Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Rezeki si ikan kelisa

Imej
BAGAN SERAI 16 Dis. - Ikan kelisa atau nama saintifiknya arowana merupakan ikan hiasan yang menjadi kegilaan ramai orang. .
Walaupun harganya mencecah ribuan ringgit seekor namun penggemar kelisa tidak kisah. Mereka akan tetap membelinya demi kepuasan diri. .
Ramai yang akan garu kepala jika dimaklumkan bahawa harga anak ikan kelisa bersaiz antara tujuh hingga sepuluh sentimeter (cm) mencecah RM2,000. Paling murah harga anak ikan kelisa ialah RM12 seekor. .
Salah seorang pengusaha ialah Ahmad Don, 55. Hasil usahanya, dia mempunyai sebanyak 1,400 ekor pelbagai jenis induk ikan kelisa. .
Apa yang membanggakan, usaha gigihnya yang bermula sejak 2001 itu kini dalam proses untuk membina 680 buah kolam lagi di Kuala Kangsar dan sekitar Bukit Merah, dekat sini. .
''Sebenarnya saya mula terlibat dalam penjualan ikan kelisa ini pada 1975. Masa itu harga seekor cuma RM12 tetapi kini harganya sangat memberangsangkan. .
''Pada 2001 barulah saya serius menternak dan menjual ikan kelisa d…

Industri tani penjana kekayaan

Imej
Dengan hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu.
.
Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah suatu perniagaan..
Menurut Ahmat Termizi, beliau mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada tahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi..
"Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika saya terpaksa menjadi pemandu lori," katanya ketika ditemui di kilang syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd di Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor..
Nasibnya mula berubah apabila beliau menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd pada tahun 1996. Ahmat Termizi, Pengarah Urusan syarikat itu, berkata, hari ini beliau mempunyai beberapa lagi anak syarikat iaitu Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn Bhd dan Gemba Marketing Sdn.…

Kenapa dah susah-susah berbisnes kemudian berhenti sekerat jalan!?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabat..

Tiada gunanya kalau kita hanya mampu merancang, tapi tak disertakan dengan usaha yg jitu. Kadang-kadang tu terlalu berusaha tetapi akhirnya buntu sampai takde minat lagi dah nak teruskan usaha.. Sekerat jalan je..

Antara faktornya adalah kurangnye ilmu dalam Internet Marketing. Biar ada minat nak belajar dari minat pada keuntungan semata-mata.

"Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya"

Beberapa tips untuk mengelakkan kegagalan:

1. Tanya diri anda.. Adakah anda sudah betul2 bersedia untuk mulakan langkah pertama anda dalam Perniagaan Internet? dah cukup ke ilmu di dada?

2. kenalpasti peluang yg ada. mungkin ianya betul2 boleh bawa kejayaan pada anda, mungkin 50%, dan mungkin tak kan berjaya.

3. Kaji kehendak/permintaan bakal pelanggan anda. Atau lebih tepat, kenal pasti sesuatu "Niche". Pilih yg terbaik.

4. Berniaga biarlah iklas.. jangan memaksa atau menipu. Ianya lebih kepada cara anda membina kredibiliti diri anda. sekali an…

Bekas graduan kini tauke tempe

Rencana dan gambar NORZAINURA ABDUL MAJID . TEMPE merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa. Setiap kali majlis keraian atau kenduri, pasti tempe tidak ketinggalan dijadikan sebagai salah satu hidangan wajib yang dihidangkan bersama pelbagai juadah lain. .
Tempe juga begitu sinonim dengan masyarakat Johor terutama apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Ia merupakan salah satu ramuan untuk memasak juadah hari raya yang dipanggil sayur lodeh di samping menu lain termasuk rendang serta ketupat. .
Permintaan terhadap tempe pastinya akan meningkat setiap kali tiba musim perayaan. Tanpa tempe juadah yang terhidang bagaikan tidak lengkap justeru di negeri Johor khususnya di Batu Pahat, menyebabkan pengusaha tempe sering tidak menang tangan. .
Kini, zaman telah berubah. Namun tempe tetap menjadi pilihan. Selain menjadi makanan tradisi masyarakat Jawa, tempe kini telah mula dikomersialkan sebagai kerepek tempe yang mudah dan senang didapati meskipun bukan pada musim perayaan. .
Men…

Tip Pemasaran Produk Informasi

Adakah anda rasa pemasaran produk informasi anda berjaya? . Tahukah anda untuk berjaya melakukan pemasaran produk informasi terdapat 3 perkara asas utama yang perlu anda kuasai iaitu : Penghasilan produk informasi yang baik Teknik menyampaikan mesej jualan terus kepada emosiAmalan pemasaran yang mampu menarik seberapa ramai prospek yang berkualiti ... .
Walaupun anda sedang mengamalkan sistem penjanaan wang di internet melalui sistem affiliate yang memasar serta menjual produk-produk informasi orang lain dan sememangnya anda tidak menghasilkan serta memasarkan produk anda sendiri, penguasaan anda dalam penghasilan produk-produk informasi tidak patut anda ketepikan.
..
Kenapa saya kata begitu?
.
Satu perkara yang perlu anda ingat produk informasi bukanlah tertakluk kepada penghasilan produk-produk untuk dijual sahaja, bukanlah setakat ebook, audio atau video sahaja..
Artikel pendek yang mungkin pernah anda tuliskan juga dikategorikan sebagai produk informasi.
..
Produk informasi mampu dijadikan…

Dilema usahawan bumiputera

Oleh ROHANA MAN rohana.man@utusan.com.my .
LEBIH sembilan bulan yang lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dibubarkan apabila Kabinet baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibentuk. .
Sepanjang tempoh itu, banyak isu berbangkit termasuk desakan pihak tertentu agar MeCD diwujudkan semula. Ia diperkatakan dari semasa ke semasa sehingga hari ini. .
Antara yang memohon agar kerajaan mengkaji semula pembubaran itu adalah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). .
Dalam laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2009, DPMM mendakwa menerima banyak rungutan yang berbaur kebimbangan terutama daripada kalangan usahawan kecil mengenai nasib 11 agensi yang berada di bawah kementerian yang dibubarkan itu. .
Meneliti kebimbangan itu, ternyata ia ada benarnya memandangkan banyak usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) seolah-olah tiada tempat mengadu kerana 'robohnya' tempat mereka bernaung selama ini. .
Walaupun kerajaan menerusi kenyataan yang dik…

Tip Daripada 4 Mentor Jutawan

Oleh: Irfan Khairi . Sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio 24, Bernama.Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 4 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang. . Mentor Jutawan #1: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator) . Mengenai rahsia kejayaan perniagaan! . Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer. . Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita. . Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulati…

Berjenama tulen tetapi murah

Oleh ZAINI RABAN utusanperak@utusan.com.my . IPOH 13 Jan. - Semua orang mahu memakai pakaian berjenama tetapi ramai juga yang hanya mampu melihatnya dari jauh kerana tidak berkemampuan. .
Tidak dinafikan, ada sesetengah individu sanggup berhabis duit demi mendapatkan pakaian berjenama walaupun harganya tidak masuk akal. .
Selain itu, pakaian berjenama dianggap melambangkan status pemakai dan akan menyerlahkan lagi penampilan diri individu terbabit. .
Bagi yang mementingkan kualiti pula, mereka sememangnya tidak kisah untuk mengempiskan poket kerana berpegang kepada prinsip 'alah membeli, menang memakai'. .
Kadangkala, demi bergaya, seseorang itu sanggup membeli 'pakaian Siam' kerana harganya jauh lebih murah. Namun, kebiasaannya yang rugi adalah pembeli juga kerana barangan ciplak memang tidak tahan lama. .
Bagi menyelesaikan masalah itu, orang ramai boleh mengunjungi kedai pakaian berjenama terus dari kilang iaitu Factory Overrun yang beroperasi di Green Town di sini. .
Ini kerana, …

Kerja Makan Gaji VS Buat Bisnes

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. . Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka. .
Antara kebaikan kerja makan gaji:- Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai Berpeluang mendapat bonus tahunan Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya .
Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai. . (Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan panda…

Ladang kontrak lahirkan usahawan

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Gambar HAYAT SUEET .
Mohd. Mokhtar Ismail (kanan) meninjau tanaman cili semasa lawatan ke ladang kontrak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor. .
KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memberikan perhatian, khidmat nasihat dan bantuan bagi meningkatkan lagi tahap dan mutu pertanian di negara ini. .
Salah satu cara adalah dengan mengubah pertanian tradisional kepada pertanian yang lebih moden dan mendatangkan hasil berlipat kali ganda. .
Antaranya menerusi High Impact Project (HIP) atau Projek Berimpak Tinggi bagi membantu meningkatkan pertanian negara. .
Buat masa ini terdapat lima Projek Berimpak Tinggi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional (NFC), Industri Asas Tani (IAT) dan Ladang Kontrak. .
Di Selangor saja terdapat 250 petani yang terlibat dengan ladang kontrak di mana 25 peserta atau 10 peratus terletak di Pulau I…

Mengapa usaha membebaskan diri dari masalah hutang sentiasa gagal?

Imej
1. Anda sebenarnya tidak faham bagaimana hutang tersebut terjadi dan semakin bertambah dari sehari ke sehari! .
2. Tidak mempunyai tujuan dan sebab berhutang serta cara untuk menyelesaikan hutang tersebut. .
3. Anda buat hutang baru setiap kali selesai hutang yang lama. .
4. Tidak tahu teknik dan strategi untuk menghapuskan hutang dengan cara yang betul. .
5. Mendengar nasihat daripada penasihat kewangan yang salah iaitu bertemu dengan pegawai kredit, bukan perancang kewangan. .
6. Gagal mendisiplinkan diri! .
Keenam-enam masalah yang saya ceritakan di atas adalah penyebab utama mengapa anda gagal menguruskan hutang dengan baik.

Industri tani jadi 'mesin wang'

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dengan hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu. .
Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah suatu perniagaan.
Menurut Ahmat Termizi, beliau mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada tahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi. .
"Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika saya terpaksa menjadi pemandu lori," katanya ketika ditemui di kilang syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd di Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor. .
Nasibnya mula berubah apabila beliau menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1996. .
Ahmat Termizi, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, beliau mempunyai beberapa lagi anak syarikat iaitu Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn. Bhd. dan G…

Bangunan tertinggi dunia dikawal ketat

Imej
DUBAI - Bangunan pencakar langit Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikawal ketat pada hari perasmiannya hari ini..
Bangunan itu akan dirasmikan pemerintah Dubai manakala beberapa akhbar tempatan melaporkan lebih 1,000 anggota keselamatan termasuk polis berpakaian awam dan pasukan penembak tepat dikerah mengawal majlis perasmian..
Ketinggian tepat Burj Dubai masih belum diumumkan secara rasmi tetapi pemajunya, syarikat Emaar menyatakan ia memiliki ketinggian lebih 800 meter manakala beberapa laman web melaporkan tinggi bangunan tersebut ialah 818 meter tetapi beberapa arkitek di UAE pula memberitahu, ia mungkin lebih tinggi daripada itu..
Bangunan pencakar langit yang mula dibina pada 2004 itu merupakan sebahagian daripada projek urbanisasi mega yang menelan belanja AS$20 bilion (RM68.4 bilion)..
Projek itu turut melibatkan pembinaan pusat beli-belah antara terbesar di dunia, Dubai Mall..
Ketinggian Burj Dubai mengatasi bangunan pencakar langit tertinggi dunia sebelum ini, Taipei 10…