Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Nelayan jadi tauke

Imej
Tuan kechik membantu pekerja memilih dan membersihkan ikan.
BERMULA kecil-kecilan, Tuan Kechik, 67, pada mulanya hanyalah nelayan sejak remaja yang mengail ikan sebagai mata pencarian.

Dia maju setapak apabila menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pemborong ikan segar jenis tenggiri, parang dan pari dengan berkongsi perniagaan bersama rakan pada tahun 1978.

Melihat kepada potensi ‘kerjaya’ baru itu, mereka membeli bot pukat jerut tetapi menghadapi masalah selepas tiga tahun beroperasi sehingga memaksanya menjual bot berkenaan.

Tuan Kechik bagaimanapun tidak mati akal dengan kegagalan tersebut, sebaliknya menggunakan wang hasil jualan bot untuk memulakan perniagaan sendiri.

Kepayahan hidup menjadi pendorong untuk mengubah nasib dengan berpegang prinsip rezeki secupak boleh dijadikan segantang, satu wacana hidup yang biasa dijadikan panduan.

Mungkin fasa hidupnya yang lebih baik bermula di peringkat ini selepas dia melihat ada potensi untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

Bagaimanapun…

Langkah pembelian Jeruk Madu Pak Ali

Imej
CARA PEMBELIAN - MUDAH!


1. Pilih mana-mana jenis jeruk yang anda mahu, satu jenis, 2 jenis, atau campur-campur.

Minimum pembelian 500g ke atas.
Contoh : mangga sala 500g / mangga kuning 200g + betik 300g / sengkuang 100g + kedondong 400g
2. Buat bayaran secara online banking / transfer / cash deposit ke akaun berikut :

NO. AKAUN MAYBANK :15107-11-54686 NAMA : Ellyusnita binti Yusoff
3. Hantarkan maklumat bayaran DAN maklumat nama, alamat anda ke emel : ellyusnita@yahoo.com  ATAU sms ke No.Phone : 013 726 2694
4. Selepas maklumat anda diterima, barang akan terus dihantar ke alamat anda pada hari yang sama (selagi stok masih ada) menggunakan Pos Laju ATAU Kurier. 

ATAU boleh juga cash on delivery jika area Pasir Gudang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan sekitarnya sahaja - deposit 50% dahulu, 50% lagi bila kita jumpa. Jika guna Pos Laju, saya akan simpan track no. sebagai bukti penghantaran. Anda boleh request dengan emel atau sms saya. Terima kasih. :)




SENARAI HARGA:
1 balang = 250g/RM7 (tidak…

Penghantaran dan pembungkusan Jeruk Madu Pak Ali

Imej
PENGHANTARAN & PEMBUNGKUSAN
1. Penghantaran melalui Pos Laju dalam kotak, kurier atau cash on delivery di kawasan Pasir gudang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan sekitarnya sahaja - deposit 50% dahulu, 50% lagi bila kita jumpa. 
Jika melalui Pos Laju saya akan simpan track no. sebagai bukti penghantaran, boleh request pada saya dengan emel : ellyusnita@yahoo.com ATAU sms no.phone : 013 726 2694 (Elly)
2. Pembungkusan adalah dalam 500gm ke atas. Jika 10kg ke atas pembungkusan dalam tong. Contoh pembungkusan :

Arowana emas berenang di BS Arowana Group

Imej
Kami di BS Arowana Group merupakan antara pengusaha ikan arowana bumiputra yang terbesar di Perak khasnya dan Malaysia amnya. 
Lokasi perusahaan kami terletak di Simpang 4 Semanggol, Perak iaitu 3 km dari Bukit Merah Lake Town yang terkenal.
Buat masa ini pihak syarikat memiliki 22 buah kolam yang menempatkan ikan termahal di dunia iaitu Malaysian Gold Arowana dan Highback Quality Arowana.
Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan mahupun ingin datang sendiri melihat kehebatan emas hidup ini berenang dan mungkin bakal menjadi milik anda sebagai koleksi kelak.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En. Zawawi Mohd Arif di talian 019 2611708 dan juga Uncle Mahmud di talian 019 214 8612 - Seksyen 8 Shah Alam. 
Sila layari blog kami http://arofrenzy.blogspot.com/
Ini kerana motto kami ialah "Harga Murah, Kualiti Baik"

Kolagen rahsia awet muda?

Imej
Rumpai laut yang dikatakan sumber kolagen tekini.
Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Zhafri Suhardi
KULIT gebu dan tegang, hidung mancung dan pipi yang montok menjadi impian kebanyakan sebahagian wanita. 

Kemudian, tanya pula pada mereka tentang kecantikan, semestinya jawapan yang diberi mereka ingin memiliki wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut.

Tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia kulit semakin kurang anja, kering dan kusam.

Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk mengekalkan awet muda dan keserian wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya adalah kolagen.

Keberkesanan kolagen dari segi kesihatan juga terbukti dari kajian yang menunjukkan orang Okinawa, Jepun adalah antara manusia yang paling ramai memp…

Kaedah penanaman rumpai laut

Imej
Kaedah penanaman Rumpai Laut yang diusahakan di Sabah.CARA-CARA PENANAMAN DAN KAWASAN PENANAMAN.DI SABAH.

Khasiat rumpai laut

Imej
Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuhMenguatkan tulang dan sendiMeningkatkan sel rawan dan ototMerawat penyakit gautMencegah kanserMenurunkan tekanan darah tinggiMerawat gastrikAnti bakteria / kulatMerawat AnemiaMenurunkan kolestrol dalam tubuhMenyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh)Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)Mempercepatkan penyembuhan lukaMenstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebasMemberi Kekenyangan(diet)Melancarkan sistem metabolisme tubuhMemulihara usus kecil (sembelit)

Kebaikan Rumpai Laut

Imej
Organik Sarang Burung Laut ini mengandungi nutrien yang sangat tinggi untuk keperluan harian.

Ia mengandungi Karbohidrat, Protein, Enzim hidup, Vitamin-vitamin, Zat Besi, Kollegen, Phosphorus, Pattasium, Kalsium, Serat Tinggi dan 64 Mineral semulajadi.

Organik Sarang Burung Laut ini juga amat berkhasiat kepada golongan kanak-kanak, wanita mengandung, wanita putus haid serta penggemar makanan vegetarian.

Organik Sarang Burung Laut tidak mengandungi apa jua bahan-bahan kimia, pengawet atau pewarna.

Rumpai Laut semula jadi yang amat tinggi khasiatnya

Imej
Pengenalan Rumpai Laut

Organik sarang burung laut amat dikenali oleh masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britain dan Amerika serta asia sejak ribuan tahun yang lalu. 

Sebelah barat ia dikenali Seaweed, Hawai ”Limu”, Britain “purple laver”. Di bahagian Asia Timur dipanggil Rumpai Laut yang amat tinggi khasiatnya hampir menyamai sarang burung layang-layang.

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan (Halal) semula jadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan daun. Sarang burung laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek ditembusi cahaya matahari.

Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih, tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.


Istilah rumpai digunakan pada flora ini, lebih tepat lagi ia diistilahkan sebagai sayur-sayuran. Sarang burung laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan (vegetarian & diet), perubatan, industri kecantikan dan industri lain.

*(Sarang burung laut ini di bungkus 100% semula …

'Gila' berniaga sukar dibendung

Imej
Oleh LAUPA JUNUS
Gambar MOHD AZIM ABDUL RAHMAN Muhamad Yusof menyusun produk makanan keluaran syarikatnya di kilang mereka di Tumpat, Kelantan.
TERDAPAT banyak faktor kenapa Muhamad Yusof, 54, menceburi bidang perniagaan pemprosesan makanan yang beroperasi di Tumpat, Kelantan.

Satu daripadanya kerana minat berniaga sudah tertanam dalam jiwanya sejak 1980-an dan juga kerap menyertai kursus bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai penyelia ketika bersama Jabatan Pertanian, lama-kelamaan membutirkan minatnya dalam perniagaan.

Menurut beliau, pembabitannya bermula pada 1986 secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya di Tendung, Pasir Mas, Kelantan dan pada masa sama masih menyertai kursus anjuran MARDI.

''Saya pilih bidang ini kerana pernah terlibat dengan banyak jenis perniagaan secara kecil-kecilan termasuk dalam jualan langsung selama enam bulan sejak awal 1980-an dan selepas itu berniaga alat besi seperti sabit, parang di pasar malam," uja…

Ilmu syarat kejayaan

Imej
Oleh LAUPA JUNUS
Gambar Mohd. AZIM ABDUL RAHMAN Sayed Mashor Sayed Ahmed melihat pemprosesan produk Syarikat Adillah Product Sdn. Bhd.
Jatuh bangun dalam perniagaan bukan perkara luar biasa bagi mereka yang menceburi bidang perniagaan.

Pengalaman sama dilalui oleh Syed Mansor Syed Ahmad, pengusaha industri makanan yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan.

Syed Mansor berada dalam dunia perniagaan sebagai usahawan bukan baru, malah beliau mula berjinak jinak sejak 1982 lagi meskipun secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu terlibat dalam perniagaan pakaian sebelum menghentikan operasi pada 1986.

Kegagalan tersebut bukan bermakna beliau melupakan terus dunia perniagaan khususnya keusahawanan memandangkan semangat untuk terus mencuba sentiasa ada.

Beliau membuka lembaran baru pada 1988 dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan nekad berkunjung ke Stesen MARDI Pasir Puteh Kelantan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai indus…