Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Empayar bermula dengan RM30

Oleh AQMAR ALLADAD aqmar.alladad@kosmo.com.my .
Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel dilabelkan sebagi gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang musim perayaan. . "APA jua jenis perniagaan tentunya mempunyai masalah. Kalau tidak mahu ada masalah jangan sesekali melibatkan diri dalam perniagaan." .
Itulah antara kata-kata semangat daripada arwah bapa yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel dalam mengembangkan empayar perniagaan tekstil mereka. .
Mengangkat intipati pesanan itu sebagai azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan motivasi hingga terbinanya sebuah jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia. .
Merupakan anak kedua daripada 12 adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali umum. .
Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di sebuah premis …

PPPAT Glami Lemi fokus kajian arowana

Imej
BERDASARKAN laporan Jabatan Perikanan, industri ikan hiasan Malaysia telah berkembang dengan pesat..Ini berdasarkan statistik anggaran tahun 2008 bahawa pengeluaran dari industri ikan hiasan adalah 733 juta ekor ikan..Ini bersamaan dengan nilai RM759 juta dan ini merupakan peningkatan sebanyak 31.4 peratus (pengeluaran) dan 17.3 peratus (nilai pengeluaran) jika berbanding dengan tahun 2007..Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) sehingga tahun ini , ikan hiasan telah di kenal pasti sebagai salah satu komoditi dan bidang usaha yang diberi keutamaan..Salah satu spesies ikan hiasan utama negara adalah ikan arowana (Scleropages formosus) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti industri ikan arowana sebagai salah satu industri bernilai tinggi..Bagi memastikan pembangunan industri ikan arowana yang berterusan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Pelan Pengurusan Pemuliharaan Ikan Arowana di Tasik Bukit Merah supaya habitat asal ikan arowana ini dapat di…

Keuntungan lumayan ternak arowana

Imej
EMAS berenang dengan warna yang pelbagai dan dianggap membawa tuah. Mungkin itu kata-kata paling tepat menggambarkan bagaimana ikan arowana terlalu berharga..
Sebab itu, industri ini semakin menarik minat mereka yang berkemampuan untuk melabur, kerana melihat potensinya yang boleh menjana keuntungan lumayan..
Sebab itu, banyak syarikat telah menceburkan untuk membuat pelaburan sama ada sebagai perniagaan teras atau cabang perniagaan, dan jumlahnya semakin meningkat terutama di kawasan Bukit Merah..
Bagi Happy Arowana Farm, keluasan kawasan yang mencecah 200 hektar (500 ekar) itu sewajarnya dimanfaatkan sebagai kawasan pertumbuhan industri ternakan ikan arowana..
Apatah lagi menurut pemiliknya Ismail Ali, 33, kira-kira 90 peratus kawasan tersebut telah diwartakan sebagai ladang ternakan ikan tersebut..
"Kawasan ini terkenal sebagai pusat ternakan ikan kelisa kerana kesesuaian airnya dengan pH antara 6.8 dan 7.4 dari tasik berhampiran,'' katanya sambil menjelaskan kesemua kawasa…

Peta minda Tony Buzan

Imej
.
SUATU hari, ketika berada di dalam tren di kota London, Tony Buzan terdengar perbualan seorang kanak-kanak perempuan dengan ibunya. Tren yang dinaiki pada pagi itu bergerak pada kadar kelajuan luar biasa.
.
"Mak, alangkah baiknya kalau tren ini boleh bergerak pantas sehingga masuk ke hari esok bukan?" tanya anak kecil itu dengan seronok..
Imaginasi luar biasa anak berusia empat tahun itu bagaimanapun dibalas dengan teguran dan pukulan oleh ibunya. "Jangan fikir yang bukan-bukan!" tegur si ibu.
.
Senario itu bagi Buzan, jelas merupakan satu contoh klasik bagaimana masyarakat umum mentakrif khayalan sebagai sesuatu yang tidak bagus, sekali gus menolak tabiat itu mentah-mentah..
Pengasas teknik pembelajaran terkemuka, Peta Minda itu sebaliknya kagum dengan kredibiliti khayalan si kecil tersebut. Sebabnya, beliau percaya setiap anak memiliki kebijaksanaan kreatif yang boleh diasah dan kreativiti itu lazimnya bermula dengan khayalan..
"Khayalan atau imaginasi itu penting…

Pasar tani platform pemasaran

Imej
SELEPAS kira-kira 25 tahun diperkenalkan, konsep pasar tani ternyata menjadi satu saluran penting kepada petani, nelayan dan pengusaha kecil menambah pendapatan masing-masing. . Malah keberkesanan kaedah pemasaran produk secara langsung tanpa orang tengah ini turut peluang kepada petani dalam mempertingkatkan lagi pendapatan mereka. . Selain itu, bukan sekadar menguntungkan para peniaga semata-mata tetapi juga turut memberi kesan positif kepada pembeli kerana dapat menikmati barangan yang segar pada harga yang sederhana. . Di bandar yang serba moden ini, mana hendak dicari petai, jering, pucuk ubi dan pelbagai jenis ulam? jika bukan di pasar tani. Begitu juga kerepek, keropok, produk berasaskan herba, rempah ratus, akuakultur dan ternakan, malahan anak pokok dan aksesori taman. . Semua itu, hanya boleh didapati di pasar tani yang sememangnya menawarkan barangan tersebut dalam keadaan segar dan juga harga yang sederhana. . Pengalaman pertama ke Pasar Tani Mega Setiawangsa menyaksikan kemeriahan …

10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa

Imej
.
Jika Mereka Sudah Pergi Baru Kita Menyesal . " Mengapa aku tidak Membantu ibu dan bapa ku semasa mereka Hidup"

Marilah kita membahagiakan mereka sebelum terlambat.

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. .
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. .
Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa: .
1. Memberi bantuan kewangan .
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. .
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk me…

Audit syariah dalam kewangan Islam

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN
.
SISTEM Kewangan Islam bukan lagi sebagai alternatif kepada sistem konvensional sebaliknya sekarang ini sistem yang bertunjangkan al-Quran dan sunnah ini telah diterima menjadi satu kemestian dan kewajipan.
.
Perkembangan yang sihat ini akhirnya mendorong kepada institusi-institusi kewangan Islam khususnya bank Islam dan takaful berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengguna. .Namun, dalam keghairahan mengetengahkan produk dan servis terbaik kepada masyarakat, kadang-kadang institusi kewangan Islam terlepas pandang banyak perkara yang akhirnya menjejaskan sifat patuh syariah yang sepatutnya menjadi elemen utama yang perlu dipelihara. Di sinilah bermulanya kepentingan audit syariah. .Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Abdul Aziz dalam ucapannya di Persidangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam Yang Kedua bertajuk 'Peningkatan dan Keberkesanan Tadbir Urus Korporat dalam Industri Perkhidmatan K…

Nanas jana ekonomi keluarga

Imej
Rencana dan gambar NORZAINURA ABDUL MAJID .
SEJAK kecil, dia telah terlibat dalam aktiviti pertanian. Minat itu bukan sekadar memenuhi masa lapang tetapi untuk menambah pendapatan. . Baginya, pertanian adalah sumber ekonomi keluarga. Ia untuk meneruskan kelangsungan hidup lantaran kesempitan yang membelenggu mereka. .
Didorong oleh semangat dan keazaman apabila menyaksikan kegigihan dan ketekunan orang tuanya berbudi kepada tanah dengan menanam nanas hingga menjadi punca rezeki keluarga, Johaini Sarju, 35, nekad untuk mengubah nasib keluarga yang hidup dalam kesusahan. .
Baginya pertanian, satu kerja mulia berbudi kepada tanah dan memilih nanas sebagai tanaman utama kerana kesesuaian tanah dan faktor mudah mendapat pasaran di situ. .
Justeru, tidak timbul rasa segan meskipun terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari asalkan keperluan ekonomi keluarga dipenuhi. .
Seawal usia 16 tahun, Johaini sudah mula membantu ayahnya menanam nanas di kebun mereka di Kampung Semerah Darat, Semerah, …