Tuesday, November 23, 2010

Sony pengeluar transistor radio terbaik


SONY Corporation atau lebih dikenali dengan nama Sony adalah sebuah konglomerat multinasional dari Jepun yang berpengkalan di Minato, Tokyo.

Sony merupakan salah sebuah daripada pengeluar utama produk elektronik seperti pemain video, alat komunikasi, permainan video dan beberapa produk barangan pengguna lain.

Sony dibangunkan oleh dua anak muda bernama Akio Morita dan Masaru Ibuka. Pada mulanya, nama yang digunakan adalah Sonus iaitu satu perkataan yang diambil daripada perkataan Latin merujuk kepada 'suara'. Perkataan itu kemudian ditukar menggunakan slanga dalam bahasa Inggeris yang berbunyi 'Sonny'.

Perkataan itu diambil oleh kedua-dua anak muda ini kerana mereka menganggap diri mereka diri merekasebagai 'kumpulan remaja Sonny'. Pada tahun 1950, dalam bahasa Jepun, perkataan Sonny iaitu Sony adalah satu kata pinjam yang merujuk kepada 'pemuda cerdas dan rapi'. Oleh itu, sehingga kini, syarikat terus mengekalkan perkataan Sony sebagai nama untuk syarikat.

Lewat 1945, selepas tamat Perang Dunia Kedua, Ibuka memulakan perniagaan dengan membuka kedai membaiki radio di kawasan bangunan yang musnah akibat serangan bom dekat Nihonbashi, Tokyo.

Tahun berikutnya, dia bersama-sama rakan niaganya, Morita berganding bahu membuka sebuah syarikat yang diberi nama Tokyo Tsushin Kogyo KK iaitu syarikat pertamaa yang mencipta pita perakam yang dipanggil 'Type-G'.

Pada Ogos 1955, Tokyo Tsushin Kogyo memperkenalkan transistor radio komersil Jepun pertama Sony TR-55. Seterusnya pada Disember 1955, syarikat berjaya mengekluarkan Sony TR-72.

Pada Mei 1956, syarikat sekali lagi berjaya melancarkan TR-6 yang mana satu ciptaan yang lebih inovatif dengan rekaan lebih nipis dan sistem bunyi yang dipertingkatkan.

Semenjak itu, syarikat terus mengorak kejayaan demi kejayaan dalam mengeluarkan produk-produk yang berkualiti.





No comments: