Khamis, April 28, 2016

Perlindungan takaful


Perlindungan Takaful
.
Setiap kita berhadapan dengan pelbagai risiko dan selalunya berkait rapat dengan komitmen kewangan apabila berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, jatuh sakit, diagnos penyakit kritikal, kehilangan upaya sementara atau kekal dan kematian. 
.
Dalam perancangan kewangan, skim perlindungan insurans atau takaful adalah instrumen yang boleh digunakan sebagai persediaan menghadapi risiko yang berkenaan.
.
Apakah kemungkinan keadaan diatas berlaku? 
.
Adakah anda bersedia daripada segi kewangan sekiranya anda hilang upaya untuk bekerja lagi disebabkan oleh penyakit kritikal misalnya? 
.
Sekiranya berlaku kematian, adakah ahli keluarga anda boleh meneruskan kelangsungan hidup sedia ada?
.
Pelan perlindungan yang sesuai boleh diambil diantaranya ialah:
.
- Takaful Keluarga (Hayat, Penyakit Kritikal, Kemalangan)
- Takaful Pendidikan
- Pelan Perubatan (Cashless & Non-Cashless)
- MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful)
- Takaful Am (Kenderaan, ‘Fire’, ‘Householder Houseowner’)
.
Perancangan yang baik mengambil kira faktor tanggungan (ahli keluarga) dan juga pinjaman atau pembiayaan yang diambil bagi tujuan tertentu seperti pembelian hartanah atau kenderaan. 
.
Selain itu, faktor gaya hidup juga diambil kira dalam menentukan jumlah perlindungan dan jenis perlindungan yang anda perlukan.
.
Apabila anda peka dengan keperluan ini, maka perlindungan insurans atau takaful adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan beban kewangan apabila terjadi sesuatu musibah yang tidak diingini. 
.
Kami membantu anda membuat analisa keperluan perlindungan yang munasabah dan menentukan jenis perlindungan yang sesuai dengan anda.
.
Saya sedia membantu.

.
Ahmad Hanizam Abdullah
019-7589774
https://hanizamagency.wordpress.com/

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...