Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Penjagaan lembu pedaging

Imej
TERNAKAN lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat manakala bekalan masih tidak mencukupi.Lembu boleh di klasifikasi dalam famili Bovidae manakala spesies Bos taurus untuk lembu dari iklim hawa sederhana manakala Bos indicus untuk lembu dari iklim tropika.Ciri-ciri fizikal lembu pedaging yang ideal berbentuk bongkah atau segi empat serta mempunyai badan tegap dan berotot.Antara lembu yang banyak dipelihara adalah lembu baka tempatan iaitu Kedah Kelantan (KK) dan Brahman baka lembu tropika yang mempunyai ketahanan terhadap parasit luar, tekanan haba serta cuaca panas selain tahan terhadap penyakit.Baka Hereford adalah baka lembu pedaging iklim sederhana mampu memiliki berat matang 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina.Baka lembu pedaging yang lain seperti Droughmaster, Simmental, Angus Charlois Shorthorndan banyak lagi.sumber: Utusan Malaysia Online

Tauke udang bangkit semula

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
AHAMAD Sabki Mahmood (dua dari kanan) bersama Syed Omar Syed Jaafar menimbang udang putih yang baru dituai di Sungai Nipah, Selangor.
BERKAT usaha yang tidak jemu-jemu itu, kini mereka berjaya mengutip hasil yang lumayan sepanjang tahun.Projek perintis Program Projek Berimpak Tinggi Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) yang dibangunkan oleh Jabatan Perikanan tersebut pada asalnya diusahakan oleh tujuh pengusaha udang putih.Namun, akibat beberapa masalah yang dihadapi, kini hanya tinggal tiga sahaja pengusaha yang bertahan.Biarpun segala infrastruktur dan perkhidmatan nasihat diberikan oleh Jabatan Perikanan, namun bukan mudah sebenarnya untuk mengusahakan ternakan udang putih tersebut.Ia diakui oleh Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia, Syed Omar Syed Jaafar ketika di temui pada majlis penuaian Hasil Projek Ternakan Udang Laut ZIA, di Sungai Nipah, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.Turut meraikan kejayaan tersebut adalah Ketua Pen…

Lakukan apa yang orang lain tak lakukan

Imej
Oleh Irfan Khairi
Ramai yang berjaya kini sering berfikir melawan arus. Maksudnya, melakukan perkara di mana ramai orang lain tidak lakukan.
Teringat satu kisah dalam sejarah sukan olimpik, sebelum tahun 1968, dalam acara lompat tinggi, atlit lompat tinggi akan berlari menghampiri galah dan lompat dengan badan ke depan.
Ianya sehingga Dick Fosbury tergerak untuk mencuba lompat tinggi dengan cara membelakangkan badan pada galah tersebut, dan berjaya melompat lebih daripada 1 kaki dengan cara konvensional pada ketika itu (badan berhadapan dengan galah)!
Sehingga kini, gaya lompatan Dick Fosbury adalah cara konvensional.
Apa yang terjadi? Atlit Dick Fosbury mengenakan pemikiran bukan konvensional - fakir melawan arus. Bahasa kini, kita sering kaitkan dengan istilah "fikir di luar kotak".
Juga kisah seorang pemuda bernama George Eastman berhenti dari kerja makan gaji di sebuah bank, dan memulakan perniagaan foto. Beliau menamakan perniagaannya KODAK. Pada zaman itu, ianya adalah amat …

Adrian sukses bisnes Avon

Imej
Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my
ADRIAN (tengah) bergambar dengan beberapa wakil Avon yang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya.
BEBERAPA tahun dahulu, penglibatan jejaka bernama Adrian Ong, 25, dalam Avon menjadi bahan ketawa rakan-rakannya dek kerana jenama itu sendiri sinonim dengan wanita.Ada rakan yang mengejeknya dengan panggilan lelaki lembut gara-gara tindakan Adrian yang berjinak-jinak mengedarkan katalog Avon kepada rakan sekerjanya."Segalanya bermula apabila saya membeli deodoran bebola di sebuah cawangan Avon di Lahad Datu, Sabah. Wakil Avon di situ mengajak saya untuk menjadi ahli."Bagi mendapatkan diskaun pada masa akan datang, jadi saya pun bersetuju untuk menjadi ahli," katanya yang sebelum ini menjadi penyelia di salah sebuah pasar raya di Lahad Datu.Tambahnya, setiap bulan dia akan ke butik Avon untuk mendapatkan produk-produk yang ditempah oleh rakan sekerjanya."Apabila Avon melancarkan kempen Sales Leadership, pemilik butik menyuruh …

Rahsia kejayaan usahawan tempe

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Seorang petugas tekun menyusun tempe yang telah siap diproses.
Perniagaan kecil-kecilan berasaskan makanan yang diwarisi daripada ibunya nyata tidak sia-sia, sebaliknya menjadi perintis jalan kepada usahawan ini mengenali dunia perniagaan lebih luas.Syaratnya dia menerima perniagaan tersebut dengan hati terbuka selain diusahakan bersungguh-sungguh.Begitu jalan cerita mudah bagaimana Nordin Arshad, 50, ‘bertemu jodoh’ dengan perniagaan yang diceburinya ketika ini.Segalanya bermula ketika dia menghadiri taklimat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang disertai semasa masih berkhidmat dalam tentera.Ketika itulah dia mendapat tahu mengenai Agro Bank yang ketika itu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia (BPM).Sementelah bersara daripada perkhidmatan tentera pada tahun 2000, Nordin mengambil alih perniagaan ibunya mengusahakan tempe.Dia berbuat demikian kerana ketika itu ibunya menghidap strok.Sepu…

Asas nak jadi kaya

Semua nak jadi kaya, nak hidup senang, nak duit banyak. Saya juga macam tu, nak hidup tenang, sihat, tak ada masalah kewangan. Tapi bolehkah? Jawapannya BOLEH!! Tapi tak senang..
Kita perlu ada asas yang betul, gerak langkah yang jelas baru nampak destinasi hadapan. Saya kongsikan perkongsian mengenai Asas Nak Jadi kaya oleh saudara Mohd Suhaimi @ Shuth melalui webnya di http://www.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=YQi4&mc=BS&s=hgu5u&y=Y&
2 Asas Utama yang perlu ada dan yang pertama ialah..
Sikap.. adalah komponen yang paling asas untuk kita mencapai kejayaan di dalam apa-apa bidang sekalipun. Tanpa memiliki sikap yang baik seperti, usaha gigih, tidak mudah berputus asa, berfikiran positif, optimis dan sebagainya, agak sukar untuk anda mencapai kejayaan.
Adakah anda fikir.. dengan memilki pemikiran yang negatif, suka bertelagah, hasad dengki, tamak, tidak jujur dapat membantu anda mencapai kejayaan di dalam hidup anda?
Usah terkejut.. jawapannya “BOLEH”… tapi malangn…

Life is great

Imej
Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad telah bertapak lebih dari 100 tahun di Malaysia. Mempunyai pengalaman dan asas kewangan yang teguh, infrastruktur yang inovatif. Great Eastern merupakan syarikat insuran hayat yang tertua dan terbesar di Malaysia.
Great Eastern mula beroperasi pada tahun 1908 sebagai pejabat cawangan dari The Great Eastern Life Assurance Company Limited. Kemudian operasi di Malaysia telah diambil alih oleh badan korporat syarikat tempatan, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad di bawah Skim Transfer of Business. Syarikat telah disahkan oleh Malaysia Book of Records pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat insuran tertua dan terbesar di Malaysia dan terus memegang rekod sehingga hari ini.
Dengan lebih dari satu abad pengalaman dan asas kewangan yang kukuh, pada 31 Disember 2009 Great Eastern telah mencatatkan jumlah keseluruhan aset adalah bernilai lebih dari RM44 bilion. Memiliki ibu pejabat sendiri, 21 pejabat cawangan operasi di seluruh negara dan…

FMBIOSIS lahir usahawan

Salah satu program yang wajar dicontohi yang dicetuskan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutunan Malaysia (FRIM) Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod ialah FMBIOSIS atau Program Pembangunan BioUsahawan Siswazah FRIM- MTDC.Program tersebut bertujuan melahirkan usahawan dalam bidang biologi hutan yang mana FRIM akan berfungsi sebagai penyedia teknologi .Sebanyak 10 buah syarikat ditubuhkan bersama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi mengkomersialkan hasilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM.FRIM merupakan perintis dalam mewujudkan kerjasama pintar dengan MTDC untuk menubuhkan syarikat yang dianggotai oleh siswazah. Program tersebut telah menjadi contoh kepada beberapa universiti di negara ini dalam menubuhkan program yang sama.Salah satu produk yang berjaya dibangunkan ialah biskut mesra untuk pesakit diabetes yang dihasilkan oleh Diabetic Cure Sdn. Bhd.Menurut pengurus syarikat berkenaan, Jacklin Likan ak Bernabes Baie, biskut tersebut memanfaatkan sejeni…