Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Sukan Futsal

Imej
.
Futsal
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan. .
Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’. .
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan b…

Di mana tahap kewangan anda?

Imej
Oleh Irfan Khairi
.
Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan "Yo!" kepada "Irfan on Air". Irfan on Air berkonsep seperti blog andabaca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi cara santai dan insyaallah happening! . Saya juga membuka talian telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip ataupun soalan bersama saya :) . Semalam di Radio24, program "Irfan on Air" (Setiap hari Khamis2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu. .
Berikut adalah 4 tahap tersebut... .
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure) .
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wangsimpanan yang ada. .
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi... kais…

Produk Hidayah Cookies tambat hati pelanggan

Imej
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
.
. SELAIN kuih raya moden, sambutan Aidilfitri pastinya kurang meriah tanpa kehadiran kuih tradisional yang masih mendapat sambutan baik pelbagai golongan masyarakat.
.
Kuih tradisional seperti semperit, dodol, kuih bangkit dan baulu pasti akan menjadi hidangan wajib bagi menjamu tetamu yang datang bertandang ke rumah.
.
Penerimaan berterusan kuih tradisional tersebut adalah mungkin disebabkan oleh rasanya yang sedap dan ia boleh disimpan untuk jangka masa lama.
.
Mengambil contoh dodol, kuih itu kini tidak hanya dimakan ketika musim perayaan sebaliknya permintaan terhadap produk makanan itu terus meningkat walaupun pada hari-hari biasa.
.
Malah, hari ini kita dapat melihat dodol semakin mudah untuk diperolehi dari kedai-kedai dan juga pasar raya-pasar raya utama.
.
Sambutan baik itu terhadap kuih tradisional telah mendorong Sarimah Jantan, 45, untuk menjalankan perniagaan produk tersebut secara komersial.
.
Mengambil keputusan untuk berhenti…

Jangan mencari terlalu "sempurna"

Jika kamu memancing ikan......

Setelah ikan itu terlekat di mata kail......

Hendaklah kamu mengambil ikan itu......

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu
sahaja.......

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......

Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup......


Begitulah juga......



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ......

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja......

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu......

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati
kamu......


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu
teguh......

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......

Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula......

Dan …

Sejarah Futsal

Imej
.
Sukan FUTSAL adalah sejenis permainan daripada pecahan sukan bolasepak. Ianya telah mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Ketika itu, sukan bolasepak merupakan sukan yang dianggap sebagai tuhan ke-2 oleh penduduk Brazil.
.
Dalam masa yang sama ketika era tersebut bandar Rio De Jenero sangat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan optimum.
.
Bandaraya Rio de Jenero merupakan ibukota Brazil. Masyarakat di kota tersebut masih lagi bermain bolasepak di mana sahaja tempat yang sesuai. Dan pada kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan.
.
Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bolasepak didalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan.
.
Daripada itulah m…

Dari seorang buruh kepada jutawan keropok

Imej
MENGENANGKAN kehidupannya yang miskin lebih 25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok.
.
Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.
..
Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.
.
Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
.
“Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat perut semata-mata untuk memastikan anak cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika.
.
Selepas be…

Membina Kekayaan Adalah Satu Formula

Imej
Bagi kebanyakan orang, konsep mencapai kekayaan adalah sesuatu yang asing. Kita memandang kepada orang kaya dengan perasaan takut tetapi memujanya pada masa yang sama dengan perasaan iri hati, kadang-kadang dengan perasaan cemburu. Kita berpendapat kekayaan sebagai sesuatu yang tidak mungkin dicapai. Sesuatu yang berlaku kerana nasib atau hanya untuk mereka yang sangat pintar.
.
Kita semua tahu bahawa memiliki sejumlah wang yang banyak bukannya satu isu tetapi apa yang kita lakukan dengan wang tersebut yang diambil kira. Hakikatnya ialah kita semua ingin menjadi kaya. Dan kita semua boleh menjadi kaya. Tetapi bukan semua orang yang menginginkannya.
.
Ini kerana anda perlu berfikir di luar kotak. Ia memerlukan yang anda memperlakukan wang anda secara berbeza berbanding dengan orang biasa selalu lakukan.
.
Bagaimana orang biasa selalu memperlakukan wang mereka?
.
Kita membelanjakan keseluruhan gaji gaji ke atas sesuatu yang tidak boleh menghasilkan lebih banyak wang kepada kita. Untuk menda…

Think like an entrepreneur

Imej

Tip Seorang Usahawan Berjaya

Imej
Seorang usahawan melihat satu peluang, kumpulkan satu pasukan dan bina satu perniagaan yang mendapat untung daripada peluang tersebut. .. Seorang usahawan yang bijak dan berjaya tidak mendapat bayaran untuk diri sendiri sehinggalah pasukan mereka boleh melakukan apa yang perlu dilakukan sebagai satu pasukan.
.
Setiap kali, kita melihat senario di mana sebahagian besar para pekerja dan orang yang bekerja sendiri mendapat bayaran ke atas apa yang mereka boleh lakukan sebagai individu. .. Usahawan tidak mendapat bayaran sehinggalah pasukannya benar-benar berjaya terutamanya dalam menjana pendapatan. Lebih berjaya anda boleh memimpin satu pasukan yang terdiri daripada individu yang bijak dan berkelayakan tanpa perlu untuk bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan tersebut, lebih baik dan lebih besar usahawan yang boleh ada capai. .. Terdapat empat skil utama seseorang mesti ada atau pelajari dalam perjalanan menuju kejayaan dalam bidang yang diceburi. Skil-skil tersebut ialah menjual, perakau…

Skil seorang usahawan

Imej
Terdapat empat skil utama seseorang usahawan mesti ada atau pelajari. Skil tersebut ialah menjual, perakaunan, melabur dan kepimpinan. Pada pendapat saya, keupayaan untuk menjual ialah yang paling penting daripada keempat-empatnya.

Remaja dan keusahawanan

Imej
Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS (fikrahremaja@yahoo.com) .
LIMPAHAN kemakmuran ekonomi negara berhasil meningkatkan taraf hidup serta kuasa beli rakyat. Hal ini seterusnya mewujudkan banyak peluang perniagaan dan keusahawanan ke arah memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. .
Namun persoalannya sejauh mana keterlibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi negara mahupun global dalam penghasilan produk atau perkhidmatan serta rangkaian pengedarannya? . Kini, umat Islam masih lagi menjadi umat pengguna terhadap barangan yang dikeluarkan oleh orang lain atau negara luar, terutamanya dari Barat. .
Justeru, umat Islam khasnya remaja Muslim seharusnya mengorak langkah untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan agar barangan keperluan umat Islam dapat dihasilkan sendiri di samping hak pengguna Islam akan sentiasa terbela. .
Keusahawanan menurut perspektif Islam . Hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan”. . Hadis ini menunjukkan bahawa bidang k…

Apakah dia usahawan

Imej
Keusahawanan adalah satu pendekatan terhadap pengurusan yang mana boleh didefinasikan seperti berikut: .
"Mengambil peluang tanpa mengambil kira kepada sumber-sumber yang dikawal pada masa sekarang" .
Para usahawan belajar untuk menggunakan sumber-sumber orang lain dengan sebaiknya. .
Tiga bahagian dalam bisnes .
Terdapat tiga bahagian untuk menjadikan satu peluang bisnes berjalan lancar dan berjaya. Satu ialah mencari orang yang sesuai. Dua ialah mencari peluang yang sesusai. Dan tiga ialah mencari wangnya. .
Jarang sekali ketiga-tiga bahagian ini datang bersama-sama pada satu masa. Kadang-kadang anda ada orangnya tetapi anda tidak mempunyai peluang bisnes ataupun modal. Kadang-kadang anda mempunyai wang / modal tetapi tidak ada peluang atau orangnya. . Tugas yang paling penting bagi seorang usahawan ialah dengan menyambar satu bahagian dan kemudian mula untuk mencantumkan dua bahagian yang lain secepat mungkin. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau ia mungkin mengambil masa bertahun…

Waiz Kashifi puas ceburi pertanian

Imej
Oleh MERAN ABU BAKAR
.
MEMPUNYAI pendapatan tetap sebagai juruteknik di bahagian pembangunan dan kajian Power Train, Proton selama 17 tahun belum dapat memberi kepuasan kepada Waiz Kashifi Abdul Rauf, 34 tahun. .
Jiwa lelaki ini nampaknya lebih cenderung ke arah pertanian, mendorongnya berhenti kerja. .
Namun demikian, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dalam bidang automotif tidak dipersia-siakan apabila dia membawa ilmu tersebut ke dalam bidang pertanian. .
''Dengan penggunaan teknologi seperti yang terdapat dalam sistem automotif, bdang pertanian dapat dipertingkatkan,'' katanya bersemangat semasa ditemui di kebun kajiannya di Tabika Kemas, Seksyen 17, Shah Alam yang dijadikannya tempat latihan para belia dalam bidang pertanian. .
Waiz Kashifi yang mengakui mempunyai sedikit pengetahuan dalam asas pertanian ketika itu sanggup mencuri masa mempelajari tentang pertanian ketika dihantar berkursus di luar negara oleh syarikatnya bekerja waktu itu. .
''Apabila diha…

Pilih Satu Antara 2 Arnab

Imej
Confucius pernah berkata "A man who clases two rabbits catches none."
.
Anda perlu fokus kepada kerja yang anda ingin anda lakukan atau matlamat yang ingin anda capai.
.
Sering kita mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea... berpuluh-puluh idea cara nak buat duit di Internet. Kesemua membuat dirinya teruja!
.
Tetapi, masalahnya ialah tidak fokus!
.
Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan Internet tersebut terlaksana.
.
Kadangkala, kami juga terjerat dalam keadaan ini. Terlalu banyak idea untuk dilaksanakan, sehingga satu pun tidak menjadi kerana tidak memberi fokus.
.
Jadi, benarlah kata Confucius, "Kalau kejar dua arnab, percayalah satu pun tak dapat!".

Harta Kekayaan

Imej
.
Kecenderungan manusia terhadap pemilikan harta-kekayaan di dunia ini adalah suatu fitrah. Ertinya manusia yang hidup ini dengan instinct atau nalurinya berusaha keras untuk menggapai kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini. ..
Salah satu caranya, dengan memiliki harta-kekayaan ini, seseorang akan dipandang mulia dan terhormat oleh manusia lainnya. Dengan harta-kekayaannya itu, seseorang bebas bergerak ke mana sahaja dan apa saja dapat dikerjakannya tanpa hambatan atau masalah apa pun. ..
Memang Allah SWT menyuruh kita berlumba-lumba mencari rezeki sebanyak-banyaknya, memperkaya diri kita masing-masing. Namun Allah SWT memberi petunjuk bagi hambanya yang telah harta-kekayaan dengan batasan-batasan yag menusiawi. ..
Ertinya harta-kekayaan yang dimiliki oleh seseorang manusia, pada hakikatnya adalah milik Allah SWT yang diberikan kepada kepada seorang hambaNya sebagai pemilikan harta-kekayaan tersebut dengan ketentuan batasan yang telah diatur oleh allah SWT sendiri, seperti firman-Ny…

How to Achieve Wealth and Success

Imej
By Brian Tracy
.
Everyone I talk to wants to be wealthy. Most are savvy, hardworking and willing to do whatever it takes to achieve their financial goals.
.
What's the one thing that holds most smart people back?
.
What's the one thing that limits the earning potential?
.
It's not starting a business. And it's not delivering your product or service. The one thing that keeps most people from being successful and wealthy is knowing how to close the sale. No sale, no income, no business.
.
No matter how smart you are, how good your product or service is, or how long you've been in business—if you can't close the sale, you won't ever achieve the level of wealth and success you deserve.
.
Whether you're just getting started or you're a seasoned business owner, I'm sure you've felt the frustration of losing a sale you deserved, and increasing your income.
.
And during this current recession, with sales shrinking or at best stagnating for most businesses, …