Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Lupakan perniagaan internet jika anda...

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. . Ya betul. Saya tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun. Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk mencapai target tersebut. . Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet. . 94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama . Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Saya masih ingat ketika dua tahun lepas begitu ramai kawan s…

Apakah fertigasi

Imej
FERTIGASI berasal dari perkataan fertilizer (baja) dan irrigation (pengairan) merupakan satu teknologi gabungan pembajaan dan pengairan dalam sistem tanaman. .
Ia merupakan kaedah penanaman yang mana baja lengkap diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis menggunakan polibeg. .
Melalui teknologi tersebut, bekalan air dan nutrien yang cukup serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok dapat dikawal dengan lebih sistematik. Ini membolehkan tanaman membsar dengan sihat serta berupaya mengeluarkan hasil yang optimum dan berkualiti tinggi. .
Biasanya sistem ini digunakan untuk tanaman sayur-sayuran jenis buah. .
Kebaikan system fertigasi: Tidak memerlukan kawasan luas Masa penanaman yang pendek Kurang beban kerja berat
Penggunaan air dapat dijimatkan Mudah kawalan penyakit dan perosak Masalah input dapat dikawal Hasil yang tinggi Kurang kejutan pada anak benih Tidak dipengaruhi oleh musim Mesra alam
Mereka yang berminat untuk menjalank…

Pelaburan yang paling menguntungkan

Imej
Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis pelaburan dan ada di antara pelaburan yang tidak memberikan pulangan yang baik kepada kita. Ada juga pelaburan yang memberikan kita keuntungan namun kadang-kala ada juga ruginya. .
Jadi, apakah sebenarnya pelaburan yang sentiasa menguntungkan tanpa mengalami sebarang kerugian? .
Pelaburan yang sentiasa memberikan keuntungan kepada kita ialah pelaburan terhadap ilmu! .
Mungkin sudah ramai yang tahu bahawa pelaburan paling menguntungkanialah pelaburan terhadap ilmu yang akan memberikan pulangan segera kepada pengetahuan kita. Namun jawapan tersebut sebenarnya masih kurang tepat. .
Donald Trump dalam satu temubual pernah berkata "Pelaburan yang paling menguntungkan dalam hidup saya ialah pelaburan terhadap ilmu yang saya segera praktikkan!". .
Jadi, jika selama ini anda merasakan pelaburan anda terhadap ilmu adalah perkara yang menguntungkan namun sejauh mana anda praktikkan ilmu tersebut? .
Kami percaya bahawa anda mungkin telah menghadiri p…

Kerja Susah vs Kerja Mudah

Imej
Oleh Irfan Khairi

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?
Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukanperkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.
Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.
Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).
Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.
Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melak…

Pesta belon udara panas di Putrajaya

Imej
Semalam saya berkesempatan berkunjung ke Putrajaya untuk menonton pesta belon udara panas. Memang best tengok pelbagai bentuk belon yang sesetengahnya unik dan sangat menarik. Saya teringat masa sekolah dulu, sorang cikgu sains cakap, "Awak boleh naik belon udara panas dengan syarat kena kaya dulu. Boleh naik tapi kena KAYA dulu."


Betullah cakap cikgu saya tu sebab untuk terbang dengan belon udara panas memang kos mahal tapi tak sempat pula tanya berapa yang sebenar. Harap bila dah jadi jutawan nanti, saya akan booking satu sesi untuk terbang dengan belon ni, insyaallah.

Apa pun saya bertuah sebab pergi ke sana dengan abang saya, Zain Abdullah yang memang cukup berminat dengan fotografi. Banyak gambar yang menarik dirakamkan. Saya snap pakai handphone je. Di sini saya kongsi gambar yang saya petik daripada blog beliau. Boleh ikuti laporan lanjut di sini.

Tip bisnes orang cina

Imej
Orang Cina tidak mempunyai formula khusus yang digunakan dalam perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Bagi orang Cina, sesuatu perniagaan yang dijalankan perlu praktikal dan tidak terlalu melecehkan. Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya, terdapat beberapa tip niaga orang Cina yang dapat dijadikan panduan serta pedoman.

Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.

1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga. .
2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.
. 3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.
. 4. Penia…

Usahawan akuakultur intai sinar kejayaan

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN . Memandangkan begitu ramai penternak yang mengusahakan ternakan ikan keli, Mohd. Nazri Alauddin, 30 mula mempelbagaikan projek ternakan ikan air akuakulturnya. . Aktiviti yang dijalankan oleh ayahnya sebelum ini, kini diwariskan kepadanya. .. "Saya akan mendalami bidang akuakultur ini dan tidak akan menghampakan impian ayah," kata Mohd. Nazri semasa ditemui di ladang ternakan ikannya di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka. .. Dia merupakan pengusaha projek ternakan ikan ketiga yang ditempatkan di sana selepas dua orang pengusaha tidak dapat menepati kriteria yang ditetapkan oleh syarikat subsidiari Jabatan Pertanian Melaka iaitu Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd. .. Mohd. Nazri merupakan peserta inkubator Jabatan Perikanan yang mengikuti pelbagai kursus anjuran jabatan berkenaan di Batu Berendam, Melaka selama tiga tahun. . "Saya mengikuti pelbagai jenis kursus selama tiga tahun termasuk pembenihan, penjagaan dan ternakan pelbagai ikan…

Gates terkaya di dunia - 6 rakyat Malaysia bilionair dunia

Imej
NEW YORK - Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.
Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.
Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).
Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).
Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).
Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).
Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).
Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilio…

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

Imej
NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009 yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:
1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat) 2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico) .
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS) .
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman) .
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India) .
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India .
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol) .
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS) .
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS) .
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS) .
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS) .
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis. .
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Ko…

Rahsia Si Kaya - Aliran Pendapatan Berganda

Imej
Oleh: Irfan Khairi
Apakah sebenarnya rahsia si kaya? Apakah persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya raya? Apakah strategi mereka dalammenambahkan pendapatan mereka?
Jawapannya adalah ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA atau bak kata mat salleh, "Multiple Streams of Income".
Aliran pendapatan berganda bermaksud untuk tidak bergantung kepadahanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca pendapatan sahaja, apakah akan terjadi sekiranya punca pendapatan tersebut terhenti?
Sebagai contoh, sekiranya anda sedang bekerja dengan satu syarikat, dan oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan (seperti krisisekonomi kini), syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?
Sudah tentunya akan turut terhenti. Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan satu jenis perniagaan, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca tersebut terhenti? Berapa bula…