Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Ternak lobster

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my SAIZ anak udang karang yang mula diternak.
UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal.
Kebiasaannya hidupan laut tersebut diperoleh daripada habitat liarnya. Namun, akibat tekstur isinya yang sedap dan hidangannya menjadi simbol kekayaan seseorang menjadikan permintaan terhadapnya meningkat saban tahun.
Oleh itu, bilangan udang karang di habitat liarnya dikatakan semakin merosot apabila jumlah tangkapan yang diperoleh oleh nelayan saban hari semakin berkurangan.
Menyedari fenomena tersebut, seorang penternak hidupan laut di Semporna, Sabah, Shamsudin Pua memulakan penternakan udang karang bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.
Ujarnya, pendekatan tersebut diambil berikutan kesukaran nelayan untuk memperolehi tangkapan udang karang yang memuaskan kini.
Tambahnya lagi, idea untuk menternak udang karang itu juga timbul daripada minat yang mendalam terhadap hidupan laut tersebut.
Shamsud…

Ceburi bidang keusahawanan

Imej
Susunan ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my Penganjuran kursus pemprosesan makanan memberi peluang golongan muda menceburi bidang keusahawanan.
SEBAGAI sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan Jabatan Pertanian kini sedang membuka peluang kepada semua belia dan beliawanis untuk menyertai Kursus Keusahawanan Kemahiran.

Kursus yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 2002 adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang mempunyai kemahiran teknikal dan keusahawanan serta berupaya menguruskan perusahaan makanan berasaskan pertanian secara serius.

Ia juga bagi memenuhi permintaan makanan berproses yang semakin meningkat dewasa ini.

Merujuk kepada kenyataan Jabatan Pertanian, sehingga 2012, seramai 596 peserta telah dilatih dan berjaya menamatkan kursus tersebut.

Antara objektif Kursus Keusahawanan Kemahiran diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pemprosesan produk-pro…

Teknologi GM

Imej
Tanaman yang menggunakan teknologi GM bukan sahaja meningkatkan hasil malah khasiat pemakanan, rasa, kualiti dan daya tahan terhadap penyakit dapat diperkasakan.
SEPERTI rakan sejawatan mereka di negara maju, penyelidik tempatan percaya Teknologi pengubahsuaian genetik (GM) mampu meningkatkan pengeluaran makanan di Malaysia pada masa akan datang.
Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan hasil dan khasiat pemakanan, tetapi juga menambah baik rasa serta kualiti dan memperkasa daya tahan terhadap penyakit serta musuh, yang sekali gus dapat mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan racun herba.
Malaysia melakar kejayaan besar dalam tanaman GM apabila tanaman pengubahsuaian genetik pertamanya akan menghijaukan kebun atau ladang di negara ini dalam tempoh enam hingga lapan tahun akan datang.
Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran melalui penggunaan kadar sumber yang lebih rendah, tetapi juga dapat mengatasi pelbagai isu berkaitan khasiat pemakanan dan kesihatan yang…

Gangnam Style Clip

Imej

Tanpa pendidikan tinggi mampu jadi tauke bilis

Imej
oleh LAUPA JUNUS IkAN bilis yang tidak berkualiti diproses menjadi budu.
RAMAI penggemar ikan bilis mengetahui di mana mereka boleh mendapatkan hasilan laut itu yang sedap dan mungkin pada harga murah.

Antaranya, hasilan laut itu banyak didapati di Tawau dan di Daerah Kunak Sabah yang diusahakan penduduk di situ menerusi projek kelong atau lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai bagang.

Satu lagi destinasi menarik ialah di Pulau Pangkor, Perak yang menjadi pengeluar ikan bilis mata biru yang dianggap terbaik di rantau ini.

Tapi jangan lupa, Kampung Fikri di Setiu Terengganu juga menawarkan ikan bilis kering yang tidak kurang popular di pantai Timur.

Bilis Setiu meskipun masih belum dikenali sehebat Pulau Pangkor dan Tawau, tapi hasilan laut yang yang begitu sedap dan ramai penggemarnya boleh menjadi saingan kepada jenama sedia ada ketika ini.

Di situ, seorang pengeluar bilis begitu dikenali oleh penduduk tempatan ialah Omar Ismail, 53, yang juga bapa kepada bekas pemain bola…

Kelebihan menjadi Perunding Unit Amanah

Imej
Dengan menjadi seorang perunding unit amanah: 1. Anda Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner) Tiada siapa yang boleh menghalang anda membina kumpulan dan membangunkan perniagaan anda dengan strategi perniagaan anda sendiri.2. Anda Menentukan Gaji Anda Sendiri Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan anda sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan.3. Anda Mempunyai Waktu Kerja Yang Anjal (Flexible) Anda tidak terikat dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi – 5 petang. Anda boleh menentukan waktu perniagaan anda sendiri dan bila anda nak bercuti/rehat. Anda tidak perlu risau tentang ‘punch card’, permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa.4. Anda Boleh Mula dengan Modal Permulaan Rendah Anda hanya perlu modal di antara RM200 – RM250 sahaja untuk menjadi konsultan unit amanah, dengan pot…

Bangunkan projek guna BMO

Imej
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
Gambar NASIRRUDDIN YAZID Zainal Ayub menunjukkan penyakit batang reput pada pokok buah naga yang ditanamnya di Kampung Parit Kudus Pontian Johor.
PENGGUNAAN teknologi mikroorganisma berfaedah (BMO) atau mikroorganisma baik (EM) dalam pertanian sememangnya bukan sesuatu yang baru kerana ia sudah mula diperkenalkan di negara in sejak lewat 90-an.

Namun penggunaan teknologi BMO yang dihasilkan oleh seorang profesor dari Universiti Ryukyus, Okinawa Jepun, Dr. Teruo Higa secara berleluasa di negara ini hanya bermula sekitar pertengahan tahun 2000.

BMO adalah campuran mikroorganisma berfaedah terdiri daripada bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, aktinomaiset dan fungi (kulat) penapaian yang menjanjikan kebaikan kepada tanaman berbanding ditanam secara konvensional.

Antara ciri kebaikan teknologi tersebut ialah menggalakkan pertumbuhan pembesaran, penghasilan dan kemasakan buah.

Teknologi baja seumpama itu juga mampu meningkatkan kapasiti…