Wednesday, June 30, 2010

Biomanis daripada pemanis semula jadi

TIDAK ramai yang mengetahui apakah pokok stevia, apatah lagi maklum akan khasiatnya. Namun segelintir daripada kita yang sukakan kemanisan tetapi bencikan kemudaratan mungkin memilih pokok ini sebagai pemanis.
.
Ini kerana stevia sudah mula dikenali sebagai alternatif kepada gula untuk pemanis dalam minuman.
.
Ada yang melabelkan 'gula sebagai racun', 'gula lebih bahaya daripada dadah', 'gula pembunuh senyap' dan macam-macam lagi.
.
Di sinilah stevia memainkan peranan kerana bahaya gula telah menampakkan impak dan kesan sangat positif kepada masyarakat.
.
Pengambilan makanan manis yang mengandungi tinggi kalori tanpa khasiat dan serat dalam jangka panjang mampu menyingkirkan beberapa vitamin dan zat galian dari dalam badan.
.
Melihatkan betapa seriusnya peningkatan pesakit diabetes ini, Perintis Dagangan Sdn. Bhd. (Perintis), sebuah syarikat yang telah lama terlibat dalam kajian dan pembangunan hasil pertanian ini telah mengeluarkan produk Biomanis iaitu sejenis pemanis semula jadi yang berasaskan 100 peratus ekstrak daun pokok stevia gred A+ dengan kadar kemanisan yang lebih tinggi berbanding gula tebu.
Bagaimanapun Biomanis ini tidak mengandungi kalori, lemak, kolestrol, protein, toksik, glukos dan karbohidrat.
.
Memandangkan Biomanis mempunyai kadar kemanisan yang tinggi berbanding gula, maka sebotol produk tersebut boleh digunakan untuk 400 gelas air. Sekotak Biomanis yang mengandungi lima botol ini boleh digunakan untuk tempoh setahun.
.
Pembelian sekotak Biomanis dilihat lebih praktikal berbanding penggunaan sebotol sahaja memandangkan tindak balas gula stevia pada badan mengambil masa untuk menolak segala stok glukos dan kalori yang terdapat pada darah yang telah lama berada di dalam badan.
.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perintis, Norzana Rafie, selain daripada khasiat dan kelebihan semula jadi secara biologi yang terkandung di dalam Biomanis ini proses pembuatan produk ini disulam dengan beberapa khasiat dan kebaikan secara metafizik.
.
''Ini termasuk bacaan 30 juzuk al-Quran, ayat dan selawat syifa', doa-doa mustajab dan
terbaik dari al-Quran dan hadis, Asma al-Husna dan banyak lagi,'' katanya.
.
Menurut beliau, ia bertujuan menambahkan keberkatan dan keberkesanan penggunaan produk ini sesuai dengan peranan Biomanis sebagai pemanis semula jadi terbaik.
.
Melalui beberapa ujian kadar gula dalam darah oleh beberapa doktor penasihat, Biomanis menunjukkan kesan yang amat menakjubkan kerana ujian ke atas kadar gula selepas dua jam menunjukkan kadar gula adalah sama seperti sebelum meminumnya.
.
Ini jelas membuktikan dengan menggunakan Biomanis dalam air, ia tidak menambahkan kadar glukos dan kalori dalam darah.
Semua orang yang mengamalkan Biomanis juga boleh membuat ujian darah sendiri sekiranya ingin mendapatkan pengesahan dan menambah keyakinan.
.
Biomanis dikatakan pemanis semula jadi paling mesra dengan pesakit diabetes, darah tinggi dan obesiti. Menurut satu kajian mendapati jumlah karbohidrat, kalori dan glukos yang terkandung di dalam gula tebu antara penyumbang kepada kenaikkan paras gula dalam darah.
.
Dengan menggantikan penggunaan gula tebu kepada Biomanis ini secara amalan yang konsisten dan berpanjangan, kita mampu menghentikan kemasukan kalori, karbohidrat dan glukos yang baru secara berlebihan dalam badan.
.
Lama-kelamaan lemak dan kalori yang dah lama tersimpan dalam badan akan terbakar untuk bekalan tenaga.
.
Memandangkan Biomanis tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen antihiperglisemik untuk diabetes.
.
Pengambilan gula stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang sifar segalanya.
Produk berkenaan dijual dalam botol dengan harga RM59.90 yang boleh digunakan untuk dua bulan setengah dan satu kotak besar yang mengandungi lima botol dijual pada harga RM200 sekotak boleh digunakan untuk tempoh setahun.
.
Memandangkan satu botol Biomanis boleh digunakan untuk 400 gelas air maka pelanggan hanya perlu membelanjakan kira-kira 10 sen sahaja untuk segelas minuman sekali gus berpeluang menikmati hidup yang lebih sihat dan menjauhi kesan bahaya gula.
.
Selain digunakan dalam minuman seperti teh, kopi atau minuman kegemaran lain, Biomanis juga disarankan penggunaannya ketika mengambil minuman berherba seperti teh misai kucing, mas cotek, tunjuk langit dan lain-lain bagi menambahkan keberkesanan herba tersebut pada badan.
.
Selain itu, sifat ekstrak daun stevia yang tahan pada suhu yang tinggi, terikat dan tidak terampai ini boleh digunakan di dalam masakan berempah dengan menambah secubit Biomanis ke dalam masakan bagi menambahkan keenakan masakan dan mengelakkan masakan bersantan dari cepat basi.

Saturday, June 26, 2010

Teknologi biogas hasil teh serai

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

.

USAHLAH bertanya kepada sesiapa apakah khasiat dan manfaat Cymbopogon citratus kerana ramai akan terpinga-pinga?

Namun menyebut sahaja serai, ramai akan tersenyum kerana telah maklum bahawa herba tersebut sudah diketahui khasiatnya sejak turun temurun.

Serai biasanya digunakan dalam masakan bukan sahaja kerana khasiatnya tetapi juga aroma yang membuka selera.

Sebab itu, banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) memanfaatkan serai sama ada untuk dijadikan masakan atau rempah yang telah ditumbuk untuk kegunaan masakan.

Pada masa sama, penyelidikan untuk mencari khasiat serai terus dijalankan, bagi mencari kemungkinan sebatian aktif dalam serai boleh bertindak dalam melawan penyakit tertentu.

Manfaat serai

Menyedari serai mempunyai pelbagai kegunaan, sebuah syarikat tempatan, Rapat Nusantara Sdn. Bhd. memanfaatkan tanaman herba tersebut untuk menghasilkan minuman herba berkhasiat.

Produk yang mereka hasilkan ialah teh serai berjenama Citralife yang telah mula berada di pasaran sejak tahun lepas.

Syarikat tersebut terlibat dalam penanaman, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran serai sejak 2008 lagi.

Menurut jurutera syarikat yang banyak memainkan peranan penting membangunkan produk mereka, Najwa Mohd. Nor, pihaknya telah terlibat dalam penanaman serai dengan hasrat mempopularkan teh daripada herba tersebut terutama kepada mereka yang mementingkan kesihatan.

Najwa berkata, peluang menceburkan diri dengan industri pemprosesan serai perlu dimanfaatkan selepas Azed Bina Sdn. Bhd. menerima geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi sistem atau mesin biogas.

Azed Bina bekerjasama dengan Rapat Nusantara untuk memproses dan mengeringkan serai dengan teknologi hijau yang mesra alam.

Pada mulanya , ia hanya dimanfaatkan untuk industri biomas atau penjanaan tenaga daripada bahan terbuang.

Pihaknya mendapati, sistem tersebut boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan produk serai dengan menggunakan pemanasan pada suhu 100 darjah Celsius.

Pada masa sama, mereka menjalankan kajian mengenai manfaat serai dan mendapati kandungan citral yang terkandung dalam herba tersebut boleh membantu dalam penjagaan kesihatan antaranya membantu mengurangkan kolesterol, membantu mengurangkan tekanan darah dan terdapat khasiat lain.

''Berdasarkan kandungan citral tersebut, kami menamakan jenama produk kami sebagai Citralife,'' ujarnya ketika ditemui di pusat pemprosesan serai di Jalan Enam, di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, kandungan citral dalam Citrallife agak tinggi iaitu 280 peratus berbanding kandungan semula jadinya dalam pokok serai.

Menurut Najwa, teknologi untuk memproses serai tersebut direka dan dibina sendiri oleh pihak syarikat.

''Sistem ini mampu memproses satu tan serai segar sehari untuk dijadikan minuman herba Citralife.

Serai segar perlu dibersihkan dan dipotong terlebih dahulu sebelum dikeringkan dan dikisar.

Sebanyak tiga tan serai segar diperlukan untuk menghasilkan 500 kilogram, serai kering.

''Pihak kami sendiri telah menjalankan ujian perbezaan antara serai segar dan kering (Citralife) di FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia) Kepong, dan hasil ujian mendapati kandungan citral (agen yang mampu membunuh sel kanser) dalam serai kering tiga kali lebih tinggi berbanding serai segar.

''Orang yang minum jus serai segar juga tidak mendapat kesan yang sama sebagaimana mereka meminum Citralife,'' kata Najwa.

Kata Najwa, minuman serai ini merupakan tradisi orang Melayu yang makin dilupakan generasi muda.

Banyak khasiat dan kajian telah dijalankan terutama di negara-negara asing mengenai pengaruh serai dalam kesihatan manusia, terutamanya dalam penyakit kanser, darah tinggi, arthritis dan lain-lain.

Katanya, Citralife dihasilkan dalam dua bentuk produk iaitu uncang yang dijual dalam satu paket mengandungi 15 uncang teh berharga RM16 dan bungkusan 80 gram berharga RM12.

Najwa berkata, sejak berada di pasaran kira-kira setahun lepas, produk tersebut mendapat maklum balas menggalakkan daripada pengguna.

Pihaknya juga mendapat banyak respons yang baik daripada pesakit-pesakit darah tinggi, artritis dan beberapa pesakit kanser.

''Tidak disangka serai yang selama ini digunakan sebagai bahan ramuan dalam masakan mempunyai ubat untuk merawat pelbagai penyakit tanpa kita sedari,'' katanya.

Kini produk berkenaan memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kategori makanan daripada Kementerian Kesihatan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-79872080 begin_of_the_skype_highlighting 03-79872080 end_of_the_skype_highlighting atau layari http://lemongrassherbal.blogspot.com

Tuesday, June 22, 2010

Industri Halal Boleh Beralih Daripada Pasaran Khusus Utk Peroleh Manfaat Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Industri Halal boleh beralih daripada pasaran khusus dan menjadi tarikan besar di seluruh dunia, memandangkan nilainya berasaskan integriti, kualiti dan menyeluruh, kata pengasas dan pengarah urusan KasehDia Sdn Bhd dan Forum Halal Dunia, Jumaatun Azmi.
.
Bagi menjayakannya, beliau berkata industri itu mesti memiliki syarikat yang cemerlang, yang berjaya mengharungi gelombang, untuk menghasilkan jenama yang diperakui bukan sahaja oleh industri, malah oleh ekonomi utama.
.
"Menerusi usaha berterusan, kita akan dapat bergerak daripada jenama serantau kepada multinasional," katanya pada Anugerah Jurnal Halal Kelima yang diadakan sempena Forum Halal Dunia, di sini Isnin malam.Jumaatun berkata peserta pasaran mesti diberikan motivasi berasaskan hakikat bahawa mereka bukan sekadar menjual produk dan perkhidmatan, malah menjual gaya hidup berasaskan nilai bahawa ia memberi manfaat kepada semua.
.
Anugerah Jurnal Halal 2010 diberikan kepada tujuh syarikat dan individu dari seluruh dunia atas inisiatif luar biasa mereka dalam tujuh kategori.Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan anugerah itu. Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengungguli Anugerah Produk Terbaik bagi SimplySiti, barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit halal menggunakan teknologi penjagaan kulit terkini.
.
Anugeah bagi Perkhidmatan atau Produk Kewangan Terbaik dimenangi FORAS International Investment Jeddah, Arab Saudi.Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn Bhd memenangi Anugerah Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar.Dalam bidang Perjalanan dan Hospitaliti, anugerah dimenangi Cresentrating Pte Ltd Singapura.
.
Anugerah Penyedia Perkhidmatan Terbaik pula diungguli Al-Jazeera English, manakala anugerah Inovasi Terbaik oleh ImHalal.com, yang diasaskan oleh adik-beradik dari Iran-Kuwait yang berpejabat di Belanda.
.
Anugerah yang memperakui pencapaian Peribadi Luar Biasa pula dimenangi Dr Naif Al-Mutawa, pakar psikologi klinikal Kuwait dan pencipta "The 99", kumpulan pertama komik adiwira Islam.
.
-- BERNAMA

Thursday, June 17, 2010

70 Peratus Pengusaha Rumah Burung Walit Di Terengganu Berakhir Kegagalan

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mendapati lebih 70 peratus pengusaha rumah burung walit di negeri ini berakhir dengan kegagalan.
.
Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharun berkata di Terengganu terdapat kira-kira 300 buah rumah burung walit yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
.
"Rumah burung walit yang gagal kebanyakannya disebabkan kelemahan dari segi pengurusan," katanya kepada Bernama selepas melawat salah satu projek rumah walit yang gagal di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit Rabu.
.
Katanya kos paling rendah untuk membina rumah burung walit ialah RM100,000 dan kebanyakannya dimiliki orang perseorangan. Kos bangunan setinggi empat tingkat yang dilawati hari ini menelan belanja lebih kurang RM500,000, yang dibina kira-kira tiga tahun lalu.
.
Dr Azizol berkata projek itu dikira gagal kerana burung tidak masuk sejak ia dibina hingga kini memandangkan bangunan itu tidak mempunyai kemudahan sebagai rumah burung walit seperti perakam suara burung dan elektrik. Beliau berkata ia amat merugikan kerana industri burung walit terbukti mampu memberi pulangan lumayan jika dilaksanakan dengan betul.
.
"Dalam erti kata yang lain, kerajaan mahu seramai mungkin melibatkan diri dalam industri bernilai tinggi itu," katanya. Bagaimana pun, katanya JPV akan melihat perkara itu dan akan cuba mengatasinya supaya industri burung walit terus berkembang di Terengganu.
.
-- BERNAMA

Produk hiliran nanas

Buah nanas mengandungi vitamin, zat galian, serat dan enzim yang baik untuk sistem penghadaman dan membantu dalam memberikan zat pemakanan yang seimbang.
.
Nanas juga merupakan sumber utama Vitamin C manakala kandungan lemak dan natriumnya amat sedikit.
.
Jus nanas dan jus buah-buahan campuran dalam kotak tetrapak adalah antara minuman yang popular di pasaran.
.
Jus itu juga boleh digunakan bagi menghasilkan jus jernih, kordial, cuka dan wain manakala jus yang diperam boleh dijadikan agar pejal atau nata de coco.
.
Isi nanas yang dikisar halus yang dipanggil pulpa boleh digunakan terus atau dipekatkan dan dibungkus dalam tin atau beg plastik aseptik untuk digunakan sebagai bahan mentah bagi pemprosesan produk lain.
.
Gegelung nanas pula merupakan sejenis snek pejal yang dihasilkan daripada daripada pulpa nanas bersama-sama ramuan lain dan berbentuk sekeping agar nipis yang digulung.
.
Serbuk nanas boleh dihasilkan daripada pulpa nanas melalui proses pengeringan sembur selain kepingan flake daripada proses pengeringan deram.
.
Justeru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyediakan pelbagai teknologi bagi menghasilkan produk hiliran nanas.
.
Timbalan Pengarah Program Pembangunan Produk dan Pemprosesan Makanan, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan MARDI, Hasimah Hafiz Ahmad berkata, pihaknya telah menghasilkan pelbagai teknologi pemprosesan nanas bagi sesuai bagi industri kecil dan sederhana.
.
"Selain jus, kordial dan jem, MARDI juga telah membangunkan snek hirisan nanas secara gorengan vakum yang dihasilkan dengan kandungan minyak yang rendah," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.
.
Nanas bersalut sejuk beku adalah produk baru yang telah dipasarkan di mana hirisan nanas yang telah dirawat disalut dengan adunan tepung dan serbuk roti menyerupai naget.
.
Pihak MARDI jelas Hasimah telah bekerjasama dengan beberapa pengusaha IKS bagi menghasilkan jeli konfeksi, bar granola rendah kalori atau tinggi serat, halwa bersalut coklat, acar buah, inti nanas, hirisan nanas dalam jus dan dadih.
Selain makanan, jus nanas dan batang pokok nanas merupakan sumber enzim bromelain yang boleh menguraikan protein dan boleh digunakan bagi melembutkan daging.
.
Ekstrak nanas yang mengandungi asid alfa hidroksi dan enzim telah digunakan dalam produk kosmetik bagi menggalakkan ketegangan kulit dan menanggalkan sel kulit mati.
.
Nanas juga digunakan sebagai ubat dalam perubatan tradisional dalam beberapa negara misalnya akar dan buah nanas dimakan atau disapu di atas kulit sebagai ubat anti-inflamatori.
.
Di Filipina, nanas digunakan sebagai ubat cacing manakala daun nanas digunakan sebagai sumber pembuatan kain.
.
Manakala serat yang daun nanas digunakan oleh penduduk China, India, Afrika Barat dan Taiwan bagi membuat benang, jala dan kain.
.
Jambul dan hampas nanas dari kilang pemprosesan nanas dikeringkan bagi dijadikan makanan ternakan.
.
Kegunaan nanas yang pelbagai daripada makanan, perubatan, tekstil, kosmetik dan makanan menjadikan tanaman berkenaan mendapat jolokan 'Buah seribu guna'.
..
--- Utusan Malaysia Online

Tuesday, June 15, 2010

Mengatur Strategi Pemasaran Berkesan

Apakah itu pemasaran?
.
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
  • Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
  • Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
  • Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
  • Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
  • Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
  • Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
  • Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
  • Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi, demografi dan komunikasi.

Thursday, June 10, 2010

Industri Burung Walit Jana Pendapatan Rakyat

Oleh Syed Azwan Syed Ali
.
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri burung walit yang semakin pesat berkembang di negara ini mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
.
Ini kerana industri dengan nilai eksport mencecah RM1.5 bilion setahun itu mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dalam jangka masa singkat berbanding bidang pertanian lain.Modal dilaburkan tidak tinggi selain masa menuai "hasil" juga tidak lama.
.
Pelaburan antara RM10,000 hingga RM30,000 diperlukan untuk membina sebuah rumah burung di atas tanah seluas 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang, tidak termasuk kos membeli atau menyewa tanah terbabit. Manakala RM250,000 hingga RM600,000 diperlukan untuk membina sebuah premis burung yang berskala besar atau apa yang dikenali sebagai "hotel burung" di kalangan pemain industri.
.
DANA PINJAMAN
.
Kebanyakan negeri termasuk di Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, lot-lot rumah kedai diubahsuai menjadi premis rumah burung ekoran tarikan pulangannya yang lumayan. Sup sarang burung dipercayai mendatangkan banyak khasiat antaranya "awet muda" dan melancarkan perjalanan darah, mendapat permintaan tinggi masyarakat tanah besar China yang menjadikan hidangan itu sebagai pengukur status individu.
.
Ia juga semakin diminati sebilangan golongan elit masyarakat Asia Barat. Menyedari potensi industri burung walit kepada ekonomi negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Agrobank memperuntukkan dana pinjaman berjumlah RM67.7 juta untuk membiayai projek-projek berkaitan industri itu.
.
Pengarah Urusan Agrobank Datuk Ahmad Said berkata peruntukan itu sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE), dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 setahun.
.
PENYERTAAN SEMUA KAUM
.
Ahmad berkata dana khas itu akan membolehkan sekurang-kurangnya 2,000 pelanggan membina rumah burung walit berskala kecil, antara RM10,000 hingga RM30,000 sebuah dengan kadar faedah serendah 3.75 peratus. Pemerhati industri melihat dana pinjaman Agrobank itu akan membolehkan industri itu yang ketika ini dimonopoli "tokeh-tokeh Cina" disertai usahawan-usahawan dari semua kaum dengan kadar faedah rendah.
.
Ahmad berkata harga sarang burung yang tinggi iaitu sekitar RM3,000-RM4,000 sekilogram bagi sarang burung yang belum diproses dan mencecah sehingga RM12,000 bagi sarang burung yang diproses menyatakan kenapa industri itu berkembang pesat sejak akhir-akhir ini.
.
Dilaporkan, kini terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara.Dalam memastikan penyertaan golongan miskin dalam industri ini, kerajaan juga melancarkan geran berjumlah RM5 juta untuk membolehkan 500 keluarga miskin di seluruh negara mempunyai rumah burung walit.
.
1GP DIBAWA KE PERINGKAT MENTERI
.
Setiap keluarga yang dikenalpasti (pendapatan kurang RM450 sebulan) akan dibinakan sebuah rumah burung kos rendah bernilai RM10,000 yang diharap menjadi sumber pendapatan tambahan bagi keluarga terbabit. Dalam laporan media pada 11 Feb lepas, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata keluarga miskin itu akan dikenalpasti JPV negeri.
.
Namun ketika industri yang bermula dengan migrasi spesies burung dari Indonesia sejak 10 tahun lepas berkembang pesat, soal-soal regulasi industri itu dilihat masih belum diselesaikan.Ini kerana garis panduan industri burung walit atau 1GP yang disediakan JPV selaku agensi peneraju industri burung walit negara, masih belum dikemukakan kepada kabinet untuk diluluskan di atas sebab-sebab tertentu.
.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini berkata 1GP yang akan menjadi standard bagi industri burung walit itu telah selesai dibincangkan di peringkat pegawai kementerian terbabit dan akan dibawa ke peringkat menteri.
.
KEKALKAN STATUS PENGELUAR
.
Selain Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, tiga kementerian lain yang terlibat ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apa yang pasti, sepertimana diharapkan pemain industri, 1GP akan segera dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah pembinaan premis burung di kawasan bandar yang dikaitkan dengan masalah bau, bunyi dan risiko penyakit.
.
Selain mengekalkan status negara sebagai pengeluar sarang burung di rantau Asia Tenggara, dana dan garis panduan itu tentunya akan menjadi pemangkin hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.
.
Ketika ini, pasaran utama komoditi itu ialah China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura dengan Malaysia dikenali sebagai pengeluar sarang burung walit yang berkualiti selepas Indonesia dan Thailand.
.
-- BERNAMA

Wednesday, June 09, 2010

"Usahawan Muslim perlu rebut peluang perniagaan Internet"

Temubual bersama Irfan Khairi di majalah Islamik I.
.
Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet.
.
Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
.
Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet.
.
Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.
.
"Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.
.
FENOMENA BARU
.
Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi.
.
Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.
.
"Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet - menjualbuku-buku agama - boleh dilakukan," kata Irfan.
.
POTENSI MASA DEPANTambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.
.
"Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 16 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah 15 juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta.
.
Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di Negara ini.
.
"Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.
.
"Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet - samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah," kata Irfan.
.
Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet, usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.
.
Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan agama.Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.
.
PENYELESAI MASALAH
.
Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.
.
"Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.
.
"Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi" kata Irfan lagi.
.
KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI
.
Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 10 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.
.
Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk terus berjaya.Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.
.
Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya. Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun (empat tahun lalu).
.
Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di RahsiaInternet.com.
.
Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya selagi termampu, Insya-Allah.Cara-cara mencari ilmu :
.
1. Melalui buku-buku. Jangan lupa, tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.
.
2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!
.
3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!
.
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.
.
Sekiranya anda sudah lama bercadang untuk memulakan perniagaan di Internet- sama ada mempelajari kaedah memulakan perniagaan di Internet dari rumah, atau sekiranya anda menjalankan perniagaan MLM tetapi kurang berjaya, dan ingin menggunakan Internet untuk menggandakan keuntungan, jangan melengah-lengahkan masa lagi. Sertai seminar yang bakal di jalankan pada minggu hadapan.

Tuesday, June 08, 2010

Kisah usahawan beras Faiza

Oleh NASRI JAMALUDIN
.
"SAYA ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini." Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad ketika ditemui Kosmo! di Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
.
Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.
.
Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.
.
Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
.
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun.
.
Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
.
"Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur.
.
"Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai," katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia.
.
Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain.
.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
.
"Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.
.
"Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal," katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu.
.
Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi.
.
Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif.
.
"Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas," tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut.
.
Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap.
.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
.
Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan.
.
Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading.
.
Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.
.
Kehidupan
.
Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.
.
Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu.
.
Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.
.
Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin.
.
"Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza," katanya.
.
Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri.
.
"Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran," katanya.
.
---Kosmo! online

Felda Akan Menjadi Pengeluar Daging, Susu Terbesar, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan Felda akan menjadi pengeluar daging dan susu terbesar di Malaysia melalui satu perkongsian perniagaan yang baharu dengan rakan strategiknya bagi melaksanakan pembangunan projek ternakan lembu bersepadu di negara ini.
.
Perdana Menteri berkata perkongsian strategik itu adalah satu mercu tanda penting bagi Felda untuk menjadi peserta antarabangsa utama di dalam bidang perniagaan pertanian.
.
"Hari ini merupakan titik permulaan bagi Felda menjadi tauke daging dan susu. Bukan sebarang tauke tetapi tauke yang besar. Kalau sebelum ini Felda membeli ladang tebu dan menjadi "Raja Gula", dan sekarang ini menjadi "Raja Daging dan Susu," katanya.
.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian antara Felda Global Ventures Livestock Sdn Bhd, Middle East Oil and Grains Ltd dan Felda Iffco Sdn Bhd di sini hari ini.
.
Najib berkata satu projek ternakan lembu bersepadu yang dilaksanakan oleh kumpulan Felda dan rakan strategiknya akan memberikan sumbangan signifikan mengenai cara Malaysia membina sara diri yang lebih meluas di masa depan dan membangunkan salah satu pusat pengeluaran daging Halal terbesar di rantau ini.
.
Katanya Malaysia terlalu bergantung kepada pengimportan daging dan susu dan perlu memajukan opsyen bekalan domestik untuk menampung keperluan penduduk negara ini yang kian berkembang. Kini, Malaysia mengeluarkan hanya 25 peratus daripada daging yang digunakan di negara ini dan hanya 5.0 peratus daripada bekalan susu domestik.
.
Sementara itu, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata satu syarikat usaha sama yang baharu, Felda IffcoAllana Malaysia Sdn Bhd (FIAM) telah diperbadankan untuk melaksanakan pembangunan projek itu.
.
Katanya projek itu melibatkan kesemua aktiviti utama pada keseluruhan rantaian nilai industri ternakan daging, iaitu penternakan lembu, pertanian fidlot, penternakan tenusu, kilang makanan dan pemprosesan produk ternakan.
.
"Projek itu memerlukan anggara RM688 juta kos pelaburan," katanya.Mohd Yusof berkata kumpulan Felda akan menyediakan akses kepada bank tanahnya yang berkeluasan kira-kira 850,000 hektar, bagi mewujudkan infrastruktur estet dan menyediakan pengetahuan operasi tempatan yang tidak ternilai bagi projek itu.
.
Katanya projek itu dijangka menyumbang ke arah menangani isu sara diri Malaysia yang rendah di dalam pengeluaran daging dan susu serta mendorong negara ini untuk menjadi pengeluar daging halal terbesar di rantau ini.
.
Pada majlis itu, satu lagi majlis memeterai perjanjian diadakan antara Felda Prodata Systems Sdn Bhd dan Innovation Associates Consulting Group untuk melaksanakan secara bersama perkhidmatan perundingan, teknologi dan yang diuruskan.
.
-- BERNAMA

Friday, June 04, 2010

Perniagaan Internet, Perniagaan Masa Depan

Oleh Nor Diana Othman
.
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Hari ini perniagaan Internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna Internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu.
.
Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan Internet merupakan satu bentuk perniagaan untuk masa hadapan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai-kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan Internet berbanding perniagaan kovensional.
.
"Kedai buku terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika, China atau Jepun tetapi di Internet iaitu amazon.com manakala pasar raya terbesar di dunia pula ialah eBay. Tidak mustahil suatu hari nanti semua orang akan lebih gemar membeli-belah di Internet berbanding pasar raya," katanya kepada Bernama.
.
MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN
.
Menceburi bidang perniagaan bukanlah impian Shuth semasa kecil. Tetapi setelah memasuki alam pekerjaan, beliau mula bercita-cita untuk menjadi usahawan. Hal ini kerana Shuth menyedari tentang kebaikan dan keburukan antara bekerja makan gaji dengan bekerja sendiri.
.
Pada masa ini Shuth menjalankan beberapa jenis perniagaan Internet yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan penyewaan 'webhosting', penerbitan serta penjualan 'eBook'.Sebelum menceburi bidang perniagaan, anak kelahiran Muar ini pernah bekerja sebagai eksekutif IT yang menguruskan bahagian multimedia dan juga pembangunan web di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
.
Menyedari betapa pentingnya memiliki kebebasan masa dan juga kewangan, beliau mencuba menceburi bidang perniagaan kerana percaya bidang ini mampu memberikan semua itu.
.
"Saya sedar, cara terbaik untuk memiliki kedua-dua kebebasan itu ialah dengan menceburi diri ke dalam dunia perniagaan," jelasnya.Sedia mengambil tanggungjawab 100 peratus dan sentiasa berfikiran positif ialah prinsip hidup Shuth untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
.
Beliau juga berpendapat bahawa untuk menjalani kehidupan yang lebih gembira dan bebas, berniaga dan menjadi seorang usahawan adalah pilihan yang paling tepat.Menurut Shuth, terdapat kajian yang menyatakan bahawa golongan yang bekerja sendiri dan berniaga mempunyai kehidupan yang lebih gembira dan memuaskan berbanding golongan yang makan gaji.
.
CABARAN YANG DIHADAPI
.
Bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, setakat ini tiada halangan terlalu besar yang dihadapi beliau kecuali sedikit kritikan semasa melancarkan 'eBook' yang pertama pada tahun 2005.
.
"Saya menerima emel dan juga panggilan telefon daripada seseorang yang mencerca saya dan mengatakan saya penipu sebab menjual 'ebook' di Internet," kata Shuth. Pada masa itu, saya sedikit kecewa tetapi kembali bersemangat apabila melihat semakin ramai orang membeli 'eBook' dari sehari ke sehari.
.
"Pada pendapat saya, saya menjual ilmu dan maklumat, dan bukannya menjual fail kosong. Dunia sudah maju dan zaman sudah berubah, zaman ini ialah zaman informasi dan maklumat.
.
"Pada zaman ini, 'maklumat' ialah sesuatu yang sangat penting dan berharga, jadi tidak hairanlah jika orang ramai akan mula memperdagangnya di alaf baru ini," jelasnya.
.
KEJAYAAN TERBESAR MENJADI USAHAWAN
.
Sewaktu mula mencebur diri di dalam dunia perniagaan, tiada siapa yang memberi galakan kepada beliau. Tetapi setelah memperoleh sedikit kejayaan, ramai yang memberikan galakan seperti keluarga dan rakan-rakan.
.
"Kejayaan yang saya rasa paling besar dalam hidup saya selepas menceburi bidang ini ialah apabila saya dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga dan melihat anak-anak saya membesar di hadapan mata saya setiap hari," katanya bangga.
.
Penulis buku terlaris, "Rahsia Blogger" ini didorong oleh seorang rakannya yang mahu beliau berkongsi ilmu mengenai blog kepada orang ramai. Buku tersebut menceritakan tentang peluang-peluang yang ada untuk mendapatkan wang di internet.Harapan Shuth adalah selepas membaca buku tersebut, mereka dapat melihat dan bertindak merebut peluang-peluang yang ada.
.
Bertanyakan tentang perancangan pula, "Untuk masa terdekat ini, saya merancang untuk memindahkan operasi perniagaan saya yang selama ini beroperasi dari rumah kepada sebuah pejabat yang lengkap dengan beberapa orang pekerja tetap," kata Shuth.
.
NASIHAT KEPADA BAKAL USAHAWAN
.
Generasi milineum atau nama lainnya, generasi Y, yang membesar dengan kewujudan Internet, lebih gemar menggunakan Internet untuk tujuan bersosial dan berhibur seperti facebook, myspace, games (permainan mata) dan sebagainya.
.
Menurut Shuth, golongan ini mempunyai peluang yang cerah dalam bidang perniagaan Internet selagi mereka mempunyai minat untuk berniaga serta menyedari tentang kepentingan Internet bagi tujuan perniagaan. Shuth berkata golongan belia harus bijak mengambil peluang dan menggunakan ruang yang sedia ada ke arah sesuatu yang berfaedah dan menguntungkan.
.
"Perniagaan di Internet mempunyai banyak kelebihannya seperti modal permulaan yang kecil, pasaran yang lebih luas serta ia mampu beroperasi selama 24 jam secara automatik tanpa memerlukan kos operasi yang tinggi.
.
"Mempunyai ilmu tentang perniagaan dan ilmu berkenaan komputer serta Internet dapat membantu seseorang belia untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya," katanya.Apa yang mampu beliau katakan kepada bakal usahawan ialah:
.
"Belajarlah dan bertindaklah, jangan sekadar belajar, belajar, belajar sahaja, ia tidak akan memberikan hasil.
.
"Juga tidak boleh terus bertindak, bertindak, bertindak, takut tersilap langkah pula. Jadi, belajarlah dan kemudian bertindak," ulas beliau.-- BERNAMA

Thursday, June 03, 2010

Tip bisnes yang berjaya

Sasaran pencapaian di dalam menceburi bidang perniagaan harus ada bagi menaikkan semangat anda untuk berjaya dalam apa jua bisnes yang diceburi. Sasaran tersebut mungkin tercapai dan juga mungkin sebaliknya. Tetapi kalau anda tidak cukup cekal untuk berjaya ia adalah mustahil untuk dicapai.
.
Seringkali kita dengar cerita tentang orang yang kecundang di dalam pernigaan mereka. Kenapa ini berlaku?
.
Salah satu puncanya adalah mereka tidak mengenal produk tersebut dengan lebih mendalam akan produk yang ingin disampaikan kepada pembeli. Pemilihan bisnes yang mudah mendapatkan client juga penting. Biar produk tersebut mudah dijual kepada pembeli. Sukar bagi pembeli untuk menolaknya. Ibarat"pisang goreng panas".
.
Dari segi harga pula, mungkin ramai yang merungut jika harga produk mahal.Ya, saya sendiri pun macam tu juga. Tapi tak semestinya harga yang murah akan ada ramai pembeli sebab mereka pasti memikirkan unsur lain pula seperti produk tersebut rendah kualitinya.
.
Jika ada pesaing yang sama menjual produk tersebut. Lakukanlah langkah tambahan seperti menyediakan hadiah percuma. Sebagai contoh, semasa kempen piala dunia bulan ini. Berlumba-lumba syarikat makanan menyediakan hadiah menarik supaya pengunjung mengunjungi premis mereka.
.
Selamat maju jaya!

Wednesday, June 02, 2010

Fake It Till You Make It

1. Be real, be transparent, be authentic and be yourself…
.
I mean your REAL self. Too often people spend incredible amounts of energy trying to project themselves as something they’re not. Most of their conversation is spent trying to impress and they think they have everyone snookered.
.
Here is the reality: no one is fooled. People are always transparent… even when they think they aren’t. I’m sure you meet people all the time who say all the right things, look the part, but you just know, in your gut, even if you can’t put your intellectual finger on it, that they are full of hooey.
.
We are all intuitive and sensitive beings. We can feel the truth. We can sense authenticity and we can sense when it isn’t present. Projecting pretense only pushes people away from you—quickly and regularly. Your real self—the one that isn’t king of the hill, has fears, is concerned about family and has a genuine passion for a product, service or helping other people succeed—is far more attractive to people than anything else.
.
I think the era of “fake it till you make it” of the ‘80s and ‘90s has passed. People are smarter today and more than ever are looking for authenticity. Now let me be clear, no matter where you are in your business, in your financial success or in life, I DO want you to start dressing the part and walking the walk. I want you to start representing your elevated self. I want those things to be demonstrations of your new commitment to be better, show up better and live better. I’m talking about not fibbing on the truth.
.
2. Treat people… like people
.
I remember a mentor of mine when I was in real estate corrected me on this. I was having a discussion and I showed him my “Hit List” of target prospects. He said, “Hit List? Who wants to be your next HIT?!
.
These are real people, real families, who will be going through one of the most emotional transactions of their life, involving the most valuable asset they own—their home. Not until this list is considered the list of those families whom you will help, protect and fight for next, will they be interested in what you have to say.”
.
That was great advice. It is not just semantics; it is an entirely different philosophy, mindset and emotional approach to every conversation and human interaction.
.
Don’t treat people like targets, capital, pawns or even prospects or just customers. Treat people like people… people with real desires, fears, hopes, wishes, worries, dreams and ambitions… just like you.
.
3. Take a sincere interest in other people.
.
The best way to do this is to talk less and listen more. Make fewer statements, ask more questions. Everyone wants to work on their script: What do I say? Instead, it’s better to work on your questions. What questions will draw people out so they talk about their real values, interests, hopes and desires. Once others express what they really want, it’s much easier to match your potential solution to their real and personally expressed needs.
.
4. Always be positive
.
Be the one who brightens a room and every conversation you enter. It is easy to pile on to a complaint fest or add to the rousing gossip, but you will actually be perceived better by others if you don’t join them in that talk.
.
I am always supremely impressed when I witness someone turn down the opportunity to talk negatively about someone else, even if it would have been only to agree with the one speaking or join the company of misery talk.
.
Let your reputation and brand become those of positivity, grace and class. These rare qualities are what people look for in others. Be the standout.
.
5. Recognize others
.
Give people honest and sincere appreciation. Take a page from Catherine the Great’s book: “Praise loudly, blame softly.” Catch people doing things right and acknowledge them. Congratulate others on their accomplishments; celebrate others’ victories. Find at least a dozen ways to compliment, congratulate or appreciate someone else’s work, contribution or successes every day.
.
Be so busy giving other people recognition that you don’t need any yourself. Do that and people will swarm to you like bees to honey.
.
6. Give
.
Most people are only after getting… and they wonder why they don’t. Look for ways to contribute, provide, help, offer and assist. This goes back to the golden rule of relationships that Zig Ziglar taught us, “You can have everything in life that you want if you will just help enough other people get what they want.” Give first, give often and give last. Give, give and give.
.
I see my relationships as bank accounts (psychologically, not emotionally), the more I deposit the more valuable I am to that person and the more I have on account with them. There might come a time when I need to make a small withdrawal, but I always want to be on the positive side of the ledger. My objective is to create a great surplus of wealth in as many accounts (or people) as possible by depositing as much as I can as often as I can.
.
This is how I use social media and my blog. All I want to do is give value, distribute value and contribute value, not to sell, promote or “get.” I use those platforms to help, serve, give and contribute. Each tweet, each posting on Facebook, each article on this blog, is completely focused on providing ideas, insights and resources to help people become more successful.
.
As a result, I think, if the numbers and comments you leave me don’t lie, I am perceived to be a very valuable relationship for tens of thousands of people. Very rarely do I recommend something I own or benefit from, and if I do it’s because I know it will serve the subject we are discussing and the other person’s goals or objectives.
.
That is what I recommend you do—seek to help, give, assist, empower and support. Build a reputation as one who wants to give and help others… and as Zig promises, in return you will GET everything you want in life.
.

Tuesday, June 01, 2010

Kaftan - Koleksi Eksklusif










Kepada anda yang berminat, boleh sms saya di 019-7589774 (Nizam). Harga RM40 ini adalah termasuk kos penghantaran.