Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

3 Tabiat kewangan sihat

Imej
Oleh: Irfan Khairi
Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? 
Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!
1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu
Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan  kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!
Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingg…

Sistem terbaik biak baka Boer

Imej
Kambing dilepas bebas meragut bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa kepada ternakan sekali gus mampu mengurangkan kos pemakanan.
Biarpun pada asasnya ternakan kambing dilihat mudah, pengusaha berdepan dengan cabaran jika mereka tidak arif. Akibatnya peratus menghadapi kegagalan adalah tinggi. Fenomena itu berlaku di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Kabang, Papar, Sabah sebelum ini apabila projek ternakan kambing tidak menjadi.
Ternakan kambing baka Boer yang diusahakan oleh KPD sebelum itu mengalami kadar kematian yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus dan kadar pembiakan juga agak kurang.

Menyedari keadaan ternakan yang semakin teruk, KPD mengorak langkah bekerjasama dengan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi memulihkan projek tersebut.
Menurut Ketua Projek Technofund Kambing UPM-KPD, Profesor Dr. M. Zamri Saad, justeru, pada 2009, UPM bersama KPD menjalankan projek penyelidi…

8 blogger jutawan jana pendapatan melalui blog

Imej
Mahukan pendapatan bulanan mencecah jutaan dollar?
Apa yang anda perlukan hanya sebuah komputer dan internet saja!!!
Inilah yang berlaku pada zaman moden, dengan hanya duduk di rumah atau melepak di kedai kopi, anda boleh dapat pendapatan lumayan. Masih tidak bercaya? Di sini penulis senaraikan 8 blog yang telah menghasilkan pendapatan lumayan kepada pemiliknya.
1. BoingBoing Pemilik : Mark Frauenfelder Dilancarkan : January 2000 Pendapatan : 1 Milllion setahun Topik : Komik, Fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi Trafik : 22 juta paparan halaman dan 2.6 juta pengunjung unik Kemaskini : 20-40 post sehari dengan 4 penulis bayaran Sumber pendapatan : Iklan dengan Harga US $ 350 seminggu (butang kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion

2. ShoeMoney  Pemilik : Jeremy Schoemaker Dilancarkan : Oktober 2005 Pendapatan : $12,000 sebulan Topik : Make Money Online Trafik : 20,000 pengunjung unik sehari Sumber pendapatan : Produk sendiri, AuctionAds dan Adsense

3. talki…

Pulihara tuntung

Imej
DUA ekor tuntung dewasa dilepaskan pada Program Bersama Media NRE di Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
DAHULU, tuntung dilindungi di bawah Enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Negeri Kedah, Enakmen Negeri Perak dan Enakmen Negeri Terengganu.
Malah, melihat pada bahagian luaran sahaja, perbezaan kedua-duanya memang dapat dilihat dengan jelas.
Populasi tuntung di Malaysia sebenarnya banyak terdapat di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut legenda Melayu di Kedah, Sultan telah menerima hadiah beberapa ekor tuntung selepas mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera pada pertengahan kurun ke-17.
Sejak itu, telur tuntung telah dijadikan sebahagian daripada sajian santapan diraja di istana. Pada penghujung abad ke-19 pula, penduduk-penduduk kampung sekitar Kedah telah menganjurkan Pesta Telur Tuntung yang mana mereka akan membaling telur berkenaan ke arah satu sama lain.
Hari ini, tuntung semakin dianca…