Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Daun belalai gajah

Imej
Pengguna Belalai Gajah mendengar taklimat daripada Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron, (tiga dari kiri), ketika melawat Ladang Belalai Gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
ARTIKEL mengenai khasiat daun belalai gajah yang diterbitkan oleh ruangan ini pada 12 November tahun lalu mengundang reaksi di kalangan para pengguna daun herba itu.
Mereka tampil mahu berkongsi pengalaman masing-masing dengan harapan ia akan membantu ramai lagi orang yang mengalami penyakit yang kadang kala sukar untuk sembuh.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersum…

Kebebasan kewangan

Imej

Tip kewangan daripada Warren Buffett

Imej

Usahawan tomato tanah tinggi

Imej
SISTEM struktur pelindung hujan digunakan bagi melindungi tanaman daripada kadar air yang berlebihan dan terik matahari.
PERMINTAAN tinggi terhadap bekalan sayur-sayuran di seluruh negara telah menggerakkan Jabatan Pertanian untuk mewujudkan satu kawasan khas untuk pengeluaran makanan.

Untuk tujuan tersebut, pada tahun 1998, satu skim khas telah diwujudkan di mana 10 peserta telah dipilih untuk mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

Kini, hanya seorang peserta yang tinggal dan masih bertahan serta berjaya menjadi peladang contoh.

Beliau adalah Mohd. Al Edi Mohd. Jaafar, 33, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bercerita pada peringkat awal pembabitannya sebagai peserta di Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Jabatan Pertanian segala amat perit.

Ujar Mohd. Al Edi, kehidupan pada awal penerokaan kawasan TKPM hanyalah cukup-cukup makan.

“Pada ketika itu kami bagaikan buruh kasar bekerja membanting tulang dan hanya dibekalkan dengan keperluan makanan asas seperti beras dan sardin.

Malah, ka…

1001 macam khazanah stevia

Imej
Produk berasaskan stevia kini banyak terdapat di pasaran. - Gambar hiasan
KENYATAAN Kementerian Kesihatan pada 2011 menyebut bahawa pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes.

Keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ( NHMS) 2011 pula menunjukkan bilangan tersebut telah mencapai lebih tiga juta rakyat Malaysia, hanya dalam tempoh lima tahun sahaja.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang lebih merisaukan kementerian ialah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, iaitu kira-kira dua juta individu dewasa. 

Secara tidak langsung ia menyumbang kepada peningkatan peratus mereka menghidap penyakit ini di negara ini."

Tahukah anda terdapat pemanis alternatif kepada gula yang paling selamat dan tidak bertoksid.

Malah pemanis alternatif ini bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga dapat membantu mengawal kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
Stevia …

Pemanis untuk kesihatan

Imej
Baharudin Jumani menunjukkan pokok stevia yang ditanam oleh beliau untuk tujuan kajian dan pengembangan (R&D).
Maka, ia dianggap makanan ‘terlarang’, terutama bagi pesakit kencing manis kerana kesukaran mengawal paras gula dalam darah.

Stevia pula merupakan bahan pemanis yang tidak mengandungi kalori dan karbohidrat, sesuai untuk kesihatan terutama bagi pesakit kencing manis dan untuk mengawal berat badan.

Menurut pegawai penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Baharuddin Jumani, stevia merupakan tumbuhan yang unik dan kini sedang ditanam dengan meluas di Malaysia.

Biarpun begitu, pokok stevia tidak mampu bertahan lama jika proses penjagaannya tidak dilakukan dengan betul dan teliti.

“Pokok stevia sebagai mana yang kita ketahui bukan berasal dari Malaysia, justeru ia memerlukan kadar sinaran matahari yang lebih panjang.

“Kebiasaannya, pokok stevia yang ditanam di negara ini lebih cepat mengeluarkan bunga akibat kekurangan sinaran cahaya matahari dan situasi berkenaan akan mengakiba…

Bilionair cadang bina penempatan di Marikh

Imej
IMEJ yang dirakamkan kenderaan robotik Curiosity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan sebuah kawasan di Marikh pada 23 Ogos tahun lalu.
NEW YORK - Bilionair yang merupakan pengasas sistem pembayaran internet, PayPal merancang membina penempatan masa depan di planet Marikh untuk beribu-ribu penjelajah angkasa lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.
Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.
"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA …

Siraj kongsi rezeki

Imej
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
SOKONG...Jamilah sentiasa menyokong apa juga dilakukan Siraj.  KETIKA berkunjung ke rumah pemilik Siraj’s Chocolious Honey Cookies (Siraj’s ChoC), aroma segar dan enak biskut pelbagai perisa begitu membangkitkan selera. 
Ada yang masih di dalam ketuhar manakala selebihnya sudah dibungkus dan dimasukkan di dalam balang untuk dihantar ke kedai.
Semua dilakukan seorang pekerja, daripada tugas membuat adunan biskut, membakar sehingga menyusun di dalam bekas. Di ruang tamu, seorang remaja berusia 14 tahun sedang asyik melukis menggunakan komputer riba. 
Begitu leka sekali membuat setiap lakaran namun sekali sekala dia beralih ke dapur untuk melihat perkembangan tempahan biskut yang disiapkan pekerjanya.
Melihat fizikal dan personalitinya yang pemalu, tentu ramai tidak menyangka dalam usia muda dia sudah memiliki perniagaan sendiri. Malah dalam tempoh dua tahun, Ahmad Sirajuddin Ahmad Fakhri sudah mampu menggaji seorang pekerja untuk…

Tips untuk memulakan bisnes tahun 2013

1. Bina keikhlasan dan akhlak yang mulia dalam diri.

2. Tetapkan matlamat, misi dan visi perniagaan (konsep niat).

3. Utamakan perniagaan yang benar-benar diperlukan oleh pengguna. Jangan sesekali membuatkan orang lain menggunakan barangan/perkhidmatan yang tidak perlu atau terpaksa melakukannya kerana dipujuk oleh anda. Tanamkan konsep ‘menolong sambil menjana untung’.

4. Senaraikan bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.

5. Dapatkan khidmat nasihat serta menimba pengalaman daripada individu yang berjaya, peniaga yang pernah muflis dan syarikat, yayasan atau jabatan kerajaan seperti MARA, FELDA, dan sebagainya.

6. Mulakan perniagaan dalam bidang yang anda tahu. Gunakan bakat, minat, ilmu dan kemahiran anda sebaiknya. Luaskan skop ilmu, kemahiran dan horizon pemikiran anda. Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

7. Jika anda bekerja, janga…