Sabtu, Januari 14, 2012

Kereta merah No.1


Apa yang anda faham berkenaan unit trust?

Di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust (UT), di luar negara dipanggil MUTUAL FUNDS. Pada saya, konsep UT seperti konsep dana khairat kematian di kebanyakan masjid-masjid, dimana ahli-ahli yang mempunyai matlamat yang sama, menabung dalam satu tabung untuk tujuan membantu ahli yang ditimpa kemalangan. Ini namanya Tabaru’ dan salah satu konsep Syariah penting yang digunapakai dalam Takaful (insuran Syariah).

Persamaan dengan UT, di mana para pelabur yang mempunyai objektif yang sama (dari segi untung dan risiko) melabur dalam suatu tabung, diurus oleh pengurus dana (fund managers) melabur untuk keuntungan bersama di kalangan pelabur-pelabur.

Bezanya UT dengan Hedge Funds, pengurus dana UT tidak berkongsi sebarang untung atau rugi dari pelaburan dana tersebut. Kebiasaanya mereka menerima fee (yuran) yang tetap. Di dalam Hedge Funds, pengurus dana akan berkongsi sama untung dan rugi tersebut.

Fungsi Unit Trust Consultant

Analogi yang lebih mudah, pengurus dana UT sebagai Driver. Tabung dana UT sebagai kereta or “vehicle” pelaburan dan pelabur-pelabur sebagai penunggang kereta. Di mana pula fungsi Unit Trust Consultant ?
Unit Trust Consultant sebagai “co-driver’ kereta tersebut. Suruhanjaya Sekuriti sebagai JPJ yang mengawal selia keadaan kereta dan undang-undang jalan raya.

Melalui analogi Unit Trust sebagai “vehicle” atau kereta, kita lebih dapat memahami mengapa pelabur-pelabur akan memilih kereta mewah dan selamat. Seumpama tabung UT yang besar, kurang risiko tapi memberi kepuasan (dari segi kelajuan, perjalanan selesa, ruang yang cantik). Kereta-kereta mewah biasanya memberi perjalanan selesa sebab absorber (turun naik harga), system brake (stop loss system) yang mantap, cc yang tinggi (lebih laju capai matlamat dan mudah untung) dan kebiasaannya harga yang lebih (mahal tapi berbaloi).

Pelaburan minima diperlukan

Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki kereta mewah sebab “pride of ownership” bangga memandu kereta yang hebat disamping sebab-sebab di atas tadi. Indahnya lagi Unit Trust sebab pelabur tak perlu berbelanja lebih untuk menaiki kereta mewah, hanya pelaburan pokok minima RM1,000 dan tabungan bulanan RM100 dah mencukupi.

Kereta yang hebat jika dipandu oleh pemandu (Fund Manager) yang experience, cekap dan berstamina akan menjamin perjalanan yang baik. Co-driver (Unit Trust Consultant) yang juga peka dan sentiasa alert, akan memberi lebih manfaat kepada penumpang (pelabur) kereta tersebut. Sesekali, co-driver (Unit Trust Consultant) perlu jadi seperti GPS dan Tourist guide, perlu memberi penerangan dan bercerita tentang perjalanan tersebut agar pelabur faham itinery perjalanan.

Pelabur-pelabur yang happy dengan perjalanan tersebut, mungkin tak mahu turun dari kereta tersebut kerana terlalu selesa dan syok. Soalnya sekarang, bagaimana kita dapat memberi such pleasant experience kepada investors di dalam keadaan pasaran yang hebat turun naiknya ?

Bagaimana kita dapat memberi keyakinan kepada investors Unit Trust bahawa mereka akan selamat sampai ke destinasi (matlamat kewangan) ?

Bagaimana pula kita sebagai Unit Trust Consultant akan sentiasa dapat bercerita dan menerangkan keadaan perjalanan tersebut jika ilmu kita tak cukup mantap?

Tepuk dada, tanya selera…

Carilah ilmu dan kembangkan minda supaya faham bahawa pasaran yang turun naik akan memberi ganjaran jangka masa panjang yang hebat kepada pelabur-pelabur kita.

Happy investing! 

Ahmad Hanizam
Unit Trust Consultant
019 758 9774

0 comments:


Bantal Panas Bigfish - RM40 termasuk kos pos

Koleksi Kuih Raya 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Shelfari: Book reviews on your book blog