Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat

Imej
LULUSAN Kejuruteraan Bioteknologi, Siti Fatimah Bedol kini berbangga mengusahakan perniagaan coklat dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat. – utusan/Abdul Nazir Mohamed
MENCEBURI bidang perniagaan bukanlah suatu perkara mudah kerana selain memerlukan komitmen yang tinggi ia juga merupakan satu cabang pekerjaan yang memerlukan seseorang itu tabah dan sanggup menghadapi risiko. Tambahan pula, perniagaan yang dipilih mempunyai banyak persaingan terutama daripada syarikat multinasional. Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin terlibat dalam bidang ini, selain mempunyai pengalaman dinasihatkan juga agar memenuhkan ilmu mengenai perniagaan di dada. Bagi ibu muda dari Kota Bharu, Kelantan ini, dia sedikit pun tidak gentar malah menyahut cabaran suaminya walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan. Hari ini, siapa tahu, tanpa sebarang pengalaman mahupun pengetahuan dalam bidang perniagaan, Siti Fatimah Bedol boleh dikategorikan sebagai usa…

Mi sayur rumpai laut

Imej
Produk mi sayur berasaskan rumpai laut mempunyai khasiat pemakanan.
Mi sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina. Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada rumpai laut ini dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa. "Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja," kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi pingat perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 yang diadakan tahun lepas. Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Rumpai laut dari jenis Red Kappa…

Manfaat yang diperolehi dengan hanya RM100

Imej
Salam sejahtera.Dengan hanya RM100, anda memperolehi sebanyak 8 manfaat utama seperti berikut:Income protection di mana ia menggantikan gaji anda walaupun sudah tidak mampu bekerja / lumpuhElaun hospital RM100 sehari di wadPenyakit peringkat awal di mana hanya syarikat insuran hayat no.1 dalam Malaysia ini sahaja yang pertama menawarkan manfaat seperti iniPenyakit kritikal yang akan dibayar apabila didiagnoss oleh doktorPerlindungan kemalangan berjumlah RM20,000Caruman menjadi percuma sekiranya pembayar tidak boleh lagi membayar disebabkan penyakit atau TPDSimpanan berjumlah RM26,000 apabila membuat simpanan selama 20 tahunSum insured / cover RM50,000 apabila meninggal dunia dan dibayar kepada waris
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut plan yang menarik ini, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam) atau emailkan di nizamsky@gmail.com untuk temujanji terutama buat anda yang berada di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang

Sistem penternakan burung walit ZDA

Imej
ZDA akan memberi tumpuan menghasilkan inovasi berkaitan industri walit pada beberapa siri akan datang.
Permintaan tinggi industri burung walit atau burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru pada masa kini. Oleh hal yang demikian, bermula dari siri inovasi kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) akan berkongsi kepada pembaca tentang pengenalan, pengetahuan dan sistem yang digunakan dalam industri menternak burung walit. Kali ini kami akan memperkenalkan secara umum berkenaan perusahaan burung walit dan bermula minggu hadapan, kita akan berkongsi inovasi-inovasi secara bersiri bagi perusahaan ini. Burung walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang atau kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walit mempunyai kebiasaan berdiam di gua atau rum…

Panggilan telefon bimbit pertama 38 tahun lalu

Imej
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper (gambar) di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya."Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon."Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan."Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami t…

Takut rahsia terbongkar, rugikan usahawan tempatan

KUALA LUMPUR 4 April - Usahawan industri halal tempatan perlu lebih agresif dan berani mengambil risiko untuk menghasilkan produk baharu yang mampu memenuhi selera serta kehendak pengguna luar negara.Setiap komuniti di sesebuah negara mempunyai permintaan berbeza, oleh itu usahawan perlu lebih kreatif untuk mengubahsuai produk mereka agar mampu menarik minat golongan berkenaan.Apa yang berlaku ketika ini, kebanyakan usahawan industri halal tempatan hanya menunggu kehadiran pelabur asing ke sesebuah pameran atau ekspo untuk membeli produk mereka.Ketua Pegawai Eksekutif Pameran Halal Antarabangsa (Mihas), Shukri Abdullah berkata: ''Pergilah ke negara (yang disasarkan), buat kajian mengenai selera dan kehendak masyarakat tempatan. Kemudian ubah produk, barulah boleh laku bila dijual di sana.''Persepsi kolot untuk mengekal resipi dan enggan mengubahnya menjadi masalah utama yang perlu diatasi di kalangan usahawan kita. Untuk menerokai pasaran global, minda mereka juga perl…