Friday, August 24, 2012

Lori punca rezeki


LZS penuhi hasrat Zainal Abidin Ghani apabila meluluskan pembelian sebuah lori yang bernilai RM24,000, beberapa bulan lalu.

DI tepi jalan besar dari Ulu Yam ke Batu Caves, Selangor sebuah lori berwarna putih tersergam gagah di pesisir kirinya. Di dalam lori, penuh dengan muatan buah-buah cempedak. Juga kelihatan kelibat seorang lelaki yang menyediakan keperluan.

Dia mengangkat dapur dan kuali, periuk berisi isi cempedak dan sebagainya. Sekali imbas, tiada siapa menyangka bahawa umurnya sudah menginjak hampir 60 tahun.

Namun, itulah batang tubuh milik Zainal Abidin Ghani, 59, yang bakal mengisi ruangan Jejak Asnaf kali ini.

Seorang lelaki yang tidak mensesiakan peluang dan ruang yang diberi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), untuk merubah kehidupan menjadi lebih bererti.

"Saya memang sudah lama berniaga. Dahulu, sebelum saya mendapat lori zakat ini, saya menjual nasi lemak. Kala itu, pendapatan tidaklah seberapa.

"Maklumlah, saya tidak mampu pergi jauh tanpa adanya kenderaan. Kadang kala, baru buka perniagaan, hari pula hujan.

"Rugilah jawabnya. Pernah saya dilanda hujan ribut, habis terpelanting segala persiapan jualan. Sedih rasanya, modal sudah keluar, wang satu sen pun belum dapat," kata Zainal menceritakan liku-liku perniagaannya.

Mengenangkan kisah lama, Zainal asalnya bekerja sebagai buruh kontrak di tapak-tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur.

"Saya sudah ada di Kuala Lumpur pada awal tahun 1970-an. Saya bekerja kontrak dengan gaji ketika itu, hanya RM85 sebulan. Pernah juga saya menerima gaji harian, dengan nilai RM5.50 ketika itu. Pelbagai jenis bangunan saya bina, sama ada perumahan, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bahkan, Universiti Malaya itupun, ada bangunan lamanya telah dibina oleh saya dan rakan-rakan," begitulah menunjukkan lamanya Zainal berkecimpung dalam dunia pembinaan.

Dia menamatkan zaman sebagai pekerja kontrak pembinaan pada 2008 dan gaji kala itu RM55 sehari.

Sepanjang bekerja sebagai buruh kontrak, tiga kali Allah panjangkan usianya.

"Dua kali saya jatuh bangunan setinggi dua tingkat dan sekali saya ditimpa kayu-kayu penyangga tetulang bangunan. Jika tidak, mungkin saya sudah meninggal dunia," cerita Zainal.

Apabila ditanya mengenai keseluruhan keadaan kehidupannya selama menjadi pekerja kontrak, Zainal menyatakan bahawa ia amat memeritkan.

"Cuba bayangkan, dengan usia makin tua, kudrat makin kurang, gaji yang kecil, dibayar mengikut hari dan paling tinggi saya boleh bekerja 18 hari sebulan, berapa sangatlah pendapatan saya.

"Tetapi, waktu itu saya tidak tergamak meminta bantuan zakat. Saya nekad mengusahakan sendiri keperluan setakat mana yang terdaya," ujar Zainal yang berasal dari Sekinchan, Selangor.

Ketika ditanya tentang perkenalannya dengan LZS, Zainal memberitahu semuanya berkat kesungguhan seorang amil kariah yang memintanya mengisi borang bancian zakat.

"Saya ini, usia sudah 50-an tetapi tanggungan pun ramai juga. Saya berkahwin kali kedua setelah isteri pertama meninggal dunia. Dengan isteri pertama saya mempunyai empat orang anak yang kini sudah pun dewasa.

"Manakala, isteri kedua saya, kami dikurniakan seorang anak. Namun begitu, saya turut memelihara dua orang anak tiri dan juga seorang anak angkat," ujar Zainal.

Katanya, sudahlah tanggungan ramai, pendapatan pula tidak menentu, jualan nasi lemak pula ada kalanya baik ada kalanya tidak dan biasanya mendapat keuntungan kasar RM70 sehari.

"Semua keperluan keluarga tergantung kepada nasi lemak. Akhirnya, amil kariah yang tahu tentang keadaan saya, meminta saya mengisi borang bancian dan kemudiannya saya diterima sebagai asnaf pada 2010," tambah Zainal.

HAMIZUL ABDUL HAMID ialah Eksekutif Komunikasi Korporat di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) -Utusan Malaysia

Monday, August 13, 2012

Duit lesap, hati berasap



Pelabur skim cepat kaya menyasarkan golongan figura awam sebagai mangsa mereka. - Gambar hiasan.

ARTIS kena tipu? Macam mana boleh kena tipu? 

Semua itu membuatkan kita tertanya-tanya. Sepatutnya mereka tidak boleh kena tipu. Macam tak percaya pula sebab mereka adalah antara anggota komuniti bermaklumat. Apa sahaja yang pada mereka tak pernah terkebelakang, sentiasa ke hadapan dan serba serbi kemas kini. Ia juga disokong dengan penggunaan teknologi canggih yang gajetnya harga beribu-ribu. Juga laman sosial tanpa had. Ada facebook, twitter, blog dan macam-macam lagi rangkaian dunia tanpa batasan.

Pergaulan harian artis juga cukup luas. Bukan sekadar bersama rakan artis, tetapi mencakupi pelbagai lapisan masyarakat. Pasti punya kenalan golongan orang kenamaan dan pergaulan itu pasti menyumbang pemikiran ke hadapan.

Sebab itu, bila dikaji semula, takkanlah artis yang hidup serba moden itu boleh terpedaya dengan kata-kata manis penipu skim cepat kaya? Senang-senang saja 'malaun' itu dapat kebas duit artis itu. Bukan setakat puluhan ringgit, tapi ribuan malah ada yang mencecah angka enam angka sekali gus.

Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran artis itu sebelum buat pelaburan itu? Kenapa tak buat kajian atau selidik latar belakang sebelum serahkan duit pada 'malaun' itu.

Mudahnya artis cakap: "Alah, benda dah nak jadi. Duit dah lesap, memanglah hati berasap. Orang yang mendajal dah hilang. Nak buat macam mana". Tapi kalau melabur di tempat yang orang lain melabur taklah jadi begini.

Kita ada banyak skim pelaburan yang diperakui oleh kerajaan misalnya skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau skim saham amanah di institusi kewangan.

Tapi kenapa pilih juga skim cepat kaya ? Kalau seorang artis yang terkena tak mengapalah, tapi artis mahupun figura awam yang kena tipu dengan 'malaun' ini dah banyak. Setiap tahun ada saja saja terdengar artis kena tipu.

Berita artis kena tipu ini pun meluas. Takkanlah artis tak pernah ambil pengajaran dari kejadian berlaku di kalangan artis terlibat dengan skim cepat kaya ini.

Media juga dah banyak kali melaporkan tentang bahana skim cepat kaya. Terbaru, pelakon terkenal kelahiran Singapura, Adi Putra terkena jerat 'malaun' skim cepat kaya dan kerugian RM19,000.

Mungkin pada pandangan masyarakat artis yang 'terkena' itu dari kalangan artis kurang cerdik. Sebab mereka membiarkan dirinya termakan janji palsu 'malaun'. Pendedahan tentang jumlah duit pelaburan artis juga antara perkara yang buat masyarakat rasa kebanyakan artis ini hidup senang dan ada banyak duit di bank.

Ada juga masyarakat yang bersimpati dengan nasib artis yang terkena jerat malaun skim cepat kaya. Iyalah, duit simpanan hasil titik peluh sendiri itu sejak bertahun-tahun lamanya itu senang saja lebur, hilang sekelip mata.

Sebab itu, saya syorkan kepada golongan artis untuk ambil langkah berjaga-jaga bila ada orang menjanjikan keuntungan yang cepat pada masa akan datang. Perlu menghindari kata-kata pujukan daripada penganjur skim cepat kaya ini yang selalunya beri banyak alasan kenapa orang patut buat pelaburan dengan mereka.

Janganlah kita ulang lagi peristiwa pelabur kena tipu dengan skim cepat kaya tahun 1980-an hingga awal 1990-an yang berjaya melesapkan wang pelabur. Belum pernah ada lagi laluan untuk pelabur cepat jadi kaya. Barangkali yang cepat kaya adalah pengendali skim itu bukan pelabur.

Kadang-kadang susah juga untuk kita bersimpati dengan mereka yang jadi mangsa skim ini. Kalau makcik duduk di kampung wajarlah juga. Ini artis terdedah dengan perkembangan semasa. -utusan malaysia

Wednesday, August 08, 2012

Dana untuk industri sarang burung walet



KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta menyalurkan dana tambahan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi menggalakkan pertumbuhan perusahaan sarang burung walet di negara ini.
Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (PERDASAMA), Datuk Sohaimi Shahdan berkata, industri itu dilihat mampu memberi impak besar kepada ekonomi negara dengan penyertaan lebih ramai pengusaha sarang burung walet secara serius.
"Menerusi dana sebanyak RM3 hingga RM5 bilion itu, kita dapat mengadakan siri promosi secara eksklusif di seluruh negara bagi memberi informasi yang tepat berkaitan industri sarang burung walet.
"Dengan adanya dana tambahan itu, kita dapat menjayakan banyak aktiviti promosi dan pada masa sama dapat menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam industri itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Peluang Niaga Dalam Industri Sarang Burung Walet di sini, semalam.
Menurut Sohaimi, dana itu juga dapat dimanfaat bagi menubuhkan unit khas serta inkubator supaya JPV dapat mencapai matlamat menarik lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam industri berkenaan.
"Ini penting bagi memberi pengetahuan selain daripada teknik mengusahakan industri tersebut malah pengusaha perlu didedahkan tentang bagaimana mengimport sarang burung walet ke negara yang berpotensi seperti China,” katanya. — BERNAMA

Monday, August 06, 2012

ICE WATCH !! Colouful & Stylish



1 PCS :- RM45
More than 10 PCS :- (Harga Borong)
(EXCLUDING POSTAGE) 






Grab it Now!!

Feel free to contact : 017-708 7067 (Firdaus)