Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Swasta diseru terajui sektor agro-makanan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru pihak swasta menjadi peneraju pertumbuhan sektor agro-makanan. . "Kerajaan, sebagai pemudah cara, akan menyokong dan menggalakkan lebih banyak peluang swasta dalam sektor ini," katanya. . Berucap merasmikan konvensyen jaminan bekalan makanan 2010-2020 di ibunegara hari ini, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan pemberian insentif yang lebih efektif dan menarik bagi menggalakkan sektor swasta melabur dalam teknologi jimat buruh, terutama bagi pertumbuhan sektor pertanian dan industri asas tani negara. . Menurutnya, pengeluaran hasil pertanian perlu berubah daripada sistem yang bergantung kepada tenaga buruh kepada sistem berintensif teknologi dan inovasi yang mesra alam, bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran pertanian. . Sehubungan itu, katanya, penggunaan mekanisasi dan automasi pertanian perlu diperluaskan untuk meningkatkan pengeluaran, nilai tambah dan kecekapan guna tenaga.Timbalan perdan…

Agrobank Sedia RM68 Juta Untuk Industri Burung Walit

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun. . Pengarah Urusannya Datuk Ahmad Said berkata dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah.Beliau berkata faedah pinjaman dikenakan ialah 3.75 peratus. . "Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini, pada Rabu. . Ahmad berkata peruntukan dana itu juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada USD7,000 kepada USD15,000 setahun. . Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selain pentern…

Sighah dalam kontrak Islam

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN

AKAD atau kontrak adalah satu simbol atau tanda wujudnya kerelaan di antara dua pihak yang berkontrak. Sighah adalah rukun yang penting dalam sesuatu akad di mana tanpanya sesuatu kontrak itu dianggap tidak berlaku.

Hal ini dapat ditelusuri menerusi firman Allah dan sabda Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela di antara kamu. (an-Nisa': 29).

Demikian juga sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh berpisah kecuali setelah adanya kerelaan di antara keduanya". (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sighah atau secara mudahnya disebut sebagai lafaz akad adalah merupakan salah satu rukun yang mesti wujud pada sesuatu kontrak. Para ulama sepakat bahawa ketiadaan sighah akan menjejaskan akad yang dimeterai.

Ini bermakna, sesuatu kontrak itu tidak akan sah tanpa berlakunya sigha…

Peluang bisnes di ebay

Imej

Cabaran baru industri gaharu

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
.
SEBAGAI seorang petani, penternak, mahupun apa jua bidang yang diusahakan, ilmu yang berkaitan apa yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di sisi kita.

Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.

Begitulah fenomena yang sedang berlaku di dalam perusahaan tanaman karas atau lebih dikenali sebagai gaharu.

Justeru, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif mengadakan sebuah seminar untuk memberi gambaran menyeluruh industri tersebut.

Ia sekali gus memberikan peluang pengusaha karas untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan serta masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan tersebut.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan serta maklumat yang lebih tepat daripada segi kajian saintifik serta aplikasi sains di dalam industri tersebut.

Seminar yang berlangsu…

Peluang bisnes terbaru

Imej

3 Cara tidak melewat-lewatkan kerja

Oleh Irfan Khairi . Cara #1:Beri tekanan pada diri sendiri . Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. . Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya. Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. . Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang…

Mencari penaja bernilai RM14000

Imej
Setelah pengiraan dibuat merangkumi kesemua kos yang terlibat serta jangkaan kos yang lain, Bigfish Enterprise memerlukan penaja utama yang boleh menyumbangkan sebanyak RM14,000 untuk menjayakan Pertandingan Futsal yang akan diadakan di Johor.
.
Kategori adalah terbuka, sebanyak 32 pasukan dan hadiah tunai RM3000 kepada pemenang tempat pertama beserta trofi dan medal.
.
Dalam masa terdekat saya akan confirmkan tempat dan saya lihat yang paling sesuai ialah di satu gelanggang baru di kawasan Ulu Tiram, Johor dan tarikh yang dijangka mungkin Julai ataupun Ogos depan.

Dengan ini saya mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat utnuk sertai kejohanan ini mahupun ingin tampil sebagai penaja utama, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam) atau emailkan di nizamsky@gmail.com

Futsal Frenzy 2010
Let's Bring Out The Best In You!

How to Get Sponsors for Your Event

Have you ever had a great idea for an event and didn't have the funds to turn it into a reality?
.
There are people and companies out there looking for sponsorship opportunities. Read on to learn some ways that you can entice people to be your sponsors.

Step 1 Create a fact sheet providing information about your company. This fact sheet will provide potential sponsors with enough information to decide whether or not it is a great opportunity.Step 2 Figure out how much funding you will need to put on your event. Create a budget so that you know how much you are willing to spend on everything.Step 3 Create a sponsorship proposal outlining sponsor benefits and deliverables. Deliverables must be attractive to sponsors. Offer to include the sponsor's logo as well as links to their website on your collateral materials.Step 4 Decipher sponsorship levels such as platinum, gold, silver or bronze. If the highest amount of money you require for sponsors is $10,000, the level of sponsorship will…

Kenapa Futsal

Saya memilih untuk menganjurkan pertandingan Futsal kerana melihat kepada trend dan minat orang ramai kepada sukan yang semakin berkembang pada masa ini. Baru semalam berbincang dengan seorang rakan merangkap partner untuk projek ini. Anggaran kos serta kertas kerja hampir siap dan akan dibentangkan kepada bakal penaja dan juga pihak yang berkaitan. . Sebanyak 32 pasukan, event untuk satu hari, akan dicari bagi menjayakan pertandingan ini dan saya akan gunakan syarikat saya iaitu Bigfish Enterprise sebagai penganjur buat julung kalinya. . Saya sendiri pernah terlibat bersama-sama dua lagi rakan menganjurkan pertandingan ini tapi bagi pertandingan bola sepak 7 sebelah yang dibuat di Seremban tahun 2000 lepas. Memang sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dari situlah timbulnya idea untuk menganjurkan Futsal pula. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja juga dialu-alukan dan pakej publisiti serta pemasaran yang menarik dan unik akan kami reka bagi mencapai sasaran pemasara…

Syabas Kosmo!

“TAHNIAH Kosmo!.” Itu perkataan yang terpacul dari mulut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas kejayaan penganjuran Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang berakhir di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya petang Ahad lalu.
.
Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kosmo! bertindak sebagai rakan pelaksana itu diadakan selama tiga hari bersempena sambutan Hari Belia Negara 2010.
.
“Dalam masa tiga minggu saja, lebih 1,000 pasukan memohon untuk menyertai Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! ini. Penganjur hanya boleh terima 700 pasukan saja pada mulanya.
.
“Tetapi disebabkan sambutan luar biasa, terpaksa pula dibuka kategori baru iaitu Lelaki Larut Malam dengan tambahan 384 lagi pasukan menjadikan kejohanan itu berlangsung 60 jam tanpa henti,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Pengundian Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2010 di Dewan Perdana Felda pagi semalam.
.
Jelas Shabery, Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang menawarkan hadiah wang keseluruhan berjumla…

Sejarah sukan Futsal

Futsal Skills -Robinho X Falcao - Watch the best video clips here


Sukan futsal, diantara aktiviti sukan yang semakin menjadi perhatian, bagi yang tinggal di ibukota, ia menjadi pengganti permainan bola sepak yang memerlukan padang dan tempat yang luas berbanding dengan permainan futsal lebih kecil dan tertutup. .
Asal-usul permainan futsal .
Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. .
Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuan rumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Ur…

Turn hobbies into cash flow

Take a moment to think about the hobbies or skills you have that are unique to you. They may be such ordinary and easy tasks to you that you may not even realize that it is a valuable skill. . What do you find yourself doing in your spare time, or what do people regularly ask for your advice or help with? . There is a high value placed on specialty skills, which can often times be turned into profits. It could be baking, design, training… whatever it is that you do best can be turned into a revenue generating business. . You just need to identify what that is and how you can mold it into a product or service.

Apakah peluang-peluang yang boleh anda perolehi dalam perniagaan pemasaran informasi?

Industri perniagaan pemasaran informasi merupakan satu industri yang mula meningkat kembang di pasaran tempatan. Kini tumbuh bagai cendawan pemain-pemain baru dalam industri pemasaran informasi.
.
Di internet boleh dikatakan secara majoritinya pemasar informasi menjual pelbagai genre ebook. Namun pemasaran informasi ini bukan setakat hanya memasar dan menjual ebook semata-mata.
.
Baik pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit informasi atas apa yang telah saya lihat dalam industri pemasaran ini dan diharap ianya mampu memberi anda idea bagaimana anda boleh mengambil peluang menjana wang mahupun menambah modal anda dalam industri perniagaan informasi.
.

1) Menjual dan memasar produk informasi .
Dengan menghasilkan produk informasi sendiri dalam pelbagai bentuk tidak kira ebook, buku, audio atau video dan pasarkan.
Memasar produk orang lain melalui program affiliate
Memiliki produk MRR, PLR, RR dan pasarkannya.
.
2) Penulisan
.
Bidang penulisan merupakan bidang yang sangat besar digunakan dan me…

Pandangan Jutawan

1) Salah satu tabiat seorang jutawan ialah pandangan jutawan. Jutawan berfikir dan melihat keadaan sekeliling berlainan daripada orang biasa. .
2) Ketika kebanyakkan orang melihat sesuatu masalah itu memeningkan kepala, mereka melihat situasi ini sebagai satu peluang untuk mengaut keuntungan. .
3) Ketika orang lain melihat kegagalan itu sebagai satu musibah, mereka melihat situasi ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran berguna dan berpotensi menghasilkan peluang dan kekayaan yang lebih besar. .
4) Tanpa pandangan jutawan, kita tidak mempunyai fokus, tenaga dan kekuatan bagi melaksanakan idea dan strategi yang kita ada. .
5) Pandangan dan penerimaan yang berlainan ini mengakibatkan tindakan dan keputusan yang berbeza. .
Pandangan -> Pemikiran -> Tindakan -> Keputusan .
6) Orang yang mempunyai pandangan jutawan tidak menggunakan wang sendiri untuk menyelesaikan masalahnya tetapi menggunakan pandangan jutawan dan berfikir cara-cara mengubah masalah menjadi peluang.

Konsep pemilikan dalam Islam

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN .
ISLAM tidak pernah menyekat dan menghalang manusia dari memenuhi tuntutan naluri dan fitrah mereka. Malah Islam mendidik cara yang betul bagaimana tuntutan naluri tersebut boleh dipenuhi. .
Dalam Islam, pemilikan mutlak adalah hak Allah SWT. Manusia hanya 'meminjam' daripada Allah untuk membantunya mengabdikan diri kepadaNya. .
Dalam hal pemilikan, selain berkaitan dengan persoalan keagamaan ada dua pihak diiktiraf oleh syarak yang boleh menerima pemilikan. .
Pertama, Syakhsiyah tobi'iyyah ataupun manusia itu sendiri. Seseorang individu itu boleh memiliki harta kerana mereka diciptakan oleh Allah mempunyai keupayaan untuk memiliki dan mengawal harta berkenaan. .
Di samping itu, ia juga mempunyai kebolehan memindahkan harta di bawah pemilikannya kepada pihak lain. .
Pihak yang kedua pula adalah Syakhsiyah i'tibariyyah seperti syarikat dan institusi. Fiqh Islam telah mengiktiraf institusi-institusi seperti yayasan, pertubuhan, syarikat, masjid sebag…

Agrobiodiversiti seimbang alam sekitar

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN .
SEMUA menyedari negara merupakan salah satu daripada 12 buah negara yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Kepelbagaian biologi pertanian atau agrobiodiversiti telah lama membekalkan manusia dengan makanan, bahan binaan dan tenaga.

Bagi memulihara agrobiodiversiti, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengumpulkan sumber genetik secara in situ dan ex situ.

Manakala pencirian, penilaian, eksploitasi dan penggunaan sumber genetik secara mapan giat dijalankan.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI, Dr. Salma Idris berkata, pengumpulan dan pemuliharaan agrobiodiversiti amat penting kerana ia memainkan peranan dalam ekonomi, teknologi dan sosial.

Misalnya agrobiodiversiti buah-buahan liar seperti kuini dan tampoi belum dimanfaatkan sepenuhnya.

"Biasanya kuini dikaitkan dengan rasa masam dan sabut tetapi pencirian sumber genetik dijalankan bagi mendapatkan varieti terbaik," katanya semasa ditemui di…

Peluang bisnes terbaru daripada blog

Imej

Minyak kastor antara yang termahal di dunia

Minyak kastor yang dihasilkan daripada biji kastor digunakan dalam lebih 3,000 produk hiliran seperti minyak pelincir bagi kapal terbang, jet dan kereta lumba. . Produk itu juga digunakan untuk menghasilkan cat, dakwat, kosmetik dan plastik selain digunakan dalam pertanian, pembungkusan dan farmaseutikal. . Pengurus Perniagaan FarmBond Resources Sdn Bhd, Zaini Zam Keman berkata, pokok kastor adalah spesies Euphorbiaceae serta ahli tunggal dalam gen Ricinus dan Subtribus Ricininae. . "Bijinya seperti buah getah tetapi lebih kecil iaitu sebesar syiling 10 sen. "India adalah pengeluar terbesar biji kastor di dunia sejak 120 tahun dahulu sementara China pengeluar kedua terbesar dan pengeluarannya dikawal kerajaan China; sementara Thailand turut tersenarai antara pengeluar terbesar dunia sejak pokok kastor mula ditanam di negara itu 30 tahun dahulu," katanya. . Berdasarkan pasaran komoditi dunia pada 21 November 2009, harga sekilogram minyak kelapa sawit RM2.21 (AS$0.69), minyak…

Masalah umum dalam bisnes

Imej
.
Setiap bisnes sering terdedah kepada pelbagai masalah umum sama ada yang besar atau yang kecil. Ada masalah yang senang diselesaikan dan ada juga yang sukar untuk diatasi.
.
Ada perniagaan yang mengalami masalah teknikal dan ada pula yang menghadapi masalah pengurusan, kakitangan atau pemasaran. Apabila masalah-masalah ini gagal diatasi, kemungkinan besar perniagaan terpaksa dihentikan. .
Berdasarkan kajian saya kebanyakan perniagaan mengalami masalah berikut: .
1) Gagal Merancang Atau Tidak Tahu Merancang
.
- Perniagaan sama seperti permainan atau peperangan. Jika kita gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk gagal. Apatah lagi jika kita tidak tahu merancang ! .
2) Gagal Mengurus Aliran Tunai
.
- Ramai usahawan gagal disini. Walau sebijak mana pun kita menjana pendapatan, tetapi jika kita gagal menguruskan kewangan kita tak ada gunanya. Sebabnya, wang yang masuk bagaikan air dan keluar bagaikan air pili bomba ! .
3) Mengambil Mudah Aspek Persaingan
.
- Kita tidak bol…

Lebih ramai gemar bekerja sendiri - Kajian

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kemelesetan ekonomi Malaysia telah menyaksikan kelahiran generasi baru usahawan tempatan dengan seorang daripada enam responden menganggap diri mereka sebagai 'bekerja sendiri'. .
Hasil itu adalah sebahagian daripada Indeks Tenaga Kerja Global Kelly, yang mendapatkan pandangan kira-kira 134,000 kakitangan, termasuk 2,000 di Malaysia. .
Tinjau selidik itu juga mendapati hampir separuh daripada responden mahu memulakan perniagaan mereka sendiri, dengan golongan Gen Y yang berusia 18 hingga 29 tahun lebih berminat memulakan perusahaan komersial. .
Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman menjelaskan, ramai di antara mereka yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi global kini bertukar menjadi kontraktor dan pekerja bebas serta perunding. .
Hari ini, lebih ramai orang ingin menentukan jalan kerjaya mereka sendiri dan menganggap bekerja sendiri sebagai cara untuk mencapai kejayaan peribadi dan profesional. .
Hasil tinjau selidik di Malaysia mendedahkan s…

UMS hasilkan kerapu hibrid

Imej
Bidang akuakultur semakin penting sejajar dengan matlamat meningkatkan sumber makanan negara menerusi pertanian dan perikanan.
.
Lebih menarik ia telah dikenal pasti menjadi sektor pengeluaran makanan yang paling pesat berkembang dengan kadar pertumbuhan 10 peratus setahun..
Peningkatan dalam permintaan makanan laut serta hasil tangkapan perikanan yang semakin berkurangan telah mendorong penerokaan bidang ini..
Justeru, banyak pihak tampil menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran ikan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara agensi yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan akuakultur ialah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS)..
Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan akuakultur di institut tersebut bermula sejak tahun 1995, yang ketika itu hanya dikenali sebagai Unit Penyelidikan Marin Borneo sejurus selepas penubuhan UMS. Pada bulan Jun 2000, unit tersebut dinaik taraf menjadi sebuah pusat kecemerlangan da…