Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Tinggal laut, ternak lembu

Imej
Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar ABDUL RAZAK LATIF antara lembu tenusu di ladang Agro DairyFarm milik P. Jagannatham.  TIDAK ramai yang sanggup meninggalkan pekerjaan tetap semata-mata untuk melakukan sesuatu yang berisiko yang belum tentu menjanjikan pulangan lumayan jika tidak disertai dengan kerja keras.
Namun bagi seorang pelaut dari Pahang, P. Jagannatham, tindakannya meninggalkan pekerjaan tetap untuk melakukan sesuatu yang baharu dalam hidupnya dianggap sebagai satu perjudian kerana pulangan yang bakal diperoleh masih samar. 
Dengan berbekalkan modal permulaan RM1 juta, dia mengambil keputusan berpindah dari Pahang ke Melaka untuk mencari peluang membuka ladang ternakan lembu.
Membawa bersama isteri dan tiga orang anaknya, bekas pelaut yang berusia 45 tahun itu mengusahakan sebidang tanah yang dijadikan ladang ternakan lembu di Alor Gajah pada tahun 2009.
"Pada permulaan, saya membeli 50 ekor lembu baka Friesian yang diimport dari negara jiran, Thailand dalam usaha me…

Hasil laut Pangkor

Imej
Pak su menunjukkan bungkusan ikan masin yang lebih cantik dan kemas khas untuk menarik minat pelancong.
Hasil laut Pulau Pangkor sudah semestinya bermakna dan istimewa bagi Rasdi Ibrahim yang membangunkan perusahaan berasaskan ikan untuk menaiktaraf ekonomi keluarga.
“DI sini (Pulau Pangkor) tidak ramai golongan muda yang berminat untuk mengusahakan produk ikan masin walaupun permintaan agak tinggi.
Mungkin kerana pekerjaannya yang agak leceh dan tidak popular seperti bekerja di bandar," katanya. Begitu kata Pak Su ketika ditemui pada sesi lawatan pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pangkor, Isa Farid Isa Anshori di kedai miliknya di Pulau Pangkor, Perak, baru-baru ini.
Jelas Pak Su, perusahaan ikan masin miliknya dimulakan sejak dua tahun lepas. Pada ketika itu dirinya tidak memiliki apa-apa dan hanya memikirkan untuk membuat ikan masin.
Namun katanya, apabila mula menjalankan perniagaan barulah beliau sedar bahawa perlu me…

Jersi terbaru MU dan Chelsea

Imej
Berita Baik!
Jersi Manchester United dan Chelsea bagi sesi 2012/2013 kini telah berada di pasaran. Didatangkan dengan pelbagai saiz. Gred ori dan dijamin kualiti fabrik yang baik.
Buat anda yang berminat, sila hubungi saya untuk membuat tempahan, ok?


MANCHESTER UNITED HOME HARGA : RM55 termasuk kos penghantaran


CHELSEA HOME HARGA : RM55 termasuk kos penghantaran
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi :
Firdaus : 017-708 7067

Peluang ceburi pertanian

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusancom.my Mayconsult berfungsi sebagai sebuah syarikat untuk membangunkan modal insan serta usahawan pertanian.
PELBAGAI usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan agensi yang terlibat untuk mengalakan masyarakat negara ini melibatkan diri dalam bidang pertanian.
Sehingga kini hanya segelintir sahaja yang benar-benar menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut seterusnya menggapai kejayaan.
Pertanian bukanlah suatu bidang yang baru di mana ia begitu sinonim dengan masyarakat di negara ini.
Namun , masih ada tanggapan negatif tentang pertanian terutama di kalangan belia yang wajar dikikis.
Menurut Pengarah Urusan, Malayan Agro Consult Sdn. Bhd. (Mayconsult), Zainal Abidin Yahya, untuk memupuk minat belia negara ini terhadap bidang pertanian sesuatu perlu dilakukan.
"Di sinilah Mayconsult berfungsi sebagai sebuah syarikat untuk membangunkan modal insan serta usahawan pertanian bukan sahaja di Malaysia malah juga ke peringkat global.
"Kit…

Dana RM500j untuk usahawan

Imej
Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
ekonomi@utusan.com.my Nor Mohamed Yakcob memberi penerangan pada sidang akhbar sempena kerjasama Teraju dan SME Bank sambil disaksikan Rahmat Bivi Yusoff (kiri) dan Husni Salleh di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA 6 Julai - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bekerjasama dengan SME Bank untuk menubuhkan Pembiayaan Teras, satu kemudahan pembiayaan dengan dana sebanyak RM500 juta.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembiayaan tersebut adalah untuk membantu pengembangan perniagaan syarikat bumiputera berprestasi tinggi di bawah program Teras.
" Peminjam untuk kegunaan modal kerja boleh meminjam dari jumlah RM1 juta sehingga RM10 juta, manakala bagi pembiayaan pembelian aset boleh meminjam sehingga RM20 juta," katanya semasa sidang akhbar mengumumkan kerjasama tersebut di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Eksekutif Teraju, Husni Saheh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Rahma…

Nilai strawberi

Imej
Syed Abd. Rahman Syed Abd. Rashid memetik strawberi di ladangnya sambil dibantu oleh salah seorang pekerja.
SIAPA yang tidak mengenali kawasan tanah tinggi Cameron Higlands, sejak mula kawasan tersebut ditemui dan diterokai oleh seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron pada tahun 1885.
Sehingga kini ia terus terkenal dengan produk sayur-sayuran, teh, bunga-bungaan serta buah-buahan iklim sederhana terutamanya strawberi.
Hal demikian kerana faktor iklim sederhana yang bersuhu antara 10 hingga 20 darjah celsius menjadikan Cameron Highlands amat sesuai dengan penanaman dan penghasilan buah tersebut.
Dianggarkan hampir 30 hektar kawasan penanaman strawberi telah dibangunkan dengan bilangan pekebun seramai 52 orang di sekitar pusat peranginan tersebut
Rata-rata pengeluaran strawberi di situ adalah dalam bentuk buah segar yang bernilai hampir RM60 juta hingga RM70 juta setahun.
Menurut Pengarah Urusan, Agriculture Products & Services Sdn. Bhd., Datuk Syed Abd. Rahman Syed Abd. Rashid, …