Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Formula Waiz bertani moden

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Gambar HAYAT SUEET
Waiz Kashifi (dua dari kiri) memberi penerangan kepada pengusaha pertanian yang datang untuk menjalani latihan
di syarikat beliau.
SEDARKAH anda sembilan persepuluh cabang rezeki adalah datangnya daripada bidang perniagaan.Ia termasuk juga bidang pertanian yang sememangnya amat terkenal dengan masyarakat negara ini terutamanya yang berada di luar bandar.Namun, tidak ramai di antara kita yang berminat untuk menceburinya kerana berpendapat bidang tersebut memerlukan modal yang tinggi di samping ilmu pengetahuan yang mencukupi dan serba lengkap.Jika di kawasan luar bandar, rata-rata penduduknya memiliki tanah yang luas di samping sinaran matahari yang terik sepanjang tahun.Justeru, tiada masalah bagi mereka untuk menanam apa jua jenis tanaman untuk dijual di pasaran.Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang berada di tengah-tengah kota metropolitan di mana keluasan tanah pertanian amat terhad.Malah boleh dikatakan, di kawasan …

5 tip motivasi kerjaya dan perniagaan

Imej
oleh Irfan Khairi
Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah. Contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. Kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. Tak kira dalam perniagaan atau karier. Bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih aka...n datang!
Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!
Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!
Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, buk…

Pengasas Facebook buta warna

Imej
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
MARK ZUCKERBERG tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.
FACEBOOK adalah kisah kejayaan luar biasa pemilik nama Mark Elliot Zuckerberg, lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.Dengan jumlah pengguna hampir 600 juta orang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Facebook itu mampu berada dalam senarai 40 individu bilionair dunia seperti yang diuar-uarkan majalah Forbes.Sebuah laman berita, www.dailymail.co.uk menganggarkan sehingga 4 Januari lalu, nilai kekayaan yang dimiliki Zuckerberg berjumlah RM27.5 bilion (AS$9 bilion).“Inisiatif pemuda ini untuk menghubungkan lebih daripada setengah bilion manusia dan memetakan jaringan sosial di kalangan mereka merupakan fenomena Internet masa kini.“Berupaya menghasilkan satu bentuk pertukaran maklumat, Facebook juga boleh mengubah cara kita memanfaatkan hidup.“Memang seharusnya pereka laman seperti ini diberi pengiktirafan,” jelas majal…

Hutang pun ada baiknya

Imej
Hari ni saya akan terangkan sikit mengenai "Bad debt" dan "Good debt"
Umumnya, selalu kita katakan yang berhutang adalah tidak bagus, lagi-lagilah kalau kita terperangkap dengan belenggu hutang, lagi sakit, kan?
Kadar 'interest' yang membebankan sedangkan 'pokok' langsung tidak berganjak. Uishh tu yang bahaya.. Tapi tahukah anda ada juga hutang yang bagus atau "Good Debt". Akan diterangkan secara ringkas apakah BD dan GD.
Apa itu Bad Debt
Ringkasnya, apa sahaja hutang yang merugikan kita, ianya adalah BD. Contohnya hutang 9 tahun untuk pembelian kereta peribadi, ianya amat merugikan. Anda boleh guna kalkulator pinjaman beli kereta yang diedarkan dulu dan tengok berapa 'interest' yang anda bayar!
Contoh lain ialah 'personal loan' untuk melancong, berhutang untuk pembelian perabot dan lain-lain hutang yang TIDAK MENDATANGKAN HASIL atau tidak membawa apa-apa wang masuk ke poket anda, itu semua adalah BD!
Apa pula Good Debt
Ringkasn…

Tauke otak-otak

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN nisa.sulaiman@utusan.com.my Gambar RASHID MAHFOF
shukor Mansor menunjukkan Otak-otak Batu Pahat yang menjadi kebanggaannya.
WALAUPUN hanya berbekal Sijil Rendah Pelajaran (SRP), ia bukan jalan buntu bagi kehidupan Shukor Mansor, 35 yang berasal dari Semerah, Batu Pahat, Johor.Ekoran pendidikan yang tidak tinggi, Shukor mula berdikari dengan bekerja sebagai penebar roti canai di warung.Pada masa sama dua mula mengikut kawan yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar otak-otak terkemuka di negeri Johor.Minat yang mendalam dalam pembuatan otak-otak membawa Shukor menghadiri pelbagai kursus penghasilan produk berkenaan dan keusahawanan anjuran pelbagai agensi kerajaan di Batu Pahat dan Johor Bharu, Johor serta Melaka.Hanya berbekal minat yang mendalam dan sedikit modal, Shukor memulakan perniagaan otak-otaknya sendiri di Batu Pahat pada tahun 2006.Ketika itu dengan modal RM3,000, Shukor membeli sebuah peti sejuk beku sebagai tempat menyimpan produk otak-otaknya.Bagi …

Bagaimana memiliki RM200000 dalam ASB

Imej
Saya ada satu teknik yang boleh anda gunakan jika anda serius untuk memiliki RM200,000 di akaun ASB anda 20 tahun dari sekarang tanpa berpeluh!

Berminat??

Yang syoknya saya akan tunjukan caranya walaupun anda tengah pokai sekarang ni, yang penting anda mempunyai kerja dan gaji tetap.

Jadi bagaimana anda boleh memiliki RM200,000 daripada kosong hari ini?

Bank gergasi Maybank, CIMB dan RHB ada menawarkan pinjaman ASB sehingga RM200,000. Anda boleh mohon pinjaman ini sebab ianya senang nak lulus. Masalahnya, anda tentu bertanya mana nak cekau duit nak bayar bulan-bulan.

Tekniknya begini..

Untuk pinjaman maksima RM200,000 selama 20 tahun, bayaran bulanan ialah RM1406.00 sebulan. Dalam setahun anda perlu bayar RM16,872.00. Yupp.. mana nak cari duit bayar RM16,872.00 nih..

Strategi orang kaya akan gunakan kemudahan yang ada disekeliling kita. Caranya ialah anda buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM30,000 selama 10 tahun. Bayaran sebulan ialah RM394.00 sebulan.

Di sini anda gunakan pinjaman daripada…

Penternak berjaya

Imej
Oleh Togi Marzuki bhjb@bharian.com.my HAIRULIZAM menunjukkan sebahagian ternakan puyuhnya. Berani ambil risiko, mesra pekerja tip kejayaan usahawan puyuh
PONTIAN: Bermodalkan RM3,000 10 tahun lalu, Hairulizam Saat, 41, kini menjadi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) puyuh contoh apabila dinobatkan usahawan berjaya, termasuk terbaru menerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2010 Parlimen Pontian.
Dia yang berasal dari Kampung Saniman Ayer Baloi, di sini, memulakan perniagaan menternak 3,000 unggas berkenaan yang dibeli pada harga 50 sen seekor.
“Di awal pembabitan, saya membeli daging burung puyuh daripada pembekal tempatan sebelum menjualnya kepada peniaga pasar malam.
“Selepas setahun, saya dapati perniagaan ini mempunyai potensi besar untuk maju dan kerana itu, saya sanggup mengambil risiko menggunakan simpanan sebagai modal untuk membeli anak burung puyuh,” katanya.
Hairulizam berkata, dengan bantuan isterinya, Siti Fairus Paiman, 34, serta dua pekerja, dia menternak 5,000 ekor bur…

Pernah jadi pengedar rasmi uniform Nazi

Imej
HUGO Boss AG (Hugo Boss) adalah satu jenama fesyen terkenal yang berpangkalan di Metzingen, Jerman.
Hugo Boss adalah jenama fesyen terkenal yang mengeluarkan pelbagai rekaan dengan cita rasa tinggi untuk lelaki dan wanita.
Hugo Boss dinamakan sempena nama pengasasnya, Hugo Ferdinand Boss.
Hugo Boss mula membangunkan perniagaan pakaian sekitar tahun 1924 di Metzingen.
Metzingen adalah sebuah bandar kecil yang terletak di selatan Stuttgart, Jerman. Perniagaan yang dilakukan ketika itu menunjukkan prestasi yang menggalakkan.
Bagaimanapun, ketika Jerman berhadapan dengan krisis ekonomi, Boss terpaksa berhadapan dengan muflis sekitar 1930.
Tanpa mengambil kira soal muflis itu sebagai titik akhir, Boss terus bangun dan meneruskan perniagaannya. Kali ini, dia mendirikan perniagaan baru dan pada 1931, syarikatnya menjadi rakan kongsi kepada parti Nazi seterusnya mendapat sokongan daripada Adolf Hitler pada 1933.
Perniagaan Boss terus berkembang dan berjaya mendapatkan hak sebagai pengedar pakaian se…

Memburu rusa di De Paradise

Imej
Oleh MOHD FAIRUZ YUSOF
Gambar RUSHDI SALLEH
De Paradise pengunjung berpeluang bermesra dengan rusa.
LADANG De Paradise Sdn. Bhd., bukan setakat menternak rusa. Malah ia turut dibuka kepada orang ramai untuk melihat persekitarannya di samping berpeluang untuk merasai pengalaman memburu rusa.Ini mungkin pengalaman yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana dan pihak pengurusan ladang ternak itu kini sedang berusaha untuk menyediakan tapak khusus untuk tujuan tersebut.Mungkin selama ini ada di kalangan orang ramai yang berangan-angan utuk memburu. Dengan adanya kemudahan di ladang itu mereka boleh merasai sendiri cabaran tersebut.Kawasan perburuan yang disediakan itu seluas empat hektar dan ia akan dibuka kepada para pemburu yang terdapat di negara ini.Pengusaha ternakan rusa di ladang tersebut, Muhammad Akhbar Chiraghdin memberitahu, kawasan memburu itu bagaimanapun adalah berpagar.Katanya, mereka yang memiliki lesen senjata api sahaja hanya dibenarkan berbuat demikian."Mereka boleh m…

Vanila semakin diusahakan

Imej
Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR pengarang@utusan.com.my
Ishak Musa (kiri) bersama seorang lagi pengusaha menunjukkan buah vanila di kebunnya dekat Kampung Pamah Kulat, Raub, Pahang, baru-baru ini. - Utusan/Musazlila Mustapar
TEMERLOH 9 Jan. - Secara umumnya apabila berbicara mengenai vanila, ramai yang membayangkan kesedapan dan aroma perasa itu apabila dicampurkan ke dalam kek, ais krim, roti atau minuman karbonat.Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana vanila dihasilkan.Malah, ramai juga yang tidak mengenali dari segi rupanya, bagaimana untuk mendapatkannya dan dari negara mana ia berasal.Dari sudut sejarah, vanila ialah sejenis tumbuhan liar yang ditemui di Amerika Selatan.Ia telah digunakan oleh kaum asli Mexico sebagai penyedap tembakau sejak berkurun yang lalu.Pada 1721, vanila dibawa ke Eropah oleh orang Sepanyol sebelum dibawa oleh penjajah Belanda ke Bogor, Indonesia pada 1819.Sejak 1850, vanila mula ditanam secara komersial di Indonesia apabila ia telah berjaya didebungakan.Sejak itu, i…

Kisah Si Pemakan Katak

Imej
Makanlah katak setiap pagi, jika memilih makan dua ekor, makanlah yang lebih hodoh dulu kemudian kurang hodoh. Alasannya, jika makan yang kurang hodoh, anda kehilangan selera untuk makan yang terhodoh itu.
Petua kedua, jika hendak makan katak, makan terus, jangan bertangguh kerana ia akan membatalkan aktiviti itu.
Saranan simbolik 'makan katak' ini dimulakan oleh Mark Twain. Katanya, jika sudah makan katak waktu pagi, segala-galanya akan menjadi mudah untuk hari itu kerana kerja paling tidak munasabah diselesaikan.
Makan katak bermakna berbuat sesuatu paling sukar.
Kebanyakan orang tidak berusaha, tetapi bercakap dan bercakap. Mereka menangguhkan kerja yang dapat memberikan hasil yang lumayan. Berbual-bual dan daripada perbualan itu muncul idea bagus, tetapi tidak menghasilkan buku. Akhirnya, idea itu tenggelam dalam kesibukan lain.
Saya tertarik bukan kerana idea atau kenyataan di atas terlalu baru. Saya sebenarnya terbayang akan perlakuan diri sendiri dan rakan-rakan di sekelili…

Haruan ubat semburan

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan semburan ikan haruan bagi luka dan terbakar.
IKAN haruan secara turun temurun telah digunakan bagi mengubati luka-luka dalaman terutama di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Justeru Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan kajian bagi meluaskan penggunaan ikan haruan. Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Sekolah Sains Farmaseutikal, Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus mengandungi asid amino yang berfaedah dan asid lemak yang dibuktikan berupaya menyembuhkan luka. "Haruan Channa striatus digunakan kerana mudah ditemui di sungai di sini," katanya ketika ditemui semasa Pameran BioMalaysia 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebelum ini, Saringat telah menformulasikan ekstrak haruan yang sama sebagai krim dan tablet dan produk berkenaan telah pun dikomersialkan. "Kini kajian yang dijalankan menjurus kepada filem nipis bagi membalut dan merawat…

Bonia jenama popular barangan kulit

Imej
KUMPULAN Bonia adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai rangkaian fesyen berjenama seperti tas tangan dan kasut. Di Malaysia, Bonia adalah salah satu daripada syarikat pengeluaran barangan fesyen yang mempunyai lebih daripada 700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia.

Bonia terkenal sebagai salah satu pengeluar barangan kulit dant urut terlibat dalam aktiviti pemasaran.

Bonia ditubuhkan pada tahun 1974 oleh SS Chiang iaitu seorang pengerusi eksekutif kumpulan yang bertanggungjawab memulakan perniagaan melibatkan proses rekaan, pengeluaran dan pengedaran barangan berasaskan kulit di Singapura.

Menjelang tahun 1990, syarikat mula mengembangkan perniagaan dengan menerokai pasaran Indonesia, Hong Kong, Brunei dan Taiwan.

Bonia aktif dalam menyertai pameran perdagangan kulit antarabangsa di Itali, Jerman, Timur Tengah, Hong Kong dan Singapura.

Pada tahun 1994, Bonia berjaya disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.

Pada tahun 2009, Bonia berjaya mengembangkan jenama ke Syria.

s…

JVC jenama besar industri elektronik

Imej
VICTOR Company of Japan limited atau lebih dikenali sebagai JVC, merupakan sebuah perbadanan elektronik pengguna dan profesional antarabangsa yang berpusat di Yokohama, Jepun.
Syarikat ini paling dikenali kerana memperkenalkan televisyen Jepun yang pertama dan membangunkan perakam video VHS.
JVC diasaskan pada 1927 dengan nama The Victor Talking Machine Company of Japan, Limited sebagai anak syarikat kepada Victor Talking Company, sebuah syarikat pengeluar peti nyanyi dan piring hitam yang terutama di Amerika Syarikat. Pada 1929, sebahagian besar pemilikannya dipindahkan kepada RCA-Victor.
JVC mengeluarkan peti nyanyi dan piring hitam sepanjang dekad 1930-an tetapi pada 1932, ia turut mula mengeluarkan radio dan kemudiannya, televisyen yang pertama di Jepun pada 1939.

Cameron Highlands syurga pertanian

Imej
oleh LAUPA JUNUS
Gambar AMIN FARIJ HASAN
Dr. Wan Abdullah Wan Yusoff bersama kakitangan Mardi membantu seorang pengunjung (kanan) yang tertarik dengan tanaman epal di TATM Cameron Highlands.
MEREKA yang berminat dalam sektor pertanian pastinya akan teruja dengan teknologi baru yang menjadikan sektor tersebut menarik dan berdaya maju.Di negara ini, pertanian seakan bangkit semula daripada bidang yang dikebelakangkan, kepada satu industri yang mula menjana minat yang luar biasa di kalangan rakyat.Syaratnya, bidang pertanian perlu ditransformasikan menggunakan suntikan teknologi moden supaya lebih berdaya maju dan menjana keuntungan.Berbicara mengenai teknologi pertanian, mahu tidak mahu kita tidak dapat menafikan peranan agensi yang paling kehadapan dalam bidang tersebut iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).MARDI sejak ditubuhkan 40 tahun yang lalu memartabatkan industri pertanian tempatan menerusi usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meng…

Apa itu sukses?

Imej
Apa khabar? Harap anda sentiasa sihat dan tak lupa juga mudah-mudahan tahap kesihatan kewangan anda bertambah sihat dan itulah harapan kami kepada semua pengunjung Usahawan Bistari juga.
Tentang 'success' atau kejayaan, apa itu kejayaan dalam definisi yang sebenarnya. Biasanya kita dikatakan berjaya atau menganggap diri kita berjaya apabila kita mencapai sesuatu yang kita kehendaki. Dan kegagalan pula biasanya dikatakan apabila kita tak mencapai apa yang kita kehendaki atau 'target' kita.
Para pembaca sekalian, itu definisi lama dan sebenarnya bukan definisi yang memotivasikan. Definisi yang sebenar ialah;
KEJAYAAN = JOURNEY, apabila kita bermula melakukan sesuatu = SUCCESS!
KEGAGALAN = apabila kita tak mulakan sesuatu = FAILURE!
Contohnya, anda nak ubah keadaan kewangan diri dan keluarga, anda merancang tapi tak bermula untuk melakukannya, hanya dalam perancangan = ANDA GAGAL!
Tapi jika anda merancang dan memulakan langkah pertama, pada saat itu.. = Anda BERJAYA!
Tak kiralah…