Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Coklat tempe

Imej
Antara produk jenama DeTemps yang sedia untuk dipasarkan.
Coklat dan tempe dua makanan yang masing-masing mempunyai penggemarnya tersendiri. 

Tempe merupakan makanan tradisonal masyarakat Jawa yang dihasilkan daripada kacang soya manakala coklat diperbuat daripada koko. Hari ini coklat datang dalam banyak variasi dan jenama, jenis dan rasa tetapi tempe mempunyai keunikannya kerana kekal begitu melainkan cara dimasak kerana pengusaha kini mempunyai pilihan untuk memasarkannya dalam pelbagai cara masakan termasuk digoreng.

Satu perkara yang perlu diambil kira ialah coklat dianggap menggemukkan manakala tempe menyihatkan.

Sebab itu coklat kadangkala menimbulkan isu tertentu kepada penggemarnya sama ada berkaitan ramuan atau rasanya.

Namun bagi Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Banting Selangor, keunikan kedua-dua makanan tersebut sepatutnya ditonjolkan.

Memperkenalkan produk ciptaan mereka sebagai DeTemps, KKKL menggabungkan dua bahan utama iaitu tempe dan coklat bagi memberi keunikan menik…