Khamis, April 30, 2009

Konsep Keusahawan

Keusahawanan
.
Menurut Histrich and Peter (1998), Keusahawanan adalah proses yang cergas kearah membina kekayaan. Kekayaan ini dibina oleh individu yang percaya bahawa untuk menghasil sesuatu yang bermanafaat untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan, risiko utamanya ialah modal, masa dan jaminan kerjaya.
..
Ini adalah satu proses untuk membina sesuatu yang baru dan bermanafaat dengan pengorbanan masa dan tenaga, mempercayai system pembiayaan, psikologi dan risiko social, dan menerima pulangan kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.
..
Aspek asas:
..
1. Melibatkan proses penciptaan yang hasilnya mewujudkan manafaat yang baru. Manafaat yang dihasilkan oleh proses penciptaan adalah dinikmati oleh usahawan yang mencipta dan pasaran yang telah dibangunkan.
..
2. Menuntut kepada pengorbanan masa dan tenaga.
..
3. Perlu percaya kepada risiko yang terdiri dari berbagai jenis ruang bergantung kepada bidang yang di usahakan tetapi berpusat disekitar ruang kewangan, psikologi dan persekitaran social.
..
4. Menghasilkan usahawan. Lebih penting dari itu ialah kebebasan yang bergantung kepada kepuasan individu. Pulangan kewangan pula datang dari aktiviti keuntungan usahawan. Kewangan adalah tanda dan symbol kejayaan.
..
Keusahawanan ditakrif oleh Kuratko and Hodgetts (2004) ialah proses pembaharuan dan penciptaan usaha baru melalui 4 dimensi utama iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses – dengan bantuan jalinan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi.
..
Dalam menghargai kepentingan keusahawanan pada abad ke 21, Kuratko dan Hodgetss(2004) membina gabungan definasi keusahawanan seperti berikut:
..
“Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan. Ianya menuntut permintaan penggunaan tenaga dan semangat terhadap penciptaan dan pengimplementasian idea baru dan cadangan kreatif.
.
Paling penting ramuannya termasuk kerelaan untuk mengambil kira risiko dalam tempoh masa, modal, atau kerjaya, kebolehan merumuskan kumpulan perusahaan yang berkesan, kemahiran kreatif kepada pegawai yang memerlukan sumber, kemahiran asas pembinaan perancangan perniagaan yang sempurna; dan akhir sekali visi untuk mengenali peluang ketika orang lain melihatnya sebagai kelamkabut, percanggahan dan kekeliruan.”
..
Siapakah usahawan?
.
Usahawan adalah peneroka kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka memiliki kepekaan terhadap peluang, memiliki panduan untuk pembaharuan dan memiliki keupayaan penyelesaian yang mana kini menjadi rujukan dan alat ukur oleh perusahaan bebas.
..
Scarborough dan Zimmerer (1998) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang mencipta perniagaan baru secara tidak nyata untuk tujuan mencapai keuntungan dan pertumbuhan perniagaan melalui cara mengenalpasti peluang dan pengumpulan keperluan sumber kepada capital.
..
Kuratko dan Hodgetss (2004) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang menerima tugas untuk mengurus, mentadbir dan mempercayai risiko dalam perniagaan. Usahawan juga ialah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang digunakan oleh sesiapa saja bagi tujuan penelitian, perancangan yang baik dan pertimbangan bila melaksanakan urusan keusahawanan.
..
Usahawan bekerja dengan kreatif , optimis dan komited untuk memperkenalkan sumber baru atau menggantikan yang lama dengan keupayaan yang baru dan semua ini adalah bagi tujuan penciptaan kekayaan.
..
Hari ini usahawan ialah orang yang membawa pembaharuan atau pembangun kepada sesiapa yang mengakuinya dan merebut peluang yang ada ; mengubah peluang tersebut melalui idea kerjakuat atau idea pemasaran , ditambah nilai melalui masa ,tenaga, wang atau kemahiran; mempercayai risiko persaingan pasaran untuk mengimplementasi idea; dan merealisasikan pulangan dari tenaga yang telah dicurahkan.
..
Makna dan definasi usahawan adalah berbagai dengan tertib tertentu. Sebagai contoh ahli ekonomi melihat usahawan sebagai pembawa sumber , pekerjaan, kebendaan dan lain-lain asset melalui kombinasi yang luarbiasa menjadikan nilainya lebih besar dari sebelumnya; mereka juga yang mencadangkan perubahan , pembaharuan dan peraturan baru untuk menjana keuntungan.
..
Ahli psikologi menakrif usahawan dari segi tempoh pencapaian. Bagi ahli psikologi usahawan adalah individu yang bergerak mencari cabaran dan penyelesaiannya.
..
Walaupun setiap definisi menunjukan usahawan dari perbezaan pandangan yang kecil , semuanya mengandungi persamaan fahaman seperti pembaharuan, kekayaan, pengurusan, penciptaan, dan pengambilan risiko. Usahawan adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi bagi tujuan penelitian, perancangan pertimbangan yang baik dalam mengimplementasikan proses keusahawanan.
..
.
Kepentingan Keusahawan
..
Keusahawanan adalah penting kepada dunia hari ini. Ianya adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi dan pertumbuhannya. Peraturan keusahawanan dalam pembangunan ekonomi melibatkan lebih daripada hanya pertambahan perkapita pengeluaran dan pendapatan. Ianya melibatkan inisiatif dan menjadi perubahan dalam struktur perniagaan dan persatuan. Perubahan ini beriringan dengan pertumbuhan dan pertambahan pengeluaran.
..
Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan pembaharuan sebagai kunci untuk pertumbuhan ekonomi dalam pembangunan keluaran baru atau perkhidmatan untuk pasaran. Aktiviti pembaharuan juga merangsang minat pelaburan dalam perusahaan yang baru dicipta. Dengan demikian , keusahawanan melalui proses pembaharuan mencipta pelaburan baru bagi perusahaan baru tersebut, iaitu hasil dari pembangunan ekonomi. Lebih banyak perusahaan di cipta, perkerjaan baru akan diwujudkan, dengan demikian mengurangkan kadar pengangguran.
..
Keusahawanan, melalui kreativiti dan proses pembaharuan mengeluarkan produk baru dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan manusia. Ianya menyediakan specific produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam pengeluaran dan perkhidmatan yang baik, usahawan akan mencari jalan yang lebih baik untuk penggunaan sumber dan mengurangkan pembaziran. Untuk itu masyarakat akan dapat kebaikan dan perkhidmatan yang lebih murah.
..
Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui produk baru dan perkhidmatan yang dibawa ke dalam pasaran. Lebih dari itu usahawan juga amat murah hati dalam pengagihan kekayaan mereka kepada yang wajar menerimanya mengikut keutamaan. Oleh itu usahawan adalah individu yang mencipta kekayaan, atau boleh dikatakan juga sebagai penggalak kewujudan kekayaan.




Bisnes Baru Oleh Three Sixty Events

Akhirnya berjaya juga saya dan dua orang lagi rakan kongsi, Fazlin dan Ijan mendaftarkan syarikat kami yang diberi nama Three Sixty Events dan tujuan syarikat ini ditubuhkan ialah untuk menawarkan servis ‘event management’ tidak kira majlis yang kecil atau yang besar. Matlamat kami ialah menjadi peneraju syarikat penganjuran acara di Malaysia.
.
Projek pertama kami ialah penganjuran futsal yang dirancang untuk diadakan pada pertengahan bulan Julai 2009. Banyak persiapan sedang dilakukan terutamanya dari segi kertas kerja, teamwork, networking, marketing dan lain-lain. Al-maklumlah projek pertama katakan. Saya yakin dan percaya, hasil gabungan tiga buah fikiran yang berlainan pengalaman dan latar belakang mampu menghasilkan sesuatu yang gempak dan menarik. Berikut serba sedikit maklumat tentang futsal.

.

Futsal

.
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.

..
Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.

..
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.

..
Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

..
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

..
Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.

Sejarah

.
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa.

..
Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

..
Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.

..
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

..
Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

..
Nanti perkembangan projek ini dari masa ke semasa. Sekian, wassalam.
..
Nizam
Three Sixty Events

Selasa, April 28, 2009

Kenali karakter anda melalui nama

Saya percaya anda pernah mencuba mana-mana program atau bacaan tentang ciri-ciri atau karakter diri sama ada berdasarkan tarikh lahir, nama dan sebagainya. Disini saya ingin berkongsi dengan anda di mana saya baru mendapat satu program untuk menceritakan karakter diri dengan hanya menaip nama penuh.
.
Apa yang menariknya, saya boleh katakan ia adalah 99% tepat. Yelah, diri sendiri yang akan tahu apa sikap dan kehendak anda selama ini, kan?
.
Saya sendiri mencubanya dan setelah 32 tahun membawa diri dan nama ini, berikut adalah hasil analisisnya:
.
Individualism is your outstanding characteristic. You are creative and you have a pioneering spirit. You have excellent leadership qualities, but you may prefer to work alone. You have the courage to carry out your ideas.
.
Negative traits to watch out for are selfishness and stubbornness. No matter how good your ideas are, there are times when you must be willing to let other people have their way. Do it with good grace.
.
In romantic relationships you tend to be the more dominant partner. You prefer a straightforward relationship, and don't want to get involved with someone who doesn't give you full attention. You are most compatible with people having 2, 4, 7 or 9 personalities. When you find the right mate, you put lots of energy into the relationship.
.
Although you have the skills for a career requiring executive ability or supervisory skills, you may decide you prefer to work on your own as much as possible, perhaps running your own business, or working at a job that allows you to exercise your inventiveness.
.
.
Kepada anda yang berminat dan nak tahu apakah karakter anda, emailkan nama penuh anda dan saya akan berikan analisisnya. Email saya ialah nizamsky@gmail.com. Nyatakan yang anda berminat untuk tahu karakter, berikan nama penuh anda.

Khamis, April 23, 2009

Mentaliti Pemilik Bisnes




Semua pemilik perniagaan mempunyai sifat yang sama iaitu "Mind-set seorang pemilik bisnes" atau pun business owner mind-set".
.
Jika anda memikirkan untuk memulakan perniagaan, anda sebaiknya 'set' kan minda anda sebagai seorang
pemilik bisnes. Adakah anda bercadang untuk memulakan perniagaan?
.
Ingat, perniagaan adalah seperti perkataannya. Ia bukanlah suatu pekerjaan. Semua perniagaan memerlukan 'mind-set’ sebagai seorang pemilik perniagaan, bukan 'mind-set' sebagai seorang pekerja. Seorang pekerja mempunyai 'mind-set' yang jika dia memulakan pekerjaan dengan bayaran gaji sebanyak RM20 sejam, dan bekerja selama 40 jam pada minggu pertama dia bekerja, dia akan mendapat sebanyak RM800 dan dia mahu akan RM800 tersebut.
.

Seorang pemilik perniagaan memiliki ‘mind-set’ yang jika dia memulakan suatu perniagaan, dia mungkin tidak mendapat pulangan keuntungan pada minggu yang pertama, mungkin tidak untung dalam beberapa minggu atau pun beberapa bulan.

.
Siapa tidak kenal akan Jeff Bezos?

Pemilik bisnes Amazon.com. Beliau mempunyai 'mind-set' seorang pemilik bisnes. Pada tahun 1994, beliau meninggalkan pekerjaannya yang mendapat gaji sebanyak satu juta dolar setahun sebagai seorang Pengurus Pelaburan dengan tujuan untuk memulakan perniagaan di internet. 7 tahun keumudian, pada suku tahun ke-4 dalam tahun 2001, Amazon.com menghasilkan keuntungan pertamanya; 5.1 juta dolar.

.

Salah satu sebab mengapa lebih dari 95 peratus daripada mereka yang memulakan bisnes gagal adalah kerana mereka masih lagi mempunyai minda sebagai seorang pekerja. Sebenarnya mereka ini tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana telalu banyak peluang perniagaan memberikan gambaran yang indah-indah di mana jika menyertai sesuatu perniagaan mereka di kaburi dengan rumah besar yang cantik, kereta besar, percutian yang menyeronokkan dan bermacam-macam lagi. "Cuma perlu menyertai syarikat kami", kata mereka.

..
Mereka atau syarikat tersebut tidak menyatakan bahawa ia memerlukan masa dan wang untuk membina sesuatu bisnes. Saya tidak mengatakan yang anda tidak boleh memiliki semua itu dengan memulakan perniagaan anda sendiri. Ianya tidak berlaku dalam sekelip mata atau pun satu malam sahaja. Harap-harap anda tidak memerlukan masa yang lama selama 7 tahun seperti Jeff
Bezos!

.
Memang tidak dapat dinafikan Amazon dapat melakukan jualan pada 7 tahun yang pertama. Keuntungan yang diperolehi pada tahun 1996 menunjukkan sebanyak 15.7 juta dolar keuntungan bersih dan kerugian bersih sebanyak 5.7 juta dolar. Pada tahun 1998, Amazon.com dilaporkan menghasilkan jualan sebanyak 610 juta dolar dan kerugian bersih sebanyak 124 juta dolar.
Adakah kerugian ini bermaksud Jeff Bezos bukan seorang ahli perniagaan yang bagus?

.
Sudah tentu tidak! Ini bermaksud beliau memiliki 'mind-set' seorang pemilik bisnes. Beliau tahu bahawa untuk meningkatkan prestasi perniagaan beliau perlu meletakkan modal semula dalam perniagaan beliau atau dengan kata lain 'duit rolling'. Beliau juga tahu yang beliau perlu mengeluarkan bukan sahaja pelaburan sendiri malah ianya memerlukan kos operasi semasa dan pengembangan perniagaan.

.
Jika beliau memiliki 'mind-set' sebagai seorang pekerja atau pun "employee mind-set", bisnes beliau pasti akan berkubur dari tahun pertama lagi. Jika beliau memiliki 'mind-set' sebagai seorang pekerja, tidak akan ada Amazon.com pada masa sekarang dan beliau tidak akan memiliki kekayaan sebanyak 4.3 bilion dolar seperti yang beliau miliki sekarang.

.
Bagaimana pula syarikat yang menunjukkan orang ramai dengan hasil yang mereka perolehi sebanyak beribu-ribu dolar dalam masa sebulan selepas baru bersama syarikat tersebut selama setahun? Memang ianya benar jika mereka mempunyai 'mind-set' seorang pemilik perniagaan. Saya akan berikan anda satu contoh. Mike Mastroianni adalah bekas Agen Persekutuan dan seperti Jeff Bezos, Mike mempunyai "business owner mind-set".

.
Pada May 2005, beliau melibatkan diri dalam perniagaan yang pertama dalam hidupnya. Beliau mengalami kerugian sebanyak 8000 dolar dan hampir-hampir kehilangan rumahtangganya. Bermula pada tahun 2006, beliau menyertai beberapa buah syarikat. Beliau pernah juga terfikir bagaimana beliau boleh meletak jawatan dari jawatan kerajaan dengan baru hendak membina keluarga, tanpa mempunyai simpanan jika apa-apa yang berlaku.

.

Beliau kemudiannya mengetahui satu syarikat yang dipanggil ITV Ventures pada September 2006. Pada September 2007, Mike meletak jawatan dari kerajaan setelah hampir 12 tahun menjadi Agen Persekutuan. Mike berkata "Isteri dan anak-anak saya menganggap saya ini betul-betul BODOH, terutamanya kami mempunyai 2 orang anak kecil, tetapi saya mendapat satu peluang dalam hidup saya dan saya perlu melakukannya!".

.

Seterusnya Mike berkata "Sekarang saya sedang mendapat lebih banyak wang setiap bulan lebih daripada orang lain peroleh dalam setahun!".

.
Cerita Mike telah terpampang dalam Fall 2007 isu di ITV Ventures Magazine. Jika
Mike memiliki 'mind-set' seorang pekerja, beliau akan cepat putus asa selepas
beliau bercadang untuk memulakan bisnes.


Seperti dalam mana-mana bisnes sekalipun, akan ada apa yang disebut sebagai kos permulaan dan akan ada juga kos semasa. Jika anda memiliki 'mind-set' seorang pemilik bisnes, anda akan terima kenyataan ini.

.

Jika anda memiliki 'mind-set' seorang pekerja, anda pasti akan bertanya "Mengapa"?

..
Jika anda membuka perniagaan seperti restoran atau kedai runcit, kos permulaan anda akan termasuk dengan kos sewa premis atau membeli hartanah, peralatan dan inventori. Dalam pada itu, semua bisnes atau perniagaan akan memerlukan kos semasa atau pun kos operasi seperti 'payroll', lesen perniagaan, pengiklanan dan lain-lain kos dalam melakukan perniagaan.

.
Dalam memulakan perniagaan, bukan sahaja memerlukan kos permulaan dan kos semasa, yang penting sekali anda perlu mempunyai "business owner mind-set".

.
Mengenai Penulis
Shukor Subahir mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet pada tahun 2007. Internet juga memberikan Shukor kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Lawati laman web beliau di

.

http://shukorsubahir.com/blog/

http://shukor.wordpress.com

http://justaffiliate.blogspot.com/

http://dramatvtiga.blogspot.com dan

http://e-agrotani.blogspot.com

.

untuk mengenali Shukor Subahir dengan lebih dekat.

Rabu, April 22, 2009

Mengenal Kapitalisma

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI
.
Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini.
.
Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini. Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya?
.
Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini. Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan.
.
Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan. Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.
.
Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri. Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.
.
Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah. Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma.





.
Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul di merata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia. Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama.
.
Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan. Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.
.
IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati.
.
Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga.
..
Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.
..
Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.
..
Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga.
..
Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.
..
Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.
..
Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.
..
Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun.
..
Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.
..
New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.
..
Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka. Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya?
..
Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat. Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan.
..
Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang. Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT)
..
( Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan )

Isnin, April 20, 2009

Pengenalan kepada usahawan

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
  • Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah masyarakat yang terbaik.
  • Usahawan adalah individu yang paling dinamik,kreatif dan inovatif.
  • Mereka bersedia berhadapan dengan tidak ketentuan melalui kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
  • Mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan keyakinan untuk merebutnya.
  • Usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru untuk meningkatkan daya saing dan memberi banyak pilihan.
  • Mereka juga dianggap symbol ketabahan dan pencapaian dalam bidang perniagaan.
  • Keusahawanan penting kepada individu, masyarakat dan negara.
.
.
PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN
.
Perkataan ‘entrepreneur’ adalah bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba. Dalam Bahasa Malaysia “usaha” membawa maksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
.
Perkembangan dan Pembangunan Teori Keusahawanan:
.
1. Zaman awal
Kebanyakan usahawan terdiri dari saudagar yang juga merupakan pengembara.· Marco Polo merupakan seorang pengembara yang memperkenalkan istilah ‘go-between’.
.
Dengan cara ini beliau cuba mewujudkan ‘ laluan perniagaan’ bagi menjual produk ke Timur Jauh. Dalam proses ini pedagang tandatangan kontrak dengan pemilik wang bagi menjual produknya. Pemilik wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar pengembara manakala saudagar pula mengambil peranan yang aktif dalam perniagaan yang dijalankan.
.
Dalam keadaan tertentu pemodal mengaut keuntungan yang melampau daripada system riba yang diamalkan sehingga menindas peniaga yang menjalankan perniagaan.
.
2. Zaman pertengahan
Konsep keusahawanan boleh dihuraikan sebagai individu mengurus projek yang besar tetapi individu ini tidak akan menanggung apa-apa risiko. Individu hanya menggunakan sumber yang sedia ada sahaja iaitu yang telah diperuntukan oleh pemodal. Usahawan hanya bertanggungjawab keatas kerja-kerja senibina iaitu menyiapkan bangunan kota dan kubu pertahanan, membina bangunan awam dan pembinaan rumah-rumah ibadat.
.
3. Abad ke 17
Kelihatan wujudnya hubungan risiko dengan usahawan.Usahawan mula terlibat dalam persetujuan kontrak dengan golongan pemerintah dimana harga kontrak telah ditetapkan oleh mereka. Hasil yang yang diperolehi samada untung atau rugi akan dibahagi berdasarkan usaha-usaha yang ditunjukan oleh usahawan sendiri.
.
Perkataan ‘usahawan’ digunakan buat kali pertama oleh Richard Cantillon pada tahun 1725. Beliau adalah pengasas kepada istilah ‘keusahawanan’. Beliau juga melihat usahawan sebagai pengambil risiko ekonomi, iaitu ‘buy at certain price-sell at uncertain price’ . Dalam proses ini perolehan kewangan adalah suatu factor yang tidak pasti dan keadaan ini mewujudkan unsur risiko dan spekulasi dalam menjalankan perniagaan.
.
4. Abad ke 18
Individu mempunyai modal dibezakan dengan individu yang tidak mempunyai modal. Usahawan dibezakan dengan pemberi modal (venture capitalist). ‘Venture Capitalist’ merujuk kepada pengurus pelaburan professional yang membuat pelaburan berisiko dari modal ekuiti yang dimiliki untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan yang dibuat.
.
Situasi berbeza dengan konsep keusahawanan dalam sector perindustrian yang berkembang di seluruh dunia dimana sector perindustrian menuntut usahawan agar berusaha untuk merebut peluang demi kemajuan diri dan negara. Perbezaan kedua ialah dari segi pembentukan rekaan hasil reaksi kepada dunia yang terus menerus mengalami perubahan. Setiap perubahan yang berlaku akan mendorong individu untuk merekabentuk produk yang lebih baik dan berkesan.
.
5. Abad ke 19 & 20
Usahawan dianggap agen yang membawa perubahan kerana penciptaan produk, proses dan system baru. Konsep perubahan merupakan satu bahagian penting dalam bidang keusahawanan. Inovasi adalah satu tindakan memperkenalkan sesuatu yang baru dan merupakan satu tugas yang paling sukar.
.
Usahawan juga berkeupayaan untuk memenuhi semua tuntutan dalam persekitaran di mana mereka menjalankan aktiviti perniagaan. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan produk baru, system pengagihan baru dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baru. Keupayaan untuk membuat inovasi merupakan kelebihan yang dimiliki oleh usahawan dan membezakan mereka dengan orang lain yang bukan usahawan.
.
6. Abad ke 21
Usahawan dianggap sebagai hero dalam perusahaan bebas. Ramai gunakan pembaharuan kreativiti untuk membina empayar perusahaan. Usahawan cipta produk dan perkhidmatan baru dan percaya adanya risiko dalam perusahaan.
Hari ini ramai orang menganggap usahawan adalah peneroka kepada permulaan perniagaan (Kuratko &Hodgetts,2004).

Jumaat, April 17, 2009

Memahami Kapitalisme

GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU
.
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi. Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.
..
Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar.
..
Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat. Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar.
.
Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.Dari mana kertas dolar ini datang?
.
Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London.
.
Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker. Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.
.
Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan. Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan.
.
Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.
.
Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.
.
Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini. Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun. Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini.
.
Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin. Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.
.
Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.
.
Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri:
.
Kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?
.
Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.
.
Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.
.
Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini. Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.
.
Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.
.
Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita. Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru.
.
Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka. Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington.
.
Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri. Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini.
.
Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini. Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama.
.
Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.
.
Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin. (TT)
.
(Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan) - http://www.tukartiub.blogspot.com/

Khamis, April 16, 2009

Apa kata mulakan satu bisnes pembersihan

Perlukan wang tunai?
.
Mulakan satu bisnes pembersihan. Masa-masa sukar menggamit satu usaha kreatif dan sesuatu yang seringkas seperti memulakan satu bisnes pembersihan boleh membantu anda memperolehi satu juta pertama anda.
.
Semenjak ekonomi menuju ke arah yang semakin buruk, saya secara peribadi bertemu lebih ramai orang yang memulakan bisnes mereka sendiri demi memperolehi seringgit dua dan semakin lama dilihat semakin baik. Dalam sesetengah kes, kegawatan menjadi rahmat.
.
Ini kerana sesetengah mereka ini mampu untuk meninggalkan pekerjaan mereka hasil kejayan mereka di dalam perniagaan kecil mereka. Salah satu kesilapan terbesar yang dilakukan oleh usahawan baru ialah mereka rasa mereka perlu keluar dengan sesuatu yang benar-benar baru atau ciptaan terbaru demi menjadikannya besar dan hebat. Itu merupakan berlawanan dengan apa yang sebenarnya perlu dilakukan.
.
Sesuatu yang semudah satu bisnes pencucian asas akan memberikan anda peluang untuk membuat wang dengan pantas, dan membenarkan anda mengukur bisnes anda agar dapat berkembang dengan lebih cepat. Tidak perlu anda mencipta semula roda. Jika anda lakukan juga, anda menjadikannya lebih sukar untuk berjaya.
.
Rebutlah peluang yang dah terbukti berjaya menjana wang, dan kemudiannya lakukan perkara yang sama. Sepanjang anda memajukan bisnes, anda secara natural mencipta mesej, pengalaman pelanggan atau keunikan yang memisahkan anda daripada pesaing anda. Apabila anda melakukan sesuatu semudah melakukan bisnes pembersihan, anda mempunyai beratus-ratus lagi syarikat lain yang telah membuat kajian pasaran untuk anda dan mendapati ia sememangnya berhasil.
.
Kedua, persaingan menunjukkan bahawa satu pasaran yang menguntungkan wujud dan terdapat orang / usahawan membuat duit daripadanya. Jadi, dengan memulakan satu bisnes pembersihan misalnya, cuba kita lihat betapa ringkas dan mudahnya ia.
.
Kos yang terlibat adalah rendah, pelaburan anda kebanyakannya ialah masa anda dan anda boleh dengan cepat dan mudahnya mengupah orang lain menjalankannya. Bergantung kepada tempat di mana anda tinggal, terdapat kemungkinan besar peluang pasaran yang luas terbentang di depan mata. Dalam lain perkataan, terdapat banyak keuntungan yang boleh dibuat dengan modal yang kecil untuk bermula.
.
Anda boleh mereka bisnes anda kepada:
  • Mencuci garaj dan stor
  • Membersih pejabat
  • Membersih kawasan pembinaan
  • Mencuci karpet dan tingkap
  • Mencuci sekolah dan komuniti warga emas
  • Khidmat mencuci kereta
.
Anda dah dapat idea. Jika anda tidak mahu mengotorkan tangan, upahlah pelajar untuk membuat kerja, lantik pekerja anda untuk mengutip bayaran atas nama bisnes anda, tunaikan cek dan bayar pekerja pada hari yang sama. Apa yang perlu dilakukan ialah lakukan kerja-kerja pemasaran untuk memperolehi kerja-kerja berkaitan atau mencari melalui agensi pekerjaaan bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan.
.
Saya yakin ada lagi beberapa perkara yang lebih kompleks untuk memulakan satu bisnes pembersihan yang saya tertinggal tetapi yang penting ialah sesuatu yang mudah dan tidak perlu keunikan boleh memberikan pendapatan yang lumayan. Jangan bazirkan terlalu banyak masa memikirkan tentang peluang membuat duit yang sempurna. Lihat sekeliling, lihat apa yang orang lain buat dan memberikan hasil.
.
Untuk mendapat idea, ambilkan suratkhabar dan cari ruangan iklan untuk melihat apakah produk/servis yang banyak ditawarkan.

Selasa, April 14, 2009

Pendapatan lumayan sebagai perunding kewangan

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
.
Berkereta mewah, bergaya dan penuh keyakinan. Itulah personaliti yang ada pada seorang perunding kewangan dan saham amanah yang berjaya.

Siapa yang tidak mahu semua itu, hanya usaha dan kesungguhan membuatkan seseorang itu boleh ke tahap tersebut dan memiliki kereta mewah.

Untuk menceburinya dan merasai 'jiwa' kehidupan seorang perunding kewangan, agak belum terlambat terutama bagi graduan yang baru tamat pengajian, pekerja yang diberhentikan kerja akibat pergolakan ekonomi global dan mereka yang ingin 'berperang' dalam dunia saham.

Dilaporkan, bermula pertengahan tahun lalu sehingga kini, ramai pekerja terutama dalam sektor pembuatan dibelenggu rasa bimbang hilang pekerjaan ekoran kegawatan ekonomi global yang kesannya turut dirasai Malaysia.

Apatah lagi, pada akhir Disember lalu, dilaporkan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Keadaan itu turut mengundang kebimbangan dan ketakutan di hati tentang bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa pekerjaan dan pendapatan.

Begitu juga dengan graduan 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan berpuluh-puluh lagi di IPTS (swasta). Semua lepasan IPTA dan IPTS ini akan berebut-rebut memasuki alam pekerjaan yang semakin terhad. Jadi, sesuatu perlu dilakukan.

Golongan ini harus memikirkan untuk menceburi bidang-bidang yang bukan semata-mata makan gaji di sektor swasta, syarikat multinasional atau kerajaan.
Mereka kini harus beralih angin sebagai perunding kewangan dan saham amanah yang mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pendapatan yang lumayan serta sekali gus membaiki kehidupan dan ekonomi mereka.

Saham amanah ialah suatu bentuk pelaburan yang kurang risiko berbanding dengan pasaran saham biasa. Saham amanah yang dilaburkan ke pelbagai sektor pelaburan seperti pasaran saham di Bursa Malaysia, bon, sekuriti kerajaan, simpanan tetap dan lain-lain pelaburan beretika yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Saham amanah amat baik jika dilaburkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dari tiga tahun untuk tidak terdedah kepada risiko pasaran saham yang turun naik, sesuai untuk mereka yang ingin merancang kewangan untuk persaraan atau pendidikan tinggi anak-anak.

Kelebihan
Ketua Pegawai Eksekutif Charisma Strategy Sdn. Bhd., Hazfina Mohd. Tahir atau lebih dikenali sebagai Fiona berkata, banyak kelebihan yang dikecapi sebagai perunding kewangan. Namun yang penting ialah usaha yang tidak berbelah bahagi dan cintakan kepada kerjaya tersebut.

Menurutnya, sebagai perunding, dapat membantu ramai masyarakat Malaysia membuat pelaburan yang beretika dengan bank yang terkemuka dan merancang kewangan demi masa hadapan persaraan di hari tua.
"Kami dapat memberikan perkhidmatan nasihat untuk merancang kewangan. Itulah kepuasan yang sebenarnya dalam karier," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi perunding saham amanah, Mohd. Shafri Mastor, 30, dan Roziana Abdullah, 26, memberitahu, mereka mendapat kepuasan dari segi hubungan erat antara konsultan dan pelanggan di mana sekarang ini pelanggan menjadi sahabat mereka.

"Karier kami lebih kepada menjadi usahawan, jika kami bekerja lebih gigih, kami mendapat ganjaran komisen yang lebih di mana kami dapat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga kami. Tiada had untuk kami mendapat pendapatan, semuanya terpulang pada diri sendiri untuk mendapat pendapatan yang lebih mewah,'' kata bekas pegawai pemasaran dan jurujual.

Menurut Sanorita Jaafar, 35, dan Farina Hussin, 28, kedua-duanya bekas setiausaha, mereka mengecapi kebahagiaan hidup kerana kepuasan menjadi seorang wanita yang berjaya dalam karier dan juga rumah tangga.

"Ini adalah kerana karier kami memberi masa yang fleksibel, dapat mengatur masa yang berkualiti dengan anak-anak dan suami dan berpeluang kenaikan pangkat yang cepat dan mudah,'' kata Sanorita yang kini berpangkat Agency Supervisor.

Bagi diri Junaina Ahmad Tbarani, 33, dan Noraspadalila Omar, 34, mereka kini menjadi Pengurus Agensi Kumpulan pada usia yang sangat muda dan mempunyai agensinya sendiri yang telah dan akan dibuka pada Mac ini.

Menceburi bidang ini turut memberi peluang menghadiri banyak kursus motivasi diri dan pembinaan insan atau self development.

Menurut Arma Wahab, 25 dan Nurul Haizum Naim, 24, mereka kini menjadi seorang yang amat positif, berkeyakinan tinggi dan berfikiran matang dibandingkan sebelum menyertai bidang ini, bahkan hidup lebih bahagia.

"Ia seronok kerana tiap-tiap hari adalah sesuatu yang baru, kami berpeluang berjumpa dengan ramai orang di luar sana. Bahkan, syarikat memberi insentif menghadiri konvensyen keluar negara kepada konsultan yang gigih,'' ujar bekas pereka grafik.

Cabaran
Sementara kata Fiona, setiap pekerjaan mempunyai cabarannya, begitu juga dengan perunding kewangan.

Ini kerana bidang pelaburan amanah saham masih baru di negara ini dan tahap kesedaran rakyat Malaysia yang masih kurang menyebabkan ada yang ragu-ragu atau menolak khidmat untuk persediaan merancang kewangan untuk persaraan mereka.

"Kerjaya ini agak mencabar untuk berhadapan dan meyakinkan orang ramai, jika tidak mempunyai disiplin diri, semangat yang kental dan tidak mempunyai visi hidup, boleh membuat seseorang perunding itu mengalah,'' katanya.

Justeru itu, kata wanita yang berwajah lembut tetapi berhati waja, syarikat saham amanah miliknya yang di bawah naungan bank terkemuka, semakin berkembang maju.

" Kami mencari mereka yang mempunyai motivasi diri yang tinggi, berdisiplin, rajin dan ingin mempunyai pendapatan yang tinggi.

"Kami juga ingin menolong memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang hilang pekerjaan, atau graduan-graduan yang masih menganggur ataupun lepasan sekolah.

"Syarikat kami membuat siri jelajah pengambilan pekerja-pekerja di seluruh Malaysia bermula pada 17 Februari, jam 8 malam di Grand Ballroom Eastin Hotel dan seterusnya siri jelajah di seluruh Malaysia. Sebarang maklumat, sila hubungi 03-71182234. - Utusan Online

Sabtu, April 11, 2009

It's called MINDSET

As my friend was passing the elephants, he suddenly stopped, confused by the fact that these huge creatures were being held by only a rope tied to their legs.
.
It was obvious that the elephants could, at anytime, break away from the ropes they were tied to but for some reason, they did not. My friend saw a trainer nearby and asked why these beautiful, magnificent animals just stood there and made no attempt to get away.
.
"Well', he said, "when they are very young and much smaller we use the same size rope to tie them and at taht age, it's enough to hold them. As they grow up, they are conditioned to believe they cannot break away. They believe the rope can still hold them, so they never try to break free."
.
My friend was amazad. These animals could could at any time break free from their bonds but because they they believed they couldn't, they were stuck right where they were. The powerful and gigantic creature has limited its present abilities by the limitations of its past.
.
Like the elephants, how many of us go through life holding onto a belief that we cannot do something, simply because we failed at it once before?
.
How many of us refuse to attempt something new and challenging because of our so called MINDSET?
.
Your attempt may fail, but never fail to make attempt...
&
CHOOSE not to accept the false boundaries and limitations created by the past...

Khamis, April 09, 2009

Formula catur asas bisnes

Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my
.
Bagaimanakah permainan catur yang berusia 5,000 tahun mempengaruhi Edmund Santhara sebagai model perniagaannya?
.
SATU ketika dahulu, pekerjaan sebagai jururawat, pakar terapi dan krew paramedik dilihat antara kerjaya yang kurang glamor dan kurang memberi pulangan.
.
Dengan syif kerja yang panjang, ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) enggan berkecimpung dalam bidang tersebut. Faktor kos pengajian yang tinggi turut membantutkan keinginan mereka. Jika ada pun, mereka terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membiayai kos pengajian.
.
Namun, Datuk Edmund Santhara, 38, mempunyai visi dan wawasan tersendiri dalam mencorak dunia pendidikan sains kesihatan.
.
"Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan ramai anak muda memilih untuk bekerja di kilang walaupun mereka berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di kolej atau universiti tempatan.
"Jangan salahkan mereka kerana syarat kemasukan ke universiti bagi mengikuti kursus sains adalah terlalu ketat.
.
"Kewujudan institusi-institusi pengajian swasta yang menawarkan bidang tersebut juga tidak begitu menonjol bagi memartabatkan kerjaya seperti jururawat," ujar Santhara.
.
Tambah Santhara, ajakan seorang rakan untuk memajukan Masterskill daripada pihak pengurusan terdahulu, merupakan satu cabaran besar bagi beliau. "Saya perlu mengikis persepsi lama terhadap kerjaya tersebut.
.
"Sains kesihatan sewajarnya dilihat sebagai satu kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah," ujarnya selaku Pengarah Pembangunan Perniagaan di Masterskill School of Nursing and Healthcare pada Oktober 2004 untuk jawatan pertama beliau.
.
EDMUND SANTHARA mempunyai misi tersendiri dalam memajukan bidang pendidikan sains kesihatan. Biarpun hanya sebulan memegang portfolio itu sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), Edmund tidak gentar mengatur strategi. Beliau juga merangka pakej pembangunan perniagaan pendidikan yang memanfaatkan semua pihak termasuk industri perubatan, para pelajar dan pelabur.
.
Pengalaman bekerja di syarikat Kumpulan Teknologi MBf, MBf Kewangan Berhad dan Kumpulan Pendidikan MBf selama empat tahun, sedikit sebanyak membantu beliau. Pengetahuan dan pengalaman yang ditimba semasa memegang gelaran Ketua Penyelidikan dan Pembangunan di Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, Kolej Taylor Sdn. Bhd. (Kumpulan MBf) membantunya menghalusi kefahamannya terhadap pendidikan lanjutan di pasaran semasa.
.
Seperti sebuah permainan catur yang memerlukan kecekalan dan kebijaksanaan untuk menjadi juara, Santhara mengadaptasi permainan berusia 5,000 tahun dari India itu dalam pembentukan model perniagaannya.
.
Seperti permainan catur yang mengasah bakat penumpuan, menganalisis dan mengira tahap risiko yang dihadapi, membina corak pemikiran yang kritikal, terbuka dan sentiasa meramalkan yang tidak dijangkakan, Santhara tidak silap dalam tekaannya terhadap Masterskill.
.
"Pada peringkat awal pembukaan Masterskill, institusi itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai sebuah kolej pengajian.
.
"Ketika itu, ia hanya menawarkan latihan untuk kira-kira 70 pelajar yang bekerja di sesebuah hospital yang menawarkan tajaan kewangan," ujarnya menyelusuri kisah awal penubuhan kolej tersebut.
.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Ijazah Lanjutan dalam bidang yang sama dari Universiti Strathclyde, Scotland dan kini dalam proses mendapatkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Newcastle, Australia itu masih belum berpuas hati terhadap pencapaian Masterskill.
.
Santhara meletakkan sasaran untuk menaiktaraf Masterskill ke tahap yang lebih tinggi secara menyeluruh dalam tempoh 1,500 hari. Justeru, beliau mula memerah keringat siang dan malam bagi melaksanakan sebuah struktur model perniagaan.
.
Ringkas dan praktikal. Model itu cukup dinamik dengan pembahagian tiga cabang utama. Ia merangkumi sokongan tenaga kerja, proses dan teknologi.
.
"Model itu tidak menekankan keuntungan dari segi kewangan sahaja tetapi daripada pengeluaran produktiviti yang berkualiti dan kompetitif berbanding pesaing-pesaing lain. Misi pertama dicapai dengan merekrut sumber tenaga kerja yang berkemampuan, berpendidikan dan inovatif," jelas Santhara ketika ditemui di pejabatnya di kampus utama di Taman Kemacahaya 11, Cheras, Selangor.
.
Selain itu, menurut Santhara, beliau sentiasa menggalakkan anak-anak buahnya termasuk pensyarah menambahbaik tahap pendidikan yang dimiliki melalui program 1-Up.
.
Program itu diwujudkan untuk menggalakkan pekerja supaya memanfaatkan khidmat penajaan pendidikan Masterskill untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma hingga ijazah dan seterusnya.
Misi kedua yang bergerak secara serentak adalah proses atau cara untuk menarik minat pelajar.
.
Santhara kerap 'turun padang' bagi menjelaskan kekurangan tenaga kerja yang berlaku dalam sektor sokongan kesihatan negara.
.
"Pada masa sekarang, nisbah jururawat untuk seorang pesakit ialah 1:645 tetapi negara menyasarkan 1:200 menjelang tahun 2020. Ini bermakna, kekosongan jawatan mencecah beribu-ribu angka," luah Santhara.
.
Menurutnya, masalah ketiadaan perkhidmatan pemberian pinjaman, boleh diatasi dengan penyediaan pinjaman sebanyak 100 peratus daripada pelbagai pihak. Penekanan ketiga dan terakhir adalah teknologi yang meliputi pengenalan kursus yang bakal menerima permintaan tinggi pada masa depan, mencari lokasi latihan klinikal baru dan pelabur.
.
"Selepas lima dekad negara mencapai kemerdekaan, kita masih tidak mempunyai krew pakar paramedik yang bertauliah semasa berlaku kemalangan jalan raya," katanya.
.
Sejak beberapa tahun lalu, latihan klinikal telah dibawa ke India bagi pelajar-pelajar kejururawatan. Pada masa yang terdekat, Edmund juga ingin melebarkan idea francais Masterskill ke Asia Barat dan menjadikannya institusi pengajian kejururawatan yang terunggul di dunia.
.
FORMULA permainan catur banyak mengajar Edmund menyusun strategi perniagaannya.
.
Pembukaan kampus-kampus baru di Cheras, Ipoh, Kota Bharu diikuti yang terbaru di Kota Kinabalu yang akan disusuli Kuching menyaksikan pelaburan sebanyak RM50 juta. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik yang lahir di estet Renggam, Johor itu menanam hasrat membuka sebuah kampus di bahagian selatan negara iaitu seiring dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Sekarang ini pun, Santhara telah pun mengatur langkah-langkah menembusi pasaran Singapura.
.
Institusi ini berjaya diiktiraf sebagai Masterskill University College of Health Sciences pada tahun lalu. Sebagai sekolah pengajian kejururawatan dan kesihatan yang terbesar di Asia Pasifik, Santhara gembira apabila impiannya itu termakbul.
.
Sewaktu memulakan kerjaya di Masterskill, bilangan kakitangannya hanya enam orang bagi 200 orang pelajar. Hari ini, tenaga kerja Masterskill berlipat ganda kepada lebih 800 orang termasuk tenaga pengajar. Jumlah pelajar juga telah bertambah kepada lebih daripada 15,000 orang dengan jangkaan 17,000 orang pada hujung tahun ini.
.
MASTERSKILL berusaha mencapai sasaran nisbah jururawat kepada pesakit 1:200.
Di dinding pejabat bilik Santhara tertulis ungkapan penulis terkemuka Inggeris, Charels Roberts Buxton, In life as in chess, forethought wins.
.
Ungkapan itu adalah gambaran diri Santhara yang sentiasa berwawasan.

Selasa, April 07, 2009

Usahawan Muslim perlu rebut peluang perniagaan Internet

Keratan majalah Islamik, I terbitan Karangkraf:

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet.
.
Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
.
Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.
.
"Industri ini masih baru di negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.
.
FENOMENA BARU
Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi.
.
Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain. Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbukal uas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.
.
"Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet - menjual buku-buku agama - boleh dilakukan," kata Irfan.
.
POTENSI MASA DEPAN
Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.
.
"Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.
.
Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di negara ini."
.
Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.
.
"Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet - samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.
.
Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah," kata Irfan. Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

.
Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet,usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.
.
Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.
.
Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaankonvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,bangsa dan agama. Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajinberusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.
.
PENYELESAI MASALAH
Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Iaboleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalulintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.
.
"Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.
.
"Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi" kata Irfan lagi.
.
* Ingin memulakan perniagaan Internet? Sertai Workshop JutawanInternet kelolaan Irfan Khairi hari Sabtu ini. Lawati
http://www.rahsiainternet.com/workshop atau hubungi 016-6966644atau 014-6633311 untuk maklumat lanjut.Tempat adalah amat terhad, jadi, daftar hari ini untuk memastikan tempat anda! *

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumlah Pengunjung