Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Cerita Akaun Kecil dan Akaun Besar

Imej
Apakah perbezaan terbesar takaful dan simpanan biasa? Katakan Ali menyimpan RM50 setiap bulan, bermula umur 20 tahun, dengan harapan 30 tahun lagi dia akan dapat jumlah yang besar. Maka setiap bulan dia tidak pernah gagal menyimpan wang ke dalam akaun simpanan untuk mencapai hasrat murni beliau.
.
Abu, pada usia yang sama, menyimpan jumlah yang sama, tetapi beliau telah menetapkan untuk memperolehi RM50,000 apabila matang kelak. Abu yakin akan mencapai jumlah tersebut, walaupun hayatnya mungkin tidak lama? Mampukah beliau berbuat demikian?
.
Suatu hari, Ali dan Abu bertolak ke Kuala Lumpur dari kampung mereka dengan menaiki bas ekspres. Malang tidak berbau, pemandu bas gagal mengawal bas dengan baik sewaktu melalui selekoh tajam, menyebabkan bas terbabas dan terhumban ke dalam gaung, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia, ketika usia mereka baru 25 tahun!
.
Keluarga masing-masing menuntut duit mereka, yang mana keluarga Allahyarham Ali mendapat lebih kurang RM2500, manakala keluarga All…

Konsep Takaful

Imej
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.
Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Ini adalah contoh mudah untuk menerangkan konsep takaful. Anda pernah dengar tentang khairat kematian?
Program ini selalu dianjurkan oleh jawatankuasa surau/masjid. Jika anda menyertai program ini, anda dikehendaki membayar ‘bayaran tetap’ bulanan sebanyak RM5 (contoh). Jika ada ahli keluarga anda meninggal dunia, duit dari dana khairat kematian ini akan digunakan untuk belanja pengurusan kematian.
Apa akan terjadi jika anda tidak menyertai program khairat kematian ini?
Anda tidak akan dapat dana khairat kematian ini. Ini tidak adil bagi orang lain yang menyertai program tersebut jika anda tetap menerima sumbangan dari khair…