Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Tanaman kacang soya

Susunan ABDUL GHAFFAR OTHMAN
Taman Pertanian Universiti
aghaffar@putra.upm.edu.my

KACANG soya (soya bean) dengan nama saintifik Glycine max dari famili Leguminosae berasal dari Asia Timur tetapi pengeluaran sekarang sebanyak 55 peratus adalah dari Amerika Syarikat.

Pokok kacang soya yang matang setinggi 60 sentimeter (sm) akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 dan 40 hari selepas ditanam.

Lenggai kacang soya berbeza dengan bagai sumber makanan manusia dan ternakan kerana mengandungi protein yang tinggi.

Di Malaysia kacang soya banyak digunakan dalam pembuatan kicap, tempe, air soya dan sebagainya. Ia juga boleh diproses menjadi minyak, kosmetik, sabun dan produk pengilangan yang lain. Antara varieti kacang soya yang sesuai ditanam di Malaysia adalah varieti dari Taiwan sepertiPalmetto dan NK3 di sampingImproved Pelican, Bossier dan Hardee.


Penanaman


Penyediaan tanah

* Kacang soya sesuai pada tanah peroi yang mengandungi bahan…

Usahawan muda berkemahiran, berilmu

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Gambar NOOR ADZRENE MOHAMED NOOR
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) diberi penerangan mengenai produk yang dihasilkan oleh peserta lepasan PBU sambil diperhatikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kanan).
BIDANG keusahawanan terbukti mampu memberikan pulangan lumayan kepada mereka yang menceburinya. Namun, rata-rata masyarakat masa kini kurang yakin terhadap bidang ini di samping tidak mempunyai ilmu yang lengkap mengenainya.
Ada yang berminat tetapi ilmu tidak cukup. Ada pula terpaksa berputus asa berhenti separuh jalan gara-gara ketiadaan pengalaman.
Sebab itu Jabatan Pertanian merintis jalan membuka peluang kepada golongan belia dan beliawanis menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan.
Menurut Timbalan Pengarah, Seksyen Industri Asas Tani, Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Faridah Aini Mu…

T-shirt Angry Bird terbaru

Imej
Harga?

RM35 untuk saiz dewasa
RM28 untuk saiz kanak-kanak

tambahan RM7 untuk kos penghantaran.

Sila sms saya di 019-7589774 untuk tempahan dan langkah pembayaran. Sebutkan kod yang anda minati.
Bertindaklah sekarang!

Baja EM kajian sendiri

Imej
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

Zamani Mohd. Noor kini boleh berbangga dengan kejayaan menghasilkan baja organik sendiri.
Bermula dengan hobi berkebun, Zamani Mohd. Noor sentiasa mencari yang terbaik untuk meningkatkan produktiviti tanamannya.

Mana saja baja yang dikatakan berkesan pasti dia akan membeli dan mencuba pada tanamannya.

Bagaimanapun kesukaran mencari baja yang berkesan, baik serta sesuai bagi pertanian mendorong Zamani menjalankan kajian sendiri.

"Memang sukar mencari baja yang menepati keperluan tanaman saya ketika.

"Bukan semua baja dapat menyuburkan tanah dan dalam masa yang sama mengelakkan jangkitan pada tanaman," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Wangsa Biz Avenue, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Biasanya ukuran baja menggunakan rujukan nitrogen, fosforus, kalium atau NPK dan biasanya baja kimia mempunyai nisbah NPK yang tinggi.

Bagaimanapun kebanyakan baja yang ada di pasaran seperti tidak mampu mengeluarkan hasil yang tinggi.

Mala…