Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Kemudahan test bed MARDI bantu usahawan

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Gambar HAYAT SUEET
Bangunan yang menempatkan test bed teknologi MARDI di Stesen MARDI, Kuching, Sarawak.
Sebagai institusi penyelidikan pertanian terkemuka di negara ini , Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sentiasa berusaha membantu membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).Salah satu khidmat sokongan teknikal yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan MARDI adalah sistem test bed teknologi MARDI.Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata,sistem test bed teknologi MARDImerupakan premis atau makmal pemprosesan yang lengkap dengan mesin dan peralatan untuk pengeluaran skala kecil bagi industri makanan terpilih."Bermula pada tahun 2006 semasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) , sistem dibina dalam bangunan atau premis yang baru atau diubahsuai sebelum dilengkapkan dengan mesin, diuji lari dan diberikan Prosedur Piawaian Operasi (SOP) dan barulah boleh menerima usah…

17 bilionair baru India

Imej
REKOD bilangan usahawan bergelar bilionair di India bertambah ketika jurang ekonomi semakin melebar dan kebanyakan rakyatnya masih dihimpit kemiskinan.
MUKESH AMBANI mengekalkan gelaran sebagai individu terkaya di India ketika perkembangan pesat ekonomi melahirkan 17 bilionair baru pada 2010.Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 69 orang, berdasarkan senarai individu terkaya yang disiarkan majalah Forbes baru-baru ini.Ambani, pengerusi syarikat persendirian terbesar India, Reliance Industries, mempertahankan kedudukannya sebagai individu terkaya di India untuk tiga tahun berturut-turut dengan kekayaan bernilai AS$27 bilion (RM83.2 bilion), petik majalah Forbes India.Bilionair itu diekori rapat pengasas syarikat keluli terkemuka yang berpusat di London, Lakshmi Mittal dengan kekayaan bernilai AS$26.1 bilion (RM80.4 bilion)."Jumlah bilionair yang direkodkan belum lagi menunjukkan petanda jelas betapa seriusnya peningkatan itu di India dan China pada dekad mendatang,&…

Mesin layan diri moden

Imej
MESIN layan diri di Jepun bukan saja menjual makanan atau minuman bahkan mempunyai fungsi sosial.
IA menjual payung, bunga, makanan yang dimasak, minuman sejuk selepas gempa bumi malah adakalanya mampu membaca fikiran manusia. Begitulah cara lima juta mesin layan diri di Jepun berfungsi.Boleh didapati di seluruh negara, jumlah kedai runcit automatik itu menyamai lampu isyarat di negara tersebut dan menawarkan pelbagai produk menarik, bahkan adakalanya memeningkan kepala.Memandangkan kadar jenayah yang rendah di Jepun, syarikat pengeluar mesin layan diri boleh meletakkannya di mana-mana saja. Sama ada di tengah-tengah kota yang penuh dengan lampu neon sehinggalah di puncak Gunung Fuji, tanpa perlu bimbang dicuri atau dimusnahkan bagi mendapatkan duit syiling yang terdapat di dalamnya."Ia memang memudahkan hidup, saya berharap mempunyai satu mesin yang sama dalam bilik saya," kata Hibiku Miura, 18, yang banyak bergantung kepada mesin itu sama seperti rakyat Jepun lain.Persainga…

Bekas exco usahawan nanas

Imej
Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
ABDUL Fatah menunjukkan buah nanas yang baru dipetik sedia dijual kepada peraih.
SAYA pernah gagal dan ditipu ketika mula-mula menceburi bidang pertanian. “Namun, semua itu saya jadikan sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk terus berjaya didalam bidang ini,” ujar Datuk Abdul Fatah Iskandar ketika ditemui di ladang nanasnya di Kuala Selangor.Bagi yang mengenalinya, Abdul Fatah bukanlah orang asing di kalangan masyarakat kerana beliau merupakan bekas ahli politik suatu ketika dahulu.Abdul Fatah merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.Beliau pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam.Dari 1998-2008 beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat dan kini tidak lagi bertanding dalam pemilihan UMNO Kuala Langat mulai Oktober 2008.Bagaimanapun, populariti beliau dahulu tidak pernah dijadikan ‘moda…

Sambutan luar biasa lelong Dorper

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR
celoteh juru lelong Khairuddin Ismail menarik minat pembida yang mencari ternakan terbaik bagi ladang mereka.
"Kita akan mulakan dengan plot satu, 10 ekor biri-biri Dorper betina baka dengan harga RM4,500," kata juru bida, Khairuddin Ismail sambil menunjukkan kepada plot yang akan dilelong.Sepuluh ekor biri-biri Dorper betina mengembek dalam plot 1 mencari makanan.Mentol di plot yang akan dibida dinyalakan bagi membolehkan pembida menentukan plot pilihan mereka.Episod membida bermula, pembida mengangkat nombor masing-masing sebagai tanda menambahkan pembidaan dengan nilai RM50 sekali.Khairuddin yang berpengalaman sebagai juru bida di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selama 15 tahun, berdiri menghadap plot yang diisi dengan 10 ekor biri-biri Dorper. Setiap satu mempunyai harga, jantina dan kegunaan sama ada untuk baka atau sembelihan.Seramai 50 orang pembida yang datang dari seluruh negara telah meninjau plot diberikan nom…

Seminar Marketing Power di JB

Imej
Salam buat rakan di Usahawan Bistari.
Saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri Seminar Marketing Power di JB oleh DR Azizan Osman pada 3 Oktober lepas. Memang berbaloi menghadiri kursus ini kerana anda akan mendapat petua dan tip terkini tentang cara bagaimana untuk meningkatkan pemasaran bisnes anda dan membawa ia ke tahap yang lebih jauh lagi. Kursus yang diadakan di M-Suites Hotel dan dihadiri oleh lebih daripada 600 orang peserta.

Salah satu tip yang saya ingati ialah : Anda perlu fokus promosikan kepada satu produk dahulu, jadilah pakar dalam bidang yang anda ceburi. Dari situ kembangkan lagi sehingga menjadi besar!


35 Lagi Idea Hebat Untuk Pemasaran Luar Biasa35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.

34)Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang …

Stevia pemanis semula jadi

Imej
Oleh LAUPA JUNUS
Antara produk yang dihasilkan berasaskan stevia.
Ramai sudah menyedari kehadiran stevia, sejenis tanaman seperti herba yang berfungsi sebagai pengganti gula kerana kemanisan semula jadinya.Kehadiran pokok tersebut di tengah-tengah kegilaan masyarakat Malaysia kepada rasa manis melampau seakan-akan memberi khabar gembira dan mengurangkan rasa terancam kepada penyakit diabetes.Bayangkan rakyat Malaysia yang dikatakan ‘gilakan’ kepada manisan– sumber utamanya ialah susu pekat dan gula – merupakan pengguna kelapan tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kilogram perkapita pada 2005 atau 26 sudu sehari, meningkat daripada 17 sudu pada 2007.Bagi menambah ‘kemanisan’ fakta-fakta tersebut, rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes keempat tertinggi di Asia yang mana jumlahnya ialah 800,000 pada 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun ini.Demikian penangan gula dan manisan kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami peningkatan angka masalah obesit…