Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Inovasi mesin sate

Imej
Penggunaan tenaga kerja yang ramai serta kos yang tinggi kini tidak lagi relevan. Penyelesaian terbaik adalah menggunakan mesin.

Sate contohnya, adalah makanan kegemaran masyarakat di negara ini dan berpotensi untuk dieksport serta dibangunkan menerusi sistem francais.

Namun begitu, proses penghasilan yang memakan masa serta remeh menyukarkan usaha menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak dalam masa singkat.

Justeru, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi penyelidiknya berjaya menghasilkan mesin khas untuk mengatasi masalah penghasilan sate secara komersial.

Menurut Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, MARDI, Dr. Azman Hamzah, sate merupakan makanan tradisional yang berpotensi untuk dikomersialkan secara meluas sehingga ke luar negara.

Jelasnya, bagi menjayakan hasrat tersebut, sistem pemprosesan sate perlu dipertingkatkan dan dipercepatkan dengan kaedah mekanisasi bagi memastikan keselamatan serta pengawalan mutu produk yang leb…