Sabtu, Ogos 31, 2013

Tembikai hibrid pertama Malaysia

Penggunaan varieti baharu tembikai hibrid akan meningkatkan pendapatan petani sebanyak tujuh peratus.
SEMASA musim perayaan antara buah-buahan yang biasa dihidangkan di meja makan adalah tembikai. Tembikai adalah tanaman jangka pendek yang popular di negara tetapi pengusaha tembikai perlu bergantung kepada benih yang diimport dari Taiwan atau China bagi tanaman komersial.

Keluasan tanaman ketika ini melebihi 9,000 hektar dengan pengeluaran melebihi 154,000 tan.

Bagaimanapun kajian mendapati kebanyakan varieti import tidak sesuai ditanam di negara ini kerana masalah penyakit dan kesesuaian persekitaran yang menyebabkan hasil rendah dan merugikan petani.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menjalankan kajian bagi membangunkan varieti baru tembikai hibrid tempatan yang sesuai ditanam di sini.

Kajian yang dijalankan oleh Pegawai Penyelidik Pembiakbaik Tanaman, Stesen MARDI Bukit Tangga, Kedah, Bahari Mohd Masaruddin menghasilkan varieti baru tembikai hibrid yang diberikan nama H25.

“Hasil keputusan ujian di ladang mendapati varieti ini lebih baik berbanding varieti komersial seperti Black Sweet.

“Hasilnya setinggi 30 tan sehektar, tempoh matang seawal 70 hari, tahan terhadap penyakit dan kurang biji," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kedah.

Lebih istimewa, varieti baru H25 tiada beza kemanisannya dengan Black Sweet.

Dengan varieti tembikai baru ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bergantungan negara terhadap biji benih tembikai import bagi merancakkan lagi industri tanaman tembikai.

Kajian yang bermula pada tahun 2006 menggunakan tujuh titisan tulen tembikai dengan induk dihasilkan menerusi pembiakan pedigree di mana titisan tulen dihasilkan daripada varieti hibrid yang berasal dari China.

Kesemua titisan tulen telah dikacukkan di antara satu sama lain dan menghasilkan 21 varieti baru tembikai hibrid.

Kesemua 21 varieti baru tembikai hibrid yang dihasilkan telah ditanam di ladang bersama-sama induk dan varieti bandingan iaitu Black Sweet untuk tujuan penilaian prestasi.

Hasil kajian mendapati varieti H25 lebih baik berbanding Black Sweet dari segi hasil, tempoh matang, ketahanan penyakit dan kurang biji tetapi tiada perbezaan dari segi kemanisan.

Bahari berkata penggunaan varieti baharu tembikai hibrid akan meningkatkan pendapatan petani sebanyak tujuh peratus iaitu dari RM11,400 ke Rm12,198 sehektar.

Dianggarkan potensi hasil varieti baharu tembikai adalah 30 tan sehektar berbanding 28 tahn sehektar.

Dengan adanya tembikai hibrid tempatan, penanaman tembikai tempatan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada biji benih tembikai import di mana harganya jauh lebih mahal RM55 bagi 20 gram berbanding varieti tempatan RM30 bagi 20 gram.

Penghasilan varieti baru tembikai hibrid memberikan peluang kepada pengguna tempatan menikmati tembikai yang lebih berkualiti dengan rasa lebih enak.

Varieti baru ini berpotensi untuk ditanam secara komersial oleh petani kerana ia memberikan pulangan hasil yang tinggi dan buah berkualiti.

Selain itu biji benihnya mudah didapati dengan harga lebih murah berbanding biji benih import.

Varieti baru ini diharap akan dapat mengurangkan penggantungan petani terhadap biji benih tembikai import.

Di samping itu pendapatan petani dijangka akan meningkat dan pengguna akan dapat menikmati tembikai hibrid yang berkualiti.

Hasil kajian tembikai hibrid amat menarik apabila berjaya memikat para juri apabila mendapat pingat emas semasa Pameran Sains Teknologi MARDI 2012, pingat perak semasa Ekspo Teknologi Malaysia 2013 dan Pingat Emas semasa Pameran Ekspo Teknologi Antarabangsa 2013.

Jumaat, Ogos 30, 2013

Saluran pengedaran


Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk dengan tidak menentukan saluran pengedaran.

Apabila mengeluarkan produk yang akan diedarkan dalam pasaran, faktor channel (saluran) pengedaran adalah sangat penting. Tidak boleh tidak, mesti ditetapkan sebelum produk dikeluarkan.

Sebagai contoh, apakah channel distribusi yang akan digunakan untuk produk teh herba untuk menurunkan berat badan?

+ Individu agen?
+ Kedai internet?
+ Kedai runcit di kampung dan pekan kecil?
+ Warung makan?
+ Restoran?
+ Kedai kek?
+ Kedai gunting rambut?
+ Spa?
+ Klinik perubatan alternatif?
+ Butik?
+ Kedai jahit?
+ Mini market milik Cina di bandar sederhana besar?
+ Rangkaian supermarket di bandar-bandar utama?

Rabu, Ogos 28, 2013

Apakah itu bootstrap?



Mulakan perniagaan anda dengan bootstrap?

Apa itu bootstrap?

  • Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri.
  • Mulakan perniagaan kecil-kecilan.
  • Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.
  • Jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Khamis, Ogos 22, 2013

Kebun kerang jana pendapatan

Antara pengusaha ternakan kerang menunjukkan sebahagian hasil tuaian mereka.

Oleh kerana kerang diminati sebilangan besar masyarakat negara ini, hidupan laut tersebut dituai saban tahun sehingga semakin sukar untuk ditemui di habitat liarnya.

Bagi memastikan kelangsungan hidup serta stok kerang di pasaran tidak putus, pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerajaan antaranya adalah projek kebun kerang yang dilaksanakan di Sungai Buloh, Kuala Selangor, Selangor.

Menurut Ketua Daerah Perikanan Kuala Selangor, Jabatan Perikanan, Mohd. Hassan Shihab, aktiviti penternakan kerang sebelum ini dimonopoli oleh pihak tertentu yang memiliki modal yang besar.

"Bagi nelayan biasa sudah tentu mereka tidak mampu kerana kos membeli lebih kerang sahaja mencecah ratusan ribu ringgit.

"Justeru kerajaan mengambil inisiatif membangunkan projek kebun kerang bagi membantu nelayan sekitar Sungai Buloh, Kuala Selangor ini selain mampu meningkatkan stok kerang dipasaran," katanya.

Beliau ditemui pada program lawatan media bersama Jabatan Perikanan baru-baru ini.

Jelasnya, harga kerang kini mencecah RM140 hingga RM150 bagi seguni kerang bersaiz duit syiling 50 sen sebiji dan saiz yang biasa dipasarkan adalah sekitar 80 hingga 90 biji bagi berat sekilogram (kg).

Projek ternakan kerang di Sungai Buloh, Kuala Selangor tersebut melibatkan nelayan setempat menerusi pembahagian plot-plot kebun secara berdekatan di antara satu sama lain menerusi kerjasama kerajaan negeri dan pihak Jabatan Pertanian.

Bagi mengurangkan kos pembelian benih kerang, lesen mengutip benih kerang dikeluarkan kepada nelayan selama dua minggu dan benih tersebut akan ditaburkan di dalam hampir 50 kawasan plot yang telah ditetapkan.

Jelas Mohd. Hassan, untuk memudahkan usaha menternak kerang, nelayan akan bekerja secara berkumpulan mengumpul, menternak, menabur benih serta menuai hasil kerang.

Kerang yang diternak akan matang dalam masa satu tahun sebelum boleh dituai. Dalam masa tersebut nelayan perlu memantau kawasan plot serta memindahkan kerang sekiranya haiwan tersebut terlalu padat di dalam satu-satu plot.

Malah, kerang perlu dikacau selalu agar taburannya di dalam plot menjadi seimbang serta mengelakkan berlakunya persaingan serta memberi kerang ruang untuk membesar.

Sejak projek tersebut diperkenalkan oleh kerajaan, taraf hidup nelayan sekitar kawasan tersebut telah meningkat di mana pendapatan mereka dilihat terdapat pertambahan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Jika dahulu mereka hanya bergantung kepada hasil tangkapan yang tidak menentu menerusi kaedah tradisi iaitu menjaring ikan kini mampu tersenyum dengan hasil yang diperolehi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130819/ag_01/Kebun-kerang-jana-pendapatan#ixzz2cfOV6M4c
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, Ogos 21, 2013

Jeruk Madu Pak Ali


Assalamualaikum..

Sambutan kepada jeruk madu Pak Ali semakin hangat sehingga kini dan pihak kami di Portobello Resources terus mengambil pesanan dan membuat penghantaran di seluruh negara.

Faktor utama kerana Jeruk Madu Pak Ali kini lebih sihat dan menyegarkan, ditambah dengan madu asli, menggunakan cuka epal yang terbukti berkesan untuk kecantikan dan kesihatan.

Air jeruk boleh terus diminum, dijadikan koktail, dan telah memperolehi sijil halal Jakim. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia.

Bermula tahun 1985 jeruk madu Pak Ali ini telah diusahakan dan kini beroperasi di IKS Tawar. Produk jeruk pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang.

Logo Pak Ali

KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI:
  • Seratus peratus pengusaha Islam
  • Diyakini Halal
  • Menggunakan madu lebah asli
  • Menggunakan pengawet yang sedikit
  • Tidak mengakibatkan batuk
  • Air jeruk jernih
  • Tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa

Produk Jeruk Madu Pak Ali:

 Jeruk betik (RM22 /kg)

 Jeruk sengkuang (RM22 /kg)

 Jeruk Kelubi/Asam Paya (RM22 /kg)

 Jeruk Mangga Sala/Mangga kulit (RM22 /kg)

 Jeruk Jambu Batu (RM22 /kg)

 Jeruk Salak Madu (RM22/kg)

 Jeruk Anggur (RM22 /kg)

 Jeruk Mangga Kuning (RM22 /kg)

 Jeruk kedondong (RM22 /kg)

Jeruk Ceri & Cermai (RM22 /kg)

1 balang = 250g/RM7 (tidak termasuk caj penghantaran RM6)
1 balang=500g/RM12 (tidak termasuk caj penghantaran RM7)
1 balang=1kg/RM22 (tidak termasuk caj penghantaran RM8)


Jeruk juga boleh juga menjadi cenderahati atau dessert utk majlis2 perkahwinan atau pun kenduri-kendara.


Jeruk Madu Pak Ali sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak kerana ia tidak mendatangkan batuk dan rasa perit di tekak.

Sila tinggalkan komen & no telepon untuk tempahan. 
Kini ia boleh diperolehi di kawasan sekitar Pasir Gudang, Johor Bahru dan Kota Tinggi!

Sila hubungi saya melalui sms untuk tempahan:
013 726 2694 (Elly) 

CARA PEMBELIAN - MUDAH!



1. Pilih mana-mana jenis jeruk yang anda mahu, satu jenis, 2 jenis, atau campur-campur. 

Minimum pembelian 500g ke atas.

Contoh : mangga sala 500g / mangga kuning 200g + betik 300g / sengkuang 100g + kedondong 400g

2. Buat bayaran secara online banking / transfer / cash deposit ke akaun berikut :


NO. AKAUN MAYBANK :15107-11-54686
NAMA : Ellyusnita binti Yusoff

3. Hantarkan maklumat bayaran DAN maklumat nama, alamat anda ke emel : ellyusnita@yahoo.com  ATAU sms ke No.Phone : 013 726 2694

4. Selepas maklumat anda diterima, barang akan terus dihantar ke alamat anda pada hari yang sama (selagi stok masih ada) menggunakan Pos Laju ATAU Kurier

ATAU boleh juga cash on delivery jika area Pasir Gudang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan sekitarnya sahaja - deposit 50% dahulu, 50% lagi bila kita jumpa. Jika guna Pos Laju, saya akan simpan track no. sebagai bukti penghantaran. Anda boleh request dengan emel atau sms saya. Terima kasih. :)




SENARAI HARGA:

  • 1 balang = 250g/RM7 (tidak termasuk caj penghantaran RM6)
  • 1 balang= 500g/RM12 (tidak termasuk caj penghantaran RM7)
  • 1 balang=1kg/RM22 (tidak termasuk caj penghantaran RM8)


PENGHANTARAN & PEMBUNGKUSAN
 
1. Penghantaran melalui Pos Laju dalam kotak, kurier atau cash on delivery di kawasan Pasir gudang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan sekitarnya sahaja - deposit 50% dahulu, 50% lagi bila kita jumpa

. Jika melalui Pos Laju saya akan simpan track no. sebagai bukti penghantaran, boleh request pada saya dengan emel : ellyusnita@yahoo.com ATAU sms no.phone : 013 726 2694 (Elly) 
. 
2. Pembungkusan adalah dalam 500gm ke atas. Jika 10kg ke atas pembungkusan dalam tong. Contoh pembungkusan :
 
.
500g - 1kg
1kg - 5kg
5kg - 10kg
10kg
> 10kg

 3. Jaminan kami adalah semua stok yang dihantar kepada anda sampai dengan selamat. :)

Kesilapan mula meniaga


Salah satu kesilapan peniaga yang baru mula berniaga adalah, kita menjual produk yang kita pandai buat. Kita pandai membuat video editing, kita pun buka bisnes video editing.

Produk yang kita pandai buat itu mungkin pasarannya sangat kecil. Sebagai contoh, kita pandai membuat dodol, lalu kita pun membuka bisnes dodol.

Akibatnya, kita terpaksa membuat sendiri apabila ada tempahan. Sampai bila kita mahu berlengas-lengas di hadapan api dodol?

Pilih produk yang membolehkan kita semakin lama berniaga, semakin kita dapat berniaga sambil goyang kaki.

Membuat serbuk kari adalah contoh perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal sangat kecil. Lama-kelamaan bisnesnya boleh semakin membesar, membesar, membesar.

Kalau kita tidak pandai membuat serbuk kari, kita boleh belajar. Kita boleh test dahulu. Test sampai jadi!

Apabila semua orang yang menge-test melaporkan serbuk kari kita sedap, kita boleh mula mengeluarkannya.

Mula-mula kita terpaksi giling sendiri serbuk kari kita, kemudian kita mampu membeli mesin pengisar kecil, kemudian kita mampu membeli mesin pengisar yang lebih besar, lama-lama boleh buka kilang.... Dan duit masuk sambil kita duduk-duduk goyang kaki... (Hehe! Kilang kita itu boleh kita serahkan kepada menantu kita. Dia take over!)


sumber: usahawan dan bisnes

Isnin, Ogos 19, 2013

Bagaimana nak mula bisnes?


Salam ceria sahabat :)

Hari ni sudah masuk 12 Syawal.
Ada yg dah mula bekerja, ada yg dah mula hantar anak ke sekolah.

Hari ni saya nak share tips mulakan bisnes.
Ramai yang PM saya di Facebook.

Bertanya:

Bagaimana nak mula bisnes?
Bagaimana nak dapatkan loan untuk mulakan bisnes?

Dan macam-macam perkara lain yang berkaitan
dengan bisnes...

Saranan saya...

Jangan ambil sebarang loan untuk MULAKAN bisnes.
Ambil loan bila nak BESARKAN bisnes.

So mcm mana nak mula kalau tiada modal?

Sahabat,

Sebenarnya kita boleh mulakan bisnes dengan
modal yang rendah...sekitar kurang RM500.

Kalau RM500 pun anda takde sekarang ni...
i mean...rm500 pun takde dalam simpanan.

Anda sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat
bahaya. Anda sebenarnya bergantung hidup pada
gaji anda. Hilang kerja, hilang gaji...hilang
wang perbelanjaan untuk hidup.

Disarankan anda asingkan sedikit wang gaji anda
even rm50 sebulan pun sudah cukup. Cari altenatif
untuk berniaga dari rumah.

Sekarang sudah tidak pelik jika anda berniaga
dari rumah. Berniaga dari opis tempat anda
bekerja pun bukanlah masalah besar.

Waktu mula-mula bisnes, saya juga buat secara
part time. Buat dari opis. Gunakan internet
opis secara curi-curi.

Memang tak bagus, tetapi TERPAKSA. Sebab saya
yakin, dengan hanya bekerja, ianya tidak
mampu menampung kos kehidupan saya kelak.

Lebih tepat lagi...MATLAMAT HIDUP saya!

So saya buat bisnes, secara part time.
Dengan modal USAHA dan TENAGA. Wang ringgit
tolak ke tepi dulu.

Saya gunakan pengalaman, kemahiran yang saya
ada. Jika anda ada kemahiran tertentu, jadikan
ianya sumber permulaan untuk anda 'berbisnes'.

Cth:

Menjahit - ambil umpah menjahit
Belajar akaun - ambil upah buat akaun syarikat
Pandai english - ambil upah translate

Pendek kata...tukar segala pengetahuan
dan pengalaman serta kemahiran jadi sumber
duit anda.

Hopefully anda dapat seikit sebanyak idea
untuk anda mulakan bisnes :)

Sepanjang bulan 8, 9, 10, 11 dan 12 ni...saya
akan aktif membantu anda memulakan bisnes :)

So, kepada mana-mana syarikat, badan kerajaan
atau sesiapa sahaja yang nak panggil saya
untuk berikan 'TALK' mengenai:

- Bisnes
- Internet Marketing
- Sales & Marketing

Bolehlah hubungi saya di emel haszoor@gmail.com

Hanya perlu hantar emel kepada saya mengenai
program anda. In sha Allah boleh berdiskusi
dengan lebih lanjut nanti.

Sehingga itu, nantikan emel saya lagi mengenai
tips-tips bisnes :)

Jumpa lagi!

Selamat Hari Raya!

Ikhlas,

Haszoor Muaidi

Isnin, Ogos 12, 2013

Nostalgia resipi kakak

Pekerja Sanabil Marketing & Suppliers (M) sibuk menyediakan adunan roti di kilang syarikat di Kompleks Kilang SME Bank Seremban, Negeri Sembilan.

"KEISTIMEWAAN resipi keluarga ini ialah tanpa bahan pengawet, inti disesuaikan mengikut cita rasa pengguna, contoh keju untuk penggemar keju, serunding ayam, daging dan ikan bilis," katanya ketika ditemui di Seremban baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai usahanya itu, Khairul Effendi berkata, perniagaan roti itu mula diusahakan kakaknya di kampung mereka di Felda Sungai Kelamah bermula 2009.

Perniagaan mereka yang beroperasi kecil kecilan itu bermodalkan RM5,000 dengan pengeluaran 30 keping sehari menggunakan lima kilogram tepung.

Inisiatif dan usaha Khairul Effendi mungkin tidak begitu rumit dan didorong oleh minatnya dalam perniagaan makanan memandangkan beliau berpengalaman dalam bidang tersebut.

Beliau pernah terlibat dalam perniagaan makanan pada 2005 di sebuah syarikat makanan barat sehingga 2007 meskipun mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang guaman.

Namun, memandangkan penghargaan yang tinggi terhadap usaha seorang kakaknya, Khairul Effendi memasang impian untuk mengkomersialkan resipi tradisi itu.

Selepas melihat ada sinar kejayaan, beliau mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian Daerah Gemas dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengembangkan perniagaan tersebut.

Ketika Jakim sebagai contoh memberitahu, jika hendak mendapatkan sijil halal operasi di belakang rumah tidak begitu sesuai, sebab itu beliau mula berfikir untuk membuat pengeluar berskala besar bagi dikomersialkan.

Dengan modal pelaburan sebanyak RM30,000, Khairul Effendy memulakan operasi di premis baru di Kompleks Kilang SME Bank, Seremban bersama seorang rakan kongsinya, Mohd. Johari Yasin.

Dengan visi ingin menjadi pengeluar utama makanan halal dan produk sejuk beku yang berjaya dan ingin menembusi pasaran global serta mencapai syarikat tempatan berstatus antarabangsa, beliau menubuhkan Syarikat Sanabil Marketing & Suppliers (M) Sdn. Bhd. sebagai penggerak operasi dengan kapasiti pengeluaran 4,000 keping roti bom sehari.

Kawasan itu dipilih sebagai lokasi operasi kilang kerana kedudukannya yang tidak jauh dari ibu negara. Harga yang dikenakan sebagai anak angkat SME Bank juga tidak terlalu membebankan untuk tempoh sembilan tahun.

Mohd Johari Yasin (baju merah) turut membantu kerja kerja mengadun bancuhan tepung di kilang .

Syarikatnya kini mempunyai 20 pekerja dan memiliki pelbagai jenis mesin untuk operasi pengeluaran iaitu mesin membakar, mesin pembancuh, mesin pembungkusan kedap udara.

Penggunaan mesin nyata banyak membantu kerana pengeluaran dapat ditingkatkan berkali ganda daripada 30 keping kepada 4, 000 keping dengan keupayaan 18 keping bagi setiap dua minit.

Jabatan Pertanian pula sering membantu termasuk mesin pembahagi doh atau aduan tepung dan juga menawarkan kursus yang bersesuaian termasuk berkaitan perakaunan dan sumber manusia.

Beliau juga membuat pinjaman daripada Agro Bank sebanyak RM40,000 sebagi modal pusingan perniagaan.

"Saya juga mendaftar dengan semua 13 agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan promosi," katanya sambil menambah bahawa kos terbahagi kepada pengeluaran dan pemasaran.

Dengan tagline Halal Asli dan Berkualiti, jenama Sri Ani Premium kini sudah dikenali menerusi usaha-usaha promosi dengan menyertai pameran dan karnival di serata tempat.

Antaranya Karnival Rakyat Jom Halal, Karnival Pasar Terbuka Malaysia, Showcase Satu Daerah Satu Industri Zon Tengah Seremban, Program Satu Daerah Satu Industri Peringkat Kebangsaan Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya dan MAHA Peringkat Negeri Sembilan.

Kemampuan Sri Ani Premium menembusi rak tiga pasar raya besar juga menjadi bukti produk tersebut telah diakui dan dipercayai kualitinya dan sedia bersaing dengan produk seumpamanya di pasaran.

Maklumat lanjut mengenai syarikat dan produk boleh layari http://www.srianipremium.com.my.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130729/ag_01/Nostalgia-resipi-kakak#ixzz2biqnBrbG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, Ogos 01, 2013

Berdagang ala Rasulullah SAW



Kiat-kiat praktis berdagang Nabi

* Pertama, penjual tidak boleh berbohong dan menipu barang yang akan dijual kepada pembeli. Nabi bersabda, "Apabila dilakukan penjualan, katakanlah: tidak ada penipuan."

* Kedua, kepada para pelanggan yang tak mampu membayar kontan hendaknya diberikan waktu untuk melunasinya. Bila betul-betul dia tidak mampu membayar setelah masa tenggat pengunduran itu, Nabi akan mengikhlaskannya.

* Ketiga, penjual harus menjauhi sumpah yang berlebih-lebihan, apalagi sumpah palsu untuk mengelabui konsumen.

* Keempat, hanya dengan kesepakatan bersama, atau dengan suatu usulan dan penerimaan antara kedua belah pihak, suatu bentuk transaksi barang akan sempurna.

* Kelima, penjual harus benar dalam timbangan dan takaran.

* Keenam, orang yang benar-benar membayar di muka untuk pembelian suatu barang, tidak boleh menjualnya sebelum barang tersebut benar-benar menjadi miliknya.

* Ketujuh, larangan melakukan transaksi monopoli dalam perdagangan

* Kedelapan, tidak ada harga komoditi yang boleh dibatasi. Jika harga dibatasi, lalu tidak ada perusahaan dagang dan niaga, maka perdagangan dunia akan terhenti.

Belajar Cara Berdagang Rasulullah SAW

Ketika Nabi Muhammad SAW, berusia 25 tahun, sebelum diangkat menjadi seorang nabi dan rasul, beliau pernah menjalankan perniagaan bersama Siti Khadijah ke negeri Syam. Pada waktu berdagang, ia ditemani oleh Maisarah, budak Siti Khadijah.

Tips Berdagang Cara Nabi Muhammad SAW

  • Kejujuran
  • Keramahan
  • Sopan santun yang ditunjukan oleh pemuda Muhammad dalam berdagang membuat kagum Maisarah
  • Misalnya jika barang dagangannya dijual jelek maka dikatakan jelek. Begitu pun sebaliknya, jika barang-barang itu baik dikatakan baik. Beliau tidak menyembunyikan barang-barang yang jelek di balik barang-barang yang baik.

Harga yang ditawarkan kepada pembeli sesuai dengan yang disepakati Siti Khadijah. Ia tidak mengambil untung di luar yang disepakati. Oleh karena itu, banyak pembeli yang terkesan dan tertarik cara berdagang beliau.

Keluhuran sifat beliau ini kemudian diceritakan oleh Maisarah kepada majikannya. Khadijah pun merasa kagum dan terkesan dengan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW. Maka hubungan perdagangan antara keduanya berlanjut ke jinjang perkawinan. 

- Warung Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails