Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Hasilan rumpai laut

Imej
oleh LAUPA JUNUS Penduduk luar bandar antara yang mendapat manfaat daripada projek pengkulturan rumpai laut.
Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru yang sedang dimajukan untuk memberi pendapatan kepada nelayan khususnya di Sabah.

Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) projek rumpai laut merupakan sebahagian daripada pembangunan industri akuakultur selain udang laut sebanyak 21 peratus, ikan laut (tujuh peratus), kerang-kerangan (50 peratus), lain-lain sebanyak satu peratus.

Industri rumpai laut disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau peratusan sumbangan sebanyak 21 peratus.

Memandangkan industri rumpai laut dilihat sebagai satu sumber ekonomi yang boleh membantu nelayan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut.

Spesies utama yang dikultur ialah Eucheuma, iaitu sejenis spesies rumpai laut liar yang banyak terdapat di negeri Sabah.

Dua spesies …

One pound fish

Imej

Rahsia tersembunyi para jutawan

Imej
Ini rahsia tersembunyi para jutawan. Untuk menjadi jutawan, satu daripada alternatif yang terbukti berkesan adalah mempunyai sebuah perniagaan. Untuk mempunyai perniagaan yang luar biasa, penting untuk kita memiliki gaya fikir (mindset) yang bakal saya kongsikan. Ia boleh mengubah perspektif anda 360 darjah terhadap dunia perniagaan. Malah ini juga rahsia yang saya kongsikan kepada ramai orang di luar sana. Dengan rahsia tersembunyi ini, jumlah jualan mereka meningkat 10 kali ganda. Sudah bersiap sedia untuk tahu rahsia tersembunyi itu? Rahsianya adalah... =================== Obses Terhadap Masalah =================== Prinsip perniagaan sehingga kiamat adalah sama dan tidak akan berubah. Perniagaan adalah: "Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasaran tertentu, dengan mengenakan caj-caj yang tertentu." Saudara, kita sebagai peniaga sebenarnya melakukan satu tugas murni. Apabila kita berniaga, kita sebenarnya sedang menyelesaikan masalah orang ramai. Oleh yang demikian, tanya diri anda h…

Pilihan tudung di hujung jari

Imej
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SAFIYANA SALIM
Ainil Hawa Sazali selesa mengayakan tudung rekaannya sendiri.  TIDAK perlu bersusah payah pergi ke butik atau pasar raya untuk mendapatkan tudung pilihan kerana semuanya kini di hujung jari. 
Bayangkan sambil berehat di rumah, anda sudah boleh membuat pembelian tudung diingini dengan melayari kedai-kedai online melalui telefon pintar.
Antara butik dalam talian yang meriah pengikut di kalangan penggemar tudung ialah Qaira Hijab. 
Perniagaan tudung menerusi Internet ini diusahakan oleh Ainil Hawa Sazali, 27, yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti swasta di Selangor.
Sebagai butik dalam talian, Qaira Hijab ini telah beroperasi di laman sosial facebook dan blog qairashijab.blogspot.com sejak dua tahun lalu.
"Menariknya mengenai koleksi Qaira Hijab ini ialah tudung yang dijual mengikut cita rasa wanita moden pada masa kini serta sangat sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan umur.
"Selain itu mutu kain tudung yang berkualiti menye…

Koleksi Buku Novel Untuk Disewa

Imej
Saya menawarkan khidmat menyewa buku novel buat peminat novel hasil karangan penulis terkenal. Saya akan kemas kini senarai buku-buku novel yang berada dalam koleksi simpanan saya dari masa ke semasa. Khidmat ini ditwarkan buat anda yang berada di sekitar Pasir Gudang sahaja.CARA SEWA BUKU NOVELHarga sewa yg dikenakan ialah RM5 bagi sebuah buku untuk 1 minggu.
CARA NAK SEWA? MUDAH SAHAJA
1. SMSkan kepada saya tajuk buku, penulis dan alamat anda ke HP saya 013-726 2694 (Elly)
2. Saya akan reply balas mesej anda sama ada buku yg anda mahu available atau sedang disewa..
3. Sekiranya buku itu available saya akan bagi no akaun dan jumlah yang perlu dibayar..
4. Selepas menerima bayaran, kita boleh berjumpa di rumah saya atau kawasan yang berhampiran Pasir Gudang.
5. Tempoh sewa maksimum adalah 2 minggu dan anda hendaklah memulangkan buku itu kepada saya dengan selamatnya dalam tempoh itu..
Senangkan? So tunggu apa lagi...Jom sama2 kita membaca......

Nori usahawan magnet

Imej
Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar MOHD NAJIB
Nori Anwar menunjukkan pelbagai bentuk fridge magnet yang dihasilkannya.
KEPUTUSAN Nori Anwar, 38, berhenti kerja bagi menjaga ibu tercinta tidak pernah dikesali, sebaliknya dia berbangga dengan tindakan itu
Malah langkah tersebut telah menemukannya dengan kerjaya baru iaitu sebagai usahawan.

Tambahan pula memang sejak dari awal beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk bekerja sendiri dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Kini bersama tiga rakan kongsi, Nori sudah boleh berbangga apabila produk Mymagneticmenu iaitu magnet hiasan peti sejuk yang berkonsep resipi masakan telah berkembang jauh dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Nori berkata, idea menghasilkan magnet hiasan berkonsepkan resipi masakan muncul ketika dia sedang tercari-cari satu produk yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai.

"Kebetulan kunjungan saya ke rumah kakak telah memberikan inspirasi untuk memulakan perniagaan Mymagnetikmenu.

"Kakak seorang pengump…

Jatuh bangun Haji 'Suco'

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Haji 'Suco' atau Ridzuan Mustapha menunjukkan air berkabonat yang telah siap dibungkus dan sedia untuk dihantar keapada pelanggan.
Biarpun berkali-kali tersungkur dalam bidang perniagaan namun ia tidak pernah mematahkan semangat Ridzuan Mustapha untuk meneruskan perniagaan air berkabonat yang diusahakan olehnya sejak belasan tahun lalu.

Masihkah anda ingat akan jenama Suco yang pernah hangat diperkatakan sekitar tahun 2000 dahulu?
Ia merupakan jenama air berkabonat buatan bumiputera sepenuhnya, namun kini pengusahanya kembali bertatih-tatih untuk berniaga setelah beberapa kali kecundang.

Semuanya bermula pada tahun 1997, apabila pada ketika itu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperkenalkan kursus membuat air berkabonat di kalangan anak tempatan.

Salah seorang peserta yang benar- benar tertarik serta yakin bahawa produk tersebut boleh dikomersialkan secara besar-besaran adalah Ridzuan sendiri.

Bermula saat itu, dia b…

Pulangan lumayan industri buluh

Imej
Abd Razak Othman menunjukan produk berasaskan buluh di pejabatnya di FRIM Kepong, Selangor.
Ramai daripada kita tahu mengenai pokok buluh, tetapi hanya sebilangan kecil yang mengetahui pokok tersebut terdiri daripada pelbagai spesies.

Spesies-spesies buluh boleh dikenal pasti menerusi beberapa ciri yang ada seperti rebung, warna dan struktur batang, dahan dan seluangnya.

Kita hanya mengenali buluh kerana kegunaannya secara tradisional seperti membuat lemang dan meriam buluh selain pokok hiasan dan ini bergantung kepada spesies buluh.

Terdapat dua sebab kenapa buluh diperlukan iaitu untuk batangnya dan kedua, penghasilan rebung.

Ramai juga tidak mengetahui bahawa buluh tergolong di dalam keluarga rumput yang mempunyai kadar pertumbuhan agak pantas.

Bagaimanapun, sumber tanaman buluh di negara ini dilaporkan menghadapi masalah jika diusahakan secara pengkomersialan kerana sumber bahan mentah agak terhad.

Kekurangan sumber bahan mentah yang berterusan dan berkualiti menjadi masalah utama dalam…

Muslim Best tawar piza vitato untuk kekal sihat

Imej
KAKITANGAN Muslim Best Food Industries, Siti Rohani Zainal menunjukkan produk makanan piza keluaran syarikat Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd; di Tapak Pameran MARDI, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 Serdang, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Muslim Best Marketing (M) Sdn. Bhd. (Muslim Best) melalui rangkaian produk makanan sejuk bekunya menawarkan satu lagi menu baharu kepada para pelanggan yang mementingkan penjagaan kesihatan berikutan kesibukan bekerja seharian.

Pengurus francais dan promosinya, Umi Kalsom Salleh berkata, Piza De Fruits De Mer Seafood tersebut bukan sahaja lazat serta padat dengan inti malah lebih berkhasiat berbanding piza sejuk beku lain yang berada di pasaran.

"Penggunaan 30 peratus campuran ubi keledek vitato dalam adunan, doh kaya dengan bahan antioksidan seperti B-karotena (memberi warna oren) yang ditukar menjadi vitamin A di dalam badan," katanya ketika ditemui di Pavilion Negeri Kela…