Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3.07 juta

Imej
SUSHIL KUMAR memegang cek bernilai AS$1 juta (RM3.07 juta) sambil bergambar bersama bintang Bollywood, Amitabh Bachchan.

NEW DELHI - Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan. Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire. Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan. Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul. "A…

Berjaya tanpa bantuan

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH







BAK kata orang di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Begitulah juga dengan Mistinah Sanduan, 57, yang mengusahakan pelbagai jenis biskut dan kerepek di rumahnya.
Segalanya bermula pada 1990 dengan berbekal wang RM250, Mistinah membeli barangan seperti ketuhar, kuali serta bahan-bahan mentah untuk membuat biskut menjelang musim perayaan.
“Daripada jumlah wang itulah segalanya berkembang menjadi seperti sekarang,” katanya semasa ditemui di premisnya di Kimpalan Kreatif Peket 100 Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor.
Mistinah yang telah lebih 20 tahun mengusahakan pelbagai produk industri asas tani seperti kerepek pisang tanduk, abu dan awak, kerepek bawang dan lima jenis biskut iaitu mama carrie, semperit, almond london, tart nanas dan biskut aiskrim dengan jenama Miscookies sempena nama Mistinah.
Beliau banyak dibantu oleh anaknya Khairul Azman Abdullah, 30, yang bertindak mengurus, merancang dan mencari bahan mentah bagi pembua…

3 Strategi Perniagaan Steve Jobs

Imej
Oleh: Irfan Khairi 1. Fikir berbeza Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.  Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya. Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya! 2. Komunikasi dalam perniagaan Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya…

Industri kerepek terus berkembang

Imej
PEMBUATAN kerepek dan kudapan tradisional kini pesat berkembang dengan nilai jualan mencapai lebih RM150 juta sepanjang tahun lepas.
Sebut sahaja apa jenis kerepek sama ada ubi kayu, pisang, keledek, bawang, ubi pedas, ubi masin, pisang atau rempeyek, jarang lagi yang tidak dapat membayangkannya.
Malah ketika menonton televisyen atau bersembang minum petang bersama keluarga pun kerepek menjadi antara hidangan ringan.
Kalau suatu ketika dahulu produk kampung ini kelihatan comot tetapi kini sudah menyamai standard kudapan antarabangsa daripada segi kepelbagaian rasa, kesetaraan bentuk, saiz dan pembungkusannya.
Menurut data Pertumbuhan Industri Snek Malaysia daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kerepek adalah penyumbang jualan terbesar dalam pertumbuhan industri itu dengan sasaran jualan sebanyak RM102.1 juta.
Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata, peningkatan keseluruhan jualan bagi industri kudapan Malaysia kini berada pada tahap yang amat memberangsa…

Sabah berpotensi keluar sarang walit

Imej
Sabah berpotensi menjadi pengeluar utama sarang burung walit (EBN) di negara ini. 

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Rimaforce Sdn Bhd, Dr Faiz Hashim berkata, keyakinan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk suasana alam sekitar yang belum tercemar dan kehadiran pelbagai spesies burung walit di negeri ini. 

“Di Sabah, terdapat empat spesies burung walit dan tiga daripadanya menghasilkan EBN yang bermutu tinggi dan apabila diproses, ianya amat sesuai untuk dijadikan minuman kesihatan. 

“Ini satu kelebihan bagi Sabah apatah lagi dengan keadaan alam sekitar yang tidak tercemar dan suasana indah yang kondusif untuk industri sarang burung walit berkembang,” katanya selepas majlis perasmian Kursus Keusahawanan EBN yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutit Rimaforce Sdn Bhd Datuk Seri Jenar Lamdah di Kota Kinabalu, semalam yang disertai 50 peserta dari seluruh Sabah. -Bernama

Dunia sanjung Jobs

Imej
SEORANG lelaki meletakkan epal di foto Steve Jobs sebagai penghormatan terakhir kepada pengasas bersama Apple. Pengasas bersama Apple diberi pengiktirafan terakhir

CALIFORNIA: Pemimpin, pakar teknologi dan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada pengasas bersama Apple, Steve Jobs, yang meninggal dunia kelmarin pada usia 56 tahun kerana barah pankreas. Presiden Barack Obama menyifatkan tokoh yang memberikan Mac, iPod dan iPhone kepada dunia itu sebagai ‘antara pencipta paling hebat Amerika Syarikat.’ Lembaga pengarah Apple ketika mengumumkan kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu dalam satu kenyataan ringkas berkata: “Kami amat sedih untuk mengumumkan kematian Steve Jobs. Kepintaran, kesungguhan dan tenaga Jobs adalah sumber inovasi tidak terkira yang memperkaya dan memperbaiki kehidupan kita. Dunia lebih baik kerana Steve.” 

Penghargaan diberi dari seluruh dunia untuk Jobs, manakala peminat Apple membanjiri laman rangkaian sosial untuk meluahkan kesedihan mereka berikuta…

Jom shopping di Bigfish Online

Imej