Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Biak tiram asuhan

Imej
TIRAM perlu disterilkan untuk mengelakkan pencemaran.
Demikian luahan pengusaha ternakan benih tiram Allan Wong, 51, yang di temui di kolam asuhan tiram di Balik Pulau,Pulau Pinang baru-baru ini.

Memiliki pengalaman 22 tahun dalam penternakan tiram, uniknya, syarikat mereka dikatakan satu-satunya yang memasarkan tiram menggunakan teknik pembenihan asuhan.

Jelasnya, ternakan tiram dilihat berpotensi untuk dikembangkan memandangkan negara seperti Australia, New Zealand dan negara Eropah mempunyai suatu industri yang besar berbanding Malaysia yang baru berada di peringkat permulaan.

"Kami melihat pembenihan tiram secara asuhan ini dapat membantu pengusaha yang berminat untuk mendapatkan benih tiram berkualiti.

"Kenapa kita tidak boleh bersaing dengan pasaran luar sedangkan kita boleh mengeluarkan hasil tiram hanya dalam masa setahun berbanding mereka empat tahun sekali.

"Lebih-lebih lagi kita mempunyai cuaca yang lebih baik untuk mendapatkan hasil tiram yang cepat dan berkualit…

Inovasi tempe

Imej
TEMPE merupakan antara makanan popular di kalangan orang Melayu terutamanya etnik Jawa.

Rata-rata tempe yang terdapat dipasaran dihasilkan daripada kacang soya yang diperam (fermentasi) sehingga terbentuknya produk makanan tersebut.
Di Indonesia, tempe boleh dikatakan antara makanan wajib bagi penduduknya, malah dijadikan sebagai makanan ruji.

Produk makanan tersebut diambil oleh sebahagian besar penduduk Indonesia sebagai pengganti kepada sumber protein yang diperolehi daripada daging dan ikan.

Oleh kerana tempe mudah untuk dihasilkan selain boleh dimasak dengan pelbagai resipi, makanan tradisi tersebut terus menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat Melayu.

Menurut penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Kamariah Long, tempe kacang soya memiliki pelbagai kelebihan serta khasiat buat penggemar makanan tersebut, namun untuk mempelbagaikan produk berasaskan tempe agak sukar dilakukan.

Beliau menyedari jika tempe tidak dipelbagaikan menerusi penghasilan produk s…

DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd

Imej
Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami http://dkilslogistics.wordpress.com/ Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk kami berkongsi maklumat dan juga mengemas kini segala aktiviti bisnes dan juga kepakaran yang ditawarkan bagi memudahkan segala urusan logistik anda. Berikut adalah maklumat syarikat: DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd Nama Syarikat : DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd No Pendaftaran Syarikat : 543512-M Tarikh Syarikat Ditubuhkan : 31hb Mac 2001 No Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia :357-01002931 Alamat Syarikat : No 12A, Jalan Tembikai 6, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Nama Pengurus : Zakiyah Md Taib No Tel Syarikat : 019-7063417 Alamat Email Syarikat : dkils_jb01@yahoo.com Jenis Perniagaan Pengangkutan/Sewaan Lori,Perpindahan Pejabat atau persendirian dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan contohnya membekalkan tenaga kerja dan material pembungkusan. Perkhidmatan Yang Ditawarkan Kami di DK Integrated Logisti…

Bakeri di rumah

Imej
Kreativiti kek yang dihasilkan Noor Beattey amat mengagumkan.
ORANGNYA memang berbakat. Bayangkan dia tidak pernah menghadiri sebarang kelas pembuatan kek, semuanya dipelajari sendiri daripada pemerhatian dan Internet namun hasilnya mantap, sehebat graduan akademi bakeri terkemuka. Itulah kebolehan yang ada pada Noor Beattey Buang, 33.

Dahulunya Noor Beattey merupakan seorang wanita bekerjaya yang kerjanya menuntut dirinya sering balik lewat dan menghadiri persidangan di luar negara.

Namun naluri keibuan serta minatnya melebihi segalanya lalu mendorong Noor Beattey berhenti kerja 'makan gaji' dan mengusahakan Beattey's Bakery yang beroperasi dari rumahnya yang terletak di Sungai Penchala, Kuala Lumpur sahaja.

Ditanya mengapa bidang pastri dan bakeri yang menjadi pilihan, Noor Beattey berkata, sejak usianya sembilan tahun dia sudah mula menghasilkan biskutnya sendiri dan dijual kepada kawan-kawan.

"Berbekal ilmu dan pengalaman, saya menghasilkan kek dan menjual secara kecil…

Strategi conversion

Imej
Strategi conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.

Sales adalah aktiviti transaksi atau pertukaran sesuatu untuk sesuatu.

Dalam bisnes, aktiviti sales berlaku apabila:

1) Pelanggan bagi duit kepada pemilik bisnes.

2) Pemilik bisnes bagi produk kepada pelanggan.

Untuk tingkatkan sales dengan mudah, perkara utama adalah memahami strategi conversion.

Conversion bermaksud:

1) Apabila 10 pelanggan datang ke kedai Facebook, berapa ramai yang akan buat pembelian?

2) Apabila 100 pelanggan masuk ke laman web, berapa ramai yang akan beli produk?

Bisnes-bisnes yang buat banyak duit fokusnya pada conversion. Dengan membaiki conversion, peluang mereka untuk close deal atau hasilkan jualan lebih tinggi.

Contoh-contoh strategi conversion adalah seperti berikut:

Logo Sosial

Logo sosial adalah logo yang dapat musnahkan ketakutan dalam diri pelanggan untuk beli produk.

Kajian membuktikan, apabila ada logo sosial yang ditampal dalam laman web, Facebook, blog dan sebagainya, keputusan pelanggan untuk membeli j…

Ayam kampung organik

Imej
WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung.

"Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya.

Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang.
Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari.

Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya bergerak bebas dan buk…

Tauke lembu fidlot

Imej
K.R. Thiagu memeriksa lembu seberat 220kg yang sedia untuk dipasarkan di ladangnya di Semenyih, Selangor.
Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan serta sumber manusia tidak menghalang minatnya untuk memelihara lembu biarpun pada peringkat awalnya hanya untuk suka-suka.

Kini Thiagu mampu mengimport hampir 1,000 ekor lembu dalam satu-satu masa yang mana kosnya mencecah jutaan ringgit.

Jelasnya, apa jua jenis perusahaan pasti ada cabarannya namun bagi Thiagu mengusahakan ternakan lembu memberinya satu kepuasan yang berlainan.

"Saya susah untuk terangkan namun bidang ini (penternakan lembu) memang merupakan minat saya, malah saya juga ada menjalankan perniagaan lain tetapi selepas mengusahakan bidang ini perniagaan saya yang lain turut semakin maju," katanya.

Selain membekalkan lembu, Thiagu turut memiliki perniagaan dalam bidang perfileman, industri keluli tahan karat dan juga farmasi.

Apa yang menarik, Thiagu hanya membekalkan lembu jantan sahaja kerana menurutnya…

Apakah Itu Permission Marketing?

Imej
Apakah perlunya strategi PM digunakan apabila kita menggunakan internet bagi menjual produk dan perkhidmatan kita?

Biar saya terangkan dengan cara mudah....

Dulu-dulu pemilik kedai runcit, pemilik kedai gunting rambut, pemilik kedai kopi di kampung kenal semua pelanggannya. Mereka tahu banyak maklumat pelanggan.

Mereka tahu nama-nama setiap pelanggan, berapa umurnya, di mana rumah setiap pelanggan, dia anak siapa, apa pekerjaannya, siapa isterinya, berapa anaknya, apa hobinya, siapa sahabat baiknya, siapa yang mereka benci, apa citarasanya dll.

Towkay kedai runcit, kedai gunting rambut dan kedai kopi itu juga mengambil masa bercakap-cakap dengan setiap pelanggannya apabila mereka datang membeli.

Ini berbeza dengan pemilik hipermarket yang tidak kenal pembeli yang datang membeli di hipermarketnya.

Hipermarket mempunyai bajet periklanan yang sangat besar, sehingga berjuta-juta ringgit setahun. Bisnes kecil tidak mampu meniru cara hipermarket mempromosi bisnesnya.

Permission Marketing adalah st…