Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Kekayaan orang terkaya Malaysia susut 22 peratus

KUALA LUMPUR 28 Mei – Jumlah kekayaan terkumpul milik 40 orang terkaya Malaysia, menyusut kepada 22 peratus kepada AS$36 bilion (RM126.36 bilion) berbanding AS$46 bilion (RM161.46 bilion) pada tahun lalu. .
Menurut kenyataan Forbes Asia Malaysia Rich List, jumlah itu menyusut selari dengan kejatuhan sebanyak 21 peratus dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL). ..
"Kejatuhan itu bukan merupakan sesuatu yang buruk kerana ringgit Malaysia adalah 10 peratus lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang yang digunakan untuk mengukur jumlah kekayaan tersebut. ..
"Raja gula, Tan Sri Robert Kuok kekal berada di tangga pertama dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$9 bilion (RM31.59 bilion) berbanding AS$10 bilion (RM35.1 bilion) pada tahun lalu," kata kenyataan itu. ..
Katanya, Kuok kekal berada di kedudukan teratas sejak Forbes Asia memperkenalkan senarai 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006. ..
"Ananda Krishnan berada di tangga kedua dengan jumlah kekayaan bersi…

Ruminan lubuk emas pelatih Skill-Tech

Imej
RUMINAN adalah penternakan haiwan seperti kambing, lembu, unta dan kerbau. Bagi penternakan haiwan berkenaan, hasil ternakan yang pelbagai dan memberi nilai komersial yang tinggi disebut sebagai nilai emas. ..
Emas yang diumpamakan bukanlah perhiasan wanita tetapi hasil produk ternakan iaitu apa yang disebut emas putih yang merujuk kepada susu. ..
Manakala emas hitam pula merujuk kepada najis yang boleh dibuat baja serta emas merah pula yang merujuk kepada daging.
Nordin Abd. Malek ingin berkongsi keseronokan dengan peserta supaya melibatkan diri dalam ternakan ruminan.

Menurut Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek, menyedari nilai komersial yang tinggi terhadap penternakan kambing, Skill-Tech memperkenalkan kursus baru yang dikenali sebagai kursus kemahiran ruminan.
Ternyata permintaan yang tinggi menggembirakan beliau. ..
''Ambilan pertama baru-baru ini membuktikan generasi muda mampu menjadi tenaga kerja dan usahawan ruminan secara terlatih dan profesional,…

Mencari keberkatan dalam perniagaan

Imej
Berniaga rezeki paling menguntungkan ..
Dalam mana-mana masyarakat, majoriti jutawan dan hartawan terdiri daripada golongan peniaga atau lebih popular dipanggil ahli perniagaan. Ahli perniagaan menguasai kekayaaan dan ekonomi negara, menjadikan mereka berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat. ..
Berniaga adalah usaha mencari rezeki menguntungkan. Sebab itu, Islam amat menggalakkan agar umatnya menjadi peniaga untuk merebut peluang keuntungan itu.
Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, didapati banyak orang kaya terdiri daripada golongan peniaga. Bahkan aktiviti ekonomi di Madinah dikawal sepenuhnya golongan Yahudi yang menjadi peniaga. .
Bangsa Cina kuasai ekonomi ..
Di negara kita, bangsa Cina menguasai ekonomi Negara disebabkan majoriti bangsa itu menjadi peniaga. Bangsa Melayu seharusnya mempelajari daripada bangsa Cina bagaimana hendak menjadi peniaga yang berjaya. ..
Menyedari betapa penting bidang perniagaan, Nabi Muhammad SAW banyak memberi panduan atau hukum mengenai urusan per…

Teknik fertigasi semakin popular

Imej
Walaupun teknik tanaman secara fertigasi telah agak lama diketahui tetapi masih ramai petani yang belum lagi mencubanya dalam skala komersial. ..
Ramai yang mendakwa fertigasi memerlukan kos yang besar dan memerlukan penjagaan yang optimum. ..
Justeru Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Agro Bank dan Mayconsult akan mengadakan Seminar Sehari Usahawan Fertigasi pada 17 Mei ini. ..
Bengkel sehari akan diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM). ..
Penceramahnya yang juga Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid telah menjalankan penyelidikan mengenai sistem fertigasi iaitu pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem. ..
Biasanya sistem fertigasi diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional. …

Logo Perniagaan Anda

Imej
Oleh Irfan Khairi May 13, 2009

Saya sudah menulis tip perniagaan sejak 2006, tapi entah kenapa,for the past 3 years, jarang saya menulis kepentingan mempunyai logo perniagaan - tu pun tahun 2006! .. Macam mana lah boleh terlepas pandang... ..
Mungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas, saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo! ..
Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan... adakah anda mempunyai logo? .. Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan berkembang. ..
Logo adalah penting kerana ianya adalah antara "first contact" prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk "imej" atau "gambaran", membolehkan perniagaan anda mudah diingati pelanggan-berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo. .. Bak kata mat s…

Hutang, Riba Hukum-hakam Pemodal

Imej
Hishamuddin Rais May 11, 2009 13:36pm .
Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar. .. Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini. Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia. .. Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah. Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom. Kajian hukum-hakam algebra dan i…

Bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya

Imej
S.Anuar Abduh08 May,2009
.. Apakah punca utama sesebuah perniagaan itu gagal? Keuntungan diperlukan bagi menampung perbelanjaan syarikat. Keuntungan yang diperolehi jika ianya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan seharian syarikat (gaji, sewa pejabat, bil elektrik dan lain-lain) maka syarikat akan mengalami masalah aliran tunai. ..
Jika masalah aliran tunai ini berpanjangan sehingga 3 bulan maka syarikat tersebut berkemungkinan besar akan tutup. Kebiasaanya, syarikat-syarikat yang mempunyai masalah aliran tunai akan memohon pinjaman dari pihak bank ataupun mendapatkan geran-geran yang disediakan oleh pihak kerajaan. .. Adakah pinjaman dari pihak bank akan menyelesaikan masalah aliran tunai anda? .. Jawapannya tidak, jika anda masih belum lagi dapat meningkatkan jualan atau keuntungan syarikat anda. Kita lihat ramai usahawan terpaksa gulung tikar selepas beberapa bulan atau tahun disebabkan masalah jualan yang tidak mencukupi WALAUPUN mendapat pinjaman dari pihak bank. .. Anda mesti inga…

Mengenal nilai budaya kapitalisma

Imej
BUDAYA DAN NILAI KONSUMER
.. Hari ini dasar globalisasi yang di ajukan oleh International Monetary Fund dan Bank Dunia telah berjaya menjadikan kapitalisma satu sistem ekonomi yang mencakupi seluruh dunia. Dari Chile ke China, dari Bhutan ke Batang Berjuntai, dari Tokyo ke taiping dari Normandy ke Nepal – semua negara sedang menggunakan sistem kapitalisma sebagai satu cara hidup. .. Cara hidup disini ialah budaya harian yang digunakan oleh warga untuk menjalankan kehidupan. Budaya dan cara hidup ini diikat dengan nilai. Kapitalisma telah melahirkan nilai untuk dijadikan rujukan oleh warga dunia. Sistem kapitalisma telah berjaya menyebarkan nilai-nilai baru untuk umat manusia. Nilai ini berpenanan besar untuk memperkokoh dan mengembangkan kapitalisma. Nilai-nilai ini dirancang dan disusun. .. Kajian dibuat secara ilmiah tentang apakah nilai yang wajib dibentuk. Pakar-pakar akan memastian nilai-nilai yang dimunculkan ini ianya akan selari dengan nilai dan hukum perjalanan sistem kapitalisma.…

British man wins Australian island dream job

Imej
SYDNEY – A bungee jumping, ostrich-riding British charity worker was named Wednesday the winner of what's been dubbed the "Best Job in the World" — a 150,000 Australian dollar ($111,000) contract to serve as the caretaker of a tropical Australian island.
..
Ben Southall, 34, beat out nearly 35,000 applicants from around the world for the dream assignment to swim, explore and relax on Hamilton Island in the Great Barrier Reef for six months while writing a blog to promote the area.
He was selected for the gig by officials from the tourism department of Queensland state. ...
Southall and 15 other finalists spent the past four days on the Queensland island for an extended interview process, which required applicants to snorkel through crystalline waters, gorge themselves at a beach-side barbecue and relax at a spa. The finalists also had to demonstrate their blogging abilities, take swimming tests and sit through in-person interviews. ..
In his application video, Southall expresse…

TIP PILIHAN: 3 TIP MENJALANKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH

Imej
Oleh Irfan Khairi
..
Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaanInternet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas :) ..
Kalau anda menjalankan perniagaan dari rumah...
Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai "untung perniagaan" bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil "gaji tetap" dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra... ..
Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan... jangan dicuri! ..
Kalau anda menjalankan perniagaan dari rumah...
Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu…