Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Reedha bongkar rahsia sarang burung

Imej
LIA ZALEE menunjukkan produk Reedha Collagen Sarang Burung Plus yang menjadi produk pertama dibawah label Reedha.

WALAUPUN sudah bergelar isteri dengan dua orang cahaya mata, bagi Lia Zalee Ahmad, 39, ia bukanlah alasan untuknya menoktahkan rutin penjagaan kecantikan dan kesihatan diri. Malah, kecintaannya terhadap dunia kecantikan dan kesihatan menyebabkan suri rumah itu akhirnya memulakan empayar perniagaan sendiri melalui produk Reedha. Menurut wanita itu, Reedha lahir melalui pembacaan serta penyelidikannya mengenai bahan kesihatan dan herba-herba Melayu. Berbeza dengan produk lain, Reedha menyatukan khasiat sarang burung walit, epal hijau, halia, maquiberry dan kacip fatimah untuk menghasilkan Reedha Collagen Sarang Burung Plus. "Saya memang banyak membuat bacaan mengenai pelbagai bahan kecantikan dan kesihatan sebelum ini. Selepas terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri, saya mencari beberapa pakar penyelidikan untuk membentangkan idea. "Saya nyatakan bahan-bahan yang s…

Pengurus jadi penternak lembu

Imej
Oleh RASHIDAH ABD RAHIM Pekerja Agro Dairy Farm memindahkan susu segar yang dihasilkan lembu susu di ladang tersebut ke dalam tong untuk dihantar ke Pusat Pengumpulan Susu (PPS).
TIGA tahun lepas, M. Jaganatham, bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat perkapalan bertaraf antarabangsa.

Bagaimanapun, atas minat yang mendalam terhadap sektor pertanian dan industri asas tani, Jaganatham, 45, mengambil keputusan meletak jawatan untuk mengusahakan ladang ternakan tenusu.

Juga atas dorongan dan galakan daripada isterinya, M. Letchumi, 40, Jaganatham membulatkan nekad dengan melabur RM1.0 juta sebagai modal permulaan membuka ladang ternakan seluas enam hektar dikenali Agro Dairyfarm Sdn Bhd di Kampung Baru Vinayagar, Gadek, Alor Gajah, Melaka.

Cabaran

Jaganatham, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata, sebanyak 50 ekor lembu jenis Friesian Thailand dibeli sebagai titik permulaan kepada perniagaan ternakan tenusu tersebut.

Pada peringkat awal, katanya, pelbagai masalah terpaksa ditempuh …

Tinggalkan kerjaya sebagai kontraktor

Imej
Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar RASHID MAHFOF
Harga runcit bagi sekilogram (kg) rock melon gred A antara RM6 hingga RM9, manakala harga ladang antara RM3.40 hingga RM3.60 sekilogram.
PENANAMAN menggunakan kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah perkara baru bagi golongan petani tempatan. Teknologi tersebut terbukti memberi anjakan baru kepada bidang pertanian dan mendapat sambutan memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain.

Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik berisi medium dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan.

Sesuai dengan namanya fertigation digabungkan dengan pengairan iaitu irrigation dan pembajaan iaitu fertilizer yang disalurkan serentak kepada tanaman khususnya yang bernilai tinggi seperti rock melon dan tomato.

Melihat fertigasi sebagai kaedah yang mampu memberi keuntungan Shahrom Tumiran, 43, bertekad mengambil risiko dan menc…

Jaminan jadi usahawan

Imej
Latihan amalan pertanian yang memenuhi piawaian dan kehendak pasaran.
PENGALAMAN lebih 17 tahun dalam latihan kemahiran terutama sektor pertanian telah memberikan inspirasi kepada Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGROW), Nordin Abdul Malek untuk menjayakan misi melahirkan usahawan tani generasi baru.

Kejayaan beliau melahirkan ramai usahawan tani muda di seluruh negara telah diperakui juga oleh banyak pihak sebagai satu anjakan berganda (quantum leaps).

Kini fokus beliau bukan sahaja mahu melahirkan usahawan baru tetapi pelan melonjakkan pencapaian usahawan tani muda kepada usahawan berpendapatan tinggi dan seterusnya bergelar jutawan.

Oleh itu, beliau telah menubuhkan sebuah pusat latihan pertanian yang dikenali sebagai iGROW.

Modul latihan dan amali iGROW berteraskan keusahawanan sepenuhnya bagi memastikan semua graduan yang dilahirkan bukan hanya berkebolehan dalam bidang teknikal pertanian tetapi juga akan benar-benar bersedia untuk terus menjadi usahawan sebaik sahaja tama…

7 Secrets of success

Imej
I found the answers in my room.

Roof said: Aim high
Fan said: Be cool
Clock said: Every minutes is precious
Mirror said: See the world
Calender said: Be up-to-date
Door said: Push hard to achieve your goals.

Resort latih individu berkuda

Imej
TETAMU dapat bermesra dengan kuda di Teratak Nalys. NAMANYA sudah cukup untuk menggambarkan betapa uniknya Batang Kali yang terletak di Selangor ini. Ibarat pekan transit, ia menjadi alternatif pengguna jalan raya yang ingin ke pusat peranginan Genting Highlands. Namun, tarikan utamanya kini ialah sebuah ladang sayur yang menghasilkan sehingga 50 tan metrik sayur-sayuran setiap hari. Berdasarkan kajian Jabatan Pertanian Selangor, sawi ditanam di kawasan ini merupakan yang terbaik di negara ini berikutan kualiti tumbesarannya yang disokong tanah subur. Sayur-sayuran seperti kangkung, timun, bayam dan kacang panjang pasti membuatkan pengguna berasa teruja untuk membelinya kerana saiz dan tahap kesegarannya. Namun sayur bukanlah satu-satunya tarikan yang ditawarkan di Batang Kali. Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian yang terletak di Jalan Hulu Tamu, Kampung Orang Asli menjanjikan pengalaman yang berbeza. Pengunjung bukan sahaja dapat bermesra dengan kuda yang jinak bahkan landskap alam se…

Sate dibakar atas dapur tanpa arang

Imej
Mohd Afiq Zulkifliafiq.zulkifli@kosmo.com.my TIADA kesan arang dan tidak mempunyai lemak merupakan keistimewaan Kiosk Satay Grill.
KALI pertama menikmati sate yang dibeli dari Kiosk Satay Grill, Muhamad Khafrizal Khalid, 17, mengakui dia dan keluarganya menyukai keenakan sate tersebut. Walaupun saiz sate itu sedikit kecil berbanding sate yang ada di pasaran, namun harganya berpatutan. Apatah lagi, sate itu hanya menggunakan paha ayam dan daging berkualiti yang menjadikan rasanya enak. "Sesekali saya membeli sate antara 40 hingga 50 cucuk untuk dibawa pulang makan bersama keluarga. Meskipun ia masih baharu, saya berharap pada masa hadapan, Kiosk Satay Grill mampu berkembang agar ia mudah didapati di tempat lain," kata Khafrizal yang tinggal di Beranang, Selangor. Anak kedua daripada empat beradik berpendapat, persembahan Kiosk Satay Grill yang menarik berjaya menarik perhatian pelanggan. Sambutan positif Sementara itu, seorang usahawan Kiosk Satay Grill, Akmal Amsyar Azmi, 18, mula …

Sedapnya lemang Kijal

Imej
DARI kiri: Harun dan Hanipah telah mengusahakan perniagaan lemang Kijal selama 13 tahun.
SEPANJANG perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu, mata disajikan pemandangan indah kampung-kampung. Perasaan semakin teruja sebaik melewati Cherating, Kuantan, Pahang dengan pintu gerbang Selamat Datang ke Terengganu menyambut kedatangan pengunjung. Selepas jauh berjalan, perut terasa lapar dan ‘meronta-ronta’ minta diisi. Pastinya makanan tempatan menjadi pilihan utama. Hendak merasa kelazatan keropok lekor Seberang Takir, perjalanan masih agak jauh dan paling hampir ialah Kemaman. Keunikan gastronomi Daerah tersebut juga mempunyai keunikan gastronomi yang perlu dicuba. Kedudukan Kemaman tidak jauh dari bandar Kuantan sekali gus ia menjadi lokasi sempurna bagi pemburuan makanan. Apabila memasuki kawasan Kijal yang terletak sebelum pekan Kemaman, anda pasti dapat melihat deretan gerai lemang di tepi jalan. Timbul persoalan, apakah istimewanya lemang di situ berbanding lemang di…

Peluang wanita asah bakat berniaga

Imej
SUASANA di rumah banglo di Seksyen 16, Petaling Jaya itu pada pertengahan Mac lalu berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Suara riuh-rendah yang diselangi dengan hilai tawa golongan wanita menggambarkan mereka bagaikan mengenali antara satu sama lain. Sambil rancak berbual, mereka sibuk menjalankan perniagaan menjual kain, kraf tangan, pakaian, aksesori dan wangian untuk lelaki mahupun wanita di dalam rumah banglo yang tersergam indah. Di bahagian patio rumah pula, pengunjung yang hadir asyik menjamu selera hidangan ala Barat seperti lasagna, ayam goreng dan pencuci mulut yang dijual. Senario itu merupakan situasi normal bagi penjual atau pengunjung di bazar yang dikenali sebagai Souq di Villa 16. Bazar itu menempatkan seramai 17 peniaga yang keseluruhannya terdiri daripada kaum Hawa. Walaupun keseluruhan peniaga terdiri daripada golongan wanita, namun masih ada kelibat lelaki yang memeriahkan bazar itu. "Saya meminati barangan kraf tangan yang dijual di sini. Corak d…

Pemuliharaan pokok nadir

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my Buah ciku (Manikara achras).
JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang.

Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui.

Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak.

Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan.

Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan.

Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengorak langkah mengumpu…

7 personaliti para blogger

Imej
Terdapat 7 jenis personaliti yang ditonjolkan oleh para blogger dari seluruh dunia. Yang mana satukah menggambarkan personaliti anda?

1. Si Kaki Kontroversi

Kerjanya mencari berita-berita yang terhangat walaupun berita tersebut menjatuhkan air muka
orang lain.

2. Si Kaki Syok Sendiri

Kerjanya menulis apa jua yang mereka rasa tanpa pedulikan respon orang lain. Rata-ratanya golongan
ini menulis personal blog.

3. Si Kaki Copy & Paste

Kerjanya mencari artikel-artikel yang bagus dan copy & paste artikel tersebut di blog mereka tanpa memerah otak.

4. Si Kaki Outsource

Kerjanya hanya keluarkan duit untuk para penulis menulis artikel menulis apa juga artikel yang berkaitan di blog mereka.

5. Si kaki Pasar Borong

Kerjanya menulis apa juga topik yang mereka tahu dalam satu blog tidak kiralah politik, hiburan, sukan dan sebagainya. All in one!

6. Si Selebriti & Golongan Terhormat
Kerjanya menulis artikel, tips serta pandangan profesional mereka terhadap kepakaran mereka kepada para pengikut mereka…