Thursday, March 28, 2013

Nelayan jadi tauke


Tuan kechik membantu pekerja memilih dan membersihkan ikan.

BERMULA kecil-kecilan, Tuan Kechik, 67, pada mulanya hanyalah nelayan sejak remaja yang mengail ikan sebagai mata pencarian.

Dia maju setapak apabila menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pemborong ikan segar jenis tenggiri, parang dan pari dengan berkongsi perniagaan bersama rakan pada tahun 1978.

Melihat kepada potensi ‘kerjaya’ baru itu, mereka membeli bot pukat jerut tetapi menghadapi masalah selepas tiga tahun beroperasi sehingga memaksanya menjual bot berkenaan.

Tuan Kechik bagaimanapun tidak mati akal dengan kegagalan tersebut, sebaliknya menggunakan wang hasil jualan bot untuk memulakan perniagaan sendiri.

Kepayahan hidup menjadi pendorong untuk mengubah nasib dengan berpegang prinsip rezeki secupak boleh dijadikan segantang, satu wacana hidup yang biasa dijadikan panduan.

Mungkin fasa hidupnya yang lebih baik bermula di peringkat ini selepas dia melihat ada potensi untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

Bagaimanapun dia terpaksa bermula agak perit termasuk membuat pinjaman dengan Bank Pertanian (sekarang Agrobank) sebanyak RM600,000 bagi membina bilik sejuk (blast freezer) dan membeli dua buah lori kecil.

Kejayaan tersebut mendorong menambah teras perniagaan kepada pemprosesan dengan menghasilkan isi ikan di bawah syarikat Perikanan TS Tiga.

‘‘Pada 2000 saya pinjam RM100,000 daripada Agrobank untuk menambah kemudahan syarikat," katanya semasa di temui pada sesi lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu baru-baru ini.

Berkat kesabaran, Tuan Kechik boleh dijadikan teladan usahawan bumiputera kerana berjaya mengubah hidupnya selepas beberapa dekad bermula daripada peringkat awal.

Menyambung bicara, sambil merenung ke arah kenderaan forklift yang bergerak mengangkat barangan, Tuan Kechik berkata, dia berpindah ke Kampung Pandan Jaya Permaisuri di Rhu 10, tapak projek yang menjadi lokasi kilangnya sekarang.

Tuan Kechik berkata, dia melihat ada potensi untuk memajukan industri tersebut memandangkan Setiu terletak di tepi laut dan bekalan mentah boleh diperoleh daripada nelayan.

Dengan adanya komuniti nelayan di itu, timbul idea lain supaya syarikatnya menjadi pembekal ais untuk nelayan, maka dia tanpa membuang masa mengembang perniagaan menjual ais (flake ice).

Malah, kejayaannya itu mendapat perhatian Jabatan Perikanan yang menjadikan syarikatnya sebagai anak angkat, sekali gus mendapat bantuan dalam bentuk khidmat nasihat.

Syarikat tersebut kini mempunyai kemudahan sejuk beku dengan kapasiti 100 tan, alat untuk membelah isi ikan dan penyimpanan air batu.

Bagi menghasilkan isi ikan, dia menggunakan beberapa jenis ikan, tetapi yang biasa digunakan ikan tamban yang dibeli dengan harga RM4.80 sekilogram dan biasanya diperoleh dari Perlis dan Tok Bali, Kelantan.

Dengan produk seperti isi ikan, keropok dan ais, dia merancang untuk menghasilkan produk lain seperti kek ikan dan bebola ikan serta ikan keli beku

‘‘Saya sudah mempunyai bekalan ikan keli segar sebanyak 100 buah kolam di Kampung Kubang Puyu untuk dijadikan ikan beku," ujarnya.

Sebagai persediaan mengendalikan urusan perniagaan Perikanan TS Tiga, salah seorang anak Tuan Kechik, iaitu Tuan Nazuri kini belajar secara perlahan-lahan sebagai pekerja syarikat.

Tuan Nazuri, 38, semakin sibuk mempelajari bagaimana kerja-kera syarikat diuruskan termasuk pengendalian, mengurus kilang dan sebagainya.

‘‘Saya kena belajar daripada sekarang dan sebelum bersedia mengambil alih (dari pada bapa),’’ ujarnya yang kini merupakan pengurus kilang.

Dia yang kelihatan sibuk seperti pekerja lain turut membantu dalam aspek urusan pekerjaan, membayangkan kesediaannya untuk belajar dan akhirnya menerajui syarikat berkenaan. - LAUPA JUNUS.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130325/ag_02/Nelayan-jadi-tauke#ixzz2OfSI0LV4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, March 24, 2013

Langkah pembelian Jeruk Madu Pak Ali

CARA PEMBELIAN - MUDAH!



1. Pilih mana-mana jenis jeruk yang anda mahu, satu jenis, 2 jenis, atau campur-campur. 

Minimum pembelian 500g ke atas.

Contoh : mangga sala 500g / mangga kuning 200g + betik 300g / sengkuang 100g + kedondong 400g

2. Buat bayaran secara online banking / transfer / cash deposit ke akaun berikut :


NO. AKAUN MAYBANK :15107-11-54686
NAMA : Ellyusnita binti Yusoff

3. Hantarkan maklumat bayaran DAN maklumat nama, alamat anda ke emel : ellyusnita@yahoo.com  ATAU sms ke No.Phone : 013 726 2694

4. Selepas maklumat anda diterima, barang akan terus dihantar ke alamat anda pada hari yang sama (selagi stok masih ada) menggunakan Pos Laju ATAU Kurier

ATAU boleh juga cash on delivery jika area Pasir Gudang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan sekitarnya sahaja - deposit 50% dahulu, 50% lagi bila kita jumpa. Jika guna Pos Laju, saya akan simpan track no. sebagai bukti penghantaran. Anda boleh request dengan emel atau sms saya. Terima kasih. :)




SENARAI HARGA:

1 balang = 250g/RM7 (tidak termasuk caj penghantaran RM6)
1 balang= 500g/RM12 (tidak termasuk caj penghantaran RM7)
1 balang=1kg/RM22 (tidak termasuk caj penghantaran RM8)

Saturday, March 23, 2013

Penghantaran dan pembungkusan Jeruk Madu Pak Ali


PENGHANTARAN & PEMBUNGKUSAN

1. Penghantaran melalui Pos Laju dalam kotak, kurier atau cash on delivery di kawasan Pasir gudang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan sekitarnya sahaja - deposit 50% dahulu, 50% lagi bila kita jumpa

Jika melalui Pos Laju saya akan simpan track no. sebagai bukti penghantaran, boleh request pada saya dengan emel : ellyusnita@yahoo.com ATAU sms no.phone : 013 726 2694 (Elly)

2. Pembungkusan adalah dalam 500gm ke atas. Jika 10kg ke atas pembungkusan dalam tong. Contoh pembungkusan :


500g - 1kg
1kg - 5kg
5kg - 10kg
10kg
 >10kg

3. Jaminan kami adalah semua stok yang dihantar kepada anda sampai dengan selamat. :)

Friday, March 22, 2013

Arowana emas berenang di BS Arowana Group








Kami di BS Arowana Group merupakan antara pengusaha ikan arowana bumiputra yang terbesar di Perak khasnya dan Malaysia amnya. 

Lokasi perusahaan kami terletak di Simpang 4 Semanggol, Perak iaitu 3 km dari Bukit Merah Lake Town yang terkenal.

Buat masa ini pihak syarikat memiliki 22 buah kolam yang menempatkan ikan termahal di dunia iaitu Malaysian Gold Arowana dan Highback Quality Arowana.

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan mahupun ingin datang sendiri melihat kehebatan emas hidup ini berenang dan mungkin bakal menjadi milik anda sebagai koleksi kelak.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En. Zawawi Mohd Arif di talian 019 2611708 dan juga Uncle Mahmud di talian 019 214 8612 - Seksyen 8 Shah Alam. 

Sila layari blog kami http://arofrenzy.blogspot.com/

Ini kerana motto kami ialah "Harga Murah, Kualiti Baik" 

Wednesday, March 13, 2013

Kolagen rahsia awet muda?


Rumpai laut yang dikatakan sumber kolagen tekini.

KULIT gebu dan tegang, hidung mancung dan pipi yang montok menjadi impian kebanyakan sebahagian wanita. 

Kemudian, tanya pula pada mereka tentang kecantikan, semestinya jawapan yang diberi mereka ingin memiliki wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut.

Tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia kulit semakin kurang anja, kering dan kusam.

Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk mengekalkan awet muda dan keserian wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya adalah kolagen.

Keberkesanan kolagen dari segi kesihatan juga terbukti dari kajian yang menunjukkan orang Okinawa, Jepun adalah antara manusia yang paling ramai mempunyai purata hidup melebihi umur 100 tahun. Buktinya, adalah salah satu diet dan pemakanan seharian mereka adalah memakan kolagen dari urat dan kaki babi.

Pengamal Perubatan Estetik dari Klinik De Palma, Ampang, Selagnor, Dr. Mohd. Nasir Othman berkata, kolagen adalah unsur yang wujud di sekeliling sel untuk meletakkan sel pada tempatnya.

"Terdapat 28 jenis kolegen dalam badan manusia dengan purata 30 hingga 40 peratus berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda selain fungsi berkaitan kesihatan tubuh.

"Kolagen penting untuk penjagaan wajah kerana jika kandungan kolagen dalam badan berkurang menyebabkan wajah tidak cantik seperti timbul masalah kedutan, jerawat, kulit tidak tegang dan sebagainya," katanya.

Tambahnya lagi, perkembangan yang berlaku sekarang makin ramai wanita yang mengambil kolagen sebagai makanan dan melakukan suntikan.

Namun masih belum ada banyak kajian yang mengatakan bahawa mengambil kolagen akan menyebabkan kulit menjadi tegang dan cantik.

"Kajian memang ada, tetapi tidak banyak. Contoh kajian yang terkini adalah kolagen yang dihasilkan daripada tulang ayam, jika ada pun masih tidak banyak kajian yang dilakukan tentang keberkesanannya.

"Kolagen yang dijamin berkesan sekarang ini adalah kolagen melalui suntikan. Kolagen melalui suntikan pula masalahnya adalah tidak halal. Kolagen yang paling popular adalah dari babi dan lembu.

"Walaupun kolagen dihasilkan dari lembu tetapi kerana ia tidak disembelih ia juga tidak halal kepada pengguna muslim. " katanya.

Ujarnya lagi, ada kajian yang dilakukan terhadap kolagen rumpai laut iaitu secara suntikan berkesan untuk mengubati penyakit sendi tetapi masih belum terbukti keberkesanannya untuk kulit wajah.

"Tidak ada kajian tentang kebaikan kolagen yang dijual di pasaran dan kolagen rumpai laut kepada wajah. Ia hanya terbukti keberkesanannya melalui testimoni pengguna yang menggunakannya.

"Apabila tidak banyak kajian, pengguna perlu lebih prihatin untuk menggunakannya dengan tidak memakai dan makan secara sembarangan kerana pengambilan tanpa pengawasan mempunyai risiko untuk dijangkiti penyakit dan alahan," kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya lagi, kalau setakat makanan seperti rumpai laut ada kemungkinan selamat, tetapi apabila bahan tersebut telah melalui proses pengawetan ditakuti mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada kulit.

"Setakat makan rumpai laut sahaja tidak ada masalah kerana ia adalah bahan semulajadi seperti juga ia menjadi makanan harian oleh penduduk Korea.

"Namun, dari segi keberkesanan kolagen tersebut mungkin kurang. Jika ingin mengambilnya dalam jangka masa pendek tiada masalah. Tetapi jika pengambilannya dalam jangka masa panjang belum diyakini keberkesanan dan keselamatan kerana terdapat sebahagian ubat apabila melebihi lima tahun baharu diketahui bahawa ia tidak selamat untuk digunakan," katanya.

Menurut beliau, pada masa ini memang terdapat beberapa syarikat mengeluarkan produk kolagen dan membuat kajian tentangnya kepada pesakit-pesakit yang terlibat.

"Selepas pesakit tersebut menjalani rawatan beberapa bulan didapati kulit mereka semakin cantik dan tegang. Kaedah tersebut boleh diyakini dan diterima keberkesanannya," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Nasir, disebabkan suplemen kolagen yang diambil belum terbukti keberkesanannya secara saintifik hanya bersandarkan kepada pengakuan pengguna, cara yang paling ideal adalah dengan cara semulajadi iaitu melalui penghasilan kolagen sendiri oleh sistem dalam badan.

"Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari atau memakai krim perlindungan cahaya matahari dengan SPF 30 ke atas, tidak merokok, mengamalkan waktu tidur yang cukup dan melakukan senaman pada wajah untuk hasilkan kolagen baharu.

"Kolagen baharu juga boleh dihasilkan pencuci muka dan skrub, yang mana sel-sel kulit mati akan tanggal bagi memberi ruang pertumbuhan kolagen dan sel baru.

"Selain itu, kaedah rawatan laser dan IPL ( Intanse Pulse Light) juga antara rawatan berkesan untuk mencantikkan kulit. Kedua-duanya seperti cahaya, apabila ditembak pada kulit, kolagen pada kulit akan pecah. Kolagen yang pecah ini dipanggil peptide yang akan menghantar isyarat kepada fibroblase yang berfungsi menghasilkan kolagen baharu," kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya, sekarang sudah wujud krim yang ada peptide di dalamnya iaitu sejenis molekul kecil apabila di sapu pada kulit akan meresap masuk ke dalamnya.

"Kesannya kulit akan menjadi lebih tegang dalam jangka masa yang singkat. Selalunya, sel-sel baharu akan mengambil masa sebulan untuk hasilkan kolagen baru," katanya.

Beliau menambah, kekurangan kolagen dalam badan juga menyebabkan timbul penyakit scurvy dan ostoejenesis imperteta iaitu akibat kekurangan vitamin C dalam badan.

Penyakit ini menyebabkan muka menjadi cengkung dan kekurangan kolagen dalam badan yang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130221/ke_01/Kolagen-rahsia-awet-muda?#ixzz2NNzzcqRV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kaedah penanaman rumpai laut




Kaedah penanaman Rumpai Laut yang diusahakan di Sabah.CARA-CARA PENANAMAN DAN KAWASAN PENANAMAN.DI SABAH.

Khasiat rumpai laut



  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh
  • Menguatkan tulang dan sendi
  • Meningkatkan sel rawan dan otot
  • Merawat penyakit gaut
  • Mencegah kanser
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Merawat gastrik
  • Anti bakteria / kulat
  • Merawat Anemia
  • Menurunkan kolestrol dalam tubuh
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh)
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  • Memberi Kekenyangan(diet)
  • Melancarkan sistem metabolisme tubuh
  • Memulihara usus kecil (sembelit)

Kebaikan Rumpai Laut

Organik Sarang Burung Laut ini mengandungi nutrien yang sangat tinggi untuk keperluan harian.

Ia mengandungi Karbohidrat, Protein, Enzim hidup, Vitamin-vitamin, Zat Besi, Kollegen, Phosphorus, Pattasium, Kalsium, Serat Tinggi dan 64 Mineral semulajadi.

Organik Sarang Burung Laut ini juga amat berkhasiat kepada golongan kanak-kanak, wanita mengandung, wanita putus haid serta penggemar makanan vegetarian.


Organik Sarang Burung Laut tidak mengandungi apa jua bahan-bahan kimia, pengawet atau pewarna.

Rumpai Laut semula jadi yang amat tinggi khasiatnya


Pengenalan Rumpai Laut

Organik sarang burung laut amat dikenali oleh masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britain dan Amerika serta asia sejak ribuan tahun yang lalu. 


Sebelah barat ia dikenali Seaweed, Hawai ”Limu”, Britain “purple laver”. Di bahagian Asia Timur dipanggil Rumpai Laut yang amat tinggi khasiatnya hampir menyamai sarang burung layang-layang.

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan (Halal) semula jadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan daun. Sarang burung laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek ditembusi cahaya matahari.


Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih, tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.


Istilah rumpai digunakan pada flora ini, lebih tepat lagi ia diistilahkan sebagai sayur-sayuran. Sarang burung laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan (vegetarian & diet), perubatan, industri kecantikan dan industri lain.

*(Sarang burung laut ini di bungkus 100% semula jadi dari laut, mungkin ianya mempunyai sisa-sisa garam dan bau air laut)

Tuesday, March 12, 2013

'Gila' berniaga sukar dibendung


Muhamad Yusof menyusun produk makanan keluaran syarikatnya di kilang mereka di Tumpat, Kelantan.

TERDAPAT banyak faktor kenapa Muhamad Yusof, 54, menceburi bidang perniagaan pemprosesan makanan yang beroperasi di Tumpat, Kelantan.

Satu daripadanya kerana minat berniaga sudah tertanam dalam jiwanya sejak 1980-an dan juga kerap menyertai kursus bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai penyelia ketika bersama Jabatan Pertanian, lama-kelamaan membutirkan minatnya dalam perniagaan.

Menurut beliau, pembabitannya bermula pada 1986 secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya di Tendung, Pasir Mas, Kelantan dan pada masa sama masih menyertai kursus anjuran MARDI.

''Saya pilih bidang ini kerana pernah terlibat dengan banyak jenis perniagaan secara kecil-kecilan termasuk dalam jualan langsung selama enam bulan sejak awal 1980-an dan selepas itu berniaga alat besi seperti sabit, parang di pasar malam," ujarnya mengimbau bagaimana dunia perniagaan begitu dekat padanya.

Bagaimanapun, perniagaan jenis itu berdepan risiko besar kerana pelanggannya tidak ramai dan keuntungan sedikit.

Selepas itu, beralih kepada menjual bunga di pasar malam tetapi sekali lagi, dia tidak mampu bertahan kerana keuntungannya kecil, meskipun berkemampuan mengembangkan perniagaan tersebut dengan membuka nurseri.

Akhirnya Muhamad akur bahawa dia perlu mencari perniagaan yang mempunyai produk tahan lama dan itu mendorongnya memilih bidang pemakanan yang mana usaha awalnya itu dibantu oleh isteri, Hazizah Hamat.
Menariknya, dia bermula dengan modal kecil iaitu hanya RM100 dengan memberi mesin pengisar berharga RM40 manakala bakinya untuk bahan-bahan mentah seperti cili dan bawang .

Lebih menarik dia menggunakan dapur dua penunu dan kemudiannya bertukar kepada periuk besar untuk memasak ramuan atau adunan.

''Ini harapan saya, masa mengacau adunan dalam periuk, saya minta kawan-kawan uji rasanya.

''Ketika itu pada tahun 1986 saya sering ke pasar tani untuk mengetahui apakah maklum balas pengunjung terhadap produk yang dikeluarkan iaitu sos pencicah, sis cili dan sos tomato," ujarnya yang kemudian bertukar bekas memasak daripada periuk kepada kawah.

Setahun kemudian, dia mengorak langkah setapak lagi apabila mampu menggunakan label sendiri dan kejayaan itu lebih terserlah dengan kepada mesin hasil sumbangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 1990.

Dengan kejayaan itu, dia membesarkan operasinya ke Wakaf Baru Tumpat sejajar dengan peningkatan jumlah pengeluaran.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130311/ag_02/Gila-berniaga-sukar-dibendung#ixzz2NHv6FgiU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, March 05, 2013

Ilmu syarat kejayaan

Sayed Mashor Sayed Ahmed melihat pemprosesan produk Syarikat Adillah Product Sdn. Bhd.

Jatuh bangun dalam perniagaan bukan perkara luar biasa bagi mereka yang menceburi bidang perniagaan.

Pengalaman sama dilalui oleh Syed Mansor Syed Ahmad, pengusaha industri makanan yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan.

Syed Mansor berada dalam dunia perniagaan sebagai usahawan bukan baru, malah beliau mula berjinak jinak sejak 1982 lagi meskipun secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu terlibat dalam perniagaan pakaian sebelum menghentikan operasi pada 1986.

Kegagalan tersebut bukan bermakna beliau melupakan terus dunia perniagaan khususnya keusahawanan memandangkan semangat untuk terus mencuba sentiasa ada.

Beliau membuka lembaran baru pada 1988 dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan nekad berkunjung ke Stesen MARDI Pasir Puteh Kelantan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai industri makanan.

Beliau berpendapat hanya dengan ilmu,iaitu menghadiri kursus anjuran MARDI akan kembali memberi keyakinan untuk terlibat dalam industri yang baru itu.

Dengan hanya modal awal sebanyak RM5,000 dan dibantu dua pekerja pada masa itu, Syed Mansor akhirnya berjaya mengeluarkan pelbagai jenis sos selepas mendapat bimbingan MARDI.

Pada peringkat awal, dia yang dibantu isterinya Syarifah Hasnah Tuan Besar berkata, hanya mendapat bekalan mentah daripada pihak lain dan memberinya hutang.

Bahan mentah tersebut termasuk cili kering, tepung jagung, bahan aset, asid asetik dan gam makanan.

Ketika ditanya kenapa memilih industri makanan sedangkan banyak bidang lain boleh diceburi, beliau berkata, pada waktu itu tinjauannya mendapati tidak ramai orang Melayu menceburi industri pemprosesan.

''Berdasarkan kepada keadaan ini, mungkin ada ruang bagi saya dalam bidang ini," ujarnya.

Berikutan permintaan sosnya yang meningkat, operasi syarikat berkenaan berpindah ke tapaknya sekarang di Pasir Hor, Kota Bharu dengan pelaburan sebanyak RM1.5 juta.

''Kebetulan anak sulung saya lahir yang beri nama syarikat berdasarkan namanya iaitu Adilah," ujarnya sambil memberitahu Adilah diharap dapat membawa tuah, maka syarikat tersebut diberi nama Adilah Product Sdn. Bhd.

Syarikat berkenaan kini mengeluarkan produk seperti kicap manis, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos cicah, jus asam jawa dan minuman soya.

Kata Syed Mansor, faktor utama beliau boleh membangunkan industri tersebut ialah bimbingan MARDI selepas usahanya yang tidak kenal jemu untuk belajar pelbagai bidang seperti pemprosesan makanan, kawalan mutu, pemasaran, perakaunan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Selain itu, beliau juga memohon geran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membeli mesin yang sesuai khususnya untuk memasak dan juga pengisian.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130304/ag_02/Ilmu-syarat-kejayaan#ixzz2MfiH1HgJ
© Utusan Melayu (M) Bhd