Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Bisnes rock melon

Imej
SETIAP rumah hijau mampu memuatkan sehingga tiga ribu pokok rock melon.
PENANAMAN rock melon menggunakan kaedah fertigasi bukanlah perkara baru dalam kalangan petani ketika ini.

Malah, teknologi tersebut sudah menjadi aplikasi yang lazim dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan berikutan kelebihannya yang mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain.

Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik berisi tanah dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan atau proses pendebungaan.

Yakin konsep tersebut dapat memberi keuntungan kepada pendapatan keluarga, Muhammad Sidek Osman, 36, bertekad melepaskan jawatan dalam syarikat telekomunikasi swasta dan berhijrah kepada bidang penanaman fertigasi rock melon.

Menceritakan pengalaman pertama mengusahakan fertigasi rock melon, anak jati negeri Selangor itu memulakan projek tersebut awal Januari lalu.

“Saya bersama dua orang rakan kongs…

3 Layer Plastic Water Dispenser

Imej
Puan bakal menerima kunjungan tetamu raya ini?
Mahu hidangkan air minuman pelbagai jenis?
Tetapi tiada bekas mahupun ruang mencukupi? Kini masalah anda selesai !!
Dapatkan 3 Layer Plastic Water Dispenser ini dengan harga PROMOSI cuma RM160.
Dan POS juga PERCUMA seluruh SEMENANJUNG!!
Tetapi terhad untuk 30 pelanggan pertama sahaja dan untuk tempoh yang terhad.
Anda boleh isi sehingga 3 jenis minuman berbeza dan setiap tingkat / layer boleh muat 1 gallon ( 2.5 Liter ) dan setiap layer boleh diasingkan.
Nak buat 2 layer boleh, nak buat satu layer sahaja pun boleh.
Meterial : Plastik
Berminat?
SMS >3LPWD< ke >019-7589774 < untuk dapatkan harga promosi ini.
Ya, harga biasa Rm219, tetapi PROMOSI TERHAD cuma RM160. SMS sekarang!!
SMS >3LPWD< ke >019-7589774< Terhad pada 30 pelanggan pertama sahaja.

Inovasi dalam pertanian

Imej
Petani perlu mempunyai semangat yang kuat, cekal serta komited dalam mengusahakan pertanian di samping mempunyai sumber modal yang mencukupi’.

Berbekalkan prinsip inilah, hari ini Ramli Edrus yang merupakan usahawan tani berasal dari Kuantan, Pahang mampu tersenyum bangga dan telah berjaya meraih purata pendapatan lumayan.

Sebelum menceburi bidang pertanian, Ramli pernah bekerja sebagai pemandu traktor di Jabatan Pertanian Negeri Pahang selama hampir 10 tahun.

Pada masa itu, dia telah mula mengusahakan projek pertanian secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.

Hasil usaha yang berterusan dan keinginan untuk terus berjaya dalam bidang ini, dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan projek pertanian secara sepenuh masa.

Sehingga hari ini, Ramli telah berjaya mengusahakan tanaman secara fertigasi gantung di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pulau Manis, Kuantan dengan keluasan sebanyak 13 hektar (ha).

Ramli telah menyertai projek di TKPM ini sejak tahun 2…