Jumaat, November 27, 2009

Ketagih duit lama

Oleh Hafizah Iszahanid
.
.
Tawaran RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.
.
BERAPAKAH jumlah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekeping wang tinggalan zaman pentadbiran Negeri-Negeri Selat? RM10 atau RM100?
.
Bagaimana kalau harganya mencecah RM1.2 juta? Bagi kebanyakan kita, nilai sebegitu tinggi tidak munasabah. Bagaimanapun, bagi pengumpul wang lama, kepuasan melengkapkan koleksi lebih diutamakan. Justeru, RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.
.
Minat mengumpul wang kertas dan duit syiling lama semakin subur di Malaysia berbanding sekitar 1990an atau 1980an. Disebabkan sudah ramai pengumpul, mendapatkan koleksi wang juga semakin sukar. Harganya juga meningkat setanding nilai mata wang semasa.
.
Bagi pengumpul di Malaysia melengkapkan koleksi wang tempatan, termasuk Brunei dan Borneo ketika zaman penjajahan Inggeris hingga kini adalah satu kemestian. Dari situ, mereka akan melebarkan koleksi kepada wang negara lain, misalnya mata wang Eropah zaman sebelum pengenalan Euro.
.
Tidak kurang juga yang mengumpul wang negara bermasalah seperti Afghanistan dan Iraq selain negara miskin seperti Uganda atau Brazil kerana kos untuk memilikinya sangat murah. Pengumpul mata wang, Lawrence de Souza, berkata sebelum merdeka, Malaysia atau Tanah Melayu menggunakan mata wang Dolar dan ia turut digunakan di British Borneo merangkumi Sabah, Brunei dan Sarawak.
.
Justeru, kata de Souza, melengkapkan koleksi mata wang dolar bermula 1901 hingga 1967 adalah antara impian besar pengumpul mata wang.
.
Pada 1901 hingga 1910, Tanah Melayu menggunakan mata wang dengan imej Raja Edward Ketujuh. Ia kemudian bertukar kepada dolar dengan gambar George V (1910-1936), George VI (1936-1952) dan Ratu Elizabeth (1952-1967).
.
“Pada 1967 Malaysia memperkenalkan mata wang dikenali sebagai Siri Parlimen dan ia kekal hingga 1988. Ketika itu, Malaysia memiliki wang kertas bernilai RM1,000 yang ditulis sebagai “saribu”,” katanya. Kata de Souza, nilai sekeping wang saribu yang berkeadaan baik dan nombor siri menarik boleh mencecah hingga RM50,000.
.
Bagaimanapun, dalam koleksi wang kertas lama Malaysia, wang dengan nilai saribu itu paling susah ditemui. Jika adapun, pemiliknya tidak akan menjualkannya kerana nilai sentimental yang ada pada wang itu.
.
Sebenarnya, dalam menilai kegilaan mengumpul wang lama, nilai muka tidak penting. Harga ditawar berdasarkan keadaan atau kualiti duit, tahun dikeluarkan dan nombor siri duit berkenaan. Wang kertas RM2 yang berkeadaan baik, misalnya boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apatah lagi jika ia edisi khas, misalnya 10 keping RM2 yang tidak dipotong.
.
Selain wang era Siri Parlimen, wang zaman Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu juga adalah antara yang popular. Duit syiling dan syiling peringatan juga mendapat permintaan tinggi. Duit syiling suku sen yang digunakan di Negeri-Negeri Selat, misalnya boleh mencecah hingga RM150,000.
.
Selain keunikannya, syiling ini bersepuh emas. Duit syiling setengah sen dan satu sen keluaran 1891 juga boleh mencecah nilai sama. “Ada banyak sebab orang mengumpul wang lama. Mungkin keasyikan melengkapkan koleksi atau mungkin bermula dengan suka-suka tetapi akhirnya ketagih,” katanya.
.
Bagi de Souza, dia mula mengumpul wang lama sejak remaja tetapi minatnya semakin bertambah apabila bertugas di bank komersial. Hari ini sebagai pesara bank, dia memiliki banyak koleksi wang lama terutama pada era pemerintahan Inggeris.
.
“Mengumpulkan wang lama pada hari ini tidak lagi seperti dulu kerana dulu jumlah pengumpul sedikit, manakala wang lama yang ada di pasaran banyak. Hari ini sebaliknya,” katanya. Selain membeli di kedai menjual mata wang lama, de Souza melengkapkan koleksinya dengan menghadiri lelong wang lama yang dianjurkan Persatuan Numismatik Malaysia.
.
Ada kala, jika acara lelongan itu tidak menemukannya dengan mata wang yang dicari, de Souza seperti pengumpul wang lama akan mencarinya pada acara lelongan mata wang lama di luar negara seperti di Hong Kong. Pengumpul mata wang dengan modal besar pula boleh mendapatkan mata wang yang dikehendaki dengan membelinya melalui ejen mata wang yang berkhidmat secara bebas. Mereka biasanya warga asing yang mahir dalam selok belok urusan mata wang.
.
Walaupun dianggap sebagai hobi yang mahal bagi sesetengah orang, hobi mengumpul mata wang lama sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan kewangan individu. Ini kerana walaupun ada wang lama yang boleh mencecah nilai hingga ratusan dan jutaan ringgit, ada juga wang yang boleh dibeli pada harga RM3 saja. Lebih istimewa, seni pembuatan wang itu sendiri berbeza walaupun datang dari negara sama selaras dengan perkembangan budaya dan kemajuan negara berkenaan.
.
Sesebuah negara, misalnya menukar mata wang yang digunakan lebih daripada sekali dalam masa 10 tahun. Semua ini dilakukan bagi memantapkan lagi mekanisme keselamatannya, selain perkembangan semasa yang menuntutnya berbuat demikian. Banjir naikkan nilai syiling 10 sen APA yang membuatkan sekeping wang lama boleh mencecah hingga ratusan ringgit?
.
Pengumpul dan pekerja kedai menjual mata wang lama, Tan Meng Fong, berkata antara faktor yang membuatkan wang lama bernilai tinggi ialah keadaannya yang masih baik, tidak berlipat, jauh sekali terkoyak.
.
“Ada juga wang lama sedikit terjejas, misalnya berlipat tetapi hanya satu lipatan. Dengan satu lipatan pun, ia berupaya menurunkan nilainya,” katanya. Kata Tan, satu lipatan pada wang boleh menjejaskan sehingga 50 peratus nilainya. Justeru, harganya akan terus menurun jika wang itu memiliki dua atau tiga lipatan.
.
“Pengumpul jarang memilih wang yang dilipat lebih dari sekali melainkan ia benar-benar sukar diperoleh. Namun, harganya tidak semahal harga wang sama tetapi masih elok,” katanya. Selain kualiti, wang yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad juga melonjakkan harga.
.
Misalnya, duit syiling keluaran 1971 memiliki nilai tinggi di kalangan pengumpul kerana ditempa di Jerman Barat. Duit syiling itu adalah duit syiling Malaysia yang terakhir ditempa di luar negara. Pada tahun sama, sebahagian duit syiling ditempa di kilang wang Bank Negara Malaysia di Shah Alam. Bagaimanapun, penempaannya terhad kepada syiling 10 sen saja.
.
Banjir besar yang melanda Selangor dan Kuala Lumpur menjejaskan operasi penempaan apabila limpahan banjir masuk ke dalam mesin pencetak. Kejadian itu menyebabkan hanya 32,000 keping sempat ditempa. Jumlah yang sedikit melonjakkan permintaannya. Kata Tan, sekeping duit syiling 10 sen yang dikeluarkan pada 1971 boleh mencecah harga RM2,500.
.
“Syiling peringatan juga memiliki peminat tersendiri. Lebih ramai peminat, lebih tinggi nilainya. Wang syiling peringatan RM5 boleh bernilai RM1,800,” katanya. Faktor sukar diperoleh juga meningkatkan nilai wang berkenaan. Bagi wang kertas Malaysia atau Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat, keluaran terhad menyumbang kepada nilainya.
.
Adakala edisi wang terhad disebabkan perkhidmatan Gabenor Bank Negara yang singkat melonjakkan harga wang lama. Misalnya, untuk 1981 hingga 1984, Bank Negara Malaysia diterajui Tan Sri Aziz Taha. Dalam tempoh tiga tahun menjadi Gabenor Bank Negara, Aziz menandatangani dua siri wang kertas Malaysia (siri 4 dan siri 5).
.
Faktor ini menjadikan nilai wang kertas pada era Aziz sangat mahal. Apatah lagi jika wang itu memiliki nombor siri berturutan atau berlaku kesilapan pencetakan pada permukaannya. Wang dengan nombor siri yang tersusun cantik juga sangat mahal. Untuk sekeping wang kertas RM50 era Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Don misalnya, ia boleh mencecah hingga RM1,000.
.
Wang dengan nombor siri bersusun, tiga, lapan dan sembilan mencecah RM1,000 sekeping, manakala wang dengan nombor siri BB888888 boleh mencecah 10,000. Namun, urutan siri nombor empat tidak popular di kalangan pengumpul bangsa Cina. Ia hanya dibeli pengumpul Melayu atau India. Nilainya pula berlegar sekitar RM400 saja.
.
Nilai wang lama juga dipengaruhi oleh nilai mata wang semasa negara berkenaan. Sebagai contoh, wang kertas lama negara seperti Britain dan New Zealand serta wang negara Eropah sangat tinggi nilainya berbanding wang kertas dari Iraq atau Afghanistan.
.
Satu set wang Jerman sebelum pengenalan Euro boleh mencecah hingga RM12,000, manakala wang kertas era Saddam Hussein atau wang kertas era Taliban boleh dibeli pada harga RM3 saja. Termasuk dalam kategori wang murah ini ialah wang kertas Kemboja keluaran 1972, wang Brazil keluaran 1980 dan mata wang Guyana dari 1966-1992. -Berita Harian Online

Selasa, November 24, 2009

Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.
.
Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.
.
Setiap orang mempuinyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.
.
Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.
.
Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.
.
Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer.
.
Sekiranya anda minat berkebun, cuba manfaatkan hobi anda dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti membuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, benih apa yang penting anda perlu mendapatkan keuntungan darinya.
.
Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa dengan orang ramai, anda mungkin boleh menjual sesuatu.
.
Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, mengajar atau menjual insuran.
.
Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain tidak kiralah sama ada ianya dilakukan secara bebas atau secara formal.
.
Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh mencari kerja 'part time' Syarikat-syarikat yang berkait dengan hobi dan minat anda. Asasnya, anda hanya akan berjaya pada jika melakukan kerja-kerja yang anda suka, di mana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan.
.
Ramai orang yang berfikir bahawa hanya sesetengah industri atau sektor sahaja yang akan memberikan keuntungan tetapi yang sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang.
.
Ini telah dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang berlainan bidang dan juga dari sektor yang tidak popular.
.
Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.
.
Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja.
.
Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.
.
Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu.
.
Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti.
.
Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.
.
Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain.
.
Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.
.
Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan.
.
Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.

Isnin, November 23, 2009

Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Wang

Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat.

Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila disuruh melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sudah tentulah hasilnya tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak selesai.

Oleh itu tidak hairanlah jika anda dapat ramai orang sering bertukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak perubahan yang berlaku.

Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati.

Bagaimana Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Wang?

Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tiada pengalaman.

Walau bagaimanapun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit.

Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.

Jadikan Hobi Dan Kemahiran Sebagai Punca Pendaptan Dengan Menulis.

Contohnya :

  • Jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

  • Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.

  • Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.

  • Jika anda seorang mekanik, anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.

  • Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan yang dibukukan, mengadakan kertas kerja dan kursus.

  • Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah.

  • Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.


Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud di dalam diri sendiri. Rahsianya… Menjadikan Hobi & Minat Sebagai Peluang Perniagaan.


Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan.

Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.

Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin.

Menjadi lebih kreatif supaya dapat mencari lebih banyak peluang menjana wang.

Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Rabu, November 18, 2009

Ingat 5 Rahsia Ini Sampai Bila-bila!

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.
.
Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.
.
Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
.


Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini?

.
Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

.
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianyamembawa kita kepada...

.
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif

.

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

.
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.

.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

.
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

..
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

.
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
.
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
.
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
.
Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

Selasa, November 17, 2009

Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz

KEHIDUPAN harian yang disulami dengan ketakwaan dan amalan yang memenuhi fitrah manusia akan mendapat keberkatan dan merupakan asas yang kukuh untuk menikmati kesihatan diri dan kerjaya yang berterusan."
.
Inilah pegangan hidup pasangan suami isteri, Aziz Sarif dan Norliza Idris, dalam mengemudi hidup seharian di samping mengembangkan kerjaya bersama syarikat jualan langsung terkenal, CNI, sehingga berjaya menyandang pangkat Pengurus Agensi Intan Jutawan.
.
"Untuk bertahan dalam kerjaya CNI, kita perlu kekalkan prestasi diri, berdikari dan dapatkan sokongan organisasi. Rahsia kejayaan saya ringkas. Kita perlu kembali kepada fitrah, kenang jasa upline, kawal kelemahan diri dan insaf dengan keperitan hidup lampau," ujar Aziz memulakan bicara.
.
Anak jati Kedah yang berusia 37 tahun ini mula berjinak dengan kerjaya CNI ketika isteri beliau kerap diserang migrain dan mengamalkan minum CNI Café bagi mengurangkan kesakitannya.
.
Pada mulanya Aziz agak kekok memasarkan produk CNI tetapi lambat laun jiwanya mula sebati dengan skim jualan langsung sehingga memenangi Tabung Kereta Pertama berupa sebuah Toyota Camry 2.0 pada 2006.
.
"Zaman silam saya serba kekurangan dan penuh pengorbanan. Ibu saya seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk menampung hidup saya dan adik-beradik. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bertekad untuk membantu ibu dan terus berhijrah ke Johor untuk mencari kerja.
.
"Akhirnya saya diterima untuk bekerja di limbungan kapal di Singapura. Pengalaman hidup telah mengajar saya untuk mengusahakan kerjaya CNI dengan bersungguh-sungguh agar keluarga saya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
.
"Saya percaya sebuah organisasi perlu mempunyai satu matlamat dan tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan hakiki.
.
"Kami layan setiap ahli organisasi seperti ahli keluarga sendiri, namun ketegasan dan saling menghormati diamalkan dalam setiap perjumpaan dan mesyuarat rasmi," katanya.
.
Beliau juga bersyukur kerana berjaya memupuk sebuah organisasi yang positif dan memberi sokongan padu kepada saya dan isteri.
.
"Bagi memastikan motivasi setiap ahli tetap tinggi, saya memberi bimbingan peribadi secara rutin kepada ahli baru setiap minggu dan bagi ahli yang lebih berpengalaman, saya adakan mesyuarat rutin yang berasingan bersama mereka.
.
"Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk kerap mengadakan majlis kecil-kecilan untuk meraikan ahli-ahli organisasi yang mencapai kejayaan.
.
"Kami lakukan ini semua kerana kami yakin musyawarah penting walau setinggi mana pangkat seseorang dan sebuah pasukan yang bermuafakat dapat memberi impak yang berkesan," katanya.
.
Aziz dan isterinya masih mengadakan jualan dan penajaan hingga ke hari ini bersama-sama downline mereka.
.
Ini kerana bagi pasangan ini, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
.
"Saya dan isteri bercita-cita untuk membimbing lebih ramai ahli-ahli organisasi kami untuk layak memenangi Insentif Umrah dan insentif-insentif lain di samping memupuk pemimpin-pemimpin berpotensi menjadi Intan Jutawan di kalangan organisasi kami," kata Aziz menamatkan wawancara dengan penuh bersemangat. -Utusan Online

Isnin, November 16, 2009

5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan

.
1 Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.
.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif.
.
Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.
.
Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif. Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”.
.
Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan. Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah.
.
Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”
.
Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.
.
2 Ambil tindakan
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
.
Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.
.
Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA. Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut.
.
Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.
.
3 Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan
Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”.
.
Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita di sekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!
.
80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
.
Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.
.
4 Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan
Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting?
.
Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan. Jika anda mempunyai idea – tuliskan.
Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.
.
Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.
.
5
Tetapkan matlamat dan impian
Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda.
.
Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.
.
Saya harap 5 strategi di atas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan cepat.

Jumaat, November 13, 2009

3 Faktor Kejayaan Perniagaan

Faktor penting kejayaan sesebuah perniagaan itu ada 3 jenis sepertimana yang dijelaskan oleh mentor saya iaitu :
.
1. Knowledge (ilmu)
2. Skills (kemahiran)
3. Attitude (sikap)
.
3 teras kejayaan inilah yang saya selalu ingat dalam mencipta banyak kejayaan sama ada dalam business maupun dalam personal life. Tanpa knowledge atau ilmu mustahil kita boleh berjaya dalam apa jua bidang.
.
Sebab itulah kita perlu banyak membaca dan berfikir. Ia membuka pintu kejayaan umpama menekan suis kehidupan. Skills pula berasaskan ilmu yang diperolehi. Lagi banyak ilmu yang dipraktis lagi banyak skills kita dapat. Misalnya ilmu design dalam Adobe Photoshop secara teori boleh dipraktikkan secara realiti.
.
Meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai tools, shapes, brushes, actions dan sebagainya sudah tentu akan dapat menghasil kreativiti grafik yang cantik dan lumayan. Jika kita malas maka sia-sia saja ilmu teori, skills pula masih ditakuk lama dan tidak meningkat.
.
Oleh itu kepada memana designer jangan malas menajamkan skills dgn praktis harian. Begitu juga para businessman yang sepatutnya mempraktikkan perancangan strategik serta bijak memanfaatkan peluang yang ada dengan baik.
.
Attitude , sikap memainkan peranan penting supaya kejayaan dapat dikecapi untuk jangka masa panjang. Saya tekankan soal attitude ini umpama disiplin. Jika masih ada penyakit malas, cepat putus asa dan mudah puas hati ini akan cepat melemahkan semangat daya saing kita.
.
Attitude yang positif dapat menghasilkan output yang positif. Kalau rajin hasilnya banyak, kalo malas hasilnya sedikit. Input +ve akan hasilkan output +ve begitu juga sebaliknya.
.
Sebab itu para newbie saya nasihatkan jika masih gagal pada tahun pertama ia adalah suatu yang normal. Itu tandanya kita masih dalam proses pembelajaran. Tetapi usah berhenti...Sepatutnya sikap tidak putus asa itu lebih penting diamalkan. Attitude sebegitu mampu membawa kita ke tahap yang lebih baik.
.
Sekiranya tidak berjaya tahun pertama kita kuatkan semangat untuk berjaya di tahun kedua pula. Sebabnya bisnes ini macam anak. Mula-mula merangkak, kemudian bertatih jalan, kemudian barulah boleh berlari dan melompat. Jika kita kuat semangat dan bersabar sudah tentu ia memberi hasil yang lebih positif.
.
Oklah, mungkin setakat ini dulu tip asas perniagaan yang saya rasa amat penting diketahui. Mentor saya telah meletakkan asas yang baik untuk saya ceburi perniagaan ini. Anda bagaimana ?
.
Sudah ada mentor ?
.
Kalau belum ada cepat-cepatlah cari mentor. Tak kiralah dalam apa jua bentuk sama ada orang, buku, video, artikel, jurnal maupun lain-lain yang mampu memberikan input positif kepada kita.
.
Yang penting 3 teras kejayaan di atas itu difahami & dipraktikkan. Mudah-mudahan kita semua akan berjaya mencapai apa jua impian dan cita-cita yang diimpikan.

Rabu, November 11, 2009

Berubah Untuk Mengubah Nasib

Al kisah satu pertandingan lumba lari anjing diadakan di tengah padang pasir Sahara. Semua anjing yng menyertai pertandingan itu tidak mampu sampai ke garisan penamat justeru selain daripada jarak yang sangat jauh, cuacanya pula terlalu panas.
.
Bagaimanapun terdapat seekor daripadanya tidak kelihatan kelibatnya. Puas dicari, akhirnya anjing itu ditemui mati. Sayangnya anjing itu mati hanya tinggal baki 20 meter sahaja dari garisan penamat.
.
Sampai di sini mungkin anda beranggapan anjing itu mati kerana keletihan melampau atau kehausan. Untuk penjelasan anda, di tepi bangkai anjing itu terdapat tompok air yang bersih dan boleh diminum?
.
kebanyakan orang yang diceritakan kisah ini akan mengagak punca anjing itu mati kerana minum terlalu banyak. Persoalannya, adakah terlebih minum boleh menyebabkan anjing itu mati?
.
Selalunya berapa banyak pun air yang diminum biasanya akan dikeluarkan semula melalui pembuangan air kencing.
.
Setelah dibuat 'post mortem' didapati anjing tersebut mati justeru menghadapi komplikasi pundi kencing yang serius. Anjing tersebut yang sepatutnya membuang air kencing setelah meminum air dengan banyaknya, namun menahan daripada kencing.
.
Tahukah anda kenapa?
.
Ya, sebagaimana yang anda sedia maklum, lazimnya anjing akan kencing pada objek-objek seperti pangkal pokok atau batu besar. Sedangkan di padang pasir itu tiada batu besar dan sebatang pokok pun. Oleh itu, anjing berkenaan tidak mahu kencing, bahkan sanggup menahan sakit dan akhirnya menemui ajal.
.
Saudara fikirkan!
.
Adakah anjingi tu tidak boleh kencing di tanah yang rata?
.
Tentu boleh. Namun, anjing tersebut tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu mengubah cara lama yang, menjadi "amalan nenek moyang nya" itu sahaja sebabbya.
.
Allah berfirman dalam kalamNya. surah Ar-Raad ayat 11 : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, dan sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya."
.
Saudara, ini adalah hukum yang ditetapkan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Maka itu, janganlah bergantung hidup kepada nasib. Nasib tidak boleh mengubah kita, sebaliknya kita boleh mengubah nasib.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails