Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Pengganti gula dalam minuman

Imej
Oleh HD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar IRWAN MAJID
Antara produk keluaran Megaherbs Bioextreme Sdn. Bhd. minuman tenaga berasaskan gula pokok stevia.
GULA merupakan bahan pemanis utama dalam menghasilkan sesuatu masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman.

Sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit.

Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung.

Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.

Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian.

Selain itu, kita juga boleh mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis t…

Minat seni bonsai

Imej
Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar WAHIDAH ZAINAL
MENJADI rutin harian Abdul Hakam untuk memangkas pokok bonsainya bagi memastikan ia mengikut gubahan yang diinginkan.
KESABARAN seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit.
Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu.
Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008.
Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit.
"Minat terhadap seni bonsai bermula setelah melihat ibu saya menggubah pokok bunga di halaman rumah. Sejak itu, saya cuba menggubah p…