Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Cerita dari London

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
..
Rasa macam tak percaya je dah jejak kaki ke slaah satu ibu kota terbesar dunia iaitu London. Saya ke sini mengikuti kursus yang dihantar oleh pihak pengurusan. Maklumlah, untuk datang dengan belanja sendiri tak mampu.
..
Insyaallah dalam masa 2-3 tahun lagi saya akan bawa pula famili bila matlamat dah tercapai nanti. Memang menarik dan banyak tempat menarik saya dah pergi. Apa pun buat masa ni gambar-gambarnya belum siap lagi, saya akan update sedikit masa lagi.
..
Di sini memang cara bekerja dan budaya diaorang berbeza daripada di Malaysia tapi apa yang saya perhatikan, masih ramai Mat Salleh ni berbudi bahasa dan hormat orang lain di tempat awam. Memang saya cadangkan kepada sesiapa yang banyak duit dan dah kaya untuk datang berbelanja di sini. Peluang untuk buat bisnes pun saya tengok memang banyak. Rugi kalau tengok saja, saya pun beli cenderehati utntuk dibawa balik.
..
Terfikir lak, kalau banyak duit nih, borong je semua yang ada tapi sabar jelah…

Tauke itik cuba benda baru

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN .. Berpegang kepada cogankata Pertanian Adalah Perniagaan, Razak Abdul Malek, 49, mencuba beberapa jenis pertanian bermula dengan ayam kampung daging, lintah dan ikan. ..
Meskipun pada awalnya dia terlibat dengan sektor pelancongan, namun mengambil keputusan beralih angin tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang tersebut. ..
Bermula dengan syarikat Lia Sari Marketing yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk bergiat dalam jual beli dan mengusahakan pertanian secara komersial, kini Razak mengusahakan ladang ternakan itik daging. ..
Berdasarkan hasil pemerhatian yang dilakukan, Razak kemudiannya mengambil keputusan menternak itik kerana dia suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak mempunyai ramai pesaing. ..
"Saya melihat ternakan itik pedaging Muscovy atau serati yang tidak mempunyai banyak pesaing, saya mengambil keputusan menternak itik," katanya semasa ditemui di ladang ternakan itiknya di Kampung Hulu Lepar, Mukim Gali, Dong, Raub, Pahang. ..
Ma…