Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

10 sebab yang perlu diberi perhatian oleh penulis Ebook

Imej
#10 – Terlalu banyak bereksperimen Meskipun kajian terhadap potensi jualan ebook itu penting, namun terlalu banyak kajian akan menyebabkan kita berasa takut untuk bertindak. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, fokus untuk habiskan penulisan ebook kita dahulu, kemudian serahkan pada pakar untuk menentukan perkara-perkara teknikal. #9 – Ebook kita teruk Ebook kita mungkin tidak sesuai dari segi desain yang tidak menarik perhatian, tajuk yang tidak menepati citarasa pembaca, dan pelbagai faktor. Namun ia boleh diatasi dengan memberikan ebook kita kepada rakan sekeliling, bagi mereka menilai ebook dan menyatakan masalah yang perlu diperbaiki. #8 – Kita tidak mempromosikan ebook Promosi adalah nadi sesebuah perniagaan. Sama juga seperti ebook. Jika kita mahu menjual ebook, kita perlu menganggap diri kita sebagai pemilik bisnes. Lakukan promosi secara konsisten. Tuan dan puan boleh baca entri untuk mengetahui cara promosi ebook yang berkesan. #7 – Harga ebook terlalu tinggi Menurut Bria…

Kursus Affiliate

Imej
PERHATIAN! 
Mahukah Anda Jika Saya Tunjukkan Bagaimana Menjana Income Lumayan Di Internet Tanpa Perlu Menjual Produk Sendiri?
Maklumat lanjut di sini

Gambar Produk Boleh Mempengaruhi Jualan

Imej
Gambar merupakan satu elemen yang cukup penting di dalam perniagaan internet. Berdasarkan kajian pengiklanan, jelas menunjukkan gambar memainkan peranan tersendiri dalam mempengaruhi minat prospek. Pengiklanan yang menggunakan gambar yang menarik akan mendapat lebih banyak klik berbanding gambar yang tidak menarik. Begitu juga apabila kita menjual produk secara online maka gambar produk akan memainkan peranannya yang tersendiri mempengaruhi jualan. Berdasarkan kajian di eBay, produk yang sama tetapi menggunakan gambar yang berbeza menghasilkan jumlah jualan yang berbeza. Jualan produk yang mempunyai gambar lebih jelas dan professional mendapat jualan lebih tinggi berbanding menggunakan gambar yang kabur dan resolusi rendah. Cuba bayangkan anda ingin membeli sebuah kaca mata untuk digunakan ketika memandu. Anda survey kaca mata tersebut di internet dan anda temui dua jenis spec untuk di beli yang mana harga dan fungsinya sama.
(Gambar A yang professional dan jelas) (Gambar B yang kabu…

Kini jeruk madu Pak Ali terus ke rumah anda

Imej
JERUK Madu Pak Ali kini lebih sihat dan menyegarkan, ditambah dengan madu asli, menggunakan cuka epal yang terbukti berkesan untuk kecantikan dan kesihatan, air jeruk boleh terus diminum, dijadikan koktail, dan telah memperolehi sijil halal Jakim. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh ke seluruh Malaysia. Bermula pada tahun 1985, jeruk madu Pak Ali ini telah diusahakan, dan kini beroperasi di IKS Tawar. Produk jeruk pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang. KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI Seratus peratus pengusaha IslamDiyakini HalalMenggunakan madu lebah asliMenggunakan pengawit yang sedikitTidak mengakibatkan batukAir jeruk yang jernihTidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa
JENIS PRODUK JERUK MADU PAK ALI JAMBU BATUCERIKEDONDONG HIJAUBETIKSALAK MADUKEDONDONG KUNINGSENGKUANGPALA CAMPUR-CAMPURCERMAIMANGGA KUNINGKELUBIMANGGA SALA(KULIT). Kami menyediakan perkhi…

Kirobo boleh berbual dengan manusia

Imej
ROBOT komunikasi, Kirobo berbual dengan Pengurus Besar Perancangan Produk Toyota, Fuminori Kataoka di Tokyo semalam.- REUTERS
TOKYO - Eksperimen perbualan angkasa lepas yang pertama di dunia melibatkan sebuah robot bernama Kirobo dengan manusia berlangsung di Jepun semalam. Pemaju projek Kirobo berkumpul di ibu kota Jepun di sini untuk menunjukkan keupayaan mesin tersebut bercakap dan berbual. Robot kerdil itu memiliki ketinggian cuma 34 sentimeter. Saintis-saintis terlibat berharap Kirobo boleh mengendalikan perbualan dengan matlamat robot itu dapat menjadi teman angkasawan yang bertugas di angkasa lepas. Apabila ditanya tentang impiannya, Kirobo memberitahu: "Saya mahu mewujudkan masa depan yang mana manusia dan robot dapat hidup bersama,". Kirobo dijadual dilancarkan ke angkasa lepas dari Pusat Angkasa Tanegashima Space pada 4 Ogos depan. Projek ini dikendalikan bersama oleh beberapa organisasi termasuk syarikat Dentsu Inc, Universiti Tokyo dan Toyota. - AP

Artikel Penuh: http:/…

Rahsia Bisnes Kuih Raya

Imej
Saya berjaya mendapat jualan kuih raya RM1200 dalam satu malam, tapi pengusaha-pengusaha kuih raya lain ketawakan saya...RM1200 je? 

Pendedahan Eksklusif!   
Rahsia Teknik Pemasaran Kreatif Usahawan Kuih Raya,   
Pasti Boleh Buat Duit Raya  
Pendedahan Rahsia Perniagaan, 
Lengkap Dengan Teknik Pemasaran Dan Resipi Rahsia Untuk Anda Terus Bermula (Walaupun Anda Tak Pandai Buat Kuih Raya)

Bengkel ternakan ruminan

Imej
Nordin Mat menunjukkan rumput fodder solution di ladang MTG di Sungai Pelek, Sepang.  INDUSTRI ternakan ruminan khususnya kambing memerlukan suntikan baru yang termasuk penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan pengeluaran.
Konsep baharu itu mestilah mengoptimumkan penggunaan tenaga buruh dan kawasan ladang memandangkan pergantungan selamanya kepada kedua-dua modal tersebut kini tidak lagi signifikan.

Satu daripada konsep yang sesuai dan boleh diaplikasikan kini ialah penternakan moden menggunakan sistem fodder solutions yang diperkenalkan oleh syarikat ternakan tempatan, Major Transglobal Sdn. Bhd (MTG).

Pengarah Eksekutif, MTG, Nordin Mat, berkata, syarikatnya memperkenalkan konsep ladang bagi keluasan seekar tanah yang boleh menampung sehingga 1,500 ekor kambing.

''Konsep ini menggunakan rumput fodder sebagai makanan kambing yang mana seorang pekerja boleh menjaga 400 ekor kambing,'' katanya.

Sehubungan itu kata beliau, mereka yang berminat masih berpeluang m…

Rahsia bisnes gaya Nabi

Imej
Ainon Mohd.
Dari kelas ABS

Dalam kalangan peniaga Melayu, banyak salah-sangkaan berlaku.

Sebagai contoh, kita sangka duit datang daripada adanya produk kita. Lalu kita pun bersungguh-sungguh membuat produk.

Salah! Salah!

Duit bisnes bukannya datang dari produk.

Malah, sebenarnya produk boleh menyebabkan kita hilang duit yang banyak. Duit hutang pulak tu!

Dalam bisnes, duit masih boleh masuk meskipun kita tidak mempunyai produk.

Dalam bisnes, duit datang dari 2 sumber:

1. Customer
2. Channel

Apabila 2 sumber itu sudah kita adakan, duit akan masuk.

Jadi, 

Siapa customer kita?Apa channel kita? Ada berapa channel kita?
Langkah pertama mendirikan bisnes adalah mengumpul customer dan membuka channel.

Sesudah kita menetapkan siapa customer kita dan apa channel kita, barulah kita fikirkan produknya.

Nabi kita menghabiskan 6 tahun bagi memperkenalkan dirinya kepada customernya.

Beliau menjelajah banyak kota dan negeri, menjalin hubungan bisnes dengan bisnesman-bisnesman di tempat-tempat itu. Ke mana-mana belia…

Jeruk Pak Ali ke Madinah

Imej
NIBONG TEBAL 21 Mei - Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd., pengeluar pelbagai produk jeruk buah- buahan jenama Pak Ali akan dipasarkan ke Madinah hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Alias Ali (gambar), 39, berkata, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan pengeluar D'Saji iaitu FELDA untuk memasarkan jeruk Pak Ali.

"Kita masih berunding dengan FELDA kerana permintaan terhadap jeruk Pak Ali mendapat sambutan selepas ia dipasarkan sebanyak 500 kilogram sebulan di Ireland tahun lalu.



"Semua orang minat dengan jeruk ini kerana ia halal dan tidak menyebabkan batuk apabila memakannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Agrobazaar K-Shoppe Jeruk Madu Pak Ali di Kawasan Perindustrian Ringan (IKS) Perda, Tasek di Simpang Ampat dekat sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah di sini.

Alias berkata, selain itu, pihaknya juga akan memasarkan jeruk buah-buaha…

Melahirkan usahawan ternak

Imej
DR. P. Azhar Zakaria
PAKAR industri ternakan dari Major Transglobal Sdn. Bhd. (MTG), Dr. P. Azhar Zakaria mengakui bahawa industri tersebut wajar ditransformasikan kepada pembangunan usahawan dan bukan melahirkan penternak semata-mata.

Kata beliau, penternak adalah pengeluar produk yang memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan produk, mengikut skala yang difikirkan mampu.

Mereka perlu memfokus kepada pemerolehan ilmu berkaitan aspek pengeluaran seperti baka pemakanan, penyakit, pengurusan dan pelbagai aspek teknikal yang lain.

''Fokus mereka juga lebih kepada mengeluar dan menjual produk yang dihasilkan,'' katanya yang juga Pengarah Urusan MTG.

Usahawan ternakan pula mempunyai peranan lain yang melihat penternakan dari sudut pandangan yang lebih luas seperti peluang perniagaan dan bagaimana menghasilkan produk yang efisien.

Pada waktu yang sama mereka meneroka pelbagai pelbagai berkaitan dan menyepadukan aktiviti perladangan ternak.

Sebagai contoh, selain mengeluarkan ternaka…

Bongkah cendawan sedia untuk dijual!

Imej
Cendawan Global Terkini...
Pihak kami menerima tempahan bongkah cendawan:

bongkah cendawan tanpa benih RM0.80bongkah cendawan baru suntik RM1.00bongkah cendawan separuh matang RM1.30bongkah cendawan dah matang RM1.50
HARGA DI ATAS AKAN BERUBAH MENGIKUT KUANTITI..

Jika berminat, sila hubungi saya di 019-758 9774 (Nizam)

Harga boleh dirunding :)

Penghantaran disediakan sekali.
Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://cendawanglobal.blogspot.com/

Hasilkan rayon daripada kenaf

Imej
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Penghasilan bahan yang dikenali sebagai rayon daripada tumbuhan untuk menghasilkan pakaian kini dilihat mampu mengimbangi permintaan terhadap pengeluaran kapas.

Tambahan pula jika bahan untuk membuat pakaian tersebut dihasilkan menerusi tumbuhan lain seperti kenaf (hibiscus cannabinus).

Kenaf yang sebelum ini digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan fiber kini boleh diolah untuk menghasilkan rayon sebagai bahan untuk menghasilkan pakaian.

Pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Rushdan Ibrahim berkata, kajian yang dilakukan oleh kumpulan beliau mendapati rayon boleh dihasilkan daripada kenaf.

Jelasnya, tujuan kajian tersebut untuk mempelbagaikan produk berasaskan kenaf.

"Menerusi penemuan terbaru ini, industri kenaf dapat dijana dengan lebih baik di samping pelbagai produk sampingan juga dapat dihasilkan.

"Antara industri yang turut mendapat kelebihan daripada kajian ini adalah industri teksti…