Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Jual telur masin RM12,000 sebulan

Imej
Hazira Ahmad Zaidi Seawal jam 6 pagi setiap hari, pintu reban yang menempatkan kira-kira 1,100 itik dibuka bagi membolehkan ternakan itu ‘bersiar-siar’ dan mencari makan sekitar kawasan sawah padi. Terdapat empat reban semuanya yang ditempatkan berhampiran kawasan sawah di Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Che Hassan Che Mood, 57, berkata, itik peliharaannya akan menjalani rutin itu pada setiap pagi supaya bebas, sekali gus mengelak tertekan akibat dikurung. Langkah itu juga katanya, sebagai cara memastikan ternakan itu dapat menghasilkan telur berkualiti sebelum telur berkenaan diperam untuk menjadi telur masin yang kini satu perusahaan buat keluarga Che Hassan. “Setiap hari, hasil telur yang dikutip sekitar 860 hingga 950 biji dan ia akan dikumpulkan di bengkel untuk penyediaan telur masin. “Kerja itu dibantu beberapa penduduk kampung yang diberi upah harian. Ada juga pekerja tetap,” katanya ketika ditemui di kawasan penternakannya, baru-baru ini. Che Hassan memberitahu,…