Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Udang berkualiti

Imej
MAKANAN serta peralatan untuk memelihara udang antara produk yang dihasilkan oleh Aquaculture (M) Sdn. Bhd. Kota Tinggi, Johor.
Merupakan salah sebuah anak syarikat The Charoen Pokphand Group (CPF) yang ditubuhkan di Thailand sejak 1920an, Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat yang berjaya menghasilkan ladang udang putih (Penaeus vannamei) terkemuka di Johor.

Bermula daripada proses penetasan benih udang sehinggalah kepada penternakan, segalanya dilaksanakan di plot 21, Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi, Johor.

Walaupun berasal dari negara jiran, namun kestabilan serta keyakinan Malaysia mampu menjana keuntungan yang lebih baik, mendorong syarikat tersebut melaburkan sebanyak RM70 juta untuk membina kawasan ternakan udang dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan udang.

Projek penternakan udang yang dilaksanakan itu termasuk di bawah perancangan Lembah Makanan Organik BIo Desaru yang mula beroperasi pada Januari tahun lalu melibatkan pekerja seramai 131 o…

Kejayaan kreativiti dan inovasi

Imej
Philipus Jani tidak pernah berhenti menghasilkan alat muzik berasaskan buluh kerana minatnya yang mendalam terhadap instrumen tersebut.
.
"Orang punya saksofon besi tetapi, kau punya saksafon buluh, lebih baik buat kayu api. Puas saya dicaci, dihina dan diejek sehingga pada 2005 barulah saya berani naik ke atas pentas bersama-sama rekaan saksofon buluh ini, di situ baru orang mula nampak hasil reka cipta ini.''

Demikian luahan pencipta saksofon buluh atau somporing, Philipus Jani, 46, yang ditemui di Pusat Inovasi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Cyberjaya baru-baru ini.

Pembabitan Philipus sebagai pembuat somporing bermula secara kebetulan selepas dia berpeluang meminjam sebuah saksofon loyang daripada rakannya. Kisah itu sudah 19 tahun berlalu.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia mula 'jatuh cinta' dengan alat muzik tersebut, saksofon yang dipinjam terpaksa dipulangkan semula, sekali gus mendorong memiliki saksofon sendiri.

Minatnya yang mendalam terhadap saksofon me…

Mesin buat cendol

Imej
PELBAGAI resipi menarik dapat diolah dengan menggunakan cendol. Sebagai contoh agar-agar berperisa buah-buahan boleh juga diolah menjadi agar-agar cendol.

Penggunaan cendol ini bukan sahaja dalam bentuk makanan, tetapi juga dalam bentuk minuman seperti air cendol dan juga ais batu campur.

Ia membuktikan bahawa pasaran cendol boleh memberi satu peluang yang baru bagi peniaga-peniaga untuk memulakan perniagaan mereka.

Namun begitu, pembuatan cendol dikatakan sangat mudah tetapi agak leceh.

Hal ini kerana cendol perlu dilenyek di atas tapis bagi mendapatkan bentuk yang sesuai. Kerja melenyek perlu dilakukan dengan segera bagi menghalang doh daripada menjadi keras dan seterusnya mengubah rupa dan rasa asal cendol.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Zull Design Autotronic (ZDA) tampil dengan idea baru bagi membantu para peniaga untuk mengurangkan tenaga kerja mereka.

Penghasilan mesin membuat cendol ini bukan sahaja memudahkan pengguna dalam menghasilkan cendol, bahkan juga amat membantu dalam men…

Jutawan domain segera

Imej
Salam Maal Hijrah.

Kali ni aku nak kongsikan bagaimana mudahnya menjadi jutawan online dengan menjual domain. Korang tau ke domain tu apa.. ada yang tak tahu lagi tu.. biar aku terang sikit, domain tu adalah alamat website..  contoh domain yang popular kat Malaysia ni mudah.com, maybank2u.com, maxis.com, facebook.com dan lain-lain. Selain dot com, ada juga guna dot my, dot org, dot net dan lain-lain. Kita semua boleh memiliki domain dan harganya tidak lah semahal mana. Namun potensi yang ada pada domain ni cukup besar.

Cuba bayangkan 10 tahun lepas korang ada beli domain facebook.com. Masa tu facebook belum wujud lagi. Agak2 berapa tokey facebook nak offer beli korang punya domain tu bila dia terpikir nak guna nama facebook tu?Atau pun 5 tahun dulu korang terbeli website iPhone.com / iPad.com.. masa tu iPhone dgn iPad pon orang tak kenal lagi... agak2 Steve Jobs tokey Apple tu nak offer berapa juta nak beli domain korang tu..?

Domain menjadi mahal bila ia unik, mudah sebut, dan mudah dii…

Promosi Slimist Spray

Imej
.
Mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam sambil menggunakan Slimist Spray lebih baik daripada tidak menggunakan apa apa. Ia mempunyai 1001 manfaat untuk kelihatan kurus.

✔ Membantu mendapatkan kulit yang lebih anjal dan cantik!

✔ Membantu mengurangkan lemak tepu di bahagian perut dan paha.

✔ Penggunaan yang sangat mudah! Hanya SPRAY!


Untuk mendapatkan kesan yang TERBAIK ;

1) HANYA semburkan pada bahagian selulit, perut buncit, 'double chin' atau kawasan berlemak. Sebaiknya selepas mandi pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

2) Biarkan meresap ke dalam kulit dan tak perlu dicuci

. 3. Banyak minum air suam/mineral (WAJIB)

4. Elakkan minum air sejuk/ais/manis

Nota: Anda akan merasa sedikit kesan panas untuk 3 saat penggunaan. Tiada kesan sampingan lain. Kecepatan berbeza setiap individu, bergantung kepada tahap metabolisme masing-masing.

Bahan-bahan:

Minyak Serai, Minyaki Lengkuas,Minyak Zaitun,Minyak Cengkih, Minyak Kayu Putih, Minyak Bunga Matahari, Minyak Kelapa Dara, Peppermint,…

Usahawan tani muda

Imej
MOHD. Aminudin (tengah) memilih untuk mengutamakan penjualan anak benih ikan berbanding menternak sendiri kerana ia lebih menguntungkan serta menjimatkan.

KERJAYA sebagai petani mungkin dianggap tidak glamor oleh kebanyakan orang terutama golongan muda.

Sedangkan, krisis makanan yang dihadapi dunia kini menuntut lebih banyak penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan untuk meningkatkan hasil pertanian.

Bidang pertanian bukan lagi sektor yang diwarisi golongan miskin sahaja, sebaliknya dengan penggunaan teknologi moden dan usaha gigih mampu memberi pendapatan lumayan.

Buktinya, kini lebih ramai golongan muda yang terdiri daripada siswazah menjadikan petani sebagai kerjaya kerana yakin bidang pertanian mempunyai potensi besar untuk berjaya.

- LYNN/MOHD NAIM AZIZ, SAIFUL BAHARI ASHARI & WAHIDAH ZAINAL


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20131102/ag_01/Usahawan-tani-muda#ixzz2jh16hcXj
© Utusan Melayu (M) Bhd