Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Budak nakal jadi tauke otak-otak

Imej
Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
USAHAWAN muda ini memperoleh bekalan bahan mentah dari pembekal otak-otak di Batu Pahat, Johor kerana rasanya yang cukup istimewa selain menepati cita rasa pelanggan.
PERTEMUAN dengan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan otak-otak di Asia Cafe yang terletak di SS15, Subang Jaya, Selangor membuatkan kru Jurnal berasa kagum apabila melihat dia berjaya pada usia muda. Jika rakan-rakanya memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian sebelum berfikir mengenai pekerjaan, Muhammad Fikri Mohd. Yunus, 22, mempunyai pandangan yang berbeza. Dia sanggup melakukan dua perkara secara serentak iaitu berniaga dan belajar pada masa yang sama. “Walaupun berasal dari keluarga berada, saya lebih selesa berdikari kerana berniaga merupakan pilihan saya. “Sebenarnya, saya seorang yang agak nakal dahulu. Tetapi, saya bertekad untuk berubah kerana tidak mahu terus dilabel nakal oleh masyarakat. “Sejak itu, saya mula berjinak-jinak di dalam bidang perniag…

Apa itu Website Flipping?

Imej
Website Flipping adalah salah satu cabang dalam perniagaan internet yang melibatkan aktiviti menjual semula, melelong  atau menukar milik website yang dimiliki anda kepada pemilik baru. Website yang hendak dilelong ini mestilah lengkap dan ianya berfungsi 100%. Sesuatu website itu juga mempunyai nilai yang tinggi bergantung kepada rekabentuk, niche, jenis website, umur website, traffic, bilangan pelanggan (subscribers) dan pendapatan yang telah dihasilkan dari website tersebut! Situasi ini sama dengan jual beli hartanah cuma bezanya ia melibatkan website atau lebih sesuai dilabelkan sebagai hartanah maya!
Kenapa Flip/ Lelong Website? Ada banyak sebab kenapa anda boleh jadikan website flipping suatu perninagaan; antaranya: 1) Di negara barat, kebanyakkan pembeli website memburu website yang telah menghasilkan pendapatan secara konsisten! Ianya boleh mencapai nilai sehingga jutaan $USD! 2) Tahukah anda bahawa ramai pembeli website seperti ini biasanya berlatar belakang ahli perniagaan atau pe…

Apple Learning Holy Quran Machine

Imej
Lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

26 DOA HARIAN :
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA MASUK TANDAS
[♥]DOA KELUAR TANDAS
[♥]DOA SEBELUM WUDHU
[♥]DOA PAGI HARI
[♥]DOA SEBELUM MAKAN
[♥]DOA SOLAT JENAZAH
[♥] DOA MEMAKAI BAJU
[♥]DOA KELUAR RUMAH
[♥] DOA MASUK MASJID
[♥] DOA KELUAR MASJID
[♥]DOA NAIK KENDERAAN
[♥] DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥]DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥]DOA KETIKA BERSIN
[♥]DOA KETIKA HUJAN
[♥]DOA MELIHAT CERMIN
[♥]DOA ZIARAH KUBUR
[♥]DOA BERBUAKA PUASA
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA PETANG HARI
[♥]DOA MASUK RUMAH
[♥]DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥]DLL

16 SURAH PENDEK :

[♥] Al- Fatihah
[♥] Al-'Adiyat
[♥] Al -Qori'ah
[♥] Al -Takathur
[♥] Al-'asr
[♥] Al - Humazah
[♥] Al - Fill
[♥] Quraish
[♥] Al- Maun
[♥] Al - Kauthar
[♥] Al -Kafirun
[♥] An -Nasr
[♥] Al - Massad
[♥] Al- Ikhlas
[♥] Al- Falaq
[♥] An-Nas

DOA SOLAT:

[♥] Kalimat Tauhid [♥]Syahadat [♥]Adzan [♥]Doa Sholat [♥]Takbir awal sampai salam .

NASYID ANAK2

[♥]Thanks The parents
[♥] Love Allah and Love messanger
[♥] Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Mon Rose
[♥] The Ceed of the o…

Usahawan burung baji

Imej
KATANYA, pada peringkat awal dia hanya memiliki 30 pasang sahaja burung baji yang dibeli di Kuala Terengganu, Terengganu.

Namun kini Mohd. Nasir memiliki hampir 200 pasang.

Burung baji yang lebih dikenali sebagai love bird memiliki rupa yang menarik, comel di samping warna yang pelbagai menjadikan ia amat menarik untuk dipelihara.

Selain kelihatan jinak, burung baji juga tidak sukar dipelihara kerana tidak memerlukan kawasan sangkar yang luas, diet yang ringkas dan mudah membiak.

Menurut Mohd. Nasir, burung baji juga agak tahan lasak dalam keadaan cuaca yang sederhana negara ini.

Namun, jika musim tengkujuh, burung itu mudah mati kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk.

Memiliki ciri seakan-akan burung nuri atau kakak tua, burung baji dengan nama saintifiknya Melopsittacus undulates adalah lebih kecil dan comel.

Jelas Mohd. Nasir, dia turut mengunjungi rakan-rakan yang berminat dengan burung tersebut hingga ke daerah Dungun malah ke Kelantan untuk mempelajari cara-cara memeliharanya.

"Apa …

Deqwan Burger penuhi selera penggemar daging

Imej
MOHD. Razuan Abd. Rashid menunjukkan antara hidangan burger bakar yang dijual di premisnya di Jalan Seri Pagi 7, Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban.
APABILA menyebut mengenai burger bakar sudah pastinya ramai di antara kita yang sudah terbayang keenakkan rasanya ketika masih panas.

Bagi penulis pula yang dikategorikan sebagai penggemar daging tegar pula melihat kehadiran menu ini sebagai satu ‘hadiah’ terbaik apatah lagi kedai seumpamanya kini mula menawarkan menu ini kepada orang ramai.

Begitupun bagi pengamatan penulis yang mempunyai cita rasa yang cukup tinggi untuk makanan berasaskan daging ini, aspek wajib ada dalam sesuatu hidangan adalah dari segi tekstur kerana gah mana nama menu tetapi tanpa elemen berkenaan, ianya tidak mempunyai sebarang makna.

Bagaimanapun selera penulis dicuit dengan hidangan burger bakar di Deqwan Burger, bukan sahaja menepati cita rasa malah ia agak unik dengan menawarkan pelbagai jenis burger bakar.

Bertepatan dengan tagline “Makan, Minum, Lepak, Surfing, …

Teh terpilih keluaran Mardi

Imej
WAN Abdullah wan Yusoff mahu memberi imej baharu kepada Stesen Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dengan mempromosikan minuman teh.
BENIH asalnya dikatakan dibawa dari India semasa pemerintahan penjajah Inggeris (British) di Tanah Melayu.

"Ketika itu Cameron Highlands dipilih kerana iklimnya yang sejuk serta nyaman. Justeru, penanaman teh dimulakan di sini," ujar Pengurus Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands, Dr. Wan Abdullah Wan Yusoff.

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.

Terletak di barat daya Pahang, tanah tinggi tersebut boleh di jejaki melalui simpang laluan dari Tapah, atau menerusi laluan dari Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Kedudukannya setinggi 1,829 meter (m) dari aras laut dan suhu antara 10 hingga 20 darjah Celsius menjanjikan suatu pemandangan flora yang indah.
Cameron Highlands mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu Willi…

Kenapa Kodak dan Nokia gagal?

Imej
Ketinggalan dengan trend semasa dan lambat menghidu perubahan permintaan (selera) pengguna akan menyebabkan anda kerugian besar dan bakal dimenangi pesaing anda.

Kisah iktibar : 

Syarikat Kodak sudah tidak didengari namanya ketika kini walaupun dulu gah sebagai syarikat kamera terhebat dunia. Gagalnya mereka kini kerana lambat menghidu trend dan permintaan dunia terhadap kamera digital.



Begitu juga Syarikat Nokia yang dulunya syarikat no. 1 dunia dalam handphone, akhirnya ketinggalan dan menanggung kerugian saban hari lantaran lambat 'mengikuti' trend smartphone yang semakin didahagai pelanggan untuk fungsi mesra internet dan facebook. Pengeluaran Lumia sudah jauh ketinggalan walaupun baru cuba menapak. Puncanya lambat memahami selera pengguna.

Dulu Samsung hanyalah terkenal sebagai pengeluar peralatan elektrik, kini sudah menjadi gergasi sama hebat dengan Apple dalam industri smartphone. Kerana pantasnya mereka menghidu market (pasaran dan permintaan), maka mereka mudahnya menyus…

Uji produk

Imej
Banyak orang terjun ke dalam dunia bisnes dengan tidak tahu apa-apa tentang apa yang laku dan apa yang tidak laku.

Mereka terjun dengan angan-angan semata-mata, bukan dengan maklumat.

Mereka mendengar orang bercakap bisnes begini, begini, lalu mereka main percaya sahaja cakap orang itu, lalu mengeluarkan duit modal.

Mereka terjun ke dalam bisnes dengan menggunakan sangka-sangkaan. Mereka sangka produk mereka akan laku keras, akan mudah dijual, dan dia akan jadi kaya.

Mereka terus membayangkan kepada siapa produk itu akan dijualnya.

Ini silap besar! Belum apa-apa kita sudah memikirkan kepada siapa produk kita mahu dijual.

Pertanyaan yang betul adalah, siapalah agaknya yang mahu produk macam ini, dengan harga macam ini?

Uji dahulu sangkaan kita itu. Test dahulu. Betulkah ada orang mahu membeli produk kita itu, dengan harga itu?

Tunjukkan produk kita, tanya orang itu, mahukah dia membelinya?

Jangan tanya 1 ataupun 2 orang sahaja. Tanya banyak orang.

sumber: Usahawan dan bisnes

Kaedah baru keluarkan sarang burung walet

Imej
ANTARA rumah walet di salah sebuah pulau di sekitar Sandakan, Sabah.
Gua Gomantong, Sabah merupakan antara pusat pengeluaran sarang burung walet terbesar negara sejak dari dahulu lagi.

Aktiviti memungut sarang burung walet diperturunkan generasi demi generasi. Sarang burung yang dituai daripada gua tersebut dieksport ke China untuk dijadikan makanan kesihatan yang bernilai tinggi.

Sarang burung walet begitu terkenal suatu ketika dulu kerana makanan tersebut hanya dimakan oleh maharaja China serta pembesarnya sahaja.

Pada ketika itu, masyarakat China mempercayai dengan memakan sup sarang burung mampu memanjangkan usia di samping melambatkan proses penuaan.

Ditambah dengan sarang burung walet itu sendiri sukar untuk diperoleh, produk tersebut menjadi begitu eksklusif dan harganya amat tinggi.

Menurut pengusaha sarang burung walet terbesar Sabah, Datu Mohd. Faisal Datu Bachtiyal, usaha memungut sarang burung di Gua Gomantong dikatakan telah bermula sejak tahun 1881.

"Dahulu sarang burung w…

Pemanggang Ajaib

Imej
Jika anda pertama kali datang ke laman ini, mungkin anda tertanya-tanya apa itu Pemanggang Ajaib? Dan ramai juga yang bertanya apa yang ajaibnya?
Pemanggang Ajaib adalah kuali ‘double sided pan’ yang mempunyai dua permukaan atas dan bawah dan mempunyai magnet pada tangkainya untuk melekatkan kedua-dua bahagian atas dan bawah kuali. Permukaan dalam Pemanggang Ajaib tidak melekat dan memudahkan masakan dipanggang, digoreng dan dikukus dengan lebih sedap dan cepat.
Pemanggang Ajaib adalah kuali leper berbentuk double-pan yang mempunyai penutup dibahagian atas.
Sesuai dengan namanya iaitu Pemanggang Ajaib, kerana Pemanggang Ajaib bukan sekadar boleh memanggang, tetapi juga boleh menggoreng, mengukus, membakar dan sebagai. 
kotak cynthia




Bahagian dalam. Kertas saiz A4
" Waahhh.. Ajaibnya alat ini… !!
" Mahukah anda jika kami perkenalkan 1 alat ajaib yang dapat membantu anda di dapur? "

Memperkenalkan…-----------------------------------
Pemanggang Pelbagai Guna Di Dapur ANDA !
--------…