Monday, August 31, 2009

The Big Secret To Marketing Your Business

Every entrepreneur wants a magic marketing potion that will attract all the customers and sales they can handle. Many are searching for that one, big marketing secret that will make their business successful beyond their wildest dreams.
.
These starry eyed people believe there exists one piece of information or tactic that will take them from obscurity to becoming the marketing champion in their industry. Sadly, most will never discover this secret even though it’s hidden in plain sight and instantly available to them at any time.
....
This Big Marketing Secret is your attitude!
...
Yes, successfully marketing your business requires the correct attitude. Just like your relationships with other people, the attitude you take decides on what you will ultimately achieve.
....
Your belief system and your approach play a significant role in your marketing success. It is the starting point what you will accomplish and how much money you earn in your business.
...
Do you believe that your marketing efforts will pay off in increased sales? Or, do you think that marketing is a waste of time and money because you’ve tried once before and failed to attract any response?
...
The fact of the matter is that marketing does work when you understand how. Like catching a ball or riding a bike it is a learned skill that anyone can master. All that stops you from achieving more is your attitude toward marketing.
...
There are millions of people who are now highly successful because they possessed the attitude that marketing is the most important activity in their business. Everything starts and relies on your ability to attract and convert prospects into buyers. It’s the only area of your business that produces the opportunities to make a sale.
...
When you ignore it, cut the budget when times are tough or just don’t market at all your business will suffer. Without marketing it’s tough to make a sale. Without sales, you have no business; only an expensive hobby!
...
Successful marketing requires desire, action and commitment. If you lack in any of these three qualities and have a bad attitude, you might as go work for someone else. It’s no secret that your attitude is critical to what you achieve in life and business. When you have a positive approach to your marketing, what you believe will be the most likely outcome.
...
Like the late Henry Ford said, “If you think you can or you think you cannot, you are always right.”

Saturday, August 29, 2009

KESAH AJANG CERITA KITA

adalah dikesahkan
ajang pun dilahirkan
.
lalu ajang dibesarkan
lalu ajang disekolahkan
lalu ajang diuji dan dipereksa
.
lalu ajang lulus ujian
gembiralah satu keluarga
gembiralah ajang se ajang-ajangnya
.
ajang pun belajar lagi
diuji dan diperiksa
ajang pun luluslah
ajang pun dilamar bekerja
.
maka bekerjalah ajang
berbaris dan beratur dijalan raya
bangun dari tidor untuk menjual tenaga
.
sebulan sekali menerimlah upah
lalu ajang membeli tv
untuk rehat dan bersenang hati
.
setiap hari beratur berbaris dijalan raya
bangun untuk menjual tenaga
dihujung minggu ajang berehat
buntang mata menonton tv
.
duit terkumpul lagi
lalu membeli kereta sebelum mencari bini
.
berbaris beratus dijalan raya
bangun dari tidor untuk menjual masa dan tenaga
agar dapat bayar hutang kereta dan rumah sewa
.
lalu ajang pun berbinilah
bangun pagi berasak asak menjual tenaga
untuk membayar kereta dan rumah sewa
.
lalu ajang dan isteri menjadi cerdik
tak perlu bayar sewa kalau rumah dimiliki
lalu mereka berhutang lagi untuk membayar kereta dan hutang bank
.
lalu mereka bangun pagi
berasak asak di jalan raya
untuk memburuh dan mengumpul duit nak jadi kaya
adalah dikesahkan anak pun lahir dan dibesarkan
.
lalu anak di anjangkan sekali lagi
lalu anak diajar agar dia pun bangun pagi
bangun berasak-asak dijalan raya
bersedia cekap bijak pandai untuk menjadi hamba kepada kerja
.
akhirnya anjang tua dan hendak mati
anjang terlantar dikatil
lalu anjang teringat sebuah buku cinta
yang dibelinya tetapi lupa tidak dibaca
.
lalu anjang teringat sekuntum bunga mawar
yang dia terlupa baunya
lalu anjang teringat sebuah pantai landai
sebuah tasik permai sebuah gunung berhutan
.
saekor burung belibis terbang menyambar
lalu dia teringat gesekan biola
dan tiupan seruling sawah dan gaung hutan dan pacat
.
ajang memanggil anak datang
ingin menyampai pesan
lalu mereka pun berkumpul
.
ajang hanya sempat berkata
– jangan jadi bodoh
–semua tercengang semua hairan
mereka menangis ajang telah hilang ingatan.
.
ajang mengulangi lagi – jangan jadi bodoh
– lalu anjang mati esoknya
anak dan isteri bangun pagi pagi
berasak asak di jalan raya entah apa hendak dicari
.
mengulangi hidup berpusing-pusing
tak pernah sedar diri hilang ingatan jadi injin bangun pagi
untuk beli kereta rumah dan tv

Friday, August 28, 2009

Perhebatkan penyelidikan khasiat lintah

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
..


KETIKA penternak lintah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai juga yang ragu-ragu dengan bidang penternakan haiwan eksotik yang semakin popular itu.
..
Ada yang mendakwa sukar untuk dipasarkan dan tidak mempunyai kilang untuk memproses lintah sebagai produk hiliran.
..
Semua ini tidak mematikan semangat sekumpulan penternak lintah untuk mewujudkan Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (Pelintah) bagi memajukan industri lintah negara.
..
Pelintah yang ditubuhkan pada November tahun lalu telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada Mac tahun ini.
..
Yang Dipertuanya, Mahadzir Md Zin berkata, buat masa ini Pelintah mempunyai lebih 350 orang ahli yang terdiri daripada penternak, pemborong, pengusaha dan peruncit.
.
"Buat masa ini, Pelintah menyasarkan mempunyai ahli sehingga 10,000 penternak.
.
"Pelintah juga merupakan persatuan yang diiktiraf di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
.
Beliau menerangkan terdapat lebih 600 spesies lintah di seluruh dunia tetapi antara tiga yang terbaik terdapat di negara ini.
.
Terdapat dua spesies lintah tempatan yang mendapat pasaran dunia iaitu lintah hijau dan lintah perang. Bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan lintah, Pelintah sedang cuba mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan.
.
Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati dan diiktiraf oleh semua masyarakat tempatan dan secara global.
.
Sehingga kini lintah banyak digunakan dalam perkhidmatan terapi, produk kecantikan, bahan anti-penuaan dan rawatan alternatif seperti bekam.
.
Mahadzir berkata, bekam dan terapi lintah telah lama digunakan di luar negara dan buat masa ini Pelintah telah mula membuat penghantaran lintah ke luar negara bagi tujuan terapi.
.
Buat masa ini, Pelintah dalam perancangan menjalankan kajian dengan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi terapi perubatan serta klinikal.
.
Misalnya kajian mengenai lintah untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan kecil, kosmetik serta dalam bidang pertanian.
.
"Kajian menunjukkan lintah mempunyai banyak hormon berguna serta 16 jenis enzim yang berguna," katanya.
.
Bagi penternak persendirian yang berminat mendapatkan maklumat mengenai Pelintah, boleh melayari laman web www.pelintah.ws atau e-mel kepada admin@pelintah.ws -Utusan online

Thursday, August 27, 2009

James Caan

..
James Caan is CEO of private equity firm Hamilton Bradshaw and has been building and selling businesses since 1985. Having founded the Alexander Mann Group in 1985 and co-founded executive head-hunting firm Humana International with his partner Doug Bugie, 2001 Caan was awarded the BT Enterprise of the Year award and the PricewaterhouseCoopers Entrepreneur of the Year 2003.
.
Setting up London-based Hamilton Bradshaw in 2004, the private equity company specialises in buyouts, venture capital, turnarounds and real estate investments and development opportunities in both the UK and Europe.
..
In October 2007, Caan joined the panel in the fifth series of BBC Two’s Dragons’ Den and filmed series six transmitted this Autumn soon to be followed by with a 1 hour special ‘Outside of The Den’ following up on Den Investments as well as exploring both his business and personal journey.
.
September 2008 saw James publish his Autobiography The Real Deal - an incredible story of his remarkable life. From his childhood as a Pakistani immigrant to the phenomenal success of his first company, this book traces James’s journey to both financial and personal maturity.
..
Published by Virgin it deals with his fear at realising his goals too early, and offers a frank account of what success at 30 really means.
.
A married father of two daughters, Caan has homes in London, the South of France and Pakistan.
.
Saya baru sahaja habis membaca buku beliau, James Caan - The Real Deal ini dua hari lepas. Buku ini saya beli semasa dalam perjalanan balik ke Malaysia di Lapangan terbang Heathrow, London.
..
Di sana saya sempat menonton rancangan Dragon's Den selama 6 minggu dan beliau kerap muncul sebagai salah seorang ahli panel yang menilai peluang pelaburan daripada pembentangan para usahawan.
.
Tertarik dengan rancangan dan juga kandungan buku beliau yang penuh inspirasi bagaimana seorang yang tercicir pelajaran pada usia 16 tahun menjadi jutawan melalui bisnes yang dimulakannya.
..
Dua pegangan utama kejayaan beliau ialah hasil daripada pesanan ayah beliau iaitu " Do the opposite from the mass" dan "win-win situtation for both seller and buyer"

Saturday, August 22, 2009

Zamzuree bangkit selepas kecundang

Oleh WAN MUHAMAD WAN ADAM

MEMANG ramai sebenarnya di dunia ini yang boleh bercerita bagaimana mereka tidak akan berjaya jika tidak menemui kegagalan terlebih dahulu.
.
Zamzuree Zakaria, 43, ialah seorang daripadanya yang menjadikan pengalaman kecundang sebagai pengajaran amat berguna untuk bangkit semula dan muncul sebagai antara pengimport dan pengeksport lembu secara komersial terbesar di negara ini.
.
Dengan berbekalkan modal hanya RM40,000 pada tahun 2000, yang sekadar mampu mengimport 28 ekor lembu dari Australia, kini pengusaha lembu yang juga Pengarah Syarikat Mahaderas Sdn. Bhd. ini sudah memiliki aset semasa lebih RM4.9 juta.
.
''Ini termasuk kandang dan peralatan yang membabitkan kawasan seluas 8.7 hektar di Kampung Jelor, Pasir Puteh," katanya kepada ketika ditemui di ladangnya di Pasir Puteh, Kelantan.
.
Zamzuree pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 mengambil alih pengurusan perniagaan daripada bapanya Zakaria Awang pada tahun 2003.
.
Sebelum itu, beliau pernah bekerja di beberapa buah syarikat termasuk Renong Berhad, Kuala Lumpur dan sebuah bank di Kelantan sebelum mengambil keputusan meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam perniagaan penternakan.
.
Bukan mudah bagi Zamzuree untuk mengumpul aset sebesar itu. Anak kepada seorang guru sekolah kampung yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh ini mengambil risiko besar meninggalkan pekerjaan kolar putih untuk menceburi bidang perniagaan.
.
Setahun selepas mengambil alih perniagaan bapanya, beliau menghadapi ujian perniagaannya hampir lumpuh berikutan harga import lembu dari Australia meningkat mendadak kerana nilai mata wang negara menurun.
.
''Ia halangan terbesar dan perniagaan saya hampir lumpuh sama sekali.
.
''Saya pernah menerima pelbagai kritikan dan cacian daripada masyarakat di atas kegagalan itu dan saya jadikan ia sebagai tiupan semangat untuk bangkit semula.
.
"Doa dan harapan saya mendapat keredaan Allah apabila diselamatkan oleh Agro Bank yang meluluskan pinjaman segera berjumlah RM1.4 juta sebagai modal pusingan," katanya.
.
Dengan wang pinjaman itu, Zamzuree mula mengalih tumpuan ke arah mengimport lembu dari Selatan Thailand terutama spesies Brahman Cross India.
Kini beliau mengimport kira-kira 12,000 ekor setahun untuk dipasarkan di Semenanjung terutama Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Pahang, selain Kelantan.
.
Terbaharu, lebih 1,200 ekor lembu bernilai RM2 juta sudah ditempah bermula akhir bulan ini bagi keperluan bulan Ramadan dan Aidilfitri.
.
''Sebahagian besar daripada jumlah itu sudah tiba dan ditempatkan di ladang syarikat untuk dikuarantinkan selama 10 hari dan diberi suntikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh agar ia selamat dan bebas daripada pelbagai jangkitan penyakit sebelum diedarkan kepada pengguna," katanya.
.
Lembu berkenaan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu kira-kira RM2,000 seekor dan sehingga kini ia mendapat permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan dan musim cuti sekolah bagi kenduri kahwin.
.
Zamzuree berkata, berasaskan kejayaan itu beliau mempelbagaikan kegiatan dengan menyertai projek hiliran seperti ternakan 1,300 ekor itik telur spesies khaki campbell untuk memproses dijadikan telur masin.
.
Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh, beliau berjaya menghasilkan kira-kira 900 biji telur sehari untuk pasaran domestik dan merancang untuk menghasilkan 10,000 biji untuk dieksport ke luar Kelantan.
.
Zamzuree juga mengimport dan menternak 200 ekor kambing daging spesies luar negara dan sehingga kini dapat memasarkan 100 ekor sebulan untuk keperluan tempatan.
.
Bagi keperluan harian, beliau turut menternak 300,000 ekor ikan keli dan mengeluarkan hasil antara 800kg dan 1,000 tan sebulan.
.
Beliau juga ialah pengeluar terbesar baja organik hasil buangan bahan terbiar seperti najis lembu, kambing dan itik selain campuran bahan kimia bagi penyuburan tanaman jangka pendek dan panjang.
.
Antara 10 hingga 20 tan sehari mampu dikeluarkan bagi memenuhi keperluan domestik termasuk beberapa buah syarikat di Terengganu.
.
Di samping itu, Zamzuree juga mempunyai sebuah kolam memancing pelbagai spesies ikan yang membabitkan kawasan seluas 1.8 hektar dan sebuah restoran.
Kolam berkenaan disediakan untuk memberi peluang kepada remaja melibatkan diri dalam aktiviti lebih sihat dengan mengenakan bayaran RM7 sejam.
.
Setiap bulan beliau mengadakan karnival memancing dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai.
.
Seorang pembeli dari Cheras, Selangor, Mokhtar Ahmad, 35, ketika ditemui di ladang berkenaan berkata beliau sering berurusan dengan syarikat berkenaan disebabkan bekalan lembunya lebih segar.
.
"Kedatangan saya hari ini untuk membeli lapan ekor lembu bagi bekalan bulan Ramadan," katanya. - Bernama

Friday, August 21, 2009

Jintan Hitam Cegah H1N1

..
SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos, Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1). Menurut kajian yang dijalankan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.
..
Akhbar Al-Khaleej melaporkan kajian tersebut menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir. Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah -AGENSI

Wednesday, August 19, 2009

10 Questions to Ask a Financial Advisor

Do some research before signing the dotted line.
....
By Rosalind Resnick May 26, 2009
..
Choosing a financial planner to help you manage your money and meet long-term financial objectives is one of the most important hiring decisions you’ll ever make.
..
But even entrepreneurs who hire bookkeepers, sales reps and executives with ease, fumble when it comes to picking the right financial planner for themselves and their families.
..
Why?
..
Because even the savviest entrepreneurs often don’t know the right questions to ask or what the job actually entails.
..
“The first question most people ask financial planners is ‘What has your performance been?’” says Eleanor Blayney, CFP and president of Direction$, LLC.
..
Of the approximately 300,000 practitioners who claim to offer financial planning in this country, only about 60,000 have passed the examination, subscribed to the code of ethical conduct and accumulated the years of experience necessary to earn the CFP designation.
..
“Clients need to understand that’s really beside the point. Financial planning is not synonymous with investment advice,” Blayney says.
..
Think of your planner as your “financial coach,” Blayney says, “a generalist who can put all the pieces together.”
..
This can mean bringing in a money manager to build a portfolio of stocks and mutual funds for long-term appreciation, an attorney to create a trust to minimize your estate taxes and a life insurance expert to find the best policy to provide for your children and grandchildren.
..
“A better question to ask would be, ‘What have you helped your clients do?’” Blayney says. “Relocate?
Put three kids through college?
Put a retirement plan in place?”
...
Here are 10 questions the CFP board suggests you ask your prospective planner before you sign on the dotted line:
....
1. How much experience do you have?
..
2. How long have you been working as a financial planner?
.
3. What kind of work have you done for clients like me?
.
4. What are your qualifications?
.
5. Are you a certified financial planner professional or CFP® practitioner, a certified public accountant-personal financial specialist (CPA-PFS) or a chartered financial consultant (ChFC)?
.
Be sure to look for a planner who has experience in insurance, tax planning, investments, estate planning and/or retirement planning.
.
6. What services do you offer?
..
Do you sell stocks, mutual funds and other financial products?
Do you sell life insurance?
..
Financial planners are generally barred from selling insurance or securities without the proper licenses and cannot give clients investment advice unless they are registered with state or federal authorities.
.
7. What is your approach to financial planning?
..
Will you make recommendations and then bring in other professionals to execute them or will you help me buy the stocks, bonds and life insurance policies I need?
..
Make sure the planner’s investment approach matches your own financial goals and objectives and is not too cautious or overly aggressive.
.
8.Will you be the only person working with me?
..
Do you have other people in the office that will assist you?
If your planner works with attorneys, accountants or life insurance agents to implement his plans, be sure to get a list of names and check their backgrounds.
.
9. How will I pay for your services?
..
Some planners charge an hourly fee or monthly retainer. Other planners charge a fee equivalent to a percentage of the client’s assets they have under management. Others charge you nothing but earn a commission from sales of life insurance, mutual funds and other products.
..
How much do you typically charge?
Can you give me an estimate of how much my costs will be?
These costs should include the planner’s hourly rates, asset management fees and any commissions he is likely to receive from the products that he sells you.
..
Could anyone besides me benefit from your recommendations?
If your planner receives commissions from product sales or referral fees from other companies or professionals who send him business, make sure that he fully discloses these potential conflicts of interest.
..
Have you ever been disciplined for any unlawful or unethical actions in your professional career?
..
What government agencies and/or professional regulatory bodies (the Securities and Exchange Commission, FINRA, the CFP Board, etc.) are you governed by? Contact these organizations to conduct a thorough background check.
..
10. Can I have it in writing?
..
Ask the planner to provide you with a written agreement detailing the services to be provided. Keep it in your files for future reference.
..
Most importantly, “Sit down and talk with your financial planner before you start to do business,” Blayney says. “I am still stunned at the number of [Bernie] Madoff clients who never, in fact, met the guy.”
..
Rosalind Resnick is founder and CEO of Axxess Business Consulting,a New York consulting firm that advises startups and small businesses, and the author ofBeating the Bailout Blues: How to Stay Sane When the Markets are Driving You Crazy. She also writes The Vest Pocket Consultant blog.

Website terbaru saya

Saya baru sahaja lancarkan website www.nizamsky.ws
..
Saya perolehi maklumat tentang pembinaan website ini daripada email seorang rakan. Masih lagi dalam proses belajar dan saya cuba masukkan sebarang input berguna untuk kebaikan bersama.
..
Tujuan yang lain juga tidak bukan sebagai satu lagi mesin duit untuk saya menjana pendapatan daripadanya. Dalam fikiran banyak plan dan produk untuk ditawarkan dan tengah berusaha untuk mencari yang sesuai.
..
Apa pun, sudi-sudikan untuk melawatinya. Terima kasih

Tuesday, August 18, 2009

Rahsia Tarikh Kelahiran




Saya baru sahaja mendapat satu ebook "Laporan Percuma Rahsia Tarikh Lahir" yang di hantar tentang cara bagaimana untuk mendapatkan pengiraan tentang diri berdasarkan tarikh lahir.
..
Menarik juga sebab dari situ kita tahu apakah kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri dan mengambil tindakan positif untuk digunakan untuk kebaikan sendiri.
..
Oh ya, nombor asas saya ialah 2. Terdapat senarai individu yang mempunyai nombor asas dari 1 hingga 9. Nak tahu bagaimana, dapatkan laporan tersebut sekarang juga.
..
Memang berguna dan sangat informatif isi kandungannya kerana sekurang-kurangnya kita tahu asas dan saya galakkan anda untuk mendapatkannya di
http://mytarikhlahir.com/

Friday, August 14, 2009

Timing dalam perniagaan

..
Pernahkah anda mendengar istilah "Timing dalam perniagaan"?
..
Sekiranya anda mempunyai idea untuk melancarkan satu-satu produk baru, tanya kepada diri anda dahulu...
..
"Apakah pelancaran produk tersebut tepat pada masanya?"
..
Sering terjadi apabila seseorang usahawan internet mempunyai idea yang amat baik dan berjaya mencipta produk yang berkualiti, tapi waktu melancarkan produk tersebut pula salah.
..
Timingnya tidak tepat!
..
Mungkin terlalu cepat kerana hendak mendapat perhatian pasaran ataupun terlalu lewat sehingga persaingan menjadi bertambah. Pada tahun lepas kami telah berjaya melancarkan 3 produk dan semuanya berjaya mendapat pulangan yang menggalakkan. Di antara produk tersebut ialah Tip AdSense, Rahsia 10K & NiagaKit.
..
Untuk memastikan kejayaan perniagaan anda, anda juga perlu mengambil berat perihal waktu produk anda dilancarkan.
..
Faktor penentu waktu pelancaran produk ialah:
..
1) Melakukan penyelidikan di pasaran.
2) Meneliti permintaan pasaran.
..
Anda perlu ingat bahawa usahawan yang berjaya ialah mereka yang melancarkan perniagaan tepat pada masanya.
..
Sekian,
..
Zhafran & Labanon,Team FlareBiz.
..
P.S: . Timing adalah antara faktor yang akan menentukan kejayaanperniagaan anda.

APA ITU IMPERIALISMA


..
Imperialisma ialah pencapaian akhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Imperialisma adalah tahap dimana modal yang dilabur telah sampai ke kemuncak. Era kita pada kita ini adalah era imperialisma. Ciri akhir imperialisma ialah wujudnya empire.
...
Dalam sejarah tamadun manusia banyak Empire telah di didirikan. Empire Iskandar Zulkarnain dari Mercedonia hingga ke India. Kaput. Empire Rom – hampir seluruh tanah dipersisiran Laut Tengah, tanah besar Eropah hingga ke Britain akhirnya kaput juga. Empire Napolean – menjajah Eropah – akhirnya kaput. Empire Ottoman, Empire Mongol – semuanya masuk kain kapan.
..
Portugis, Sepanyol dan Belanda juga pernah memiliki empire. Empire Jepun juga kaput. Semuanya runtuh. Hari ini warga dunia anak semua bangsa sedang berhadapan Empire Global Amerika Syarikat. Empire muncul hasil dari perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya kaum pemodal hanya melabur di tanah asal negara masing-masing. Mereka menggunakan bahan tempatan. Menggunakan tenaga buruh tempatan. Berjual beli untuk warga tempatan. Dasar sistem kapitalis - beli murah, upah murah dan jual mahal – menjadikan kaum pemodal dapat mengumpul keuntungan bertimbun tambah.
..
Dalam hukum ekonomi kapitalis - keuntungan yang dikumpul ini wajib berkembang dan dikembangkan – jika tidak sistem kapitalisma akan mati. Justeru kaum pemodal memerlukan bahan-bahan mentah baru. Memerlukan tenaga buruh yang lebih banyak. Kaum pemodal memerlukan kawasan pemasaran yang lebih luas untuk mendapat bahan mentah dan warga untuk menjadi tukang beli.Maka kapitalisma membuka era zaman penjajahan/kolonialisma – zaman mencari tanah jajahan.
..
Dalam era kolonialisma – mencari tanah jajahan – kita melihat empire British, empire Sepanyol, empire Belanda dan Portugal berebut-rebut mencari tanah jajahan. Afrika, Amerika Latin dan Asia ditibai, dipecah dan ditaklok.Tanah jajahan diperlukan untuk mengaut hasil bumi – bahan galian, kayu kayan dan hasil pertanian.
..
Kita bertemu dengan British East India Company dan Dutch East India Company yang menjarah kepulauan Melayu untuk mengkayakan Britain dan Belanda.Cara menjalankan dasar penjajahan cukup senang. Gaduhan antara satu bangsa dengan yang lain. Sokong satu dan tibai yang lain. Gaduhkan Acheh dengan Melaka. Gaduhkan Melaka dengan Pasai.
..
Di Perak - sokong Sultan Abdullah dan jatuhkan Sultan Ismail. Beri mereka senjata biar mereka bergaduh. Naikkan Sultan Abdullah tetapi buangkan Sultan ini ke lautan Hindi apabila baginda berani melawan.Bawa masuk China dan India ke Tanah Melayu. Sokong satu bangsa dan tibai yang lain. Kemudian pecahkan negara itu. Satu untuk British dan satu untuk Belanda. Satu jadi Indonesia dan satu Malaysia. Pecahkan lagi Malaysia – munculkan Singapura.
..
Di India - British memecahkan Bharat dengan Pakistan tetapi sengaja meninggalkan Khasmir untuk memastikan India dan Pakistan akan terus bermusuh. Kemudian pecahkan lagi Pakistan – munculkan Bangladesh. Vietnam dan Korea jadikan dua – satu Utara dan satu Selatan. Tibai yang Utara dan beri senjata pada yang Selatan.
..
Di negara Arab gunakan taktik yang sama. Pecah-pecahkan negara Arab- disetiap batang pokok kurma wujudkan seorang Emir, Al-Malik atau Sultan. Kemudian rampas bumi Palestin dan wujudkan Israel. Jadikan Israel pengkalan tentera yang terkuat – dengan tujuan untuk memastikan negara Arab yang telah dipecah-pecah akan terus bergaduh.
..
Tidak cukup dengan ini gaduhkan Sunni dengan Shia.Untuk memastikan tanah jajahan dapat dikawal wujudkan barua-barua yang setia. Nobatkan mereka dengan gelaran Sir atau kahwinkan mereka dengan perempuan lacur Mat Saleh. Jadikan pemimpin berkulit hitam ini King Kong. Temberangkan jantan-jantan hitam ini dengan mitos - jika mereka ada ‘mem’ berkulit puteh maka mereka ada kelas.
..
Jantan dari Asia dan Afrika akan terjelir lidah apabila melihat perempuan Mat Saleh terkangkang. Kalau tidak - jual candu – jadikan Sultan Husin seorang pemadat dan ambil Singapura.Cukup enteng taktik dan perancangan kuasa imperial ini untuk difahami. Hanya yang buta sejarah dan susuk yang malas membaca dan malas berfikir sahaja yang tidak tahu fakta ini. Atau mereka yang telah dibebal dan dibonsaikan fikrah dengan Kancil dan Kenari yang tidak memgetahui hal ini.
..
Hari ini taktik dan mondus operandi yang sama sedang dijalankan oleh Empire Global Amerika Syarikat. Cuma dengan perkembangan tamadun manusia ada sadikit perubahan – bukan perubahan zat tetapi perubahan kulit. Hakikat, niat dan cita-cita imperialisma – dari zaman Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Barack Obama adalah sama – untuk menjarah harta kekayaan dunia.
..
Kalau di zaman empire Rom – dari Baitulmukadis hingga ke Lodonian diwujudkan pengkalan tentera. Kalau di zaman empire British dari Terusan Suez hingga ke New Zealand pos-pos soldadu telah didirikan. Hari ini wujud 737 pengkalan tentera empire Amerika diserata pelusuk dunia. Amerika sedang menempatkan soldadunya di 153 buah negara dalam dunia ini.
..
Dunia ini memiliki 192 buah negara. Ertinya hampir 70% negara dalam dunia ini ada pos soldadu Amerika. Pengkalan tentera ini dijagai oleh 2 juta 500 ribu bala tentera dari pelbagai bentuk ketumbukan – darat, laut, udara dan cekrawala. Semuanya untuk memastikan kaum pemodal kapitalis akan dapat membuat keuntungan. Untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis selamat dari didobrak rakyat dunia.
..
Dengan perubahan politik – diera pasca perang dunia ke dua – maka pengkalan tentera wajib didirikan melalui perjanjian. Justeru Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain membuat penjanjian terbuka – Five Power Defence Arrangement. Britain pula terikat dengan perjajian-perjanjian lain seperti dengan Amerika dan dengan North Amerika Treaty Organisation( Nato). Semua perjanjian pertahanan ini ikat mengikat.
..
Dalam masa yang sama warga tidak tahu apa lagi perjanjian-perjanjian ‘gelap’ yang telah ditanda tangani antara barua-barua tempatan dengan kuasa imperial. Seperti di zaman Rom – bala tentera ini siap siaga untuk menumpaskan apa sahaja bentuk pemberontakan – sama ada warga Yahudi di Baitumukkadis di zaman Isa dari Nazareth atau warga Arab di Jordan dan Syria. Senjata dan perang adalah taktik dan strategi yang digunakan oleh kuasa imperialisma untuk memastikan mereka akan terus dapat membolot harta kekayaan dalam dunia ini.Perang adalah salah satu dari watak kapitalisma.
..
Selagi kapitalisma wujud selagi itu perang akan wujud. Jangan berangan-angan mengangat-angat jari dan melaungkan ‘peace now’. Damai tidak mungkin wujud dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Perang adalah sebahagian dari syarat yang menghidupkan kapitalisma. Kapitalisma memerlukan perang seperti manusia memerlukan oksigen. Perang dan kapitalisma macam taik dengan lalat.
..
Dengan harta kekayaan yang terkumpul – imperialisma yang mewakili kaum pemodal antrabangsa - pada ketika ini sedang merancang untuk mewujudkan apa yang dipanggil New World Order – Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru ini akan dikepalai oleh Amerika Syarikat. Rancangan-rancangan telah dan sedang diatur untuk mewujudkan Satu Kerajaan Dunia – The American Global Empire.
..
Telah diwujudkan lembaga-lembaga yang akan memaksa semua negara tunduk dibawah peraturan lembaga-lembaga ini. Bank Dunia, IMF, World Trade Organisation bertugas untuk mengendalikan ekonomi. Pertubuhan PPB untuk dijadikan rujukan perundangan dunia. Mahkamah Dunia sebagai badan kehakiman. Bala tentera Anglo-Amerika akan menjadi penguatkuasa – seperti yang telah berlaku di Kosovo dan sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan.
..
Dibawah empire Amerika semua negara-negara akan tunduk menyembah dan membayar ufti. Sesiapa yang engkar akan diserang. Semenjak selesai Perang Dunia ke Dua tentera Amerika telah menyerang - Iraq, Iran, Afghanistan, Lebanon, Philipina, Liberia, Yugoslavia, Somalia, Korea, Panama, Cuba, Grenada dan Libya.
..
Ini serangan terbuka dan belum diambil kira serangan proksi yang dilakukan dengan menggunakan barua tempatan seperti di Nicaragua.Negara kita juga tidak akan terlepas dari cengkaman Empire Global Amerika. Amerika telah memberi tekanan untuk membuka pasaran – liberalisasi – dalaman negara kita. Free Trade Agreement adalah perjanjian berat sebelah untuk menekan negara-negara dunia ketiga. Tujuan FTA ini ialah untuk membolehkan syarikat gergasi dunia membeli/memiliki air, api, talipon, hospital, bank, beras, tanah, minyak dan apa sahaja harta kita untuk menjadi harta mereka.
..
FTA mengajukan pengswataan. Mahathir Muhamad hanya mengikut telunjuk dan menjalankan dasar penswastaan dalam negara kita. Empire Global Amerika amat suka kepada pemimpin dunia ketiga yang memiliki banyak masalah dan banyak skandal. Lagi banyak rasuah, lagi banyak skandal, lagi zalim terhadap rakyat - lagi kuat sokongan Amerika.
..
Malah jika pemimpin itu terlibat dalam kes bunuh membunuh – si pemimpin ini amat-amat disayangi oleh Amerika. Pemimpin dunia ketiga seperti ini amat senang disuruh arah dan akan mengikut telunjuk kaum pemodal Anglo-Amerika. Untuk sebuah empire bernafas ianya memerlukan sebab dan musabab. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai.
..
Pada awalnya empire telah menjajakan hujah bahawa mereka datang untuk mentamadunkan orang berkulit hitam. Mereka datang untuk melawan kejahilan yang dianggap musuh. Maka kaum pemodal datang ke Amerika Latin, Afrika dan Melaka dengan kitab Injil dan Padri.
..
Tujuan sebenar untuk merembat harta kekayaan.Bila kitab Injil tidak laku lagi maka kaum pemodal membuat helah baru. Kali ini mereka datang untuk membawa kebebasan dan demokrasi. Kali ini musuh yang hendak dilawan ialah anak negeri tanah jajahan yang bangun melawan mereka. Anak tanah jajahan yang nasionalis, yang sosialis dan yang komunis – yang berani mengangkat senjata melawan kuasa kaum pemodal dicap sebagai musuh kepada demokrasi.Hari ini Empire Global Amerika - telah menggunakan 9/11 ini sebagai satu hujah untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika bahawa musuh dunia hari ini ialah keganasan.
..
Ledakan bangunan World Trade Center itu dilakukan oleh ‘orang dalam’ bertujuan untuk mengolah persetujuan agar musuh yang halimunan ini diyakini kewujudannya.Semua ini bohong. Tujuan empire dari zaman Iskandar Zulkarnain masih tidak berubah – untuk menjarah harta kekayaan dunia ini.
..
Warga seluruh dunia – anak semua bangsa - hari ini kita semua sedang berhadapan dengan kuasa empire yang licik, ganas dan memiliki kekuatan bala tentera yang maha hebat. Tetapi sejarah juga telah menunjukkan kuasa empire ini hanyalah harimau kertas. Bala tentera empire yang melintasi lima benua telah mula menjadi gergasi berkaki kaca.
..
Amerika telah pernah dikalahkan di Vietnam pada tahun 1975. Amerika sedang terasak tenat di Iraq dan Afghanistan. Pertempuran terus berlaku dimerata pelusuk dalam dunia. Walau bagaimana besar sekali pun kekuatan bala tentera Amerika – tidak mungkin dapat mengawal jika seluruh rakyat dunia bangun melawan.
..
Di Amerika Latin warga telah mula bangun dan menghumbankan barua dan tali barut tempatan yang bersekongkol dengan kauam kapitalis antarabangsa. Banyak negara di Amerika Latin telah berjaya mendirikan kerajaan yang bertuankan rakyatKita di Malaysia wajib sama serirama dengan warga dunia untuk menghumbankan parti-parti politik yang selama ini menjadi barua kaum pemodal Anglo-Amerika.
..
Parti-parti politik ternakan kuasa imperial ini sedang menggunakan taktik pecah dan perintah. Elit politik yang di pilihara dari zaman British dahulu sedang mengadu dumba – China lawan Melayu – Bumiputera dengan yang bukan Bumiputera. Elit politik ini secara sedar – untuk terus berkuasa – sedang cuba menimbulkan perselisehan antara Melayu dengan Cina – atas nama Islam.
..
Ini samalah seperti taktik yang digunakan oleh Amerika di Iraq – gaduhkan Sunni dengan Shia. Pasti ada warga kita yang akan terperangkap. Pasti ada yang akan terpengaruh. Seperti taktik empire – menimbulkan pergaduhan adalah cara untuk mengolah persetujuan orang ramai. Apabila warga bergaduh sesama sendiri maka tidak akan dapat terwujud satu barisan yang kompak bersetia kawan untuk menjatuhkan elit politik yang diternak oleh kuasa imperila Anglo-Amerika.
..
Jika kita semua tahu taktik dan strateji Empire Global Amerika pasti kita tidak akan membenarkan diri kita terus dijajah. Warga yang cerdik, yang berilmu dan memiliki keupayaan fikrah akan menjadi susuk yang bebas yang dapat memahami apa kapitalisma dan apa imperialisma.
..
Justeru, tugas susuk yang bebas merdeka ialah bangun membawa pencerahan. Hanya dengan pencerahan baru projek membodoh warga dapat digagalkan.Susuk yang bebas merdeka akan juga mengagalkan projek Tata Dunia Baru dan meruntuhkan Empire Global Amerika. (TT)

Monday, August 10, 2009

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

..
Oleh Irfan Khairi
Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya".
..
Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.
..
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.
..
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:
..
MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!
..
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan.
..
TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalahkerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dantubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
..
Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
..
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan hariinya.
..
Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
..
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.
..
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di Barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
..
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yangsememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
..
SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini. Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
..
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
..
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!
..
Mereka yang optimis akan...- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu maslaah.
..
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Merekasering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masasilam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebihproduktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadiseperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
..
PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
..
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
..
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
..
Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!
..
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.
..
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
..
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
..
ps: Jangan lagi melengahkan masa dalam memulakan perniagaan. Sertai seminar "Cara Bagaimana Untuk Mencapai Kejayaan Perniagaan Dalam Masa Singkat dan Pelaburan yang Minimum" di
http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/

Friday, August 07, 2009

Mulanya tanam suka-suka, kini menguntungkan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
..
Menerima pelawaan membuat liputan mengenai tanaman malberi menimbulkan pelbagai persoalan mengenai pokok yang menjadi santapan ulat sutera ini.
..
..
Bertemu dengan mantan guru, Khadijah Mustapa, 58, merungkai segala persoalan yang terbuku sejak seminggu.
..
Memulakan bicara, Khadijah bercerita, sebatang ranting malberi yang dibawa oleh seorang ahli keluarga sekembali dari United Kingdom (UK) mengubah kehidupannya sekeluarga.
..
Katanya, pokok malberi tumbuh subur di UK bagaikan kawasan semak dan buahnya yang masam-manis enak dimakan terutama bagi pelajar negara ini.
..
"Dengan sebatang dahan, suami saya, Abdul Jalil Nong menanamnya secara suka-suka kerana kami sekeluarga memang gemar bertani," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Rasa Tambahan, Rasa, Hulu Selangor, Selangor.
..
Apabila pokok malberi yang ditanam mula mengeluarkan hasil, Khadijah membuat jem serta jus dan memberikannya kepada guru sekolah di tempatnya mengajar.
"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ramai yang ingin membeli produk baru ini," katanya sentiasa mendapatkan maklumat mengenai malberi melalui Internet.
..
Mendapati pokok dan buah malberi mempunyai banyak kegunaan, Khadijah mula menghasilkan jus, jem, teh dan dadih bagi kegunaan sendiri.
..
Bagaimanapun rakan serta keluarga yang berkunjung ke rumah dan merasai produk malberi hasilan tangan Khadijah menggalakkan beliau mengkomersialkannya.
..
Bermula dengan menjual pada rakan dan sahabat di sekolah serta jiran berhampiran, Khadijah mula terfikir mengkomersialkannya.
..
Setelah lima tahun mengusahakan jem malberi secara kecil-kecilan, setelah bersara Khadijah mula mengambil langkah membesarkan perniagaannya.
..
Menerima nasihat rakannya Zainon Ariffin, Khadijah meminta khidmat nasihat Jabatan Pertanian bagi meningkatkan mutu produk jem buatannya selain menghasilkan produk lain seperti jus, teh dan topping dadih.
..
"Jabatan Pertanian membantu memberikan khidmat nasihat mengenai pembuatan jem, teh, jus dan dadih.
..


"Saya juga menggunakan kemudahan di Jabatan Pertanian Rasa bagi menghasilkan produk," katanya yang menghasilkan dan mengeluarkan produk di bawah syarikat DMJ Enterprise.

..
Bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah, Khadijah yang sekarang mengusahakan tanaman malberi di tanah seluas suku ekar kini mula menanamnya di kawasan seluas kira-kira empat hektar (11 ekar) di Batang Kali, Selangor.

..
Khadijah menanam pokok malberi secara berperingkat bagi membolehkan hasil dituai secara berterusan. Ditanya mengenai pengurusan tanaman malberi, beliau berkata, malberi mudah ditanam dan dijaga tetapi tanaman ini menarik ulat beluncas dan burung.

..
"Pokok malberi, pokok renek seakan-akan semak mengambil masa tiga bulan untuk berbuah dan biasanya buah yang pertama kali tidak digunakan.

..

"Kami menggunakan buah yang terhasil pada kali ke dua dan seterusnya bagi memastikan mutu," katanya yang mendapat bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Mara, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian.

..
Buah malberi yang unik tetapi mempunyai keistimewaan untuk menghasilkan banyak produk hiliran.

..
ulat sutera
Memandangkan daun malberi adalah makanan ulat sutera, musuh semulajadinya adalah ulat beluncas. Bagi menghalang ulat beluncas, Khadijah tidak menggunakan racun serangga sebaliknya hanya hanya membuang serangga yang ada.

..
Mengenai ancaman burung pula, Khadijah tidak menggunakan malberi sisa makanan burung dan hanya buah yang sempurna. Mencari maklumat mengenai pokok malberi, Khadijah mendapat tahu, buah malberi masak boleh dimakan mentah.

..
Selain itu, buah malberi juga boleh digunakan dalam masakan seperti pai, tart dan minuman kordial. Buah malberi hitam yang biasa terdapat di barat daya Asia, manakala malberi merah yang ditemui di Amerika Utara mempunyai rasa yang kuat. Malberi hitam, merah dan putih terdapat dengan banyaknya di India, Azerbaijan, Syria, Armenia, Pakistan, Iran dan Afghanistan dipanggil malberi unggul.

..
Buah malberi hitam pula diimport ke Britain dalam abad ke-17, atas alasan membantu industri ulat sutera. Bagaimanapun malberi banyak digunakan dalam perubatan tradisional terutama untuk merawat kurap.

..
Pokok malberi dibawa ke negara ini oleh pedagang Cina sebagai makanan ulat sutera dan sebagai ramuan ubatan tradisional.
Malahan tumbuhan ini mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan tradisional cina sejak 1800 tahun lalu.

..
Keseluruhan pokok boleh dimanfaatkan, di mana buahnya boleh dimakan mentah atau dibuat jem, daunnya dijadikan teh dan batang serta akar boleh direbus untuk diminum. Khasiatnya paling popular dalam formulasi tradisional bagi mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merendahkan paras kolestrol dalam darah.

..
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk malberi boleh menghubungi Khadijah Mustapa di 012-9026676 atau 03-60579197.
..

Info pokok malberi
Malberi atau morus merupakan 10 hingga 16 jenis spesies pokok daun luruh yang biasa terdapat di kawasan temperat panas dan subtropikal di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika dengan majoritinya di Asia.

..
lBerkait rapat dengan genus Broussonetia juga dikenali dengan malberi atau Paper mulberry, Broussonetia papyrifera.
Klasifikasi saintifik
Alam: Plantae
Filum: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Famili: Moraceae
Kumpulan: Moreae
Genus: Morus - Utusan online