Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Makna Cinta dan Perkahwinan

Suatu ketika Plato terlibat perbincangan dengan dengan gurunya.... Plato menanyakan makna Cinta dan gurunya pun menjawab : . "Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. . Pada saat kau memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut". . Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato : . "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berpikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa". . Guru itupun berkata; "Itulah cinta". Kita selalu ingin mencari yang terbaik, terindah dan sesuai dengan yang kita harapkan….namun tanpa sedar justru kita tidak mendapatkan apa2, sementa…

Kaya kerana buku, filem Harry Potter

Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi mencecah 519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu, menjadikannya pengarang paling kaya di dunia ketika ini, menurut Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan akhbar Sunday Times. . Daniel Radcliffe, 20, yang membintangi filem adaptasi daripada buku JK, disenaraikan sebagai warga muda Britain kelima paling kaya dengan jumlah harta sebanyak 42 juta paun (RM207 juta). . Ia meletakkan dirinya di tangga lebih atas berbanding Putera William dan Harry yang menduduki tempat ke tujuh dengan harta peribadi masing-masing berjumlah 28 juta paun (RM137 juta) dalam kategori 30 tahun dan ke bawah senarai itu. Emma Watson, 20, yang memegang watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter, disenaraikan ditangga ke sepuluh dengan harta berjumlah 22 juta paun (RM108 juta). .
Rakannya dalam filem berkenaan, Rupert Grint, 21, yang memegang watak Ronald Weasley pula menduduki tangga ke-12 dengan jumlah harta sebanyak 20 juta paun (RM9…

Kisah jutawan-jutawan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. . Saya ingin mengajak anda baca dan renungkan kisah jutawan-jutawan di bawah: . Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet . Saya pasti nama-nama jutawan di atas sudah biasa anda dengar sama ada di akhbar, mahupun di internet. Mengapa saya sebutkan nama-nama mereka?Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan ialah.. tidak kira apa jua bidang yang anda ceburi, anda boleh jadi kaya.. boleh jadi jutawan. . "Ahh... bohonglah En Nizam!'' . Mungkin ada yang akan kata sedemikian, tetapi hakikatnya memang betul, anda boleh jadi jutawan atau kaya atau set…

Cabaran usahawan mi

Imej
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED
.
JIKA diberi peluang menjengah ke kilang memproses mi dan kuetiau, anda pastinya akan teruja menyaksikan keunikan produk makanan itu disediakan..
Selama ini kita hanya melihat ia dijual di pasar secara mentah selain disediakan dalam bentuk yang telah di masak sama ada goreng atau berkuah..
Baru-baru ini, sekumpulan wartawan dan jurugambar dari beberapa organisasi media tempatan telah dibawa oleh Agrobank melawat kilang memproses makanan itu di Kampung Bendang Panjang, Perak..
Bercerita dengan pemilik kilang, Norlaile Jalaludin, 40, dia amat bersyukur kerana akhirnya berjaya membangunkan syarikat perniagaan yang diberi nama Bendang Panjang Enterprise setelah melalui pelbagai cabaran..
Bermula sebagai peniaga mi dan kuetiau goreng di pasar malam sekitar Kuala Kangsar, Perak, idea untuk menghasilkan bahan mentah sendiri timbul pada tahun 2003..
''Ketika saya berniaga di pasar malam, ramai pela…

Cara termudah buat duit di internet

Disini saya senaraikan 5 senarai utama rahsia buat duit online yang menjadi kegemaran saya dan agak mudah untuk sesiapa juga yang baru cuba-cuba untuk buat duit online.
.
#1: Buat Duit Sebagai Pengedar (Affiliate)
.
Teknik ini merupakan cara tercepat untuk buat duit secara online. Anda hanya perlu berdaftar dengan produk yang anda mahu promosikan dan anda boleh menjana komisen lumayan daripada setiap jualan yang dibuat. Jika anda mula membina list, anda boleh memasarkan produk-produk kepada list anda setiap seminggu sekali.
.

#2: Buat Duit Dengan Blog
.
Buat duit dengan blog kini semakin mendapat perhatian kerana banyak cara boleh kita buat duit dengan teknik ini. Antaranya ialah membuat review sesuatu produk dan meletakkan link pengedar dalam review tersebut. Anda juga boleh menjual iklan banner diblog yang mendapat traffik yang bagus setiap bulan. Blog-blog artis dan selebriti kini menjual iklan dengan begitu banyak sehingga ada yang mendapat RM10000 sebulan.
.

#3: Buat Duit Dengan Menjual Eb…

Rezeki melimpah-limpah

Oleh: Irfan Khairi .
Konsep "abundant" seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited. . Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. . Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis...Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi. . Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Hadis juga menjanj…

Hasil benih kelah terbaik

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD ashriq.ahmad@utusan.com.my Gambar MOHD HATIM MAZLAN . IKAN kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing. .
Justeru, kombinasi semangat juangnya yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar. .
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan. .
Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies. .
Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah.
Menurut Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Jabatan Perikanan Pahang, Muhamad Hatta Mahmud, habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 met…

Betik Piola ke pasaran dunia

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH
.
.
ISI yang manis, berjus dan boleh dimakan dengan mudah merupakan ciri unik dan istimewa Betik Piola keluaran Malaysian Agrifood Corporation (MAFC).
.

Keistimewaan itu juga menjadikan ia ikon negara kerana pasarannya bukan setakat di Malaysia tetapi telah sampai ke London, United Kingdom.
.
Malah ia turut mengangkat daerah Lanchang di Pahang sebagai Lembah Betik Negara..
Malah orang ramai yang membeli betik di tepi-tepi jalan atau di pasaraya mungkin tidak sedar bahawa buah yang sama di eksport ke luar negara..
Ia membuktikan sektor pertanian di negara ini berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara..
Satu ketika dahulu betik jenis Subang dan Batu Arang mendapat sambutan. Tetapi saiz kedua-dua jenis itu agak besar..
Sebaliknya kini orang ramai lebih suka betik daripada jenis Solo dan Eksotika yang lebih kecil dan mudah dihidangkan..
Naib Presiden Kanan, Unit Perniagaan Lanchang, MA…