Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Formula untuk berjaya tahun 2010

Imej
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 saya ucapkan buat semua pelawat blog Usahawan Bistari dan usahawan online serta offline di Malaysia. . Sempena tahun baru ini ingin saya kongsikan satu formula untuk anda lebih berjaya pada tahun 2010 dalam apa jua bidang yang anda ceburi. . Formulanya ialah:M + T + T = K . M: Mewakili mindset. Anda perlu memiliki mindset seperti mana orang yang berjaya barulah anda akan berjaya. Percaya atau tidak, mindset orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. Untuk memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak membaca buku berkaitan orang yang berjaya. . T: Mewakili tindakan. Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda tetapkan. Bertepatanlah dengan satu kata-kata Inggeris yang berbunyi: . "Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do." . T: T yang kedua pula mewakili tawaka…

Among pilih pertanian meskipun ada tiga ijazah

Imej
Oleh MELATI MOHD. ARIFF

KETIKA penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya. "Beginilah kalau kerja sendirian, semua kena buat sendiri," kata Azizuzanadi Zainuddin, 39, sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral dari Australia. Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek, baka kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya. "Kambing Australia ini baru saya dapat, mungkin ternakan ini tak biasa lagi dengan kandang ini, sebab itu diam sahaja," kata Among berseloroh. Kandang kambing dua tingkat itu siap dibina Mac tahun lalu. Kos membina kandang mencecah RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan Pelangai). Di bahagian bawah kandang terdap…

Misi ‘menginsankan’ insurans, takaful

Imej
Mukadimah . WALAUPUN industri insurans dan takaful telah lama bertapak di negara ini namun masih ramai penduduk negara ini yang masih tidak dilindungi dengan kemudahan itu. .
Malah ramai yang beranggapan insurans adalah sesuatu menyusahkan dengan kerenah birokrasi dan pelbagai proses yang terpaksa dilalui sebelum sebarang tuntutan dapat dibuat. .
Menyedari hakikat itu, Etiqa Insurans dan Takaful Bhd. (Etiqa) meletakkan misi untuk mengubah persepsi tersebut dan menjadikan syarikat itu berbeza daripada syarikat-syarikat insurans lain. .
Wartawan Utusan Malaysia, SARAH NADLIN ROHIM yang berkesempatan menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, DATUK AMINUDDIN MD. DESA memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai langkah membantu atau menolong insan seperti mana tujuan asal insurans.
.
SEJAK kebelakangan ini, Etiqa kurang mendapat pendedahan di media atau boleh dikatakan berada dalam keadaan ‘senyap’, boleh Datuk jelaskan keadaan tersebut? .
Itu adalah sesuatu yang disengajakan. Kami melancarkan je…

Keli berempah kian popular

Imej
Oleh LAUPA JUNUS Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED . .
PADA satu ketika, pasangan suami isteri ini menikmati makan tengah hari di sebuah restoran. Si suami mengambil ikan keli goreng untuk sebagai lauk tetapi mengeluh dengan rasa ikan yang agak hanyir dan tidak dapat memenuhi seleranya. .
''Bermula dari peristiwa itu, saya mencuba untuk menghasilkan produk berasaskan ikan keli yang tidak hanyir dan mempunyai rasa yang lain, selain garam dan kunyit dijadikan bahan untuk digaulkan bersama ikan supaya ramai orang boleh menikmati rasa yang berbeza,"' kata Saliza Salleh menceritakan detik bermulanya beliau dan suaminya, Mohamad Azlan Mohamad Damin, 32, terlibat sebagai usahawan keli. .
Saliza menceritakan, pada mulanya mereka menternak ikan keli dalam tangki gentian di belakang rumahnya di Sungai Lang, Banting, Selangor pada tahun 2008. .
Melalui projek itu, sebanyak dua tong ikan segar dihasilkan berjumlah 100 kilogram (kg). Beliau bagaimanapun berhati-berhati kerana bimbangkan ikannya…

Harga cecah RM10,000 sekilogram

Imej
Oleh SYED AZWAN SYED ALI
Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri tersebut di Malaysia.. ..
MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut. .
Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit. .
Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa. .
Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyel…

Minda Kaya vs Minda Miskin

Oleh: Irfan Khairi

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin. .
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.
.
Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
.
Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi. .
Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi aka…

Idea Jutawan #3: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!

Nama : Judith Bliss Warganegara : Amerika Syarikat Umur : 48 tahun . Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau memanggil game tersebut ‘Math Magic” . Modal mula : Tidak diketahui . Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magic dan terus mereka cipta beberapa komputer games. . Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos. . Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama. . Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya disumbatkan ke penjara kerana merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup. . Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Belia berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun segala-galanya berubah. . David se…

Idea Jutawan #2: Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?

Hari ini saya akan sambung lagi kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi jutawan bermula dengan idea sahaja. Saya harap ini akan memberikan anda sumber inspirasi jutawan! .
Nama : Jonathan Elvidge . Warganegara : England . Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991. . Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam. . Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan. . Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah di Hull. . Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan AndrewHobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama, mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk menjadi kegilaan ialah lampu lava. . Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.…

Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

Imej
Nama : Joanne Rowling . Warganegara : England . Umur : 34 tahun .
Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan menjadi seorang hero. .
Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit) .
Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996. .
Jualan : Seluruh dunia. .
Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih 38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times. .
Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets. .
Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. .
Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa. .
Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku …

Mulakan Perniagaan Kerusi Di Internet

Imej
.
Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang remaja menjual kerusi secara online dari bilik tidur dan kini syarikat beliau telah bernilai RM84 juta ringgit. .
Remaja yang dimaksudkan tadi ialah Sean Belnick. Beliau telah mula menjual kerusi di Internet ketika berusia 14 tahun dengan hanya bermodalkan $500 (RM1750). Paling menarik, beliau hanya menjalankan perniagaan ini dari bilik tidur sahaja! .
Kisahnya bermula ketika beliau melawat kedai ayah tirinya yang menjual perabot. Ketika bersiar-siar melihat gelagat pembeli yang membanjiri kedai ayah tirinya tersebut, Belnick mendapat satu idea yang menarik. .
Beliau mula berfikir, kenapa tak bina sahaja satu kedai online yang dapat menjimatkan masa dan tanpa perlu sakit kepala para pelanggan untuk berurusan dengan salesman semata-mata untuk mendapatkan sebuah kerusi? .
Sejak detik itu, beliau bertekad untuk membina sebuah kedai online menjual kerusi di Internet dan terhasil lah sebuah kedai online bernama http://www.bizchair.com/ . Ketika itu be…

JPV terajui industri burung walet negara

Imej
PUTRAJAYA 7 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang menerajui industri burung walet negara menyasarkan lebih ramai pengusaha menceburi perniagaan yang mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa itu. .
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kekurangan bekalan menyebabkan Malaysia hanya mampu memenuhi 10 peratus nilai eksport sarang burung walet ke China iaitu RM1 bilion. .
''China, Hong Kong dan Taiwan lebih berminat dengan sarang burung walet dari Malaysia berbanding Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam kerana negara ini telah disahkan bebas dari wabak selesema burung. .
''Hanya sekitar 50,000 rumah dijadikan tempat perusahaan sarang burung walet di seluruh negara dan kita memerlukan lebih ramai pengusaha untuk memenuhi permintaan dari China," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini. .
Ketika ini Malaysia hanya mampu menyumbang 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pa…

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Imej
.
Oleh: Irfan Khairi . Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh... . 10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri . Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri. . 9. Cekap dalam pengurusan . Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar. . 8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi . Seringkali dalam mencapai kejayaan,…

Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun.

Imej
.
Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com
.
Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.
.
Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.
.
Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.
.
2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebih…

Emas catat harga rekod tertinggi

Imej
GAMBAR fail menunjukkan jongkong emas di sebuah bank di Switzerland baru-baru ini. .

LONDON - Harga emas mencapai paras rekod melepasi AS$1,217 untuk setiap auns (31.1035 gram) atau RM132 segram semalam berikutan kebimbangan pelabur yang mencari tempat selamat setelah nilai dolar semakin lemah. .
Harga emas di Pasaran Bulion London melepasi paras halangan AS$1,200 (AS$1=RM3.38) buat kali pertama kelmarin. .
Selepas mencapai harga rekod baru, emas jatuh sedikit untuk didagangkan pada harga AS$1,207.82 menjelang tengah hari. - AFP