Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Kembangkan industri sarang burung walet

Imej

Cara start bisnes dari zero

Imej
Sy dapat PM dari hamba allah yang ada masalah, dan tanya camna nak start bisnes dari zero.

Ini jawapan ringkas saya.

Nak dikongsi pada yang lain - semoga membantu.

Ia bukan jawapan mutlak. Ia jawapan yang "jadi" bagi saya, dan mungkin segelintir orang lain. Tiada betul, dan tiada salah. Cuma kongsi pengalaman.

--------

salam. tq kerana sudi kongsi cerita.

macam ni..
saya pun tak pasti tahap kewangan brader camna...
tapi yang sy khuatir, kalau brader tiada modal utk DVD..bagaimana pula modal untuk beli stok produk, pemasaran, dan lain-lain?

Jadi sy anggap je brader memang kekurangan modal sangat2. Kalau saya silap, mohon maaf.

1st, brader kena fokus nak buat apa. Dalam 1 PM ringkas ni, sy dah dengar golf, avon, cosway, kerongsang. Membuatkan saya rasa brader ni belum pasti nak buat apa.

1st step - decide. Buat keputusan nak buat apa. Yang sy syorkan apa2 produk atau service dalam industri berikut:


1) Kecantikan atau kesihatan - termasuk kosmetik, vitamin, ubat-ubatan

2) Kewangan - unit tr…

Bagaimana meraih dana untuk membiayai perniagaan?

Imej
PENULIS merupakan Ketua Perbankan Perniagaan & Pembangunan Bumiputera, OCBC Al-Amin Bank Berhad. SEBELUM ini, ruangan ini telah menerangkan kepetingan seseorang usahawan untuk menyediakan kertas cadangan yang mantap bagi mendapatkan pembiayaan daripada bank.
Minggu ini, mari kita lihat apakah faktor penting yang dinilai oleh bank dalam kertas cadangan yang dikemukakan untuk pembiayaan perniagaan.
Pertama sekali, usahawan perlu:-
* "Memperkenalkan diri" kepada bank dengan menyediakan profil ringkas tentang jenis perniagaan usahawan, termasuk memberikan keterangan tentang produk, perkhidmatan dan teknologi yang akan digunakan dan juga sejarah ringkas perusahaan tersebut.
* Penerangan mengapa anda memerlukan pembiayaan, dan pada masa yang sama membolehkan bank mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis perniagaan yang diusahakan oleh usahawan terbabit.
Ia adalah sebahagian daripada proses bank untuk membuat keputusan sama ada untuk memberikan pembiayaan atau tidak.
* Selain …

Jual emas untuk teruskan hidup

Imej
SEORANG lelaki tempatan berjalan melewati sebuah kedai emas di Damsyik.
DI SEBUAH kedai barang kemas Damsyik, seorang pelanggan ternganga mulut apabila mendengar harga yang ditawar untuk sebentuk cincin emas miliknya hanya bernilai AS$100 (RM306). "Tidak boleh dapatkan harga yang lebih baik?" dia bertanya dengan malu-malu sebelum menerima perjanjian itu. Hampir 20 bulan konflik berterusan, ramai penduduk Syria kini terpaksa berhempas-pulas mencari sumber kewangan. Ramai yang terpaksa menjual barang-kemas yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Bagi mereka yang hilang mata pencarian akibat daripada penutupan atau pemusnahan tempat kerja, menjual emas ialah keputusan yang terpaksa dibuat dan satu-satunya pilihan yang ada demi mengisi perut ahli keluarga yang lain. Bagi golongan kaya, logam berharga itu merupakan benteng pertahanan terhadap kejatuhan pound Syria. Dibuang kerja Menurut anggota Dewan Perdagangan Damsyik, Sonia Khanji, 30 peratus daripada perusahaan kecil dan …

Siapakah usahawan?

Imej
Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang ses…

Berniaga tanpa modal

Imej
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID Latif Kachong (dua dari kiri) dan Hanizah Zainudin (tengah) ketika memperkatakan mengenai Program Keusahawanan Niaga D'or, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MELIBATKAN diri dalam dunia perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Ini kerana selain modal, ilmu pengetahuan serta kekuatan mental merupakan aspek penting yang perlu ada apabila hendak memulakan sesuatu perniagaan.
Hari ini sekiranya mana-mana individu tidak memiliki modal ataupun kemahiran dalam bidang perniagaan tetapi berminat untuk menjadi seorang usahawan, mungkin boleh menyertai Program Keusahawanan Rangkaian Niaga D'or.
Dalam program ini, para peserta bukan sahaja akan diberikan modal untuk memulakan perniagaan tetapi juga akan diberikan latihan untuk memantapkan lagi kemahiran perniagaan yang dipilih.
Bagaimanapun, melalui program ini, perniagaan berkonsepkan kraf serta emas sahaja yang dibenarkan kerana ia merupakan program kerjasama antara Kope…

Silverlake

Imej
Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah.zainon@utusan.com.my Sebuah ladang anggur di Silverlake berlatarbelakangkan bukit.
MENJEJAKKAN kaki ke ladang anggur seluas 500 ekar ini, bagaikan berada di sebuah taman fantasi ala Belanda. Ia begitu mendamaikan.

Bukan sahaja bau harum bunga-bungaan menggoda jiwa dan perasaan tetapi kehijauan alam semula jadi di sekitar Silverlake membuatkan hati benar-benar terpaut.

Buat seketika, lupakan sebentar cuaca panas di Thailand yang mencecah sehingga 42 darjah Celcius. Ini kerana suasana romantis yang menyerap di segenap sudut ladang anggur ini, dapat dirasai.

Silverlake menjadi sebuah taman anggur yang begitu indah sekali hingga menjadi tarikan utama pelancong di Pattaya.

Menariknya, jika dilihat di sekeliling ladang anggur ini, ia bagaikan satu taman tema yang diwujudkan khusus untuk penggambaran filem.

Ini tidak mustahil kerana Silverlake dibuka atas inisiatif seorang pelakon ternama negara gajah putih itu, Supansa Nuangphirom, yang cukup gah sekitar tahun 1980-a…

Burung emu diternak di India

Imej
SEORANG pekerja membuka pintu ladang burung emu di Kampung Vasna-Rathod, 40 kilometer dari Ahmedabad, India pada Khamis lalu.

NEW DELHI - Terdapat lebih 1,500 ladang burung emu di India.Burung itu diternak kerana daging haiwan tersebut mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia boleh dijual untuk memperoleh pendapatan.
Lemak haiwan emu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak untuk pembuatan alat solek dan dijadikan diet tambahan.
Bulu haiwan tersebut juga boleh digunakan untuk membuat kasut dan dompet.
Haiwan yang berasal dari Australia itu tidak boleh terbang dan ia kelihatan seperti burung unta. - Agensi

Tahfiz, usahawan ternakan berjaya

Imej
Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini.
Meskipun baru menginjak usia 27 tahun, Sallehuddin berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik bagaikan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut.

Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan.

Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya.

Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005.

Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini berkata, biarpun mengambil alih perniagaan orang tua sejak tahun 1986, dia hanya mewarisi sebuah kandang yang kosong.

“Memang bapa memelihara lembu sebelum itu. namun sejak a…