan.
...
Apa yang mempengaruhi anda untuk mewujudkannya?
...
Sebahagian besarnya dipengaruhi kelemahan infrastruktur yang dapat menyokong pengedaran muzik sah secara online. Dari situ saya melihat peluang untuk memperkenalkan sesuatu sebagai alternatif penyelesaian.
...
Namun, kemahuan dan kesabaran yang begitu tinggi diperlukan untuk melaksanakannya.
...
Pada pendapat anda, adakah muzik boleh dijual secara online?
..
Dalam suasana masa kini, secara jujurnya, tidak. Infrastruktur yang lebih meyakinkan perlu diwujudkan terlebih dulu.
..
Apakah ada kriteria tertentu yang diletakkan Popfolio dalam memilih pengkarya atau anda cuma memberi tumpuan kepada pengkarya independant saja?
...
Tidak ada kriteria khusus. Selagi mereka bergelar artis atau pemuzik dan mempunyai karya asli sendiri untuk dipromosikan, mereka boleh menggunakan perkhidmatan Popfolio.net.
..
Sejauh mana anda melihat potensi yang ada pada laman web yang anda bangunkan ini?
..
Untuk perniagaan seperti ini, kita belum dapat melihat potensi sebenar hinggalah dua atau tiga tahun akan datang kerana suasana dalam industri ini sentiasa berubah-ubah. Pun begitu, kami tetap yakin dengan apa yang diusahakan.
..
Pandangan anda mengenai perkongsian fail secara haram?
..
Ia suatu realiti yang sedang berlaku dan sukar diatasi. Pihak dalam industri sudah cuba membendung masalah ini sejak sekian lama namun tidak berjaya. Sebaliknya, di Popfolio.net kami mengekploitasi amalan perkongsian fail yang berlaku ini menjadi sesuatu yang dapat menjana keuntungan. Lebih banyak sesebuah lagu dimainkan, lebih banyak keuntungan yang dijana.
...
Justeru, bolehkah Popfolio dianggap sebagai perniagaan yang menguntungkan?
..
Masih terlalu awal untuk menentukannya. Apapun, menjadi antara yang terawal mewujudkan idea ini adalah sesuatu yang menarik.
...
Bagaimana anda melihat masa depan Popfolio?
Suasana sudah berubah. Masyarakat kini mendapatkan muzik dengan cara ini (menerusi internet dan teknologi seumpamanya). Orang dalam industri tidak harus terlalu marah kerana sudah begitu realitinya. Inilah yang dinamakan evolusi kepenggunaan. Seperti mana yang berlaku ketika kemunculan cakera padat menggantikan kaset dulu. Kita cuma perlu membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku ini.
...
Jadi. kewujudan laman seperti Popfolio.net ini dilihat relevan dengan perubahan yang berlaku.
...
Apakah pula cabaran atau halangan yang dihadapi oleh Popfolio?
...
Industri kita tidak sebesar mana, namun terlalu banyak syarikat yang hendak melakukan perniagaan yang sama. Jadi. persaingan menjadi begitu tinggi kerana semua tertumpu kepada kelompok sasaran sama. Selain itu, ada masanya kami menghadapi cabaran dari segi dasar yang diamalkan dalam industri muzik di sesebuah negara.
...
Di sesetengah negara, undang-undang terhadap aktiviti perkongsian fail adalah sangat ketat, maka agak sukar untuk meluaskan pasaran ke tempat sebegini.
...
Nasihat dan tip kepada sesiapa yang hendak menceburi bidang seperti ini?
...
Sesiapa yang berminat, mereka harus peka terhadap peluang yang ada serta memanfaatkan apa saja teknologi yang berkaitan.
..
Popfolio dalam sepuluh tahun akan datang?
...
Waktu itu, kami berjaya 'membina semula' industri muzik tempatan.
..
Apa kelebihan yang ada pada laman web seperti Popfolio?
..
Bagi pengusaha, perniagaan seperti ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana beroperasi menerusi internet. Apa yang penting cuma perkakasan teknologi itu saja. Untuk pengkarya pula, ia adalah ruang yang bagus untuk meluaskan pengaruh karya mereka dan memperoleh keuntungan daripada apa yang mereka usahakan.
...
Bagi peminat muzik pula, mereka mempunyai lebih banyak pilihan hiburan dan boleh memilih hiburan yang menepati cita rasa mereka pada kadar harga yang rendah.
...
Kongsi sedikit pengalaman anda sebagai finalis dari Malaysia dalam pertandingan antarabangsa, International Young Music Entrepreneur Award 2008 anjuran British Council.
...
Sebagai finalis, saya dan sembilan peserta dari negara membangun dibawa melawat tiga bandar iaitu London, Manchester dan Liverpool di United Kingdom (UK).. Di sana, kami bertemu dengan beberapa nama penting yang bergiat dalam industri muzik.
...
Lawatan itu umpama membuka mata kami. Kami bukan saja dapat melihat kemajuan industri di UK tetapi juga mendapat maklumat mengenai industri muzik di sembilan negara lain. Seperkara yang jelas mengenai kemajuan industri muzik di UK adalah sokongan padu yang diberikan kerajaan dalam memajukan industri muzik.
...
Pembangunan bidang muzik boleh disifatkan sebagai agenda nasional negara itu, Bukan itu saja, kerjasama yang baik antara penggiat arus perdana dan bebas lebih memperkasakan usaha yang dijalankan. Sokongan dan kerjasama seperti inilah yang boleh kita jadikan contoh.
..
Sumber: Berita Harian Online



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails