Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Pengeluaran produk tani Negeri Sembilan membanggakan

Imej
MOHAMAD Hasan cuba mengangkat nangka gergasi seberat hampir 30 kilogram selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) peringkat negeri sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, semalam.
SEREMBAN 25 Jun - Hasil pengeluaran produk tani di negeri ini membanggakan selepas langkah proaktif diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan pencapaian optimum.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pencapaian itu disebabkan usaha gigih pengusaha dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan yang merancakkan aktiviti masing-masing untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.
"Biarpun ketika ini import produk tani dari negeri lain ke sini masih berlaku, namun ia dapat dikurangkan selepas usaha yang dilakukan oleh pengusaha tempatan dipertingkatkan.
"Hasil yang dicapai itu masih di bawah permintaan dan sebab itulah galakan terus dibuat supaya rakyat membangunkan kawasan mereka sebagai 'taman hi…

Jersey pasukan kegemaran EURO 2012 anda

Imej
GERMANY HOME
GRED ORI
SIZE S,M & L


Harga : RM60 (tidak termasuk pos)




SPAIN HOME
GRED ORI
SIZE S,M,L & XL

Harga : RM60 (tidak termasuk pos)



RUSSIA HOME
GRED ORI
SIZE S,M & L
Harga : RM60 (tidak termasuk pos)





NETHERLAND HOME
GRED ORI
SIZE S,M,L & XL

Harga : RM60 (tidak termasuk pos)








ITALY HOME
GRED ORI
SIZE L

Panduan Penternakan Burung Puyuh

Imej
Penternakan Burung Puyuh Daging / Puyuh Telur
Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua cabang dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan dan hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada di pasaran tersendiri dan ia amat terhad. Harga telur puyuh di pasaran juga amat tinggi kini. Contoh:- 50 biji telur puyuh berharga sekitar RM6.80. Manakala pengeluaran daging pula adalah sampingan daripada penternakan telur puyuh ini. Harga bagi daging puyuh sekitar RM2.40 sehingga ke RM4.50.

Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses …

Aida kini usahawan tudung

Imej
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN Daripada personaliti TV kini Khairul Noormaidah Zali atau Aida menjadi usahawan. JIKA sebelum ini penyertaannya sebagai salah seorang peserta dalam program realiti televisyen, Gadis Melayu berlaku secara tidak sengaja, begitu juga dengan dunia perniagaan yang diceburinya hari ini.
Segala-galanya bermula apabila tudung yang sering digayakan seharian mahupun ketika sesi fotografi menjadi perhatian rakan-rakan.

Apabila semakin ramai yang bertanyakan hal tersebut, Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaidah Zali, akhirnya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai satu perniagaan.

Bagi anak kelahiran Kuantan, Pahang, ini, perniagaan yang dilakukan bermula secara kecil-kecilan melalui Internet di samping ingin mengisi masa yang terluang.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun mengakui dia tidak mempunyai pengetahuan apatah lagi pengalaman dalam bidang perniagaan.

Kenaf komoditi serbaguna

Imej
Mesin menuai kenaf memotong tumbuhan tersebut bagi mendapatkan biji benih dan serat tumbuhan itu di Ladang Biji Benih Kenaf di Kampung Pering, Kodiang.
Kenaf adalah pokok yang ditanam untuk menghasilkan serat,yang mempunyai potensi besar dalam aplikasi komersial pelbagai industri.


Dalam hubungan ini, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah dipertanggungjawab untuk menerokai potensi tumbuhan itu sebagai komoditi eksport baru Malaysia.


Pada 2008, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan kenaf akan menjadi sumber tanaman baru kepada penduduk luar bandar khususnya di kawasan tanah Beris yang sesuai dengan tanaman itu.


LKTN yang dipertanggungjawabkan bagi menjadikan kenaf sebagai tanaman utama petani selain tembakau, kini mengorak langkah bagi merealisasikan matlamat itu.


Pengerusi LKTN, Datuk Ismail Kassim ketika membawa wartawan ke Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf Beseri baru-baru ini, berkata, matlamat lembaga itu ialah mengkomersialkan kenaf sehingga ke peringka…